Menarik kisah dalam bharian.com bagaimana 'Barisan pohon rhu tukar wajah Pantai Senok, Bachok' untuk dijadikan rujukkan. Dari BAchok, Kelantan dilaporkan bagaimana ribuan pohon rhu yang ditanam secara berbaris, bukan setakat melindungi Pantai Senok elakkan daripada hakisan serta mampu mengindahkan lagi pemandangan kawasan terbabit. Memang permukaan tanah kawasan itu yang teduh dan dipenuhi daun pohon rhu yang mati selama ini membentuk pemandangan umpama hamparan permaidani. Justeru itu kini tidak hairan kawasan itu diberi jolokan Pulau Nami 'Malaysia'. Berlatar belakangkan deretan pohon rhu dan ditambah lagi dengan kreativiti menerusi komputer, membuatkan gambar yang dirakamkan di Pantai Senok itu, umpama suasana dalam filem Winter Sonata di Pulau Nami, Korea Selatan yang pernah menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia. Terletak kira-kira 20 kilometer dengan perjalanan kira-kira 30 minit dari bandar Kota Bharu, lokasi terbabit kini menjadi pilihan pembikin drama, jurufoto dan pasangan pengantin untuk mengabadikan gambar kenangan di situ. Ia seperti Pulau Nami di Korea yang kini telah menjadi pilihan ribuan pengantin dapat menjadi tarikan untuk berfoto. Keindahan Pantai Senok juga menjadi pilihan pengusaha produk untuk sesi fotografi terutamanya busana pengantin, tudung dan jubah. Pantai ini sangat unikdimana diantara kebihan utamanya kerana pantai ini menawarkan suasana semula jadi yang cantik malah kita dapat bermain dengan kreativiti yang lebih lagi dengan rimbunan pohon rhu. Apa pun pantai yang indah itu tidak lari daripada menjadi mangsa pencemaran apabila ada banyak sampah-sarap dibuang oleh kalangan pengunjung yang tidak bertanggungjawab. Keadaan kawasan yang damai, cantik dan berdekatan pantai juga sesuai untuk keluarga mengadakan aktiviti perkelahan, sambutan hari jadi dan riadah. Bagi penduduk tempatan kini ia adalah sesuatu yang positif buat kami yang berharap kawasan ini semakin maju kerana menjadi tarikan pelancong secara tidak langsung ke Bachok.
Dalam portal berita hmetro.com pila kisah bagaimana 'Panorama pokok ru sejauh 25km' apabila permandangan laut biru dengan pantai putih mampu memberi pemandangan menarik (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana kalangan pembaca semua pasti ada yang gemar memilih pulau atau pemandangan laut sebagai lokasi percutian. Begitu juga wartawan HM yang mula rindukan detik untuk menikmati pemandangan itu lebih-lebih lagi sudah lama 'terkurung' di dalam rumah disebabkan pandemik dan PKP. Ramai yang akan lebih tertarik dengan destinasi pantai di sebelah utara Semenanjung, namun kali ini wartawan ini ingin kongsikan pula pengamatan mengenai pantai Desaru yang terletak di Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Mengenai Desaru yang sudah lama terkenal dimana lokasi ini terdapatnya pantai paling menarik apabila disajikan dengan pemandangan pasir putih yang dihiasi deretan pokok ru sejauh 25 kilometer. Jika anda berjalan-jalan santai sambil menghirup angin petang pastinya anda boleh saksikan sendiri pokok ru seakan-akan 'menari' mengikut rentak angin. Pesona pantai dengan deruan ombak dan lebih damai di petang hari mampu menghilangkan rasa penat selepas menempuh perjalanan yang panjang untuk sampai ke destinasi berkenaan. Sebelum pandemik Covid- 19 menular, pantai sememangnya menjadi pilihan ramai baik buat pengunjung yang datang bersama keluarga mahupun bercuti bersama teman. Malah bagi negara jiran, destinasi itu antara persinggahan terhampir untuk mereka menikmati suasana pantai semula jadi. Meskipun hujung minggu berbeza apabila Johor mula pada Jumaat dan Sabtu akan tetapi pada Ahad aktiviti di pantai masih meriah. Biasanya tatkala musim cuti persekolahan yang panjang pula memang dilihat suasana pantai seperti berpesta dengan pelbagai aktiviti ditawarkan operator tempatan dan pengusaha resort tempatan. Antara servis ditawarkan kepada pengunjung adalah snorkeling, memancing, berenang, merentas denai, menunggang kuda dan banyak lagi. Untuk penginapan terdapat pelbagai pilihan mengikut bajet pengunjung daripada rumah inap tradisi sehinggalah hotel lima bintang yang memenuhi sekitar pantai terbabit. Hotel tersohor seperti Hard Rock turut memiliki fasiliti taman tema bersebelahannya untuk anda yang sukakan cabaran ekstrem. Bagi yang suka percutian santai pula, kebanyakan hotel menawarkan perkhidmatan spa dan juga gimnasium bagi memenuhi waktu senggang selain aktiviti pantai. Jika bernasib baik maka ada hotel turut menyediakan persembahan muzik untuk anda bersantai di ruang legar ataupun tepi kolam bersama keluarga. Biasanya akses kepada keperluan harian juga tidak sukar kerana bandar Penawar iaitu pekan kecil terhampir mempunyai kemudahan seperti kedai runcit dan pasar raya selain restoran turut beroperasi 24 jam. Perjalanan menuju ke Desaru juga lebih santai kerana sepanjang pantai hanyalah ada kawasan penginapan. Kemudahan pengangkutan terdapat bas disediakan untuk membawa penumpang dari resort hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Dalam portal berita utusan.com [ula memang sesuai dirujuk kali ini dengan laporan bertajuk 'Pantai Puteri boleh lenyap dari peta Malaysia' akibat dari pokok rhu yang tumbang baru-baru ini ekoran hakisan pantai di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka. Di Melaka pada September 2020 dilaporkan dimana isu hakisan laut di Pantai Puteri yang semakin ketara sejak tujuh bulan lalu tidak mustahil boleh mengakibatkan pantai pelancongan tumpuan pelancong itu ‘lenyap’ dari peta Malaysia. Itu kebimbangan disuarakan lebih 300 masyarakat nelayan dan peniaga di pantai peranginan sepanjang 2.1 kilometer yang selama ini menjadi lubuk rezeki buat mereka sejak puluhan tahun lalu. Bagi Ketua Nelayan Pantai Kundor dan Pantai Rombang di Pantai Puteri Azmi Leman (52 tahun) berkata iaitu hakisan laut di pantai berkenaan dikesan telah semakin teruk sejak Februari lalu, namun semakin serius pada Julai 2020. Selain kesan dari fenomena air pasang besar yang menyebabkan hakisan, faktor lain seperti isu penambakan laut dan kapal-kapal besar yang berlabuh di tengah laut turut memberi kesan kepada pendapatan mereka. Kalau dahulu kami boleh dapat hasil tangkapan sehingga RM200 hingga RM300 sehari iaitu sejak kebelakangan ini hendak dapat hasil jualan RM50 pun susah. nelayan hanya pulang hampa kerana langsung tiada hasil tangkapan kesan daripada penambakan laut dan kapal berlabuh yang merosakkan kawasan hidupan laut. Kesan sama dirasai peniaga makanan di persisiran pantai yang terletak kira-kira 17 kilometer daripada pusat bandar itu sekaligus menjadi pantai pelancongan terdekat dengan pusat bandar Melaka. BAgi seorang peniaga, Nur Hidayah Ab. Latif pula dakwa kini pendapatannya turut terjejas sehingga 50 peratus apabila pantai berkenaan semakin kurang dikunjungi pelancong akibat hakisan tebing yang menumbangkan banyak pokok rhu di situ. Sejak berniaga di sini dua tahun lalu dimana di setiap hujung minggu kutipan jualan boleh cecah sehingga RM600 sehari tetapi merosot kepada hanya RM250 sejak beberapa bulan lalu. Pelancong dari luar memberi alasan takut untuk berkhemah di sini seperti dahulu kerana bimbang ditimpa pokok rhu yang tumbang. Apa pun memang sejak kebelakangan ini pada setiap minggu ada sahaja kejadian pokok rhu tumbang namun mujurlah ia tidak membabitkan kemalangan jiwa. Dilaporkan dimana satu persatu pokok rhu sudah tumbang menyembah bumi daripada dulu kita ada 10 baris pokok dimana kini hanya tinggal empat atau lima sahaja malah ada yang bahagian yang tinggal satu lapisan pokok rhu sahaja, saya bimbang kalau tiada tindakan diambil, maka tiada lagi Pantai Puteri selepas ini. Pernah juga dicadangkan sebagai antara jalan penyelesaian beliau telah berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri untuk meneliti kertas kerja pemasangan penahan ombak untuk mengurangkan hakisan laut menggunakan kaedah ‘Geotube’ yang dianggarkan bernilai RM15 juta untuk dilaksanakan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepda semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
HAKISAN PANTAI... MEMUSNAHKANNYA...
DITANAM SEMULA... PELBAGAI CARANYA...
SUDAH TUMBUH... RAMAI ORANG SUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Syawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.