Monday, November 15, 2021

GALERI LEBAH MELAKA - PATUT PERGI!

GALERI LEBAH MELAKA yang terletak disebelah dengan Taman Botani, Air Keroh, Melaka merupakan salah satu premis yang patut semua pembaca blog melawatnnya.  Jika pembaca blog ingin melihat lebah dan mendapatkan hasil daripada ternak lebah saya syorkan agar berkunjung ke Melaka. Premis ini merupakan salah sebuah tempat menarik untuk pelancongan di Melaka dan mudah diakses iaitu Galeri Lebah Melaka (Malacca Bee Gallery) selain daripada beberapa pusat ternakan lebah di Bukit Katil (Winnies Bee Farm, Tepi Sungai Duyong). Belajar mengenai penternakan lebah dan mengenai produk madu lebah merupakan salah satu aktiviti menarik ditempat di Melaka yang wajib pergi. Di Galeri Lebah Melaka walau pun bunyinya seperti 'muzium' besar akan tetapi ia sebenarnya ialah muzium kecil milik syarikat iaitu penternakan Soon Lee yang diasaskan sejak tahun 1978. Namun apa yang unik adalah kerana masuk ke premis ini adalah percuma dan pembaca blog pasti tidak akan menyesal datang ke sini kerana banyak perkara menarik berkaitan lebah madu yang dapat anda dapati. Kalau dahulu semasa awal penubuhannya hanya sedikit spesis Lebah tetapi kini ada banyak Lebah Keran (Apis cerana) dan juga Lebah Import (Apis mellifera) akan tetapi kini telah banyak koloni adalah dari Lebah Kelulut (Trigona spp). Apabila mendengar nama muzium mungkin terbayang hanya ada objek-objek yang lama dan usang dipamerkan akan tertapi memang amat berlainan dengan apa yang ditonjolkan di galleri ini. Lokasi yang strategik iaitu dilaluan jalan utama berdekatan dengan tol PLUS Air Keroh, Taman Buaya, Zoo Melaka, Taman Botani Melaka, Restoren Mc Donald membolehkansesiapa singgah dimana dulu jumlah pengunjungnya dikatakan sekitar lebih 50,000 sebulan sebelum krisis pandemik covid19. Mungkin ada benda sesuatu yang menarik perhatian pengunjung ke sini sebagai lokasi yang wajib dikunjungi kerana dihadapannya adalah deretan pusat jualan pelbagai produk-produk ikon Negeri Melaka. Galeri ini juga dilihat mempunyai beberapa kakitangan yang mahir tentang lebah dan mempunyai lebih 200 jenis sarang lebah dan spesis penyengat lain untuk pembaca blog lihat. Mungkin ramai yang fikir kalau selama ini apabila disebut sahaja lebah maka ia berkait dengan hasil Madu Lebah (honey bee) sahaja akan tetapi apabila melawat premis ini penulis blog percaya ia akan mengubah persepsi dengan 100%. Ini kerana selain dapat mengenali spesis lebah, kitaran hidupnya, makanan lebah, teknik memungut madu lebah, koloni lebah saya pasti dimana pembaca akan mengenali pelbagai hasil lebah lain iaitu dari propolis dan royal jelly sehinggalah kepada khasiat memakan anak lebah dan sengat lebah. Artikel subuh Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai Galeri Lebah Melaka yang hanya beberapa minit sahaja dari rumah penulis blog untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.

Pengunjung galeri ini akan dapat melihat bagaimana habitat lebah hidup mencari makanan dan menghasilkan madu serta hasilan lebah yang lain seperti royal jelly, lilin dan sebagainya dimana ada petugas yang mampu memberikan sessi penerangan. Selain dapat melihat lebah sebenar yang hidup, banyak objek besar lebah yang dibina untuk ia dapat dijadikan tontonan pengunjung. Memang ada p
elbagai spesis lebah dapat dilihat pada maklumat pameran dengan lebih dekat disini (Sila lihat foto disebelah). Bagi mereka yang tidak pernah melihat lebah sebenar atau pun hanya dapat melihat fotonya didalam buku, Hand Phone atau pun gambar saha pastinya akan teruja melihat lebah madu sebenar dipamerkan. Bagaimana pun bagi para pengunjung yang pernah menternak lebah sendiri juga adalah digalakkan untuk melawat galleri ini bagi tujuan mendalami bagaimana ada teknologi terkini penternakan lebah di Malaysia. Selain daripada belajar mengenai lebah dimana pada bahagian hujung ruang pameran diadakan ruangan jualan madu lebah dan banyak pilihan produk-produk berasaskan hasilan dari lebah madu. Bagi mereka yang mana inginkan mencari  madu asli maka bolehlah pembaca datang ke Galleri Giant B di Melaka ini untuk membelinya. Di sini ada madu lebah asli dan produk berasaskan lebah lain yang dikilangkan oleh syarikat Soon Lee ada dijual dengan pelbagai pilihan. Antara yang dijual dan menarik minat penulis blog adalah Madu Cukal epal (Apple Cider Vinegar) dan Madu Asli. Disini juga mempunyai pakej pengeluaran madu lebah yang lengkap dari koloni (hives), bioteknologi dan pemprosesan madu dari species Apis mellifera dan juga madu kelulut juga.

Saya ada menulis banyak artikel mengenai lebah madu dan kelulut dalam blog ini dan ia boleh diakses seperti pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. 
Lebah Madu dan Kelulut merupakan dua jenis serangga pendebunga tanaman yang berfaedah disamping ianya mampu untuk menjana madu lebah dan produk lain. Penulis blog ada menulis banyak artikel mengenai lebah dan kelulut iaitu mencecah lebih dari 150 artikel sejak 14 tahun dulu. Penulis juga seorang tenaga pengajar dan pakar didalam penternakan lebah dan kelulut semenjak tahun 1980'an lagi bermula dengan lebah keran sehingga kini kepada lebah Import dan juga Kelulut. Dalam tulisan saya dipaparkan sebahagian dari maklumat mengenai dunia perlebahan. Di Malaysia kini terdapat 3 jenis lebah yang berupaya mengeluarkan madu dengan banyak iaitu Lebah Hutan atau Lebah Tualang (Apis dorsata), Lebah Eropah atau Lebah Import (Apis mellifera) dan juga Lebah Keran (Apis cerana). Hanya lebah hutan yang tidak boleh dipelihra kerana sifatnya yang sangat agresif dan tinggal tempat tertentu walau pun ia mampu menghasilkan madu yang banyak dan berkualiti. Spesis lebah komersil yang sesuai diternak adalah Lebah Eropah dan juga jenis Lebah Keran menggunakan haif yang ia berbeza rekabentuknya. Lebah Eropah dilaporkan mampu menghasilkan sebanyak 40 - 60 kg madu lebah setahun bagi ssetiap satu koloni. Bagaimana pun di Malaysia penulis blog menjumpai dimana pengusaha mampu dilaporkan pernah  mendapat sehigga 120 kg setahun satu koloni dikawasan hutan akasia. Lebah keran yang kecil pula hanya mampu untuk menghasilkan madu sekitar 1 - 10 kg setahun satu koloni aktif  sahaja.

Penulis blog mencadangkan bagaimana cara hendak menternak lebah madu dikawasan seluas 1 ekar (0.4 hektar). Dikawasan dusun dan kawasan kelapa lazimnya lebah keran atau kelulut mampu menghasilkan sebanyak 6 kg madu satu haif setahun bagi lebah dan 800 gram - 1kg bagi lebah kelulut. Bagaimana pun pengalaman penulis blog dimana ia amat sukar diperolehi jika tiada pengurusan baik dengan cara melakukan pengurusan baik seperti menyediakan makanan tambahan. Lazimnya masa penghasilan madu lebah hanya 9 bulan dalam setahun dimana pada bulan tengkujuh (musim hujan) memang madu tidak dihasilkan sebaliknya penternak perlu memberikan makanan tambahan dimusim ini. Harga madu lebah keran berbeza juga dengan harga madu lebah import dan lebah tualang apa lagi kalau hendak dibanding dengan madu kelulut. Biasanya ia msdu lebah keran dijual dengan harga RM40 sekilogram dan seiktar pasaran RM80 - RM150/kg bagi madu kelulut. Kualiti madu lebah dan kelulut kini telah ada satu standard atau piawaian oleh SIRIM yang membolehkan madu tersebut dapat dipasarkan dengan baik dan terjamin. Penulis blog ada buat banyak tinjauan dalam penternakan lebah keran dan kelulut di Ladang Nanas di Simpang Renggam, Kluang, Johor dan di Tanah Putih, Pekan, Pahang serta di Hutan Gelam, Mersing dimana memang didapati pengusha berjaya menghasilkan madu lebah dan madu kelulut. Penternakan lebah kelulut (lebah tempatan) ini sesuai diletakkan dikawasan tanaman belimbing, kelapa, hutan, hutan akasia, hutan gelam dan juga kawasan banyak bunga seperti jenis rumput israel dan juga bunga honolulu creepers. Kini aktiviti penternakan lebah madu walau pun agak kurang menarik minat usahawan apabila ramai juga usahawan beralih kepada cara menternak kelulut. Kepada pembaca blog yang ingin hendak menambah ilmu secara 'hands-on' serta pengetahuan bolehlah anda berkunjung ke Galeri Lebah Melaka yang masuk percuma dan kemudian  boleh membeli madu serta produk berasaskan lebah lain (Sila lihat foto disebelah). Lokasi yang mudah diakses dengan ruang meletak kereta yang luas juga membolehkan semua mebawa keluarga untuk ke galeri yang agak terkenal diperingkat dunia. Wasallam!!!.
GALERI LEBAH...BERADA DI MELAKA...
MUDAH SINGGAH...TEPI JALAN SAJA...
TEMPATNYA LUAS... MASUK PERCUMA....
PERGI MELAWAT... BERBALOI RASANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(8 Rabiulakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.