Tuesday, November 16, 2021

SUBJEK SAINS PERTANIAN DI SEKOLAH - APA STATUS?

SUBJEK PERTANIAN
telah diperkenalkan ke sekolah pada tahun 1920 (sebelum merdeka) oleh penjajah lagi sebagai subjek pro-vokasional. Kemudian merujuk kepada Peraturan-peraturan pendidikan (Kokurikulum Kebangsaan) 1997 dan Akta Pendidikan 1998, Kemahiran Hidup Bersepadu telah diperkenalkan sebagai mata pelajaran wajib diperingkat sekolah menengah rendah iaiatu untuk tingkatan 1 sehingga tingkatan 3. Matlamat subjek ini adalah untuk pelajar menjadi insan yang berdikari, faham teknologi, kenal faham ekonomi dan mempunyai sikap dan sifat yakin diri, kreatif, inovatif, inisiatif, produktif dan mampu berinteraksi dengan baik. 
Peruntukan waktu minimum seminggu bagi mata pelajaran kemahiran hidup adalah 4 waktu (40 minit setiap waktu).  Dewasa ini sektor pertanian menjadi bidang yang sangat penting dalam negara kita apa lagi apabila berlaku krisis kekurangan makanan, kenaikan harga makanan, kecukupan makanan, jaminan bekalan makanan dan juga masaalah wabak pandemik covid19. Peningkatan jumlah penduduk dalam negara mahupun di dunia memang telah menyebabkan permintaan terhadap sektor makanan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Fungsi pertanian pada peringkat awalnya adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia sahaja iaitu bekalkan makanan dan minuman. Namun begitu apabila meningkatnya tamadun manusia, maka fungsi pertanian telah berubah menjadi lebih besar dan mencabar sehingga libatkan perdagangan antarabangsa dan keselamatan makanan. Di Malaysia pula penulis blog mendapati dimana sebenarnya sektor pertanian telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi sejak lama dahulu. Pada peringkat permulaan dimana aktiviti penanaman bagi tanaman makanan telah diusahakan oleh penduduk tempatan seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan serta kegiatan menangkap ikan dan menternak haiwan dalam menyediakan sumber makanan, mewujudkan peluang pekerjaan dan juga berikan pendapatan kepada para penduduk. Kegiatan pertanian yang diamalkan pada masa itu adalah pertanian sara diri dan cara tradisional. Dalam memenuhi keperluan industri pertanian negara yang semakin rancak berkembang pada masa kini, penyediaan modal insan yang serba boleh dan mantap dari segala aspek sangat mustahak. Penyediaan modal insan yang berkualiti perlu untuk meningkatkan lagi keupayaan negara dalam menghasilkan pelbagai sumber berasakan pertanian serta dapat memenuhi permintaan di dalam negara di samping mengukuhkan lagi ekonomi dan kewangan sejagat. Penglibatan golongan belia dalam bidang pertanian seharusnya digerakkan agar bidang ini tidak lagi menjadi tumpuan golongan tua. Pendedahan tentang penting dan menariknya bidang pertaniaan perlulah dimulakan bermula seawal di sekolah rendah, menengah dan juga di pusat-pusat pengajian tinggi. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan bincangkan mengenai kepentingan subjek pertanian diajar disekolah untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Dari segi sejarah di Malaysia sebenarnya s
ektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Dalam usaha menuju status negara maju dimana negara seharusnya dapat untuk menjadikan sektor pertanian sebagai satu sektor yang penting dalam meningkatkan ekonomi negara serta pembangunan sumber manusia. Malah ia juga merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Dilaporkan dimana umur tenaga kerja pertanian pada masa kini adalah semakin tua dimana sekitar 21.4% adalah berumur 55 tahun ke atas. Di samping itu penyertaan sektor pertanian juga adalah kurang menggalakkan kerana wujud dakwaan golongan muda menganggap pekerjaan pertanian adalah tidak menarik. Mereka mendapati masih ada persepsi bahawa sektor ini mundur dan tidak membawa keuntungan berbanding dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan. Kajian juga mendapati dimana golongan belia kurang berminat dalam bidang pertanian kerana persepsi mereka yang masih menganggap bidang pertanian sesuai untuk orang tua dan orang kampung berbanding sahaja dengan berniaga yang suasananya lebih bersih dan kondusif. Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah pun mengambil inisiatif dengan usaha menubuhkan sebuah universiti berasaskan pertanian di negara kita iaitu Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1971 dimana pada masa kini dikenali dengan nama Universiti Putra Malaysia bertujuan untuk melahirkan ramai golongan mahasiswa dan mahasiswi yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan luas dalam bidang pertanian. Bagaimana pun dilaporkan peranan fakulti pertanian di UPM kini semakin mengecil berbanding dengan beberapa fakulti lain. Adakah UPM masih boleh dianggap masih lagi sebagai pelopor utama menyediakan modal insan untuk sektor pertanian negara di Malaysia?. Selain itu dilaporkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut menubuhkan sekolah menengah jenis vokasional aliran pertanian pada peringkat menengah atas dan mengadakan matapelajaran elektif pertanian dalam subjek Kemahiran Hidup pada peringkat menengah rendah bertujuan untuk memupuk minat para pelajar dalam bidang pertanian sejak dari bangku sekolah lagi. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengambil tiga pendekatan dalam menarik minat golongan muda termasuk graduan dan belia menganggur untuk menceburi bidang pertanian. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah penyediaan latihan, pembiayaan oleh Agro Bank dan sokongan infrastruktur. Menurut beliau, Agro Bank, yang dahulunya dikenali sebagai Bank Pertanian memberi pinjaman melalui Skim Usahawan Tani Komersial Siswazah (SUTKS) dengan pembiayaan antara RM50,000 dan RM100,000 di mana setakat ini 444 graduan membuat pinjaman daripada skim itu dan jumlah yang diluluskan adalah sebanyak RM18.9 juta dengan semua peminjam merupakan golongan muda.

Dilaporkan berdasarkan kepada kajian yang dijalankan iaitu pelaksanaan subjek Sains Pertanian di sekolah dapat membantu dalam membina minat pelajar terhadap bidang pertanian. Walaupun keputusan yang diperoleh adalah berada pada tahap sederhana, tetapi sekurang-kurangnya ia mampu menjadi satu titik permulaan bagi pelajar untuk lebih mengenali selok belok dalam aktiviti pertanian. Tahap serta pendedahan yang diberikan oleh guru kepada pelajar dalam aktiviti pertanian juga berada pada tahap sederhana dimana guru perlu sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada serta mencari idea-idea baru untuk kemudian ia dipersembahkan kepada pelajar di dalam kelas. Seterusnya, impak yang terhasil daripada pembelajaran subjek pertanian adalah berada pada tahap tinggi. Ini dapat diterima bahawa subjek ini berjaya mewujudkan minat pelajar ke arah kerjaya dalam bidang pertanian selain memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam sektor pertanian. Kesimpulannya dimana hasil yang diperoleh daripada beberapa kajian ini dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai beberapa persoalan kepentingan subjek pertanian telah terjawab. Beberapa kajian juga dapat tahu bagaimana kesesuaian pelaksanaan subjek Sains Pertanian di sekolah dalam membina minat pelajar terhadap pertanian. Ini akan memberikan pelajar untuk mereka mengetahui tahap pendedahan yang diberikan oleh guru kepada pelajar dalam aktiviti pertanian serta impak yang akan terhasil daripada pembelajaran subjek pertanian di kalangan pelajar. Penelitian khusus juga perlu dilakukan bagi mengenalpasti samada seseorang pelajar itu minat terhadap bidang pertanian ataupun tidak. Sektor pertanian merupakan penyumbang utama hasil makanan negara dimana dalam menuju status negara maju sebaiknya sesebuah negara itu mesti mampu menampung keperluan makanan rakyatnya sendiri dan juga mencari lebihan produk makanan untuk disimpan semasa darurat sekiranya berlaku dan juga pasaran eksport untuk dapatkan pertukaran wang asing. Sekiranya tidak terdapat usaha yang menyeluruh untuk memartabatkan industri pertanian di negara kita dari akar umbi maka memang tidak mustahil pada suatu hari nanti generasi akan datang tidak akan berminat untuk meneruskan pekerjaan yang telah diwarisi sejak turun temurun ini. Oleh itu semua pihak perlu mengambil serius dalam menangani masalah ini serta mencari jalan penyelesaian yang sesuai. Hasil kajian yang diperoleh ini dapat dijadikan panduan untuk menilai sejauhmana kejayaan pelaksanaan subjek pertanian dalam membina minat pelajar untuk menceburi kerjaya dalam bidang pertanian.


Portal berita Berita Harian pernah melaporkan 'Sains Pertanian wajar diajar semula di sekolah' adalah masih relevan dengan artikel ini. Menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) iaitu Aminuddin Awang dimana cadangan  memperkenalkan semula subjek Sains Pertanian di sekolah rendah dan juga sekolah menengah dalam waktu terdekat diyakini membantu menyemaikan minat generasi muda dalam bidang pertanian. Bagaimana pun subjek itu perlu menerapkan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang menjurus kepada pertanian moden dan memberi fokus kepada latihan amali. Sebagai perintis sekolah yang dipilih hendaklah berada di kawasan pertanian bagi memudahkan pelajar melaksanakan latihan amali. Sebelum diperkenalkan, Kementerian Pendidikan perlu melatih guru yang dipastikan berkemahiran tinggi dalam bidang berkenaan bagi membolehkan matlamat kerajaan memperkenalkan mata pelajaran itu mencapai sasarannya untuk menjadikan pertanian sebagai kerjaya pilihan. Pihak NUTP yakin subjek itu relevan dan tidak menjadikan pelajar kita ketinggalan dalam Revolusi Perindustrian 4.0 dan teknologi kecerdasan buatan (AI). Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang pernah menyarankan bahawa kerajaan bercadang memperkenalkan semula subjek sains pertanian di semua sekolah. Pengetahuan dalam bidang itu bukan saja boleh dijadikan kerjaya, tetapi turut meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dimana perkara ini terbukti di negara maju. Pembelajaran semula mata pelajaran itu penting untuk membolehkan generasi muda menceburi sektor pertanian, sekali gus mengurangkan pergantungan negara kepada pengimportan produk makanan. Sektor pertanian juga adalah perniagaan dan di negara maju penggunaan teknologi moden membolehkan negara terbabit menjadi pengeksport produk makanan yang menyumbang kepada KDNK. Produk pertanian seperti koko, kelapa sawit, getah dan padi mempunyai permintaan tinggi dan menyumbang kepada KDNK negara. Dengan menjadikan pertanian suatu kerjaya dan pelajar kita tidak ketinggalan pada era Revolusi Perindustrian 4.0 dan AI jika kembali kepada bidang pertanian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!.
SUBJEK PERTANIAN... DAHULU ADA...
KEMAHIRAN HIDUP... KINI NAMANYA...
PERLU DIAJAR... DIKAJI KESANNYA...
STATUS SEMASA... APA CERITANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(9 Rabiulakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.