Sunday, October 3, 2021

TEKNOLOGI FERTIGASI - JADIKAN PETANI JUTAWAN?

TEKNOLOGI FERTIGASI
kini didakwa membolehkan usahawan menjadi jutawan jika berjaya dilaksanakan mengikut amalan agronomi terbaik. Itulah yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam satu webminar teknologi ini anjuran Jabatan Pertanian pada September 2021. Saya ada banyak menulis mengenai teknologi fertigasi dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan juga. Pada penulis blog fertigasi adalah merupakan satu kaedah penanaman yang menggunakan campuran air bersama baja yang dialirkan terus kepada tanaman. Kaedah penanaman ini dapat membantu tanaman untuk mengambil nutrien dengan lebih cekap dan dapat mengelakkan pembaziran bahan input baja dan air. Sistem fertigasi tidak menggunakan tanah sebaliknya ia hanya ada menggunakan campuran media dengan komposisi yang tertentu. Apa yang penulis blog membuat tinjauan mengenai sistem fertigasi diseluruh negara kebanyakan petani akan menggunakan media tanaman seperti sabut kelapa hancur atau cocoapeat atau peatmoss bergantung kepada keadaan. Penulis sering meninjau tanaman Tembikai Susu atau Buah Melon dengan kaedah fertigasi dimana teknologi fertigasi ini adalah yang terbaik sehingga kini diamalkan. Tanaman fertigasi gantung bagi cili kini semakin popular (Sila lihat foto diatas). Penanaman secara fertigasi ini ada banyak teknologi dan kaedah. Antaranya seperti Sistem Fertigasi Terbuka, Sistem Fertigasi Gantung, Sistem Fertigasi di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) dan juga ada Mini Fertigasi. Sila baca pautan tersebut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Penulis blog juga telah  berjaya menemui Sistem Fertigasi Bantal, Sistem Fertigasi Tong Cat dan beberapa sistem inovasi petani sendiri. Apa pun tujuan penggunaan teknologi fertgasi kin telah menjadi amalan penanaman semakin popular diseluruh negara diatas banyak faktur. Penanaman sayuran dan kontan dikawasan tanah tinggi di Cameroon Highlands sebagai contohnya banyak mengamalkan sistem tanaman secara fertigasi untuk memberikan pulangan yang cepat, berkualiti dan moden. Tanaman tomato, salad, timun jepun, cili bengalla (capsicum), strawberry merupakan antara tanaman yang menggunakan sistem fertigasi dikawasan tanah tinggi bersujuk ini. Sistem Fertigasi Terbuka dinyatakan sebagai satu sistem penanaman yang menggunakan kaedah fertigasi tetapi terdedah terus kepada persekitaran luar. Sistem ini banyak diamalkan oleh petani kerana kos pembangunannya yang rendah dan pengeluaran hasil yang tinggi serta ia berkualiti telah menjadi galakkan usahawan muda terutamanya untuk diamalkannya. Di Malaysia penulis blog dapati teknologi fertigasi terbuka banyak digunakan untuk menanam sayuran dari keluarga Solanaceae seperti Cili, Terung walau pun ada juga sayuran dari keluarga Cucurubitaceae yang diusahakan seperti Timun dan tembikai wangi. Penulis blog mendapat maklumbalas daripada En Zulkifli yang menanam 3,000 polibeg cili Kulai di Kg Sg Ular, Kuantan, Pahang yang telah hampir 2.5 tahun menanam cili cara fertigasi ini. Menurutnya cara ini dia perlu mempelajari bagaimana mencampurkan baja Set A dan Baja Set B dimana dia menggunakan alat mengukur tepat (EC meter) didalam membekalkan air campuran baja. Selain daripada hasil cili yang tinggi dan berkualiti, beliau mendakwa dapat menjadualkan jumlah pengeluaran hasil cili mengikut hari jualan dengan mudahnya. Dalam Agrimaths dinyatakan bagi tanaman timun dengan jarak tanaman 35~45 cm x 165 cm memberikan kepadatan tanaman 12,800 ~ 16,450 pokok sehektar (keluasan 9,500 meter perseg). Bagi tanaman tembikai wangi pula ditanam dengan jarak 35 ~45 cm x 165 cm memberikan kepadatan tanaman 12,800 ~ 16,400 pokok sehektar. Ia juga sama dengan kepadatan tanaman cili sebanyak 12,800 ~16,450 pokok sehektar. Bagaimana pun bagi terung ditanam dengan jarak 70 ~80 cm x 165 cm memberikan kepadatan 7,200 ~ 8,225 pokok sehektar. Garispanduan ini membolehkan seseorang usahawan membuat perancangan rapi sebelum memulakan projek tanaman secara fertigasi. Bagi Sistem Fertigasi dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) ianya memang sistem yang memerlukan kos untuk membina SPH yang tinggi dan sistem kelengkapan lain. Sistem ini juga merupakan teknologi dimana penanaman dimana ia boleh dilakukan dibawah SPH dimana faktur persekitaran dapat dikawal bagi peningkatan pengeluaran hasil. Kepadatan tanaman bagi satu rumah SPH atau satu bay berbeza mengikut jenis tanaman, sistem penanaman dan juga luas kawasan tidak bertanam untuk dijadikan lorong laluan. Kepadatan tanaman untuk Melon dengan jarak tanaman 90cm x 60cm x 30 cm adalah sebanyak 400 pokok. Kepadatan tanaman Cili dalam SPH dengan jarak tanaman 90 cm x 45 cm x 45 cm sebanyak 300 pokok. Bagi tomato pula dengan jarak tanaman 90 cm x 60 cm x 30 cm mendapatakan sebanyak 800 pokok sehektar. Dalam pada itu Agrimaths ada dipaparkan satu gambarajah mengenai pelan lantai SPH dengan ada dinyatakan keluasan untuk penanaman sebanyak 87.15% dan kawasan tidak bertanam 12.85%. Luas SPH standard adalah 6 meter x 30 meter dengan pelbagai sistem bumbung dan juga rekabentuk SPH. Penulis blog ada banyak melawat sistem tanaman fertigasi dibawah SPH tertama didalam Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan ladang swasta. Sila baca bagaimana tanaman tomato dengan sistem fertigasi di bawah SPH di Gunung Benom, Raub, Pahang oleh syarikat Benom Height Sdn Bhd untuk rujukkan (Sila klik disini). Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini mempaparkan berita daripada sumber beberapa media tempatan bagaimana fertigasi membolehkan usahawan menjadi jutawan untuk dijadikan bahan rujukan pembaca semua.

Beberapa portal media tempatan telah melaporkan '
Kaedah fertigasi, teknologi bantu usahawan tani jadi jutawan' seperti dinyatakan oleh YB Ahmad Hamzah ketika merasmikan Webinar Fertigasi secara atas talian di Putrajaya. Jabatan Pertanian terus mempromosikan kemajuan teknologi baharu kepada rakyat khususnya usahawan tani melalui pelbagai sesi webinar bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti termasuk hasil tanaman makanan. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan mendakwa ia antara usaha jabatan itu yang antara lain mengembangkan kaedah penanaman secara fertigasi yang ketika ini menjadi pilihan utama kerana penggunaan input pertanian efisien dan mesra alam sekitar. Pengurusan bagi tanaman fertigasi juga lebih mudah walaupun kos awalan pembangunannya jauh tinggi berbanding sistem konvensional selain kaedah ini memiliki banyak kelebihan. Program seminar berlangsung selama dua hari itu melibatkan sejumlah 1,100 peserta yang telah mendaftar secara talian dengan sebanyak 10 kertas kerja meliputi pelbagai tajuk dibentang termasuk perkongsian dalam kalangan pegawai, penyelidik dan pengusaha fertigasi yang berjaya serta turut disiarkan secara langsung melalui saluran khas YouTube TV Pertanian. Sistem fertigasi lebih lestari selain sudah digunakan secara meluas dalam pengeluaran tanaman makanan utama negeri seperti cili, tomato, salad, melon dan haliaPenggunaan fertigasi jelasnya, juga sejajar Revolusi Industri (IR) 4.0 apabila sistem tanaman itu boleh diintegrasikan dengan teknologi internet kebendaan (IoT), kecerdasan buatan automasi dan robotik yang aman sistem fertigasi secara pintar membolehkan aspek pengurusan dan pemantauan diperingkat ladang dapat dilaksanakan lebih cekap tanpa berlaku pembaziran. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan turut ambil kira aplikasi IR 4.0 dalam program pembangunan pertanian yang dicadang untuk dilaksanakan sehingga 2025 memandangkan sektor pertanian kini berdepan pelbagai cabaran bagi melonjak pengeluaran dengan sumber tanah terhad dan perubahan iklim dunia tidak stabil. Pembangunan aplikasi teknologi moden dapat menjamin kelangsungan pertanian negara serta menarik pengusaha tidak kira umur dan taraf pendidikan menceburi bidang itu kerana sektor pertanian jika diuruskan baik mampu memberikan prospek kejayaan dan pendapatan lumayan.

Dalam laporan lain bertajuk '
Manfaat teknologi fertigasi' dalam portal berita mediaprima wajar dikongsikan. Daripada jurutera kepada usahawan tani. Itu yang menjadi pilihan Mohd Najib Latif (35 tahun) kira-kira enam tahun lalu kerana dia juga berasakan bidang pertanian mampu memberikan kehidupan yang lebih baik berbanding bekerja makan gaji (Sila lihat foto disebelah). Baimanapun, perkara itu tidak mudah dicapai dan dilhat dari mata kasar kerana kejayaan tidak datang dalam sekelip mata dimana disepanjang bergelar usahawan tani, dia bukan tidak pernah berpaling kepada kerjaya sebelumnya kerana hampir putus asa dengan pendapatan yang tidak mampu atau pun  mencukupkan komitmen bulanan. Perkara itu berlaku dua tahun selepas dia mengusahakan kebun seluas kira-kira 0.4 hektar yang disewanya. Dia sebenarnya tidak mempunyai ilmu langsung dalam bidang ini. Segala-galanya bermula daripada kosong selain hanya belajar dengan kawan berpengalaman. Ramai yang lihat orang yang berjaya hari ini sebenarnya bukan mudah kerana mereka juga melalui proses dari bawah yang sukar dimana itu pengajaran untuknya. Perkara paling penting ialah ilmu pengetahuan untuk terus kuat mengusahakan tanaman yang diinginkan termasuk proses memasar dan menguruskan perniagaan. Dia yang pada awalnya hanya mengusahakan tanaman terung dan tidak tahu cara yang betul. Maksudnya memastikan bekalan tanaman tidak putus selepas hasilnya diperoleh. Kemudian dia belajar daripada kawan yang berpengalaman dan mengikuti kursus disediakan pelbagai pihak seperti Jabatan Pertanian dan lamanweb. Dia mula belajar mengenai teknologi pertanian bagi mengusahakan tanaman sayur-sayuran yang lebih mampan semasa berkursus. Daripada mengusahakan tanaman secara konvensional pada 2015, saya beralih kepada fertigasi untuk tanaman terung, cili, timun dan labu pada 2017. Menerusi teknologi fertigasi, pemberian baja akan dapat disukat dengan lebih tepat sesuai dengan keperluan tanaman harian dan juga air. Jelasnya, ia lebih baik berbanding kaedah konvensional yang baja ditabur dengan banyak, apabila hujan terdapat pembaziran dan jika panas air tidak mencukupi. Teknologi fertigasi ini juga membantu memudahkan operasi siraman yang bersifat automatik dan tidak membazirkan air. Hasil penggunaan teknologi ini juga membantunya mendapatkan produk tanaman yang lebih bermutu daripada segi gred dan saiz. Malah tempoh matang juga lebih cepat dalam tiga hari berbanding sistem secara konvensional. Kini, Mohd Najib mengusahakan tanamannya di tanah seluas sekitar empat hektar yang disewa daripada Jabatan Pertanian sejak 2019. Dia juga mengamalkan tanaman secara bermusim mengikut giliran sayur-sayuran. Setakat ini, untuk musim cili saya mampu menghasilkan purata 1,500 hingga 2,000 kilogram (kg), terung 4,000kg dan timun empat tan. Tempoh matang setiap tanaman juga berbeza. Contohnya pokok cili hanya memerlukan dua bulan setengah hingga tiga bulan dan timun sekitar 40 hari. Selain tanaman fertigasi, Mohd Najib juga mengusahakan tanaman kontan iaitu ubi kayu dan keledek yang menjadi pendapatan sampingan untuk jangka masa panjang. Baginya, sebagai usahawan tani, kesabaran paling utama bagi memastikan usaha yang dilakukan tidak terhenti di tengah jalan. Seperti dikatakan pada awal tadi, saya sudah hampir putus asa dengan kembali ke kerjaya asal, tetapi apabila difikirkan semula, ini adalah cita-citanya dan perlu diteruskan walaupun terdapat cabaran. Tempoh masa untuk mendapat hasil matang tanaman adalah cabaran utama akan tetapi apabila kita telah belajar supaya ia berterusan, maka perniagaan ini dapat berjalan dengan baik. Ilmu itu penting.

Kejayaan sistem fertigasi kini semakin menjadi pilihan ramai petani terutama golongan petani muda. Di Terengganu dilaporkan bagaimana '
Kaedah fertigasi bantu usahawan tani pada musim tengkujuh' amat baik dikongsikan kisahnya. Kecanggihan teknologi dalam bidang pertanian menjadikan usahawan tani dari Marang, Terengganu tidak lagi gentar untuk mereka meneruskan projek tanaman mereka meskipun musim tengkujuh semakin hampir. Tinjauan Bernama di beberapa lokasi mendapati banyak projek tanaman yang masih diusahakan seperti cili, terung dan timun menggunakan kaedah fertigasi yang lebih moden dan selamat daripada ancaman kemusnahan. Bagi Mohd Shafie Sulong, 48, beliau tidak begitu risau dengan kehadiran musim tengkujuh kerana telah mempraktikkan kaedah tanaman fertigasi untuk 1,400 pokok cili Sekata 461 yang mula ditanam berperingkat sebelum musim tengkijuh. Dia turut menutup setiap polibeg cili ini dengan bekas polisterin untuk tujuan bagi mengelakkan pembaziran baja sekiranya berlaku hujan lebat dalam tempoh yang lama. Melalui kaedah ini, baja akan tetap kekal di dalam polibeg dan cili tidak akan ditenggelami air sekiranya hujan lebat kerana diletakkan di atas tempat yang tinggi dari aras tanah di kebunnya seluas 0.5 hektar dekat Kampung Mak Kemas, Marang. Fertigasi berasal daripada dua perkataan Inggeris, ‘fertilization’ (pembajaan) dan ‘irrigation’ (pengairan) yang mana ia mampu mengeluarkan hasil berkali ganda berbanding kaedah konvensional, penggunaan baja dan racun organik yang efisien, serta tidak memerlukan kawasan yang luas. Mohd Shafie berkata usahawan perlu menimba ilmu sebanyak mungkin sebelum memulakan projek tanaman bagi mengelak risiko kerugian seperti jangkaan tempoh tuaian serta ramalan cuaca sepanjang projek berjalan. Apabila kita mempunyai persediaan rapi, insya-Allah tengkujuh bukanlah penghalang untuk usahawan tani. Dia yang menjangka harga cili akan melonjak kepada RM15 sekilogram untuk harga pemborong pada musim banjir nanti berbanding hanya RM8 hingga RM10 sahaja ketika ini. Beliau yang mengeluarkan modal sebanyak RM30,000 juga bersyukur kerana sering mendapat bimbingan nasihat daripada Jabatan Pertanian Negeri Terengganu untuk memaksimumkan pengeluaran hasil tanaman cilinya itu. Jabatan Meteorologi meramalkan Terengganu akan menerima taburan hujan yang lebat antara empat hingga enam episod berserta dengan angin kencang bermula akhir Oktober hingga Mac 2020 yang akan menyebabkan impak banjir sama seperti tahun 2016 dan 2017. Bagi seorang lagi usahawan tani, Mohd Faizal Zakaria, 35, beliau sangat gembira apabila berjaya mengutip hasil tuaian yang pertama semalam apabila 600 pokok cili Sekata 461 yang ditanam dua bulan lalu sudah matang. Dia memang membuat perancangan rapi bilakah masa sesuai untuk memulakan tanaman ini agar dapat menuainya sebelum musim tengkujuh dengan tunjuk ajar ramai rakan usahawan tani lain, saya dapat mengaplikasikan ilmu mereka di kebunnya dan setakat ini, tanaman memang tidak terjejas lagi. Melalui teknik fertigasi, usahawan masih boleh untuk meneruskan tanaman cuma yang penting ialah penjagaan lebih rapi perlu dilakukan bagi memastikan putik buah tidak mudah luruh dan elak menyemai benih baharu ketika musim tengkujuh. Selain kaedah menutup polibeg dengan polisterin, usahawan tani juga memasang struktur pelindung hujan (SPH) berjaring untuk menghalang kemasukan air hujan dan berlaku serangan serangga perosak tanaman. Semuga artikel ini memberi info terbaik kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SISTEM FERTIGASI... SUDAH LAMA...
MEMANG SESUAI... UNTUK SEMUA...
PETANI SENANG... URUSKANNYA...
JADI JUTAWAN.. ITU MENTERI KATA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24  Safar 1443H)
1 Oktober 2021.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.