Friday, April 30, 2021

MINYAK ALGA - POTENSINYA

MINYAK ALGA (Alga Oil) 
merupakan sejenis minyak yang aagak jarang diperkatakan iaitu minyak berasal dari alga. Minyak ini mengandungi DHA dimana ia didakwa dapat menyumbang 97 peratus daripada lemak omega-3 kepada organ otak manusia. Dilaporkan kedapatan minyak ini memang agak sukar diperolehi diseluruh dunia termasuk di USA dan Negara Maju lain menyebabkan ramai pengguna idak mendapaat bekalan mencukupi. Minyak alga adalah sejenis minyak mengandungi bahan DHA vegetarian yang tidak berasal dari ikan (seperti ikan kod). Kalangan para saintis dan doktor menyedari bertapa pentingnya asid lemak omega-3 dan membuat kajian bagaimana kaedah lain untuk mendapatkan asid lemak penting ini selain menggunakan ikan. Kajian mendapati dimana ikan dari air sejuk adalah jenis ikan berlemak semulajadi seperti salmon telah dikomersilkan dan ia adalah adalah sumber makanan DHA yang baik. Ia diburu dan keberadaannya semakin berkurangan selain daripada kos yang juga meningkat untuk penghasilan minyak ikan. Terkini para saintis perlu mencari kaedah lain untuk mendapatkan DHA dalam diet manusia dimana menemui hasil kajian dimana minyak alga yang ditambah kepada makanan, minuman dan makanan tambahan adalah praktikal. Minyak alga menyediakan DHA walaupun ia tidak berasal dari ikan dimana sesuai jadi pilihan kalangan vegetarian. Kajian juga mendapati dimana khasiat asid lemak omega-3 berfungsi agen anti-radang dan ia membantu badan mengurangkan pembekuan darah. Ada temuan kajian dimana jika terlalu banyak menggunakan minyak ikan menyebabkan kanser. Kini saintis mencaei sumber lain iaitu ke dalam alga mikroskopik yang sebenarnya menhasilkan DHA yang berasal dari alga ini dipanggil minyak alga. Kajian telah dilakukan untuk pastikan bahawa minyak alga adalah sama efektifnya dengan asid lemak yang terdapat dalam ikan air sejuk. Kajian tahun 2008 yang diterbitkan dalam Journal of the American Dietetic Association menilai kesan kapsul minyak alga dan minyak dari salmon yang dibungkus nutrien hasilnya mendapati bahawa kapsul DHA minyak alga dan salmon yang dimasak adalah sama hebatnya.  Kajian tahun 2014 menunjukkan bahawa pengambilan minyak alga menyebabkan peningkatan ketara eritrosit darah dan DHA plasma. Ini telah menggalakkan yang memberi tumpuan kepada pilihan vegetarian bagi orang yang memerlukan asid lemak omega-3. 
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kadar optima bagi cara pengekstrakan minyak dalam usaha untuk mendapatkan hasil minyak maksimum daripada mikroalga air tawar seperti Chlorella vulgaris. Suhu yang terlalu tinggi dalam pengekstrakan minyak dilaporkan boleh menyebabkan penguraian sebahagian daripada sel-sel alga dan seterusnya mengurangkan hasil minyak yang dikeluarkan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai info berkaitan dengan minyak alga dan laporan media di Malaysia mengenai potensi pengeluaran inyak ini secara komersil untuk rujukan anda semua.

Secara umumnya a
pabila pembaca blog memikirkan alga akan menggambarkan akan kehijauan tumbuhan yang berada dipermukaan kolam dan tasik yang dilihat hijau. Bagaimana pun kini secara komersil mungkin berlakuu bahawa organisma ini juga ditanam di makmal untuk minyaknya yang unik mengandungi bahan asid lemak omega-3 yang dikaitkan lemak ini dengan banyak faedah kesihatan. Walaupun minyak ikan juga membekalkan omega-3 akan tetapi minyak alga tau juga dipanggil sebagai 'minyak ganggang dapat' memberikan alternatif semulajadi yang hebat. Alga sendiri merangkumi lebih dari 40,000 spesies yang terdiri dari organisme kategori mikroskopik bersel tunggal yang dikenali sebagai mikroalga hingga kelp dan rumput laut (seaweed). Semua jenis tumbuhsn ini bergantung pada tenaga dari cahaya matahari atau sinar ultraviolet (UV) dan karbon dioksida (CO2). Kajian saintis mendapati dimana spesies mikroalga tertentu kaya dengan dua jenis utama Asid lemak omega-3 - asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA) dimana sudah ada usaha agar spesies ini ditanam untuk minyaknya. Antara teknologi dilakukan adalah dengan cara  memanipulasi pendedahan mereka terhadap sinaran UV, oksigen, natrium, glukosa, dan suhu. Hasilnya adalah dimana minyak perlu diekstrak, dimurnikan dan hasilnya kemudian akan digunakan dalam berbagai tujuan.  Apabila makan telur, ayam atau ikan salmon yang di ternakan melalui teknoloji untui meningkatkan dengan omega-3 ada kemungkinan lemak ini berasal dari minyak alga. Lazimnya munyak alga kini  berfungsi sebagai sumber omega-3 dalam susu formula bayi dan makanan lain serta vitamin dan suplemen omega-3. Sama seperti suplemen minyak ikan, makanan yang dibuat dari minyak alga berbeza-beza dalam jumlah dan jenis lemak omega-3 dan saiz hidangannya. Kini dipasaran sudah ada juga membeli minyak alga sebagai minyak masak.  

Masih ramai kalangan pengguna yang belum faham apakah sebenarnya Omega-3 yang selalu muncul didalam iklan. Dalam penulis blog membuat beberapa rujukan dinyatakan dimana 
Asid lemak Omega-3 adalah keluarga lemak tak jenuh (tidak tepu) yang lazimnya terdapat dalam tumbuhan dan ikan. Hidupan ini membekalkan lemak penting yang tidak dapat dibuat oleh badan manusia dimana manusia harus mendapatkannya melalui makanan diambil. Dilaporkan ada  beberapa jenis sdid ini tetapi kebanyakan penyelidikan selalu hanya menumpukan pada jenis EPA, DHA dan Asid Alpha-Linolenik (ALA)ALA dikenali sebagai asid lemak induk kerana badan manusia boleh menghasilkan EPA dan DHA dari sebatian ini tetapi sebaiknya dapatkan ketiga-tiganya dari diet seharian. Omega-3 sangat penting untuk struktur dan fungsi membran sel di seluruh badan terutama untuk organ mata dan otak yang mempunyai tahap DHA yang tinggi. Bahan ini juga dikaitkan dengan sebatian untuk molekul isyarat yang akan membantu mengatur keradangan dan membantu pelbagai organ badan termasuk jantung dan sistem imuniti. Sumber terbaik bagi ALA banyak terdapat pada makanan tumbuhan berlemak dan terbaik termasuk biji rami dan minyaknya, biji chia, walnut dan minyak canola dan kacang soya. Apa pun lazimnya dilaporkan bagi kedua-dua EPA dan DHA terdapat dalam makanan ikan dan laut seperti ikan herring, salmon, ikan bilis, sardin dan ikan berminyak lain adalah sumber makanan kaya lemak ini. Rumpai laut dan alga juga akan membekalkan EPA dan DHA. 

Di Malaysia terkini ada beberapa laporan media yang bertajuk '
Boustead, NG Oil teroka teknologi bahan api alga' dimana ia dipetik daripada Kuala Lumpur pada Appril 2021. Boustead Holdings Bhd telah menjalin kerjasama strategik dengan Next Generation Oil Sdn Bhd (NG Oil) untuk mewujudkan ekosistem ekonomi baharu dengan teknologi bahan api alga boleh diperbaharui. Pengarah Urusan Kumpulan Boustead, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly nyatakan dimana kerjasama strategik itu membolehkan kedua-dua pihak meneroka pembangunan ladang tanaman alga dan pengeluaran minyak mentah berasaskan alga yang neutral karbon dengan sasaran untuk mengurangkan kesan rumah hijau (GHG) yang dikeluarkan oleh bahan api tradisional fosil. Tenaga boleh diperbaharui menjadi strategi baharu konglomerat itu bagi menawarkan aliran pendapatan mampan untuk tempoh sederhana dan panjang kumpulan. Dijelaskan dimana inisiatif bahan api alga itu disokong oleh simpanan tanah mencukupi Boustead Plantations Bhd (BPB) untuk membangunkan kemudahan perladangan alga dimana ia sekali gus melengkapkan pelan kumpulan untuk terus mewujudkan alternatif atau aktiviti pelengkap bagi BPB. Majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) hari ini antara Boustead dan NG Oil menyaksikan kedua-dua pihak bersetuju untuk bersama-sama mengukir penciptaan ekonomi baharu di Malaysia menerusi penanaman alga secara besar-besaran untuk pengeluaran bahan api bio. Kini dilaporkan dimana kadar permintaan bahan api bio sangat tinggi kerana ia memberi manfaat kepada alam sekitar kerana ia didakwa mengurangkan kesan kerosakan kepada alam sekitar. Usaha sama antara Boustead dan NG Oil akan menyediakan platform sebenar bagi pewujudan program pembangunan vendor baharu, menyokong ekosistem perniagaan baharu yang akan memanfaatkan rakyat dan negara. Syarikatnya menerusi Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd yang mengendalikan kira-kira 400 stesen BHPetrol di seluruh negara akan berpotensi menjadi penerima stok minyak berasaskan alga itu. NG Oil juga mempunyai beberapa syarikat minyak antarabangsa dunia yang bersetuju untuk menerima stok minyak mentah alga. Mengikut Pengerusi Eksekutif NG Oil, Datuk Indera Mohamed Moiz dimana kerjasama strategik ini akan memperlihatkan usaha dalam pembangunan ladang alga pertama dunia seluas 400 hektar untuk pengeluaran minyak mentah alga. NG Oil mempunyai teknologi 'Algae Modular Automated Plantation (A-MAP)' dipatenkan untuk penanaman dan penuaian alga yang mampu menjana hasil tinggi pada skala industri dengan kos untuk pengeluaran yang boleh dikomersialkan. Media semasa majlis perasmian ini juga melaporkan dimana kos pembinaan bagi ladang alga seluas 400 hektar ialah kira-kira antara AS$700 (RM2.9 bilion) hingga AS$900 juta (RM3.7 bilion) dengan anggaran jangkaan penjanaan pendapatan secara konservatif kira-kira AS$750 juta (RM3 bilion) bagi setiap 400 hektar ladang alga (1,000 ekar). Dakwanya dengan komitmen ini dilihat daripada pasukan Boustead dimana mereka yakin kerja bagi membangunkan 1,000 ekar ladang (400 hektar) alga akan bermula akhir suku ketiga atau awal suku keempat tahun 2021. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MINYAK ALGA... APA BENDA...
BELUM KENAL... KENA BACA...
BOUSTEAD... INGIN MENCUBA...
TUNGGU DAN LIHAT... HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Ramadan 1442H).

Thursday, April 29, 2021

BUNGA TIRUAN - APA CERITA

BUNGA TIRUAN (Artifical flower) atau lebih dikenali sebagai 'Bunga Plastik' kini sudah menjadi bahan hiasan yang sangat popular di Malaysia berbanding dengan bunga segar. Malahan terdapat banyak kedai yang khusus menjual pelbagai produk bunga tiruan daripada beratus jenis bunga tiruan seperti dibeberapa premis yang terdapat di Air Hitam, Johor dan Kawasan deretan Kedai Nilai 2 di Seremban dan beberapa lagi. Melihat kepada besarnya kedai dan banyaknya bunga tiruan ini didalam premis kedai tersebut memang penulis blog percaya industri bunga plasti mungkin mampu mengatasi nilai industri bunga segar di Malaysia. Sektor Bunga-bungaan atau Florikultur Segar di Malaysia merupakan salah satu daripada industri yang berkembang dengan pesat dimana pada tahun 2010 sebanyak 2,421 hektar bunga-bungaan telah di tanam dengan menghasilkan sebanyak 468.148 juta bilangan keratan bernilai RM 290.078 juta dan angka ini turun naik bergantung kepada isu pasaran, ketersediaan tanah (isu tanah tinggi di Cameroon Highland), harga dan terkini terjejas sedikit dengan pandemik Covid-19. Industri bunga segar di Malaysia di bahagikan kepada 4 kategori perusahaan iaitu ORKID, BUKAN ORKID, POKOK DAUN KERATAN dan POKOK BUNGA HIASAN. Banyak info lain boleh dibaca dalam artikel saya dengan membuat pautan berikut (Sila klik disini). Pembahagian ini adalah berdasarkan kepada faktur kesesuaian mengikut aktiviti industri bunga yang telah pun di laksanakan mengikut kesesuaian. Industri Orkid pada tahun 2010 di Malaysia melibatkan sebanyak 40,401,771 bilangan pokok yang di tanam berbanding hanya sebanyak 12,143,907 pokok orkid ditanam pada tahun 2005 (meningkat melebihi 3 kali ganda). Sebanyak 173,666,522 keratan atau pasu bunga orkid telah dihasilkan pada tahun 2010 bernilai sebanyak RM 104,119,913. Kawasan utama penanaman orkid adalah di Johor diikuti dengan Selangor, Perak dan Pahang. Dilaporkan kebanyakan keratan orkid yang dihasilkan adalah untuk pasaran ekspot. Senario ini amat berbeza dengan sektor bunga tiruan atau bunga plastik yang terus berkembang baik di Malaysia. Artikel pagi Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya bincangkan mengenai cerita bunga tiruan yang jarang ditulis dalam mana-mana ruangan untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Penghasilan bunga tiruan kini didominasi kebanyaknnya oleh kilang dari Negara China dengan pelbagai jenis bunga menarik yang berkualiti, murah dan tahan lama. Hasil buatan dengan teknologi moden menggunakan bahan polimer berkualiti ini membolehkan pasaran bunga tiruan terus berkembang pesat dengan risiko rendah kerana bunga tersebut tidak rosak atau pudar warna untuk tempoh masa yang memang jauh lebih lama daripada bunga segar. Penulis blog percaya memang terlalu banyak rumah di Malaysia ini mempunyai bunga tiruan untuk tujuan dekorasi atau pun landskap didalam ataupun diluar rumah. Paling tidak akan ada bunga tiruan diatas meja makan atau diletakkan di penjuru bilik dan paling pasti disebelah telivisyen anda. Bunga tiruan yang cantik dengan warna yang kuat tidak perlu disiram, tidak perlu dibaja, tidak perlu sinaran cahaya matahari, tidak diserang penyakit atau serangga perosak menjadikan ia sentiasa segar dari pagi sehingga kemalam tanpa ragu-ragu. Dirumah penulis blog sendiri ada lebih daripada 15 hiasan bunga tiruan daripada yang kecil diatas meja makan dan meja kerja kepada yang besar di penjuru rumah seakan pokok yang betul. Dengan harga yang berpatutan memang berbaloi membeli bunga tiruan kerana ada bunga yang telah penulis blog beli melebihi 20 tahun tetapi masih utuh warnanya dan tetap mekar (cuma tiada bau bunga!). 

Selalunya di majlis perkahwinan atau pelamin persandingan akan dihias dengan berjenis-jenis bunga tiruan mengikut konsep sehinggakan pelamin tersebut sangat cantik untuk pasangan pengantin. Lebih parah lagi apabila bunga yang dipegang mempelai semasa persandingan adalah bunga plastik juga. Memang tidak keterlaluan dimana hiasan dalam ruangan makan kenduri majlis persandingan juga akan dihiasi dengan banyak bunga tiruan daripada pintu masuk sehingga sepanjang laluan utama dan di meja makan. Kepada pasangan yang mengggunakan perkhidmatan menyewa Dewan Persandingan dimana pelamin yang disediakan sudah ada set bunga plastik yang mungkin tidak bertukar untuk berpuloh-puloh pasangan pengantin yang menggunakan pelamin tersebut dan agak jarang pemiliknya menukarkan hiasan pelamin kecuali ada permintaan khusus penyewa. Peranan bunga tiruan di Malaysia dan juga mngkin diseluruh dunia dilihat semakin dominan. Penulis blog tidak tahu berapa juta nilai import bunga tiruan di Malaysia kerana sukar untuk mendapatkan data tersebut. Dijangka nilai industri bunga tiruan ini jauh lebih tinggi daripada nilai industri bunga segar di Malaysia. Selain daripada mengimport dipercayai terdapat beberapa pengilang tempatan yang juga mengeluarkan produk bunga tiruan. Bagaimana pun memang tidak dapat dinafikan bunga tiruan mempunyai potensi besar dimasa akan datang.

Penulis blog ingin berdiskusi mengenai b
erbahayakah kalau guna pokok dan bunga tiruan (bunga plastik) dirumah?. Dewasa ini dekorasi rumah yang mempunyai aura dan sentuhan tumbuh-tumbuhan adalah antara dekorasi yang paling hebat. Aura yang akan dipancarkan dengan warna kehijauan alam dan warna cantik bunga memberikan satu suasana yang tenang dan damai. Untungnya kos dalam penyelenggaraan dan penjagaan bunga tiruan ini tidak memerlukan masa dan wang yang banyak berbanding dengan bunga hidup. Memang trend kini hiasan dekorasi sudah pun menjadi lebih mudah bila hadirnya pokok dan bunga tiruan atau bunga palsu. Kini item pokok dan bunga palsu ini sangat  disukai ramai dan telah berkembang naik taraf kerana ia kelihatan sudah seakan bunga nyata atau sangat 'Real'.  Apa pun persoalannya sejauh mana bahayanya kepada penghuni rumah. Mungkin antara perkara berbahaya sebab akan ada orang iri hati melihat dekorasi rumah yang nampak cantik, segar dan mewah menggunakan bunga tiruan tetapi perlukan penjagaan yang minima. Sebenarnya ada banyak kebaikan guna pokok atau bunga palsu dalam rumah kerana ia kekal segar sepanjang tahunKebaikan yang paling ketara adalah pokok dan bunga palsu ini akan kekal segar sepanjang tahun tidak mengira musim. Berbandig dengan pokok hidup dimana  ianya mempunyai musim tersendiri untuk ia mekar dimana ia kemudian layu. Penggunaan bunga palsu pastinya berjaya menyelamatkan daripada situasi tersebut. Dekoratif dengan bunga tiruan memang Kos efektif kerana jika menghiasi rumah dengan bunga segar akan memakan kos yang tinggi kerana mereka perlu ditukar sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu atau sebulan. Tanaman rumah (house plant) mempunyai jangka hayat yang lebih panjang namun ia tetap perlu ditukar jika tidak dijaga dengan cara yang betul. Pokok dan bunga palsu berkualiti tinggi adalah agak mahal untul dibeli pada permulaannya, namun mereka adalah pelaburan yang berbaloi kerana mereka mampu bertahan bertahun-tahun lamanya jika dijaga dengan baik dan ini sekaligus membuktikan betapa sangat kos efektif penggunaan pokok dan bunga palsu.

Kehebatan bunga tiruan juga t
idak berbahaya kepada haiwan peliharaan jika berada didalam rumah. Biasanya diantara masalah yang akan hadir apabila menggunakan pokok dan bunga segar di dalam rumah ialah terdapat pelbagai tumbuhan yang berbahaya kepada haiwan peliharaan. Contohnya seperti bunga lilies dan aloe vera dan ada banyak lagi tumbuhan yang didakwa berbahaya untuk haiwan peliharaan jika mereka hendak cuba memakannya. Haiwan peliharaan kita seperti kucing, rabbit pulak tu tak reti duduk diam dimana mereka akan mengigit segala benda dalam rumah. Haiwan ini ingat semua boleh dimakan akan tetapi jika guna bunga palsu ianya merupakan pilihan terbaik dan selamat untuk sesiapa yang ada pelihara haiwan dalam rumah. Kalangan mereka yang sibuk bekerja boleh kurangkan risiko balik rumah stress apabila melihat atau tengok gubahan bunga. Kehebatan atau lelebihan bunga tiruanjuga termasuk bagaimana mudah alih dan boleh diletakkan di mana-mana sahaja di dalam rumah. Pokok dan bunga palsu boleh diletakkan di mana-mana sahaja seperti atas meja hias, atas meja kerja atau di bilik mandi. Jika mahu boleh diletakkan bersama pokok dan bunga segar secara selang seli dimana ia mencantikan lagi konsep dekorasi dan booleh diubah-ubah mengikut masa berlainan. Bunga tiruan juga hanya perlukan penjagaan sangat mudah kerana ia tidak memerlukan jadual bila hendak siram air, isu kecukupan cahaya matahari tidak timbul dan daun serta bunganya tidak akan gugur. Pokok dan bunga palsu cuma perlu dilap dengan kain basah untuk dibersihkan daripada habuk mengikut jangkama agak lama. memang banyak kelebihan gunakan bunga tiruan sebagai dekorasi dirumah atau di pejabat dan sudah menjadi trend diterima masyarakat sekarang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BUNGA TIRUAN... PLASTIK SAMA...
SEKALI BELI... TAHAN LAMANYA...
SENANG ALIH...MUDAH DIJAGA...
MENJADI TREND... DIMANA-MANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Pytrajaya,
Malaysia.
(16 Ramadan 1442H).

Wednesday, April 28, 2021

POTENSI BULUH LEMANG

BULUH LEMANG
(Schizostachyum brachycladum) adalah merupakan sejenis buluh yang mana batangnya diambil untuk dijadikan bahan asas diisi adunan beras atau pulut tujuan untuk memasak lemang. Kebanyakan buluh lemang diambil daripada pokok buluh yang tumbuh meiar dan agak jarang mendengar ada yang menanamnya secara komersil.  Buluh lemang atau juga dikenali sebagai Buluh Buluh Nipis, Buluh Padi, Buluh Urat, Buluh Rusa atau Buluh Pelang banyak kegunaannya. Ia juga merupakan sejenis pokok buluh dimana batangnya yang lurus sesuai untuk digunakan bagi tujuan menghasilkan lemang dan hasil kerja kraftangan. 
Buluh yang tergulung di dalam keluarga Poaceae (Dulu Gramineae) adalah sama keluarga dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung, tebu dan gandum. Lebih tepat lagi buluh berada di bawah sub-keluarga iaitu Bambusoideae. Manakala sub-keluarga Bambusoideae ini mengandungi beberapa genus seperti Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Gigantochloa, Schizostachyum dan lain-lain lagi. Diseluruh dunia buluh pernah dianggap sebagai 'worst weed of the world' kerana ia cepat membiak, sukar untuk dikawal pertumbuhannya dan sukar dimusnahkan rumpunnya. Kegunaan utama buluh lemang adalah untuk membuat lemang. Buluh ini dipilih untuk masak lemang disebabkan ciri khusus seperti ruasnya panjang, lurus dan buluh ini nipis.  Mungkin ramai pembaca blog ini hanya biasa melihat buluh lemang yang telah siap dipotong atau telah kehitaman kerana dibakar semasa proses membuat lemang. Selain daripada digunakan untuk membuat lemang, rebung buluh ini juga boleh dimakan. Kini batang buluh lemang telah dikomersilkan dimana ada yang menebang, memotong, membawa keluar, memgikat dan menjual buluh lemang sebagai satu lagi ruang perusahaan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai potensi industri buluh lemang dan pengeuaran buluh lemang untk dijadikan bahan rujukkan semua.

Makanan tradisional 
Lemang  adalah merupakan beras pulut yang dimasak bersama santan dan garam dalam ruas-ruas buluh dilapik dengan daun pisang sebelum dibakar sehingga masak. Teknik ini merupakan cara menanak nasi yang tradisional serata alam Melayu dari Indonesia ke Malaysia, Singapura dan Brunei. Masakan ini bagaimana pun paling dikenali dalam kalangan masyarakat Minangkabau namun cara pemasakan mereka yang ringkas. Lemang juga dibuat sejak lama dulu di kalangan kaum pribumi serantau lain seperti kaum Negrito Kelantan, suku Semai, kaum Dayak dan Orang Melayu. Lazimnya ruas-ruas buluh lemang yang dipilih adalah sesuai saiz besar, dipotong dan dibersihkan dahulu dimana ia akan dilapikkan dengan gulungan daun pisang. Beras pulut yang telah dibasuh akan disumbatkan ke dalam ruas-ruas ini dan ia disusuli dengan santan kelapa sehingga cukup ruang iaitu sejarak satu atau dua inci ditinggalkan dari mulut buluh.  Batang-batang lemang ini dibakar dari satu jam hingga 4-5 jam bergantung kepada besar api dinyalakan dan juga faktur penjagaan semasa membakarnya. Sebaiknya  batang-batang buluh tersebut hendaklah dibalik-balikkan setiap 15 minit agar seluruh isi nasi didalamnya masak sama rata (Sila lihat foto disebelah). Cara membelah buluh lemang untuk tujuan mengeluarkan lemang dengan menggunakan pisau atau parang dengan membelah dua buluh dan dikeluarkan semua isinya. Lemang sering dihidangkan secara berlauk bersama rendang atau serunding, namun begitu penulis blog pernah lihat ada juga yang memakan lemang dengan makanan manis seperti bersama tapai (dalam kalangan orang Minangkabau) seri kaya ataupun buah-buahan. Lemang kini telah komersil dimana ada dijual sepanjang tahun dilokasi tertentu akan tetapi lebih meluas disediakan semasa hari perayaan seperti Hari-Hari Raya Aidilfitri dan AidiladhaOrang Minangkabau sering menjadikan lemang sebagai buah tangan dihadiahkan semasa melawat sahabat handai atau semasa keraian majlis perkahwinan khususnya dalam adat manjapuik marapulai.  Masyarakat Dayak sering memakan lemang pada pesta-pesta adat mereka. Di Malaysia makanan lemang telah pun tercatat sebagai hidangan istimewa khusus di Tanah Melayu sejak 1864 lagi dan kini telah ramai usahawan membuat lemang dan mejualnya sepanjang masa. 

Di Temerloh, Pahang dilaporkan dimana semenjak enam tahun lalu, tindakan oleh Lailawati Ahmad dari Kampung Buntut Pulau dekat sini mengusahakan tanaman buluh lemang di tanahnya seluas hanya 0.8 hektar mungkin dianggap tindakan sia-sia kerana ia bukan tanaman komersial (Sila lihat foto disebelaj). Kini tanaman buluh lemang ini 
dianggap berbaloi apabila permintaan terhadap buluh lemang sentiasa meningkat terutama di bulan Ramadan dan Hari Raya. Biasanya seawal seminggu umat Islam berpuasa maka tempahan buluh lemang melebihi 2,000 batang dan di jangka kadar permintaan terhadap buluh lemang akan meningkat setiap tahun walau pun ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik covid19. Tahun lepas dia dapat menjual lebih 10,000 batang buluh lemang walaupun beraya dalam musim Covid 19. Dia juga menjangkakan permintaan buluh lemang akan meningkat kerana juga turut mendapat tempahan dari luar Pahang khususnya pada minggu akhir bulan Ramadan. Selain digunakan untuk membakar lemang, buluh terbabit turut digunakan untuk menghasilkan nasi briyani buluh yang popular dibeberapa lokasi. Disebabkan buluh miliknya tidak mencukupi dimana dia kini turut mendapatkan bekalan tambahan batang buluh lemang ini daripada masyarakat Orang Asli di sekitar kawasan Temerloh, Maran dan Bentong. Dia menjualnya dengan harga RM1.20 bagi satu ruas tanpa daun pisang dan RM 2 sebatang jika lengkap dengan daun pisang. Selain menjual buluh lemang, dia turut menjual lemang dengan jenama Lemang Bismillah di Pekan Sehari Temerloh setiap hari Ahad. Apa pun untuk bulan Ramadan ini, dia menjual lemang itu di Bazar Ramadan Lurah Semantan setiap hari dengan harga RM10 hingga RM15 sebatang bergantung kepada saiz buluh.

Di Negeri Sembilan pula yang ramai kaum masyarakat Minang dilaporkan dimana menj
ual buluh lemang mampu untuk beri pendapatan lumayan. Berita dari Port Dickson menyatakan dimana hanya menjual buluh lemang sahaja seorang lelaki mampu menjana pendapatan lumayan setiap kali Ramadan. Mohd Rusydi Rusli berumur 31 tahun yang menjual lemang buluh itu pada harga RM1.50 sebatang menerima tempahan sekurang-kurangnya 7,000 sehingga 10,000 batang. Dia dakwa idea menjual buluh lemang itu timbul selepas dia dicadangkan oleh seorang pembekal buluh lemang tiga tahun lalu. Memang sudah menjadi kebiasaan buat keluarganya setiap kali malam raya mereka akan gotong-royong membakar lemang dan biasanya saya akan beli daripada pembekal buluh lemang sendiri. Dia kini tidak menyangka kali pertama menjualnya dapat menerima tempahan sehingga 10,000 batang. Foto diatas sekali menunjukkan bagaimana Mohd Rusydi melayan pelanggannya memilih buluh lemang. Dia kini mengambil kesempatan menjana pendapatan dengan menjual buluh lemang setiap kali Ramadan selain daripada kerja hakikinya di sebuah syarikat minyak dan gas. Kebiasaannya dia akan mengambil buluh daripada masyarakat orang asli di Jelebu atau di Hulu Langat, Selangor. Bulan Ramadan bulan rezeki maka dia pun tidak mahu ketinggalan mencari rezeki lebih. Saya akan iklankan di Facebook dan sehari sebelum puasa saya sudah terima lebih 1,000 tempahan. Sebelum menjual buluh lemang ini, saya jual kuih kapit dan sambutan diterima pun agak baik. Tahun 2021 ini saya berhasrat menjual 15,000 ke 20,000 buluh lemang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
BULUH LEMANG... ADA POTENSI...
JARANG DITANAM...DIHUTAN PASTI..
RM1.50 SEBATANG... TIDAK RUGI...
LEMANG ENAK...DI AIDILFITRI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Ramadan 1442H).

Tuesday, April 27, 2021

POTENSI TANAMAN KAPULAGA

TANAMAN KAPULAGA
atau pun Buah Pelaga (Amomum compactum) adalah sejenis tumbuhan herba yang tidak diusahakan di Malaysia akan tetapi menjadi salah satu tanaman herba yang semakin popular di Indonesia. 
Kapulaga jawa adalah salah satu jenis kapulaga yang sering digunakan sebagai rempah masakan tertentu dan juga untuk jadi campuran jamu. Terdapat dua jenis kapulaga yang banyak diusahakan iaitu jenis Kapulaga Jawa (Amomum compactum) dan Kapulaga Sabrang atau Kapulaga India (Elettaria cardamomum) dimana ia adalah daripada famili halia iaitu Zingiberaceae. Tumbuhan jenis umbisi ini tumbuh menegak dengan keluarkan aroma atau bau yang khusus pada semua bahagian tumbuhan dan hidup dengan ketinggian sekitar 2 meter dengan perdunya diatas permukaan tanah dan rizom atau rimpang yang juga menjalar diatas permukaan tanah. Biasanya ia akan berbunga yang muncul langsung dari rizom pada permukaan tanah yang agak terpisah dari pangkal perdu pokok dan adakalanya sebahagian terbenam dalam tanah. Ia adalah tumbuhan hasil bertandan yang berangkai panjang hingga 10 cm dan juga selalu tertutup oleh sisik-sisik yang rapat. Bunganya mempunyai kelopak yang seperti seludang berukuran1.3 cm dan punyai rambut. Buahnya seakan sebuah kapsul bulat agak tertekan ukuran diameter 1.0-1.5 cm serta mengandungi biji diantara 3 - 7 didalamnya dikenali sebagai buah pelaga. Bijinya terlindung dalam salut biji (arilus) yang berwarna keputihan dan perlu dikeringkan untuk sedia dijual dipasaran. Artikel subuh Isnin ini selepas bersahur puasa 15 Ramadan saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai tanaman Kapulaga di negara Indonesia sebagai bahan rujukkan dan bacaan anda semua.

Produk kapulaga sering digunakan didalam menu masakan dan ia juga  menjadi salah satu bahan rempah yang banyak digunakan dalam masyarakat Asia. Kini kepentingan buah kapulaga bukan hanya untuk bahan masakan akan tetapi kapulaga juga telah digunakan untuk industri lain termasuk makanan, minuman, komestik sehingga farmasi. Tanaman kapulaga merupakan tanaman perdu yang tumbuh dengan baik pada habitat bernaung atau dibawah teduhan seperti didalam hutan atau dusun. Tanaman kapulaga memerlukan tanah subur, gembur dan bersaliran baik. Tanah terbaik untuk kapulaga adalah banyak terdapat di Indonesia iaitu dipelbagai paras ketinggian di bawah 1,000 meter di atas permukaan laut (dpl) serta menerima curahan hujan banyak antara 2,000 - 4,000 mm setahun. Dilaporkan di negara Indonesia biasanya aktiviti penanaman Kapulaga popular diusahakan di 20 propinsi seluruh negara dimana paling luas berada di Jawa Barat iaitu seluar 2,740 hektar dengan peghasilan sebanyak 63 metrik tan setahun. Penulis blog merujuk laporan statistik dimana jumlah nilai eksport kapulaga Indonesia semakin meningkat hingga mencecah 6,248 metrik tan bernilai USD 7.785 juta (RM32 juta) pada tahun 2019. Di pasaran antarabangsa dan domestik dilaporkan dimana permintaan dan keperluan bagi produk kapulaga juga masih besar kerana bertambahnya permintaan untuk sektor industri makanan, minuman dan juga farmasi. Kini harga bagi kapulaga kering antara Rp 90.000 - Rp110,000 sekilogram (RM25.50 - RM31.15 sekilogram). Malaysia merupakan net importer buah pelaga dari Indonesia dan India untuk kegunaan domestik. Banyak menu masakan dan makanan di Malaysia yang menggunakan produk kapulaga sebagai rempah yang menyedapkan makanan.

Laporan dari Balai Penelitian Tanaman Rempah dan Obat Bogor telah pun mengenalpasti dimana ada 3 kriteria kawasan yang sesuai untuk aktiviti tanaman kapulaga. Dilaporkan kawasan paling sesuai berada tanah dengan paras ketinggian sehingga 500 meter dari paras laut (dpl) dengan jumlah curahan hujan sebanyak 2,000 - 3,000 mm setahun. Kawasan tersebut yang terletak dikawasan antara Bogor-Jakarta sampai Cirebon, Kabupaten Cianjur sehingga ke sebelah barat Sukabumi, Sebelah barat Serang dan sekitar Ciamis memang menjadi sasaran penanam kapulaga. Ia diikuti dengan kawasan kedua sesuai untuk penanaman kapulaga terdiri dari kawasan yang tanahnya berada pada ketinggian hingga 500 meter dpl dengan jumlah curahan hujan diantara 2,000 - 4,000 mm setahun. Kawasan tersebut dikenalpasti disekitar antara Pandeglang, Bogor, Utara Bandung, Selatan Sukabumi, Sumedang, Garut, Majalengka dan Ciamis. Seterusnya untuk kriteria penanaman ke 3 adalah kawasan hampir sesuai dimana ia mempunyai ketinggian tanah sehingga 500 meter dpl dengan jumlah curahan hujan sebanyak 2,000 - 5,000 mm setahun yang terletak di Timur Pandeglang, Selatan Serang sehingga sekitar Kabupaten Bogor, Selatan Sukabumi dan Selatan Cianjur. Kawasan lain yang dikenalpasti sesuai untuk tanaman kapulaga berada di Sulavesi, Papua dan beberapa lokasi di Sumatra.

Petani digalakkan untuk menghasilkan tanaman kapulaga dimana mereka harus mengetahui cara pengurusan tanaman kapulaga dengan sebaiknya. Dimulakan daripada teknik memilih benih kapulaga dimana ia boleh menggunakan benih semaian biji atau vegetatif dari rizom. Teknik membiak kapulaga generatif melalui biji lebih lama jangkamasa berbanding dengan benih vegetatif yang diambil daripada anakbenih dari perdu pokok yang mencapai ukuran 30 - 50 cm tinggi (Sila lihat foto disebelah). Penyediaan benih kapulaga dari biji benih yang disemai apabila mencapai ukura 30 - 50 cm mengambil masa selama 3 - 4 bulan sebelum ia bersedia untuk diubah kekebun bergantung kepada kaedah pengurusan dan media semaian yang digunakan. Kawasan kebun perlu dibersihkan dan pastikan memunyai teduhan atau naungan mencukupi. Antara jenis pokok pelindung yang sering digunakan termasok pokok kelapa, petai dan Albazia (sengon). Jarak tanaman disyorkan adalah 1 x 2 meter, 1.5 x 2 meter atau 1 x 2.5 meter. Sebelum menanam disiapkan dulu lubang tanaman dengan ukuran 30×30 x30 cm. Anakbenih yang berupa semaian ditanam seminggu setelah tanah dicampur baja organik dan MOP. Pembajaan merupakan aspek penting untuk meningkatkan keperluan pertumbuuhan dan pembuahan kapulaga. Pembajaan seawal dilakukan dengan baja organik dan juga ditambah dengan baja sebayian kimia. Kadar baja kimia adalah sebanyak 40 gram Urea sepokok setahun dan 40 gram Triple SuperPhosphaye (TSP). Amalan agronomi kapulaga tidak sukar seperti aktiviti untuk penyiraman, penyulaman, kawalan rumpai, pengemburan dan pembajaan. Penyulaman dibuat untuk mengganti tanaman yang mati atau tidak baik pertumbuhanya. Penyiraman pula diperlukan pada masa tanaman masih muda dan kemarau. Kawalan rumpai secara manual dan tidak menggunakan kimia terutama pada msuim hujan. Rumput yang tumbuh akan menyebabkan ia menjejaskan penghasilan kapulaga.

Penuaian kapulaga mula dilakukan setelah tanaman berumur 1.5 - 2 tahun sehingga umur pokok10 - 15 tahun. Buah berbentuk bulat berukuran 1 cm yang bergerombolan di atas permukaan tanah dimana selalunya berjumlah 10-20 buah satu gerombol. Buah yang dituai dengan pisau dipisahkan (dilerai dari tangkai atau jambaknya). Buah kemudian dibersihkan kotorannya dan dicuci bersih dan diletakan pada dulang atau tempat lainnya sebelum ianya sedia dijemur. Buah yang sudah bersih kemudian perlu dijemur sehingga kering dibawah sinaran matahari. Di beberapa lokasi penanaman kapulaga penuaian ini dilakukan dengan kekerapan sekali sebulan bergantung kepada keadaan cuaca bagi setiap pokok. Jika cuaca panas dan tidak hujan jangkamasa menjemur sekitar 4 - 5 hari akan tetapi jika hujan dan mendung selalunya dijemur selama 6 - 8 hari. Proses menjemur perlu pastikan pada malam hari biji-biji kapulaga tidak bertindihan antara satu sama lainagar ia tidak busuk. Disebebkan nilai ekonominya kini minat petani untuk menanam kapulaga semakin diperkatakan. Seorang petani dengan nama Agus Riyanto dari Kulon Progo, Yogyakarta telah menanam kapulaga sejak 10 tahun lalu. Dia menanam kapulaga di kebun seluas 1,000 meter persegi (m²) dimana benihnya peroleh dari Cianjur, Jawa Barat. Kapulaga yang dia tanam jenis Kapulaga Jawa (Amomum compactum) yang mana jenis ini banyak ditemui di Sumatra dan Pulau Jawa.  Kapulaga berbuah sepanjang tahun dengan dua kali masa penuaian puncak. Dia mula menuai setelah 6 bulan ditanam. Dakwanya dalam satu rumpun mampu menghasilkan 50 batang yang bijinya sedia dituai. Sekali menuai Agus boleh memetik 200 kilogram (kg) buah kapulaga segar secara bertahap. Kapulaga hanya laku jika dikeringkan dimana biasanya buah yang baru dikutip perlu dijemur sehingga kering. Dari 200 kg buah bsegar yangasah setelah dijemur kering hanya tinggal 70 kg sahaja. Di Yogyakarta harga kapulaga sekitar antara Rp 40,000 - Rp 45.000 sekilogram (RM11.40 - RM12.70 sekilogram). Dengan harga itu maka setiap kali tuaian Agus menerima sekitar RM5 juta (RM1,410). Agus biasanya menjual kapulaga ke pusat pembuatan jamu di Yogyakarta dan Semarang. Penanaman kapulaga di Indonesia sudah menjadi aktiviti yang memberikan pulangan baik tetapi belum menjadi tanaman di minati di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMA KAPULAGA...SEJENIS HERBA...
BUAH PELAGA... NAMA DI MALAYSIA...
MUDAH DITANAM... CEPAT MENUAINYA...
BACA ARTIKEL... DAPAT TEKNOLOGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Ramadan 1442H).

Monday, April 26, 2021

KULAT PESTALOTIOPISIS - SERANG GETAH

KULAT PESTALOTIOPSIS
telah dilaporkan menyerang pokok getah (Hevea brazilliensis) di Malaysia yang menyebabkan daun getah luruh atau gugur. Kulat Pestalotiopsis sp. ini mula di kesan di Malaysia iaitu sejak ia kali pertama dikenalpasti di Kampong Panchajaya, Segamat, Johor pada bulan November 2017. Sehingga kini penulis blog merujuk kepada kenyataan rassmi Ketua Pengarah RISDA yang  yang menyatakan dimana melalui Arahan Ketua Pengarah RISDA Bil 1/2020 metegaskan bagaimana untuk melakukan pengecaman, pencegahan dan pengawalan penyakit kulat Pestalotiopsis ini dimana kini telah terdapat di seluruh Smenanjung Malaysia dan serangnan ini menyebabkan berlaku luruhan daun diluar musim dan memberi kesan kepada produktiviti danjuga pendapatan pekebun kecil getah jika tidak dikawal. Kulat ini menjangkiti bahagian daun, tangkai, dahan dan buah pokok geth dimana tumpuan jangkitan serangan adalah tertumpu kepada bahagian daunnya. Jika berlaku serangan yang ringan dan sederhana maka ia boleh menyebabkan keguguran daun sehingga 50%. Bagaimana pun jik aberlaku serangan teruk dan serius maka akan jadi keguguran daun getah matang sehingga 90 -100% pada pokok. Faktur perebakan penyakit ini adalah disebabkan oleh 4 punca iaitu Taburan Hujan Yang Tinggi, Kadar Kelembapan Udara Yang Tinggi, Suhu Yang Sesuai dan juga Terdapat Perumah Sepanjang Tahun. Taburan hujan yang tinggi menyebabkan patogen tersebar melalui akar dan angin terutama memberi jangkitan kepada pokok getah rentan dan sebaiknya dilakukan pembajaan betul. Walau pun jangkamasa kitaran hidup kulat ini pendek akan tetapi disebabkan oleh kehadia=ran perumah sesuai seperti daun kelapa sawit , palme dan rumpai serta kawalan rumpai serta penyait kurang sempurna menyebabkan berlakunya serangan ini. Artikel subuh ini selepas sahur Ramadan 1442H saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai serangan oleh kulat Pestalotiopsis spp ini menyababkan penyakit luruhan daun getah dan beberapa laporan media mengenai perkara ini untuk dijadikan bahan rujukkan anda pembaca semua.

Perlu dilakuan aktiviti pencegahan (pokok belum diserang)  boleh dilakukan dengan penyemburan racun kimia dikanopi pokok getah yang mana ia boleh dilakukan iaitusebanyak dua pusingan setahun (Sila lihat foto disebelah). Pusingan pertama adalah selepas musim daun gugur iaitu peringkat daun muda (umur daun sekitar 14 - 30 hari). Peringkat kedua semburan adalah apabila daun mulai matang iaitu sebelum musim hujan tiba (monsun). Untuk setiap pusingan (sama ada pusingan 1 atau pusingan 2) bilangan semburan adalah sebanyak 3-6 kali dengan jarak antara semburan adalah setiap 7 hari sekali. Aktiviti pencegahan dan rawatan berikutnya adalah membuat semburan kimia kepada pokok yang telah diserang penyakit Pestalotiposis sp. ini apabila terdapat tanda serangan pada daun. Semburan perlu dilakukan tanpa bilangan sepanjang tahun untuk dilakukan asalkan setiap kali semburan dilakukan sekitar 3 - 6 kali. Jenis racun dan kadar kepekatan racun digunakan adalah seperti dalam Jadual dua dibawah. Seterusnya adlah kawalan kepada daun getah yang telah gugur diatas tanah akibat serangan kulat ini (Sila lihat foto paling atas sekali). Teknik penyemburan ini hanya sesuai dan mesti dilakukan dikebun getah yang daunya telah gugur diatas tanah iaitu disembue SEKALI SAHAJA dengan kadar kepekatan sama seperti jadual 2 disertakan.

Pihak berkuasa getah di Malaysia telah pun menyediakan bajet sebanyak 
RM10 juta kawal penyakit disebabkan sejenis kulat Pestalotiopsis ini atau Penyakit Luruhan daun getah kerana penyekit ini mesti dikawal. Kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia ( LGM) menyediakan peruntukkan awal sebanyak RM10 juta tahun ini untuk mengawal penyakit luruhan daun pokok getah (Pestalotiopsis) yang mengancam pendapatan 450,000 pekebun kecil getah seluruh negara. LGM akan turun padang untuk melihat sejauh mana impak penyakit ini kepada pekebun kecil dan mereka akan memperkenalkan langkah untuk mengawalnya. Pada masa ini dilaporkan dimana LGM mengenal pasti dimana seramai lebih 18,000 hektar tanaman getah seluruh negara diserang penyakit yang dibawa oleh kulat. Ini adalah termasuk di kawasan pedalaman Ulu Tembeling di Jerantut. Kini apabila ada bajet khas ini sebanyak RM 10 juta ini maka diharap pekebun kecil getah akan dapat mengawal sekurangnya 5,000 hektar tanaman getah yang telah terjejas dengan serangan penyakit luruhan daun ini. YB Ahli Parlimen Jerantut telah menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial koperat (CSR) LGM kepada penduduk kampung Gusai, Ulu Tembeling, Pahang. Antara bantuan diberikan adalah seperti input  baja, racun kimia dan peralatan pertanian. Pam sembur yang boleh digunakan untuk mengawal penyakit jangkitan kulat luruh daun.  Menurut Dr Zairossani berkata, LGM akan memberi penerangan kepada pekebun kecil tentang penyakit ini dan langkah kawalan dan pencegahan serta racun yang sesuai bagi mengelakkan perebakan penyakit itu.

Laporan media Bernama dengan artikel bertajuk "
Pekebun kecil Risda terjejas pendapatan akibat penyakit luruhan daun'' yang dilaporkan dari Daerah Jempol, Negeri Sembilan. Pihak RISDA di seluruh negara kecuali di Perlis, Sabah dan Pulau Pinang kini telah mengesan dimana sumber pendapatan pekebun kecil getah terjejas selepas tanaman getah mereka mengalami penyakit luruhan daun pada pokok getah (pestalotiopsis). Seluas 15,282 hektar tanah terkesan dengan penyakit tersebut dan seramai 8,043 pekebun kecil terjejas pendapatan mereka dimana sebelum ini mereka juga menghadapi harga getah yag renah untuk satu jangkamasa yang agak lama. Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar meluluskan sejumlah peruntukan bagi mengatasi masalah ini. Kaedah pencegahan adalah dengan melakukan kerja-kerja iaitu cara penyemburan kimia bagi mengawal dan mencegah penularan penyakit tersebut. Kerja-kerja penyemburan racun kimia ini dilaksanakan selewat-lewatnya bulan Febuari 2021 dan proses ini mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk ia selesai bagi semua negeri. Diharapkan dengan penyemburan racun dan pembasmian kuman ini akan dapat mengatasi masalah ini dan para pekebun kecil akan dapat kembali menoreh. Ahli Parlimen Jempol merangkap Pengerusi RISDA berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital Jempol. Penyakit Luruhan Daun pada pokok getah bermula apabila kulat pestalotiopsis menjangkiti daun, tangkai, dahan dan buah pokok getah yang mana jangkitan serangan lebih tertumpu pada bahagian daun. Jika tiada tindakan segera, pendapatan pekebun kecil akan terjejas kerana pengeluaran susu getah menyusut akibat penyakit berkenaan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
POKOK GETAH.... TANAMAN UTAMA...
PENYEBAB KULAT... LURUH DAUNNYA...
KAWALAN... CARA SEMBURAN KIMIA....
PESTALOTIOPSIS... ITU NAMANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya.
Malaysia.
(7 Ramadan 1442H)

Sunday, April 25, 2021

TEKNOLOGI TANAM PALA - DI INDONESIA


MENANAM POKOK PALA
(Myristica fragrans) merupakan satu aktiviti yang menguntungkan dibeberapa lokasi di negara jiran Indonesia dan dianggap sebagai satu komoditi eksport penting. Pala bukan lagi jadi komoditi kelas rempah-ratus saja, tetapi ia kini dijadikan bidagusaha yang memiliki prospek yang cukup meluas. Tanaman pala dijadikan perkebunan yang mana ia mungkin hanya dikenal diluar Pulau Jawa dimana salah satunya di Maluku dan telah mula dikembangkan sekitar di Bogor, Jawa Barat. Beberapa penyelidik mendapati dimana dilaporkan hasil buah pala yang dittuai di Bogor mempunyai marfologi buah lebih membulat dengan lembih masam berbanding dengan buah pala Maluku yang bentik fizikalnya lebih lonjong dan kurang masam. Bagaimana pun bagi petani yang hendak menanam buah pala perlu menitikberatkan ciri terbaik untuk dipasarkan dan memberikan pulangan terbaik. Potemsi penanaman pala masih terbuka akan tetapi perlu dilihat akan trend harga dan pasarannya. Buah pala di Bogor lazimnya dijual dalam bentuk buah segar sahaja kerana ada permintaan yang baik berbanding dengan buah pala di Maluku yang kebanyakannya adalh untuk di proses bagi mendapatkan ekstrak pati dan juga dieksport keluar. Kalau dahulu potensi penggunaan buah pala hanya untuk dijadikan bahan masakan sahaja akan tetapi kini ia telah diperluaskan untuk diproses dan menghasilkan pelbagai produk lain didalam pelbagai industri. Kini dilaporkan dimana buah pala tidak hanya ia akan dimanfaatkan bijinya saja namun isi daging sampai kulitnya boleh digunakan. Semala ini bahagian buah pala yang tua biasanya dimanfaatkan bijinya. Tanaman pala merupakan jenis tanaman yang sangat mudah beradaptasi untuk diusahakan di beberapa lokasi di Indonesia. Penanam perlu  memahami syarat pertumbuhannya dengan tepat agar satu hari kelak ia mampu memaksimakan kualiti dan hasilnya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya berkongsi maklumat mengenai amalan teknologi penanaman pokok pala di negara jiran untuk dijadikan bahan rujukan anda semuanya.

Tanaman pokok buah pala baik seuai untuk dilakukan dikawasan beriklim kering. Apa pun ia perlukan taburan 
hujan yang tinggi dan cukup stabil sepanjang tahun. Suhu udara yang optima bagi pokok pala adalah antara 20 - 30Celcius. Jenis tanah yang sesuai pula adalah jenis tanah yang gembur dan subur seperti ditanah volkanik. Tekstur tanah yang baik adalah yang bertekstur pasir sampai liat berpasir dengan kandungan bahan organik yang tinggi. Pastikan kebun yang dipilih sebaiknya mempunyai sistem perparitan dan saliran sempurna. Pokok pala tidak sesuai ditanam dikawasan berair kerana pH tanah disyorkan adalah sekitar pH5.5 - pH5..4. Ketinggian kawasan pala sesuai pada ketinggian 500-700 meyer dari paras laut. Pokok pala yang ditanam dikawasan tanah melebihi 700 meter menyebabkan kadar produktivitinya akan rendah. Lazimnya penanaman pokok pala menggunakan biji benih yang disemai sehingga ia boleh ditanam dikebun. Sebaiknya menggunakan bijibenih pala daripada Biji Sapuan atau Biji Terpilih. Biji sapuan adalah merupakan biji yang didapatkan dari mengumpulkan biji begitu sahaja tanpa mengetahui secara pasti asalusul bijinya. Sementara itu ketagori biji terpilih merupakan biji yang mana diketahui asal indukannya sudah diketahui dengan jelas. Apa pun setelah mengetahui asal benih yang digunakan maka perlu dilihat ciri-ciri benih yang baik. Benih baik diambil daripada pokok induk yang matang dengan penghasilan tinggi serta tahan penyakit. Di Indonesia sumber benih yang bail datangnya daripada Sumatera Barat, Jawa Barat, Sulawesi Utara dan Maluku.

Biasanya b
iji baik mempunyai ukuran seragam dengan iaitu 50 gram/biji, berbentuk agak bulat dan simetrik, kulit biji berwarna coklat kehitam-hitaman dan dibahagian luar biji berkilat. Sebaiknya dipilih biji yang tidak rosak atau cacat dan ia bebas dari serangan penyakit. Kaedah menyediakan anakbenih pala dimana biji pala dari pokok induk mesti diproses dalam masa 24 jam dan jika lewat maka peratus percambahan akan menurun. Tapak semaian disediakan dahulu dengan lokasi yang berhampiran dengan kebun dan ada sumber bekalan air. Media semaian dari tanah dinaikan batas sedalam 20 cm dengan ukuran lebar 1.5 m dan panjang 5.0-10 m. Pastikan ada alur air agar air mudah keluar. Pasang teduhan tapak semaian dengan jaring hitam atau pelepah kelapa sesuai untuk sinaran matahari. Biji terpilih dirawat dahulu sebelum disemai diatas batas semaian. Kemudian dibenamkan biji kedalam tanah hingga kedalaman sekitar 1 cm dengan kedudukan garis putih pada kulit biji terletak dibawah. Jarak menanam antara biji pala dalam persemaian adalah 15X15 cm. Lakukan penyiraman setiap pagi dan petang dan dibubuh baja cecair mengikuy jadual. Buangkan rumpai yang tumbuh dan bila semaian berumur 6 bulam diberikan baja. Apabila benih sudah berumur  6-12 bulan maka ia sesuai dipindahkan kekebun. Pastikan antara ciri benih baik adalah benih dari biji yang bercambah dan akan tumbuh bakal batangnya.

Sediakan lubang tanam sedalam sekitar 5-10 cm dengan jarak sesuai. Semasa mencabut anakbenih dari semaian perlu berhati-hati agar akarnya tidak rosak. Ia dimasukkan kedalam lubang penanaman dan di padatkan dipangkal pokok. Baja terbaik adalah baja organok ditambah dengan baja sebatian NPK. Pokok yang mati perlu disulam setidaknya 1 bulan setelah tanam dan ia bertujuan agar tanaman pala akan tumbuh seragam. Kawalan rumpai dilakukan seraca rutin secara manual atau dengan menggunakan racun rumpai. Serangga yang ada menyerang pala ada Ulat Pengorek Batang (Batocera herculesdan Ulat Penggulung Daun. Pokok pala juga ada serangan oleh Cendawan Purih, Penyakit Busukk Buah Kering dan juga Penyakit Busuk Buah Basah. Antara kaedah kawalan dengan memasang perangkap serangga (laampu), kawal kelembapan persekitaran,  sanitasi kebun dan mempastikan kesuburan tanaman. Pokok pala akan mulai berbunga selepas 7-9 tahun ditanam. Buah-buah pala yang masak akan dikuitp secara manual dan ianya dikumpulkan. Jika dibiarkan maka buah pala akan gugur dan disetengah negara biji akan dikutip untuk diproses. Kajian menunjukkan penghasilan pala paling optima sehingga 25 tahun dan pokok akan menjadi terlalu tinggi melebihi 20 meter sukar untuk aktiviti penuaian. Jika dibiarkan pokok pala mampu hidup sehingga beratus-ratus tahun. Pala dikutip dua tujuam iaitu untuk penghasilan buah segar bagi tujuan di proses jadi bahan makanan atau perubatan atau penghasilan biji buah untuk diproses. bagaimanapun buah yang cukup masak dituai dan dijemur selama 6-8 minggu dibawah cahaya matahari. Amalan di Malaysia kulit biji akan dikupas dan bijinya dijemur. Apabila buah kering maka buah akan berbunyi kerana saiz biji mengecil di keluarkan sebelum dijual biji pala. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pebaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM PALA... BAGAIMANA CARA....
BENIH DIPILIH... DISEMAI BENIHNYA.... 
POKOK DI JAGA... PERLU DIBAJA JUA....
LEPAS 8 TAHUN... BERBUAHLAH DIA...

By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 RabiulAkhir 1442H). 

Saturday, April 24, 2021

POTENSI TERNAKAN 'MOINA'

MENTERNAK KUTU AIR
atau Moina micrura kini sudah dijadikan satu lagi aktiviti penternakan yang semakin popular di Malaysia. Jabatan Perikanan Malaysia telah menyediakan buku panduan penternakan Moina yang diterbitkan pada tahun 2010 iaitu Buku Panduan Bil 1/2020 yang mana ia boleh dijadikan sumber teknologi penternakan moina. Haiwan yang kecil ini merupakan sejenis daphnia terkecil didunia dimana spesis Moina micrura atau Moina sp adalah di antara yang mudah ditemui di negara kita Malaysia walau pun ada juga beberapa jenis kutu air jenis Moina seperti M. macropa dan juga lain- lain yang masih belum dkenalpasti akan potensinya. Penulis blog ada membuat tinjauan teknologi ternakan Moina sp di sebuah Pusat Perikanan Jabatan dimana mendapati ia adalah diantara kutu air yang termudah untuk diternak. Walaupun kecil namun cepat dilihat membiak sekiranya diberi makanan yang sesuai contohnya air hijau.  Cara membiak kutu air Moina yang paling mudah adalah menggunakan yis atau sayur yang direndam dan dibiarkan hancur. Biasanya didalam keadaan habitat semulajadi hidupan Moina sp tidak memilih sumber makanan. Bgaimana pun biasanya air hijau yang telah melalui proses fotosintesis adalah makanan utama yang sesuai untuk penternakan kutu air Moina secara maksima. Kutu Air Moina sp membiak secara aktif didalam cuaca panas suhu diantara 25-31Celcius. Penulis blog diberitahu dimana antara peralatan dan bahan minima yang diperlukan adalah tangki simen/konkrit berukuran 5 x 10 x 1 meter - 10 buah, Sisa ajinomoto (Ami-ami), baja NPK (60:40: 0), baja Urea (46:0:0), Kipas (Air Blower), Submisible pump dan juga alat dinamakan Pemungut hasi (Moina collecter). Cara menternak mudah dimana pertama sekali (Hari 1) perlu disediakan kolam ternakan dan dibersihkan dasar dan dinding tangki atau kolam. Kemudian di keringkan dan jemur di bawah cahaya matahari selama 1 - 2 jam. Seterusnya langkah ke 2 (iaitu pada hari pertama waktu petangnya) perlu dimasukkan bahan-bahan berikut ke dalam tangki iaitu 5 liter ami-ami. sisa ajinomooto (ami-ami), 1.0 kg NPK dan juga 1.0 kg Urea. Pastikan dimasukkan air sedalam 20 cm dan dikacau rata semua campuran tersebut. Perlu didedahkan kepada cahaya matahari dan kemudian dipasangkan alat pengudaraan. Seterusnya langkah ke 3 adalah (Hari Kedua pagi) perrlu dimasukkan sebanyak 1 tan air hijau (green water). dan ditambahkan air bersih sehingga ke paras 40 cm. Seterusnya langkah ke 4 adalah pada hari ketiga padi dimana perlu dimasukkan air bersih sebanyak 20 cm lagi sehingga menjadi 60 cm. Seterusnya dipindahkan induk moina sebanyak 2 kg kedealam tangki dan dibiarkan Moina berkembang biak. Pada hari ke 7 adalah aktiviti memungut hasil dimana selepas 4 hari induk moina dilepaskan ke dalam tangki ternakan maka moina akan berkembangbiak sehingga mencapai hasil sekitar antara 5 - 10 kg.Biasanya ada dua cara untuk mengutip hasil iaitu dengan menggunakan tangguk hasul dan juga dengan mengeringkan tangki dimana moina dipungut dengan kaedah  menggunakan net halus di saluran air keluar. Pengendalian hasil moina yang dipungut perlu dicuci dengan air bersih. Sebaiknya moina yang telah dibersihkan diberi kepada benih ikan. Moina yang telah dibersihkan boleh disimpan di dalam tangki yang dipasang alat pengudaraan dan begi memastikan moina tersebut terus hidup dimana bekalan makanan seperti air hijau perlu diberi setiap hari. Selain dari itu moina yang berlebihan boleh disejukbeku untuk kegunaan seterusnya. Artikel petang Jumaat ini Ramadan Ke 10 saya menulis dalam bkog "Anim Agro Technology" mengenai teknologi untuk menternak moina (kutu air) dan beberapa laporan media mengenai kisah berkaitan untuk bahan rujukkan semua.

Sebuah akhbar tempatan dengan artikel bertajuk '
Untung ternak kutu air' wajar dirujuk untuk artikel kali ini. Di Simpang Rengam, Johor sejak tujuh tahun lalu Mohd Faizal Khamis berumur  37 tahun yang hanya mengharapkan kerusi roda untuk bergerak meraih pendapatan lumayan hasil jualan ikan laga atau nama saintifiknya Betta spBukan itu saja malahan orang kurang upaya (OKU) genius itu juga menghasilkan makanan untuk anak ikan laga (Sila lihat foto disebelah). Bekalan makanan ikannya dulu sukar diperoleh dan sering kehabisan stok dan diatas dasar itu maka dia berusaha menternak kutu air atau moina. Moina adalah makanan berprotin serta paling berkhasiat untuk anak ikan laga yang diernaknya di kediamannya di Jalan haji Amir Simpang Rengam sejak dua bulan lalu. Memang ada potensi kejayaan dimana dia berhasrat untuk mengkomersialkan moina ini seterusnya menambah cabang perniagaan. Dakwanya apabila anak ikan laga diberi makan moina maka ia akan lebih sihat dan dalam tempoh sebulan, anak ikan laga ini boleh dikomersialkan berbanding sebulan setengah hingga dua bulan untuk tempoh tumbesaran biasa. Beliau yang dilahirkan normal namun ketika berusia 11 tahun dia diserang penyakit saraf menyebabkan bahagian pinggang ke bawah lumpuh serta mengerekot. Dia yang memegang sijil baik pulih televisyen dan radio di Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian (PLPP) di Bandar Baru Bangi, Selangor. Menyentuh tentsang ternakan ikan laganya dia mula berjinak-jinak mengumpul ikan berkenaan kerana minat sebelum koleksinya bertambah besar. Dia bermula dengan ikan gapi sebelum memilih ikan laga kerana permintaan terhadapnya lebih luas. Pelanggan pula bukan sahaja orang tempatan malah luar negara termasuk Singapura. Dia turut dibantu ibunya, Mon Omar, 77, dan kakak, Rose, 45. Bukan mudah bagi OKU sepertinya menjalankan perniagaan berkenaan namun tiada yang mustahil jika berminat selain bersemangat. Dakwanya dia pernah menjual 10,000 ikan laga kepada pemborong yang datang ke rumahnya.

Akhbat Harian Metro pada 21 Mac 2021 menulis artikel bertajuk '
Pembekal utama kutu air higenik' lebih menyakinkan untuk dirujuk. Disebebkan minat mendalam dalam bidang akuakultur mendorong sepasang suami isteri meninggalkan kerjaya sebagai pensyarah untuk membabitkan diri dalam perternakan kutu air (moina) higenik sehingga menjadi pembekal utama di negara ini. Walau pun pada mulanya, pasangan Mohamad Faez Saharudin dan Nurul Azwa Abdul Rahman sekadar menjual ikan pelaga atau nama saintifiknya Betta splendens secara kecil-kecilan namun atas keinginan tinggi untuk berjaya maka bekas pensyarah sebuah kolej kemahiran swasta di Melaka itu mula mengorak langkah dan kini menjadi pembekal utama makanan hidup atau kutu air higenik serta ikan laga. Bila sambutan yang diterima begitu menggalakkan hingga pasangan itu tidak cukup tangan untuk membekalkan kutu air higenik yang diternak sendiri secara komersial. Kutu air adalah elemen paling utama dalam industri akuakultur iaitu khususnya bagi industri hatceri untuk penghasilan benih ikan dan udang yang berkualiti serta sihat. Pada kebiasaannya pengusaha ikan pelaga mendapatkan bekalan kutu air hidup seperti Moina sp diperoleh dari sumber yang kotor seperti loji kumbahan atau longkang tercemar. Keadaan itu bukan saja boleh menjejaskan tahap kesihatan ikan ternak tetapi juga boleh memberi kesan kepada kesihatan pengusaha itu sendiri. Berdasarkan kepada isu kos makanan hidup import yang semakin mahal seperti Artemia spp menyebabkan kos operasi hatceri semakin meningkat. Menyedari hakikat mereka telah mengambil peluang membangunkan perusahaan kutu air secara higenik dan mengkormersialkan secara aktif mulai 2018. Beliau mnjalankan aktivitnya di pusat penternakan kutu air NS Betta miliknya bertempat di Kampung Kayu Ara Mambau, Negeri Sembilan. 

Paling penting menurut beliau adalah mengenai
 pengetahuan  teknologi ternakan kutu air secara intensif dan higenik yang mana dia memperolehinya selepas mengikuti kursus jangka pendek di Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar, Glami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan dahulu. Dia yang berkelulusan bidang mekanikal dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dakwa dia turut membuat beberapa kajian sebelum berjaya menghasilkan kutu air yang dikeluarkan sekarang. Kajian itu untuk memastikan produk dikeluarkan benar-benar berkualiti dan tidak memberi kesan sampingan bukan sahaja kepada ikan laga tetapi juga pengusaha. Dia juga mendapat sokongan daripada Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) terutama khidmat nasihat dan kepakaran sejak dia memulakan projek kutu air itu pada 2018. Setakat ini pihaknya berjaya mengeluarkan tiga jenis kutu air iaitu Moina sp, Moina thai dan Daphnia magna selain turut mempertingkatkan lagi perusahaan ikan laga. Usahawan berasal dari Perak ini nyatakan dimana sekarang pihaknya memiliki 25 tangki ternakan kutu air higenik dengan tempoh menuai mengambil masa dua minggu secara pusingan. Setiap tangki mampu menghasilkan 500 gram (g) kutu air higenik dan setiap bulan boleh mengeluarkan sekitar 15 kilogram dengan harga yang dipasarkannya RM5.00 bagi setiap 10g"Industri ini boleh dianggap baharu di Malaysia namun berpotensi untuk berkembang maju seperti mana dilaksanakan di Thailand. Dilaporkan dimana pasaran kutu air higenik ini bukan sahaja di Negeri Sembilan tetapi juga mendapat permintaan dari seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Beliau kini sedang berusaha untuk melakukan dan mengeluarkan telur kutu air untuk pasaran luar negara. Potensi menternak kutu ait yang selalu dipandang sepi kini boleh dijadikan industri ternakair yang berpotensi kepada mereka yang ada minat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!,,,
DIKENALI KUTU AIR... IA MOINA...
BOLEH DITERNAK... MUDAH SAJA...
SEDIAKAN ALATAN... ILMU JUGA...
MAKANAN IKAN... ANDA NAK CUBA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Ramadan 1442H).