Wednesday, April 28, 2021

POTENSI BULUH LEMANG

BULUH LEMANG
(Schizostachyum brachycladum) adalah merupakan sejenis buluh yang mana batangnya diambil untuk dijadikan bahan asas diisi adunan beras atau pulut tujuan untuk memasak lemang. Kebanyakan buluh lemang diambil daripada pokok buluh yang tumbuh meiar dan agak jarang mendengar ada yang menanamnya secara komersil.  Buluh lemang atau juga dikenali sebagai Buluh Buluh Nipis, Buluh Padi, Buluh Urat, Buluh Rusa atau Buluh Pelang banyak kegunaannya. Ia juga merupakan sejenis pokok buluh dimana batangnya yang lurus sesuai untuk digunakan bagi tujuan menghasilkan lemang dan hasil kerja kraftangan. 
Buluh yang tergulung di dalam keluarga Poaceae (Dulu Gramineae) adalah sama keluarga dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung, tebu dan gandum. Lebih tepat lagi buluh berada di bawah sub-keluarga iaitu Bambusoideae. Manakala sub-keluarga Bambusoideae ini mengandungi beberapa genus seperti Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Gigantochloa, Schizostachyum dan lain-lain lagi. Diseluruh dunia buluh pernah dianggap sebagai 'worst weed of the world' kerana ia cepat membiak, sukar untuk dikawal pertumbuhannya dan sukar dimusnahkan rumpunnya. Kegunaan utama buluh lemang adalah untuk membuat lemang. Buluh ini dipilih untuk masak lemang disebabkan ciri khusus seperti ruasnya panjang, lurus dan buluh ini nipis.  Mungkin ramai pembaca blog ini hanya biasa melihat buluh lemang yang telah siap dipotong atau telah kehitaman kerana dibakar semasa proses membuat lemang. Selain daripada digunakan untuk membuat lemang, rebung buluh ini juga boleh dimakan. Kini batang buluh lemang telah dikomersilkan dimana ada yang menebang, memotong, membawa keluar, memgikat dan menjual buluh lemang sebagai satu lagi ruang perusahaan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai potensi industri buluh lemang dan pengeuaran buluh lemang untk dijadikan bahan rujukkan semua.

Makanan tradisional 
Lemang  adalah merupakan beras pulut yang dimasak bersama santan dan garam dalam ruas-ruas buluh dilapik dengan daun pisang sebelum dibakar sehingga masak. Teknik ini merupakan cara menanak nasi yang tradisional serata alam Melayu dari Indonesia ke Malaysia, Singapura dan Brunei. Masakan ini bagaimana pun paling dikenali dalam kalangan masyarakat Minangkabau namun cara pemasakan mereka yang ringkas. Lemang juga dibuat sejak lama dulu di kalangan kaum pribumi serantau lain seperti kaum Negrito Kelantan, suku Semai, kaum Dayak dan Orang Melayu. Lazimnya ruas-ruas buluh lemang yang dipilih adalah sesuai saiz besar, dipotong dan dibersihkan dahulu dimana ia akan dilapikkan dengan gulungan daun pisang. Beras pulut yang telah dibasuh akan disumbatkan ke dalam ruas-ruas ini dan ia disusuli dengan santan kelapa sehingga cukup ruang iaitu sejarak satu atau dua inci ditinggalkan dari mulut buluh.  Batang-batang lemang ini dibakar dari satu jam hingga 4-5 jam bergantung kepada besar api dinyalakan dan juga faktur penjagaan semasa membakarnya. Sebaiknya  batang-batang buluh tersebut hendaklah dibalik-balikkan setiap 15 minit agar seluruh isi nasi didalamnya masak sama rata (Sila lihat foto disebelah). Cara membelah buluh lemang untuk tujuan mengeluarkan lemang dengan menggunakan pisau atau parang dengan membelah dua buluh dan dikeluarkan semua isinya. Lemang sering dihidangkan secara berlauk bersama rendang atau serunding, namun begitu penulis blog pernah lihat ada juga yang memakan lemang dengan makanan manis seperti bersama tapai (dalam kalangan orang Minangkabau) seri kaya ataupun buah-buahan. Lemang kini telah komersil dimana ada dijual sepanjang tahun dilokasi tertentu akan tetapi lebih meluas disediakan semasa hari perayaan seperti Hari-Hari Raya Aidilfitri dan AidiladhaOrang Minangkabau sering menjadikan lemang sebagai buah tangan dihadiahkan semasa melawat sahabat handai atau semasa keraian majlis perkahwinan khususnya dalam adat manjapuik marapulai.  Masyarakat Dayak sering memakan lemang pada pesta-pesta adat mereka. Di Malaysia makanan lemang telah pun tercatat sebagai hidangan istimewa khusus di Tanah Melayu sejak 1864 lagi dan kini telah ramai usahawan membuat lemang dan mejualnya sepanjang masa. 

Di Temerloh, Pahang dilaporkan dimana semenjak enam tahun lalu, tindakan oleh Lailawati Ahmad dari Kampung Buntut Pulau dekat sini mengusahakan tanaman buluh lemang di tanahnya seluas hanya 0.8 hektar mungkin dianggap tindakan sia-sia kerana ia bukan tanaman komersial (Sila lihat foto disebelaj). Kini tanaman buluh lemang ini 
dianggap berbaloi apabila permintaan terhadap buluh lemang sentiasa meningkat terutama di bulan Ramadan dan Hari Raya. Biasanya seawal seminggu umat Islam berpuasa maka tempahan buluh lemang melebihi 2,000 batang dan di jangka kadar permintaan terhadap buluh lemang akan meningkat setiap tahun walau pun ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik covid19. Tahun lepas dia dapat menjual lebih 10,000 batang buluh lemang walaupun beraya dalam musim Covid 19. Dia juga menjangkakan permintaan buluh lemang akan meningkat kerana juga turut mendapat tempahan dari luar Pahang khususnya pada minggu akhir bulan Ramadan. Selain digunakan untuk membakar lemang, buluh terbabit turut digunakan untuk menghasilkan nasi briyani buluh yang popular dibeberapa lokasi. Disebabkan buluh miliknya tidak mencukupi dimana dia kini turut mendapatkan bekalan tambahan batang buluh lemang ini daripada masyarakat Orang Asli di sekitar kawasan Temerloh, Maran dan Bentong. Dia menjualnya dengan harga RM1.20 bagi satu ruas tanpa daun pisang dan RM 2 sebatang jika lengkap dengan daun pisang. Selain menjual buluh lemang, dia turut menjual lemang dengan jenama Lemang Bismillah di Pekan Sehari Temerloh setiap hari Ahad. Apa pun untuk bulan Ramadan ini, dia menjual lemang itu di Bazar Ramadan Lurah Semantan setiap hari dengan harga RM10 hingga RM15 sebatang bergantung kepada saiz buluh.

Di Negeri Sembilan pula yang ramai kaum masyarakat Minang dilaporkan dimana menj
ual buluh lemang mampu untuk beri pendapatan lumayan. Berita dari Port Dickson menyatakan dimana hanya menjual buluh lemang sahaja seorang lelaki mampu menjana pendapatan lumayan setiap kali Ramadan. Mohd Rusydi Rusli berumur 31 tahun yang menjual lemang buluh itu pada harga RM1.50 sebatang menerima tempahan sekurang-kurangnya 7,000 sehingga 10,000 batang. Dia dakwa idea menjual buluh lemang itu timbul selepas dia dicadangkan oleh seorang pembekal buluh lemang tiga tahun lalu. Memang sudah menjadi kebiasaan buat keluarganya setiap kali malam raya mereka akan gotong-royong membakar lemang dan biasanya saya akan beli daripada pembekal buluh lemang sendiri. Dia kini tidak menyangka kali pertama menjualnya dapat menerima tempahan sehingga 10,000 batang. Foto diatas sekali menunjukkan bagaimana Mohd Rusydi melayan pelanggannya memilih buluh lemang. Dia kini mengambil kesempatan menjana pendapatan dengan menjual buluh lemang setiap kali Ramadan selain daripada kerja hakikinya di sebuah syarikat minyak dan gas. Kebiasaannya dia akan mengambil buluh daripada masyarakat orang asli di Jelebu atau di Hulu Langat, Selangor. Bulan Ramadan bulan rezeki maka dia pun tidak mahu ketinggalan mencari rezeki lebih. Saya akan iklankan di Facebook dan sehari sebelum puasa saya sudah terima lebih 1,000 tempahan. Sebelum menjual buluh lemang ini, saya jual kuih kapit dan sambutan diterima pun agak baik. Tahun 2021 ini saya berhasrat menjual 15,000 ke 20,000 buluh lemang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
BULUH LEMANG... ADA POTENSI...
JARANG DITANAM...DIHUTAN PASTI..
RM1.50 SEBATANG... TIDAK RUGI...
LEMANG ENAK...DI AIDILFITRI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Ramadan 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.