Tuesday, April 27, 2021

POTENSI TANAMAN KAPULAGA

TANAMAN KAPULAGA
atau pun Buah Pelaga (Amomum compactum) adalah sejenis tumbuhan herba yang tidak diusahakan di Malaysia akan tetapi menjadi salah satu tanaman herba yang semakin popular di Indonesia. 
Kapulaga jawa adalah salah satu jenis kapulaga yang sering digunakan sebagai rempah masakan tertentu dan juga untuk jadi campuran jamu. Terdapat dua jenis kapulaga yang banyak diusahakan iaitu jenis Kapulaga Jawa (Amomum compactum) dan Kapulaga Sabrang atau Kapulaga India (Elettaria cardamomum) dimana ia adalah daripada famili halia iaitu Zingiberaceae. Tumbuhan jenis umbisi ini tumbuh menegak dengan keluarkan aroma atau bau yang khusus pada semua bahagian tumbuhan dan hidup dengan ketinggian sekitar 2 meter dengan perdunya diatas permukaan tanah dan rizom atau rimpang yang juga menjalar diatas permukaan tanah. Biasanya ia akan berbunga yang muncul langsung dari rizom pada permukaan tanah yang agak terpisah dari pangkal perdu pokok dan adakalanya sebahagian terbenam dalam tanah. Ia adalah tumbuhan hasil bertandan yang berangkai panjang hingga 10 cm dan juga selalu tertutup oleh sisik-sisik yang rapat. Bunganya mempunyai kelopak yang seperti seludang berukuran1.3 cm dan punyai rambut. Buahnya seakan sebuah kapsul bulat agak tertekan ukuran diameter 1.0-1.5 cm serta mengandungi biji diantara 3 - 7 didalamnya dikenali sebagai buah pelaga. Bijinya terlindung dalam salut biji (arilus) yang berwarna keputihan dan perlu dikeringkan untuk sedia dijual dipasaran. Artikel subuh Isnin ini selepas bersahur puasa 15 Ramadan saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai tanaman Kapulaga di negara Indonesia sebagai bahan rujukkan dan bacaan anda semua.

Produk kapulaga sering digunakan didalam menu masakan dan ia juga  menjadi salah satu bahan rempah yang banyak digunakan dalam masyarakat Asia. Kini kepentingan buah kapulaga bukan hanya untuk bahan masakan akan tetapi kapulaga juga telah digunakan untuk industri lain termasuk makanan, minuman, komestik sehingga farmasi. Tanaman kapulaga merupakan tanaman perdu yang tumbuh dengan baik pada habitat bernaung atau dibawah teduhan seperti didalam hutan atau dusun. Tanaman kapulaga memerlukan tanah subur, gembur dan bersaliran baik. Tanah terbaik untuk kapulaga adalah banyak terdapat di Indonesia iaitu dipelbagai paras ketinggian di bawah 1,000 meter di atas permukaan laut (dpl) serta menerima curahan hujan banyak antara 2,000 - 4,000 mm setahun. Dilaporkan di negara Indonesia biasanya aktiviti penanaman Kapulaga popular diusahakan di 20 propinsi seluruh negara dimana paling luas berada di Jawa Barat iaitu seluar 2,740 hektar dengan peghasilan sebanyak 63 metrik tan setahun. Penulis blog merujuk laporan statistik dimana jumlah nilai eksport kapulaga Indonesia semakin meningkat hingga mencecah 6,248 metrik tan bernilai USD 7.785 juta (RM32 juta) pada tahun 2019. Di pasaran antarabangsa dan domestik dilaporkan dimana permintaan dan keperluan bagi produk kapulaga juga masih besar kerana bertambahnya permintaan untuk sektor industri makanan, minuman dan juga farmasi. Kini harga bagi kapulaga kering antara Rp 90.000 - Rp110,000 sekilogram (RM25.50 - RM31.15 sekilogram). Malaysia merupakan net importer buah pelaga dari Indonesia dan India untuk kegunaan domestik. Banyak menu masakan dan makanan di Malaysia yang menggunakan produk kapulaga sebagai rempah yang menyedapkan makanan.

Laporan dari Balai Penelitian Tanaman Rempah dan Obat Bogor telah pun mengenalpasti dimana ada 3 kriteria kawasan yang sesuai untuk aktiviti tanaman kapulaga. Dilaporkan kawasan paling sesuai berada tanah dengan paras ketinggian sehingga 500 meter dari paras laut (dpl) dengan jumlah curahan hujan sebanyak 2,000 - 3,000 mm setahun. Kawasan tersebut yang terletak dikawasan antara Bogor-Jakarta sampai Cirebon, Kabupaten Cianjur sehingga ke sebelah barat Sukabumi, Sebelah barat Serang dan sekitar Ciamis memang menjadi sasaran penanam kapulaga. Ia diikuti dengan kawasan kedua sesuai untuk penanaman kapulaga terdiri dari kawasan yang tanahnya berada pada ketinggian hingga 500 meter dpl dengan jumlah curahan hujan diantara 2,000 - 4,000 mm setahun. Kawasan tersebut dikenalpasti disekitar antara Pandeglang, Bogor, Utara Bandung, Selatan Sukabumi, Sumedang, Garut, Majalengka dan Ciamis. Seterusnya untuk kriteria penanaman ke 3 adalah kawasan hampir sesuai dimana ia mempunyai ketinggian tanah sehingga 500 meter dpl dengan jumlah curahan hujan sebanyak 2,000 - 5,000 mm setahun yang terletak di Timur Pandeglang, Selatan Serang sehingga sekitar Kabupaten Bogor, Selatan Sukabumi dan Selatan Cianjur. Kawasan lain yang dikenalpasti sesuai untuk tanaman kapulaga berada di Sulavesi, Papua dan beberapa lokasi di Sumatra.

Petani digalakkan untuk menghasilkan tanaman kapulaga dimana mereka harus mengetahui cara pengurusan tanaman kapulaga dengan sebaiknya. Dimulakan daripada teknik memilih benih kapulaga dimana ia boleh menggunakan benih semaian biji atau vegetatif dari rizom. Teknik membiak kapulaga generatif melalui biji lebih lama jangkamasa berbanding dengan benih vegetatif yang diambil daripada anakbenih dari perdu pokok yang mencapai ukuran 30 - 50 cm tinggi (Sila lihat foto disebelah). Penyediaan benih kapulaga dari biji benih yang disemai apabila mencapai ukura 30 - 50 cm mengambil masa selama 3 - 4 bulan sebelum ia bersedia untuk diubah kekebun bergantung kepada kaedah pengurusan dan media semaian yang digunakan. Kawasan kebun perlu dibersihkan dan pastikan memunyai teduhan atau naungan mencukupi. Antara jenis pokok pelindung yang sering digunakan termasok pokok kelapa, petai dan Albazia (sengon). Jarak tanaman disyorkan adalah 1 x 2 meter, 1.5 x 2 meter atau 1 x 2.5 meter. Sebelum menanam disiapkan dulu lubang tanaman dengan ukuran 30×30 x30 cm. Anakbenih yang berupa semaian ditanam seminggu setelah tanah dicampur baja organik dan MOP. Pembajaan merupakan aspek penting untuk meningkatkan keperluan pertumbuuhan dan pembuahan kapulaga. Pembajaan seawal dilakukan dengan baja organik dan juga ditambah dengan baja sebayian kimia. Kadar baja kimia adalah sebanyak 40 gram Urea sepokok setahun dan 40 gram Triple SuperPhosphaye (TSP). Amalan agronomi kapulaga tidak sukar seperti aktiviti untuk penyiraman, penyulaman, kawalan rumpai, pengemburan dan pembajaan. Penyulaman dibuat untuk mengganti tanaman yang mati atau tidak baik pertumbuhanya. Penyiraman pula diperlukan pada masa tanaman masih muda dan kemarau. Kawalan rumpai secara manual dan tidak menggunakan kimia terutama pada msuim hujan. Rumput yang tumbuh akan menyebabkan ia menjejaskan penghasilan kapulaga.

Penuaian kapulaga mula dilakukan setelah tanaman berumur 1.5 - 2 tahun sehingga umur pokok10 - 15 tahun. Buah berbentuk bulat berukuran 1 cm yang bergerombolan di atas permukaan tanah dimana selalunya berjumlah 10-20 buah satu gerombol. Buah yang dituai dengan pisau dipisahkan (dilerai dari tangkai atau jambaknya). Buah kemudian dibersihkan kotorannya dan dicuci bersih dan diletakan pada dulang atau tempat lainnya sebelum ianya sedia dijemur. Buah yang sudah bersih kemudian perlu dijemur sehingga kering dibawah sinaran matahari. Di beberapa lokasi penanaman kapulaga penuaian ini dilakukan dengan kekerapan sekali sebulan bergantung kepada keadaan cuaca bagi setiap pokok. Jika cuaca panas dan tidak hujan jangkamasa menjemur sekitar 4 - 5 hari akan tetapi jika hujan dan mendung selalunya dijemur selama 6 - 8 hari. Proses menjemur perlu pastikan pada malam hari biji-biji kapulaga tidak bertindihan antara satu sama lainagar ia tidak busuk. Disebebkan nilai ekonominya kini minat petani untuk menanam kapulaga semakin diperkatakan. Seorang petani dengan nama Agus Riyanto dari Kulon Progo, Yogyakarta telah menanam kapulaga sejak 10 tahun lalu. Dia menanam kapulaga di kebun seluas 1,000 meter persegi (m²) dimana benihnya peroleh dari Cianjur, Jawa Barat. Kapulaga yang dia tanam jenis Kapulaga Jawa (Amomum compactum) yang mana jenis ini banyak ditemui di Sumatra dan Pulau Jawa.  Kapulaga berbuah sepanjang tahun dengan dua kali masa penuaian puncak. Dia mula menuai setelah 6 bulan ditanam. Dakwanya dalam satu rumpun mampu menghasilkan 50 batang yang bijinya sedia dituai. Sekali menuai Agus boleh memetik 200 kilogram (kg) buah kapulaga segar secara bertahap. Kapulaga hanya laku jika dikeringkan dimana biasanya buah yang baru dikutip perlu dijemur sehingga kering. Dari 200 kg buah bsegar yangasah setelah dijemur kering hanya tinggal 70 kg sahaja. Di Yogyakarta harga kapulaga sekitar antara Rp 40,000 - Rp 45.000 sekilogram (RM11.40 - RM12.70 sekilogram). Dengan harga itu maka setiap kali tuaian Agus menerima sekitar RM5 juta (RM1,410). Agus biasanya menjual kapulaga ke pusat pembuatan jamu di Yogyakarta dan Semarang. Penanaman kapulaga di Indonesia sudah menjadi aktiviti yang memberikan pulangan baik tetapi belum menjadi tanaman di minati di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMA KAPULAGA...SEJENIS HERBA...
BUAH PELAGA... NAMA DI MALAYSIA...
MUDAH DITANAM... CEPAT MENUAINYA...
BACA ARTIKEL... DAPAT TEKNOLOGINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Ramadan 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.