Monday, April 26, 2021

KULAT PESTALOTIOPISIS - SERANG GETAH

KULAT PESTALOTIOPSIS
telah dilaporkan menyerang pokok getah (Hevea brazilliensis) di Malaysia yang menyebabkan daun getah luruh atau gugur. Kulat Pestalotiopsis sp. ini mula di kesan di Malaysia iaitu sejak ia kali pertama dikenalpasti di Kampong Panchajaya, Segamat, Johor pada bulan November 2017. Sehingga kini penulis blog merujuk kepada kenyataan rassmi Ketua Pengarah RISDA yang  yang menyatakan dimana melalui Arahan Ketua Pengarah RISDA Bil 1/2020 metegaskan bagaimana untuk melakukan pengecaman, pencegahan dan pengawalan penyakit kulat Pestalotiopsis ini dimana kini telah terdapat di seluruh Smenanjung Malaysia dan serangnan ini menyebabkan berlaku luruhan daun diluar musim dan memberi kesan kepada produktiviti danjuga pendapatan pekebun kecil getah jika tidak dikawal. Kulat ini menjangkiti bahagian daun, tangkai, dahan dan buah pokok geth dimana tumpuan jangkitan serangan adalah tertumpu kepada bahagian daunnya. Jika berlaku serangan yang ringan dan sederhana maka ia boleh menyebabkan keguguran daun sehingga 50%. Bagaimana pun jik aberlaku serangan teruk dan serius maka akan jadi keguguran daun getah matang sehingga 90 -100% pada pokok. Faktur perebakan penyakit ini adalah disebabkan oleh 4 punca iaitu Taburan Hujan Yang Tinggi, Kadar Kelembapan Udara Yang Tinggi, Suhu Yang Sesuai dan juga Terdapat Perumah Sepanjang Tahun. Taburan hujan yang tinggi menyebabkan patogen tersebar melalui akar dan angin terutama memberi jangkitan kepada pokok getah rentan dan sebaiknya dilakukan pembajaan betul. Walau pun jangkamasa kitaran hidup kulat ini pendek akan tetapi disebabkan oleh kehadia=ran perumah sesuai seperti daun kelapa sawit , palme dan rumpai serta kawalan rumpai serta penyait kurang sempurna menyebabkan berlakunya serangan ini. Artikel subuh ini selepas sahur Ramadan 1442H saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai serangan oleh kulat Pestalotiopsis spp ini menyababkan penyakit luruhan daun getah dan beberapa laporan media mengenai perkara ini untuk dijadikan bahan rujukkan anda pembaca semua.

Perlu dilakuan aktiviti pencegahan (pokok belum diserang)  boleh dilakukan dengan penyemburan racun kimia dikanopi pokok getah yang mana ia boleh dilakukan iaitusebanyak dua pusingan setahun (Sila lihat foto disebelah). Pusingan pertama adalah selepas musim daun gugur iaitu peringkat daun muda (umur daun sekitar 14 - 30 hari). Peringkat kedua semburan adalah apabila daun mulai matang iaitu sebelum musim hujan tiba (monsun). Untuk setiap pusingan (sama ada pusingan 1 atau pusingan 2) bilangan semburan adalah sebanyak 3-6 kali dengan jarak antara semburan adalah setiap 7 hari sekali. Aktiviti pencegahan dan rawatan berikutnya adalah membuat semburan kimia kepada pokok yang telah diserang penyakit Pestalotiposis sp. ini apabila terdapat tanda serangan pada daun. Semburan perlu dilakukan tanpa bilangan sepanjang tahun untuk dilakukan asalkan setiap kali semburan dilakukan sekitar 3 - 6 kali. Jenis racun dan kadar kepekatan racun digunakan adalah seperti dalam Jadual dua dibawah. Seterusnya adlah kawalan kepada daun getah yang telah gugur diatas tanah akibat serangan kulat ini (Sila lihat foto paling atas sekali). Teknik penyemburan ini hanya sesuai dan mesti dilakukan dikebun getah yang daunya telah gugur diatas tanah iaitu disembue SEKALI SAHAJA dengan kadar kepekatan sama seperti jadual 2 disertakan.

Pihak berkuasa getah di Malaysia telah pun menyediakan bajet sebanyak 
RM10 juta kawal penyakit disebabkan sejenis kulat Pestalotiopsis ini atau Penyakit Luruhan daun getah kerana penyekit ini mesti dikawal. Kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia ( LGM) menyediakan peruntukkan awal sebanyak RM10 juta tahun ini untuk mengawal penyakit luruhan daun pokok getah (Pestalotiopsis) yang mengancam pendapatan 450,000 pekebun kecil getah seluruh negara. LGM akan turun padang untuk melihat sejauh mana impak penyakit ini kepada pekebun kecil dan mereka akan memperkenalkan langkah untuk mengawalnya. Pada masa ini dilaporkan dimana LGM mengenal pasti dimana seramai lebih 18,000 hektar tanaman getah seluruh negara diserang penyakit yang dibawa oleh kulat. Ini adalah termasuk di kawasan pedalaman Ulu Tembeling di Jerantut. Kini apabila ada bajet khas ini sebanyak RM 10 juta ini maka diharap pekebun kecil getah akan dapat mengawal sekurangnya 5,000 hektar tanaman getah yang telah terjejas dengan serangan penyakit luruhan daun ini. YB Ahli Parlimen Jerantut telah menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial koperat (CSR) LGM kepada penduduk kampung Gusai, Ulu Tembeling, Pahang. Antara bantuan diberikan adalah seperti input  baja, racun kimia dan peralatan pertanian. Pam sembur yang boleh digunakan untuk mengawal penyakit jangkitan kulat luruh daun.  Menurut Dr Zairossani berkata, LGM akan memberi penerangan kepada pekebun kecil tentang penyakit ini dan langkah kawalan dan pencegahan serta racun yang sesuai bagi mengelakkan perebakan penyakit itu.

Laporan media Bernama dengan artikel bertajuk "
Pekebun kecil Risda terjejas pendapatan akibat penyakit luruhan daun'' yang dilaporkan dari Daerah Jempol, Negeri Sembilan. Pihak RISDA di seluruh negara kecuali di Perlis, Sabah dan Pulau Pinang kini telah mengesan dimana sumber pendapatan pekebun kecil getah terjejas selepas tanaman getah mereka mengalami penyakit luruhan daun pada pokok getah (pestalotiopsis). Seluas 15,282 hektar tanah terkesan dengan penyakit tersebut dan seramai 8,043 pekebun kecil terjejas pendapatan mereka dimana sebelum ini mereka juga menghadapi harga getah yag renah untuk satu jangkamasa yang agak lama. Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar meluluskan sejumlah peruntukan bagi mengatasi masalah ini. Kaedah pencegahan adalah dengan melakukan kerja-kerja iaitu cara penyemburan kimia bagi mengawal dan mencegah penularan penyakit tersebut. Kerja-kerja penyemburan racun kimia ini dilaksanakan selewat-lewatnya bulan Febuari 2021 dan proses ini mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk ia selesai bagi semua negeri. Diharapkan dengan penyemburan racun dan pembasmian kuman ini akan dapat mengatasi masalah ini dan para pekebun kecil akan dapat kembali menoreh. Ahli Parlimen Jempol merangkap Pengerusi RISDA berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital Jempol. Penyakit Luruhan Daun pada pokok getah bermula apabila kulat pestalotiopsis menjangkiti daun, tangkai, dahan dan buah pokok getah yang mana jangkitan serangan lebih tertumpu pada bahagian daun. Jika tiada tindakan segera, pendapatan pekebun kecil akan terjejas kerana pengeluaran susu getah menyusut akibat penyakit berkenaan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
POKOK GETAH.... TANAMAN UTAMA...
PENYEBAB KULAT... LURUH DAUNNYA...
KAWALAN... CARA SEMBURAN KIMIA....
PESTALOTIOPSIS... ITU NAMANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya.
Malaysia.
(7 Ramadan 1442H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.