Thursday, April 29, 2021

BUNGA TIRUAN - APA CERITA

BUNGA TIRUAN (Artifical flower) atau lebih dikenali sebagai 'Bunga Plastik' kini sudah menjadi bahan hiasan yang sangat popular di Malaysia berbanding dengan bunga segar. Malahan terdapat banyak kedai yang khusus menjual pelbagai produk bunga tiruan daripada beratus jenis bunga tiruan seperti dibeberapa premis yang terdapat di Air Hitam, Johor dan Kawasan deretan Kedai Nilai 2 di Seremban dan beberapa lagi. Melihat kepada besarnya kedai dan banyaknya bunga tiruan ini didalam premis kedai tersebut memang penulis blog percaya industri bunga plasti mungkin mampu mengatasi nilai industri bunga segar di Malaysia. Sektor Bunga-bungaan atau Florikultur Segar di Malaysia merupakan salah satu daripada industri yang berkembang dengan pesat dimana pada tahun 2010 sebanyak 2,421 hektar bunga-bungaan telah di tanam dengan menghasilkan sebanyak 468.148 juta bilangan keratan bernilai RM 290.078 juta dan angka ini turun naik bergantung kepada isu pasaran, ketersediaan tanah (isu tanah tinggi di Cameroon Highland), harga dan terkini terjejas sedikit dengan pandemik Covid-19. Industri bunga segar di Malaysia di bahagikan kepada 4 kategori perusahaan iaitu ORKID, BUKAN ORKID, POKOK DAUN KERATAN dan POKOK BUNGA HIASAN. Banyak info lain boleh dibaca dalam artikel saya dengan membuat pautan berikut (Sila klik disini). Pembahagian ini adalah berdasarkan kepada faktur kesesuaian mengikut aktiviti industri bunga yang telah pun di laksanakan mengikut kesesuaian. Industri Orkid pada tahun 2010 di Malaysia melibatkan sebanyak 40,401,771 bilangan pokok yang di tanam berbanding hanya sebanyak 12,143,907 pokok orkid ditanam pada tahun 2005 (meningkat melebihi 3 kali ganda). Sebanyak 173,666,522 keratan atau pasu bunga orkid telah dihasilkan pada tahun 2010 bernilai sebanyak RM 104,119,913. Kawasan utama penanaman orkid adalah di Johor diikuti dengan Selangor, Perak dan Pahang. Dilaporkan kebanyakan keratan orkid yang dihasilkan adalah untuk pasaran ekspot. Senario ini amat berbeza dengan sektor bunga tiruan atau bunga plastik yang terus berkembang baik di Malaysia. Artikel pagi Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya bincangkan mengenai cerita bunga tiruan yang jarang ditulis dalam mana-mana ruangan untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Penghasilan bunga tiruan kini didominasi kebanyaknnya oleh kilang dari Negara China dengan pelbagai jenis bunga menarik yang berkualiti, murah dan tahan lama. Hasil buatan dengan teknologi moden menggunakan bahan polimer berkualiti ini membolehkan pasaran bunga tiruan terus berkembang pesat dengan risiko rendah kerana bunga tersebut tidak rosak atau pudar warna untuk tempoh masa yang memang jauh lebih lama daripada bunga segar. Penulis blog percaya memang terlalu banyak rumah di Malaysia ini mempunyai bunga tiruan untuk tujuan dekorasi atau pun landskap didalam ataupun diluar rumah. Paling tidak akan ada bunga tiruan diatas meja makan atau diletakkan di penjuru bilik dan paling pasti disebelah telivisyen anda. Bunga tiruan yang cantik dengan warna yang kuat tidak perlu disiram, tidak perlu dibaja, tidak perlu sinaran cahaya matahari, tidak diserang penyakit atau serangga perosak menjadikan ia sentiasa segar dari pagi sehingga kemalam tanpa ragu-ragu. Dirumah penulis blog sendiri ada lebih daripada 15 hiasan bunga tiruan daripada yang kecil diatas meja makan dan meja kerja kepada yang besar di penjuru rumah seakan pokok yang betul. Dengan harga yang berpatutan memang berbaloi membeli bunga tiruan kerana ada bunga yang telah penulis blog beli melebihi 20 tahun tetapi masih utuh warnanya dan tetap mekar (cuma tiada bau bunga!). 

Selalunya di majlis perkahwinan atau pelamin persandingan akan dihias dengan berjenis-jenis bunga tiruan mengikut konsep sehinggakan pelamin tersebut sangat cantik untuk pasangan pengantin. Lebih parah lagi apabila bunga yang dipegang mempelai semasa persandingan adalah bunga plastik juga. Memang tidak keterlaluan dimana hiasan dalam ruangan makan kenduri majlis persandingan juga akan dihiasi dengan banyak bunga tiruan daripada pintu masuk sehingga sepanjang laluan utama dan di meja makan. Kepada pasangan yang mengggunakan perkhidmatan menyewa Dewan Persandingan dimana pelamin yang disediakan sudah ada set bunga plastik yang mungkin tidak bertukar untuk berpuloh-puloh pasangan pengantin yang menggunakan pelamin tersebut dan agak jarang pemiliknya menukarkan hiasan pelamin kecuali ada permintaan khusus penyewa. Peranan bunga tiruan di Malaysia dan juga mngkin diseluruh dunia dilihat semakin dominan. Penulis blog tidak tahu berapa juta nilai import bunga tiruan di Malaysia kerana sukar untuk mendapatkan data tersebut. Dijangka nilai industri bunga tiruan ini jauh lebih tinggi daripada nilai industri bunga segar di Malaysia. Selain daripada mengimport dipercayai terdapat beberapa pengilang tempatan yang juga mengeluarkan produk bunga tiruan. Bagaimana pun memang tidak dapat dinafikan bunga tiruan mempunyai potensi besar dimasa akan datang.

Penulis blog ingin berdiskusi mengenai b
erbahayakah kalau guna pokok dan bunga tiruan (bunga plastik) dirumah?. Dewasa ini dekorasi rumah yang mempunyai aura dan sentuhan tumbuh-tumbuhan adalah antara dekorasi yang paling hebat. Aura yang akan dipancarkan dengan warna kehijauan alam dan warna cantik bunga memberikan satu suasana yang tenang dan damai. Untungnya kos dalam penyelenggaraan dan penjagaan bunga tiruan ini tidak memerlukan masa dan wang yang banyak berbanding dengan bunga hidup. Memang trend kini hiasan dekorasi sudah pun menjadi lebih mudah bila hadirnya pokok dan bunga tiruan atau bunga palsu. Kini item pokok dan bunga palsu ini sangat  disukai ramai dan telah berkembang naik taraf kerana ia kelihatan sudah seakan bunga nyata atau sangat 'Real'.  Apa pun persoalannya sejauh mana bahayanya kepada penghuni rumah. Mungkin antara perkara berbahaya sebab akan ada orang iri hati melihat dekorasi rumah yang nampak cantik, segar dan mewah menggunakan bunga tiruan tetapi perlukan penjagaan yang minima. Sebenarnya ada banyak kebaikan guna pokok atau bunga palsu dalam rumah kerana ia kekal segar sepanjang tahunKebaikan yang paling ketara adalah pokok dan bunga palsu ini akan kekal segar sepanjang tahun tidak mengira musim. Berbandig dengan pokok hidup dimana  ianya mempunyai musim tersendiri untuk ia mekar dimana ia kemudian layu. Penggunaan bunga palsu pastinya berjaya menyelamatkan daripada situasi tersebut. Dekoratif dengan bunga tiruan memang Kos efektif kerana jika menghiasi rumah dengan bunga segar akan memakan kos yang tinggi kerana mereka perlu ditukar sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu atau sebulan. Tanaman rumah (house plant) mempunyai jangka hayat yang lebih panjang namun ia tetap perlu ditukar jika tidak dijaga dengan cara yang betul. Pokok dan bunga palsu berkualiti tinggi adalah agak mahal untul dibeli pada permulaannya, namun mereka adalah pelaburan yang berbaloi kerana mereka mampu bertahan bertahun-tahun lamanya jika dijaga dengan baik dan ini sekaligus membuktikan betapa sangat kos efektif penggunaan pokok dan bunga palsu.

Kehebatan bunga tiruan juga t
idak berbahaya kepada haiwan peliharaan jika berada didalam rumah. Biasanya diantara masalah yang akan hadir apabila menggunakan pokok dan bunga segar di dalam rumah ialah terdapat pelbagai tumbuhan yang berbahaya kepada haiwan peliharaan. Contohnya seperti bunga lilies dan aloe vera dan ada banyak lagi tumbuhan yang didakwa berbahaya untuk haiwan peliharaan jika mereka hendak cuba memakannya. Haiwan peliharaan kita seperti kucing, rabbit pulak tu tak reti duduk diam dimana mereka akan mengigit segala benda dalam rumah. Haiwan ini ingat semua boleh dimakan akan tetapi jika guna bunga palsu ianya merupakan pilihan terbaik dan selamat untuk sesiapa yang ada pelihara haiwan dalam rumah. Kalangan mereka yang sibuk bekerja boleh kurangkan risiko balik rumah stress apabila melihat atau tengok gubahan bunga. Kehebatan atau lelebihan bunga tiruanjuga termasuk bagaimana mudah alih dan boleh diletakkan di mana-mana sahaja di dalam rumah. Pokok dan bunga palsu boleh diletakkan di mana-mana sahaja seperti atas meja hias, atas meja kerja atau di bilik mandi. Jika mahu boleh diletakkan bersama pokok dan bunga segar secara selang seli dimana ia mencantikan lagi konsep dekorasi dan booleh diubah-ubah mengikut masa berlainan. Bunga tiruan juga hanya perlukan penjagaan sangat mudah kerana ia tidak memerlukan jadual bila hendak siram air, isu kecukupan cahaya matahari tidak timbul dan daun serta bunganya tidak akan gugur. Pokok dan bunga palsu cuma perlu dilap dengan kain basah untuk dibersihkan daripada habuk mengikut jangkama agak lama. memang banyak kelebihan gunakan bunga tiruan sebagai dekorasi dirumah atau di pejabat dan sudah menjadi trend diterima masyarakat sekarang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BUNGA TIRUAN... PLASTIK SAMA...
SEKALI BELI... TAHAN LAMANYA...
SENANG ALIH...MUDAH DIJAGA...
MENJADI TREND... DIMANA-MANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Pytrajaya,
Malaysia.
(16 Ramadan 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.