HALIA (Zingiber officinale) merupakan sejenis tanaman umbisi atau berizom daripada keluarga Zingiberaceae yang ada dinyatakan didalam Surah al-Insan 78:17. Dalam surah ini diberikan maksud ''Mereka diberi minum dengan piala berisi arak yang campurannya adalah halia.". Perkataan zanjabil didalam ayat tersebut bukan merujuk kepada zat halia tetapi rasanya. Saya ada menulis banyak artikel mengenai halia sebelum ini untuk dijadikan bahan rujukan (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Halia adalah tumbuhan saka yang dipercayai berasal dari kawasan Tropika Asia. Masyarakat negara India dan China dilaporkan antara yang mula-mula menggunakan halia seawal abad pertama masihi. Pada masa ini data pengeluaran halia dunia adalah sebanyak 3.27 juta metrik tan dimana India ada negara pengeluar utama dunia iaitu sebanyak 1.109 juta mt, diikuti dengan Nigeria (522,964 kg), China (463,707 kg), Indonesia (340,341 kg), Nepal (271,683 kg) dan Thailand (164,266 kg) yang diguna untuk domestik dan di dagangkan (Sumber: FAOSTAT 2016). Nama Halia juga ada disebut sebagai Ginger (Inggeris), Jahe (Indonesia), Khing Daen (Thailand) dan beberapa lagi. Halia merupakan sejenis tumbuhan umbisi yang sesuai ditanam dikawasan tanah yang peroi dan halia matang memberikan rasa yang pedas, tajam dan sedikit panas. Penulis blog paling suka minum susu halia atau teh halia yang memang enak diminum. Benih halia biasanya menggunakan bahagian rizom halia tua yang mempunyai mata tunas. Terdapat banyak spesis halia yang ditanam diseluruh dunia akan tetapi yang paling popular di Malaysia adalah Haloa Bentong dan Halia Sabah. Ada juga yang menanam Halia Bara yang didakwa lebih berkhasiat. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan fakta mengenai halia dan kehebatannya dalam dunia Islam dan perawatan darinya untuk bahan rujukkan anda semua.
Penanaman halia di Malaysia tertumpu hanya dibeberapa negeri sahaja dengan keluasan 1,393 hektar menghasilkan sebanyak 17,134 metrik tan (Sumber: Buku Booklet Statistik Tanaman 2018, Jabatan PertanianMalaysia). Dalam tinjauan penulis mengenai penanaman halia, penulis juga dapati kos bahan tanaman atau kos pembelian anak benih merupakan kos yang paling tinggi sehingga mencecah lebih separuh dari seluruh jumlah kos penanaman. Pemilihan varieti halia yang hendak ditanam oleh petani yang baru hendak mencebur diri dalam penanaman halia adalah penting. Hanya dua varieti halia yang popular ditanam di Malaysia iaitu Varieti Halia Bentong atau Varieti Halia Sabah. Varieti Bentong adalah hasil biakbaka melalui 'farm selection' semenjak beberapa tahun oleh penanam halia di kawasan Janda Baik, Pahang. Kini halia Bentong telah menerima status GI atau pun dikenali Geogriphical Indication. Tumbuhan Halia ialah tumbuhan herba jenis saka yang tumbuh dengan ketinggian antara 30-100 cm. Tanaman ini mempunyai pucuk dan daun yang tersusun berdekatan di antara satu sama lain. Bunga halia berwarna ungu ke coklatan. Di Malaysia pembungaan jarang berlaku dalam keadaan iklim di negara ini (Sila lihat foto penulis blog di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang). Rizomnya pula bercabang dan berkedudukan secara mendatar berdekatan dengan permukaan tanah. Isi rizom halia bersifat keras dan tebal dan mempunyai cabang berbentuk jari. Ukuran garis pusat antara 1.5-2.5 cm. Ciri-ciri rizom seperti kandungan serabut, hasil dan kepedasan (pungency) berbeza mengikut varieti. Dalam tinjauan lain penuis blog dapati dua kultivar halia yang telah lama ditanam di Semenanjung Malaysia ialah Halia Bentong (Halia Bukit Tinggi) dan Halia Tanjung Sepat (Halia Indonesia). Kedua-dua kultivar ini dipercayai berasal dari China dan India. Halia Bentong mempunyai rizom besar dan elok rupa bentuknya dengan isi berwarna pucat keputihan. Kultivar ini kurang berserabut dan bermutu tinggi. Ia ditanam dikawasan berbukit sekitar Bentong semenjak lama dulu sebagai tanaman komersil. Halia Tanjung Sepat pula mempunyai rizom berbentuk kurus dan panjang. Warna isinya ialah kekuningan muda dan lebih banyak serabut. Tanaman ini kurang diminati oleh kebanyakkan petani kerana banyak faktor.
Halia merupakan bahan penyedap makanan yang sangat popular didunia dan juga bahan digunakan didalam perubatan tradisional dan moden. Halia digunakan didalam bentuk halia segar, serbuk minuman, cecair, halwa dan juga halia kering selain daripada yang ada dijerukkan. Kandungan bahan GINGEROL dan SHAGOAL didalam halia membuatkan umbisi ini ada digunakan unuk rawatan apabila bahan ini diserap didaam tubuh manusia. Halia mengandungi banyak bahan mineral seperti K, Mg, Ca, Cu, Mn dan juga Vitamin B6. Daun halia dan batangnya pula mengandungi bahan Antrakuinon, Asid Carthatric, Rien anthrone, aloeemodin glikosida, kaempherol dan juga isomemnetin yang berguna untuk kesihatan. Halia mampu merangsang pengeluaran bahan Ardrenalin yang mempengaruhi pengaliran darah, memanaskan badan, mempercepatkan pengaliran darah dan juga merendahkan tekanan darah. Dalam halia terdapat bahan minyak pati dan enzim penghadaman iaitu protease yang mengurai protin dan lipase untuk lemak. Halia juga dapat membantu proses penghadaman dan juga penyerapan makanan dalam perut. Sebenarnya rasa tajam pada halia adalah bahan dikenali phenylpropanoid yang baik untuk kesihatan. Khasiat daripada halia sebagai antikeradangan, antioksidan, antivirus, dann anti tumor telah dijalankan banyak kajian. Dilaporkan dalam satu temuan kajian dimana pengambilan halia yang kerap membantu mengurangkan kerengsaan kesakitan pada otot kepada orang bersenam sehingga 25% berbanding dengan tidak mengambil halia. Dalam dunia Melayu penggunaan halia memang menjadi kelaziman dan mujarab apa lagi kalau dikombinasikan dengan pelbagai jenis herba lain.
Dalam maysrakakat Melayu Islam dan dunia perubatan tradisional memang kita biasa dengar penggunaan halia dalam cara merawat. Ada yang gunakan halia untuk atasi masaalah badan masuk angin atau membbuang angin, atasi asaalah sesak dada, lancarkan peredaran darah, atasi masaalah hidung tersumbat dan juga mrawat kecacingan. Masaalah demam panas dirawat dengan merebus halia tua dan airnya dicampur air limau lalu diminum. Arwah ibu penulis blog juga pernah meminum sama ada air rebusan lempoyang atau halia diminum untuk menambah selera makan dan mencirkan kahak serta hilangkan batuk-batuk. Kutu Air adalah masaalah penyakit kulat bawaan kutu air berada dicelah-celah kaki dimana ia menyebabkan ketidak selesaan dan gatal. Ia boleh dirawat dengan memerah air halia dicampur dengan parutan lobak putih dan air panas serta ditampal pada bahagian yang ada kutu air. Ramai mengadu masalah Migrain dimana ia boleh dirawat dengan mengambil halia dicuci dan dibakar dan ditumbuk halus kemudian dimasukkan didalam segelas air lalu diminum selalu sehingga hilang migrain. amalan ini juga boleh hilangkan pening selepas makan makanan laut seperti udang, ketam dan juga selalu pening kepala. Masaalah sakit tulang belakang, terseliuh, sengal tulang dan lemah lutut boleh amalkan mengambi halia. Memnag halia adalah sejenis tumbuhan yang pembagai guna untuk tambah perisa makanan dan dijadikan bahan perubatan. Semuga tulisan ini menjadi bahan rujukkan berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAMAN HALIA ... BANYAK DI INDIA...
RIZOM DI TANAH... BERBAGAI JENISNYA...
BANYAK KHASIAT... PELBAGAI GUNANYA...
MENULIS ARTIKEL... RUJUKKAN ANDA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan P11D, Precint 11,
Putrajaya, Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(25 Safar 1441H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.