Tuesday, November 5, 2019

CENDAWAN VOLVARIELLA - LAPOR MEDIA ...

Cendawan Volvariella atau biasanya dipanggil cendawan jerami telah pun kini diperkenal kepada pekebun kecil sebagai tanaman alternatif bagi menambah pendapatan mereka. Cendawan ini amat sesuai diusahakan kepada pekebun getah sebagai bidangusaha tambahan kepada mereka. Sebelum ini cendawan ini telah pun ditanam menggunakan jerami padi sebagai media tanaman, namun kini lebih mudah apabila tandan sawit yang hanya perlu diperap digunakan sebelum disusun untuk dijadikan batas penanaman (Sila klik disini). Beberapa pekebun kecil getah yang menjalankan projek ini gembira dengan pendapatan tambahan hasil tanaman cendawan dijalankan dibawah bimbingan daripada Jabatan Pertanian. Penanaman bagi cendawan volvariella atau pun jerami ini sebenarnya ada menggunakan konsep ringkas 3T iaitu Tanam, Tunggu dan Tuai menjadikan inovasi teknologi bagi tanaman ini lebih istimewa. Inovasi yang dimulakan pada tahun 2014 dengan tiga kali percubaan yang kemudiannya diperkenal kepada orang ramai itu menggunakan adaptasi daripada teknologi yang digunakan di Thailand dan Indonesia. Melalui teknologi ini petani tidak memerlukan kos yang tinggi selain proses pengurusannya yang lebih mudah jika ianya hendak ianya dibandingkan dengan jenis cendawan lain. Bukan itu sahaja, teknologi yang diamalkan ini juga dapat memaksimumkan penggunaan tanah di kebun getah. Inovasi yang telah diolah dan ditambah baik ini menggunakan semula bahan buangan dari ladang kelapa sawit iaitu tandan sawit yang dijadikan batas untuk menanam cendawan. Hasil tandan yang telah digunakan pula boleh dijadikan baja kompos. Tandan sawit yang disusun menjadi batas di ruang antara pokok getah mulanya akan disiram dan ditutup dengan plastik hitam selama sembilan hari. Dalam tempoh itu, batas tersebut akan disiram setiap tiga hari. Dari segi teknologi penulis blog dapati selepas beberapa hari cendawan akan mula tumbuh dan hasilnya boleh bertahan hingga sebulan. Setiap batas mampu menghasilkan sehingga dua kilogram cendawan sehari. Anggaran sekiranya pekebun mempunyai 20 batas tandan sawit, ia mampu menjana pendapatan sehingga RM2,700 sebulan. Apa yang lebih istimewa menurut peserta projek adalah cendawan Volvariella ini 100 peratus organik kerana tidak menggunakan sebarang baja mahupun racun serangga. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya paparkan laporan media mengenai industri tanaman cendawan volvariella untuk bahan rujukkan anda.

Laporan pertama daripada Berita Harian bertajuk "Jana pendapatan dengan cendawan Volverella'' oleh wartawan Khairill Anwar yang dipterbitkan pada 14 Mei 2019. Dinyatakan di Selinsing, Perak dimana aktiviti penanaman cendawan Voverella secara perladangan kontrak oleh SRG Agro Berhad. Kini dimana sebahagian cendawan jenis Volverella yang berjaya ditanam dan dituai salah seorang peserta program usahawan kontrak anjuran SRG Agro Berhad. Permintaan tinggi di pasaran luar negara terutama negara Asia Timur terhadap tanaman cendawan jenis Volverella mencetuskan idea syarikat bumiputera, SRG Agro Berhad menjalinkan kerjasama pertanian kontrak dengan 2,000 peserta dari seluruh negara. Dakwa Ketua Pegawai Eksekutifnya Shah Radzi berkata ini kerana cendawan tersebut boleh menghasilkan produk hiliran seperti teh, burger dan perisa makanan berasaskan cendawan itu. Setakat ini lima negeri iaitu Perak, Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan membabitkan 2,000 peserta berminat untuk memajukan tanaman itu. Syarikat telah mengumpul peserta dalam tempoh empat bulan dengan penyertaan golongan belia dan warga emas yang mahu mengusahakan tanaman itu. Cendawan Volverella adalah jenis cendarawan hibrid dibangunkan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim(Mestecc) yang mana ia menggunakan kaedah pembiakan tisu kultur untuk dijadikan benih. Cendawan jenis ini mudah ditanam di atas batas dan tandan kelapa sawit kerana kesukaran untuk mendapatkan habuk kayu dan ia mudah membiak dalam tempoh dua minggu bagi mendapatkan hasilnya.


Syarikat memperuntukkan RM1.5 juta bagi fasa pertama tanaman ini dengan setiap negeri akan membabitkan 400 hingga 500 peserta yang akan menjalankan tanaman itu secara bersama. Syarikat akan memberikan dana sebanyak RM5,000 untuk setiap orang peserta menjalani kursus, benih dan tapak bagi mengusahakan tanaman berkenaan membabitkan sembilan fasa. Kemudian hasil tanaman itu syarikat akan beli daripada usahawan dengan harga dipersetujui dan usahawan perlu menandatangani perjanjian selama lima tahun dengan syarikat. Usahawan terbabit boleh memperoleh pendapatan sehingga RM2,400 sebulan dan mereka tidak dibenarkan menjual cendawan itu kepada orang tengah. Dalam pada itu, Muhammad Muammar menegaskan SRG Agro Berhad sedang berusaha mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam mengenal pasti mana-mana tanah kerajaan terbiar untuk dijalankan projek tanaman cendawan Volverella bersama komuniti usahawan tempatan berpotensi. Sehingga kini didakwa sejumlah 19 lokasi tanah terbiar di Perak sudah dikenal pasti pihaknya untuk dimajukan termasuk sebidang tanah berhadapan projek pembinaan hospital baharu Parit Buntar di Simpang Lima, Parit Buntar. Syarikat  memang  mengharapkan kerajaan negeri dapat memberi sokongan padu terhadap usaha ini memandangkan tanaman cendawan volverella adalah tanaman tempoh singkat dan sangat bersesuaian dijalankan di lokasi tanah tidak begitu luas. Bila tanaman ini dilaksanakan secara ladang bersepadu, secara tidak langsung ianya boleh menjana ekonomi penduduk setempat menerusi industri agro pelancongan untuk daerah Kerian pada masa hadapan.


Dalam laporan media yang ke 2 bertajuk "Pengusaha cendawan Volvariella raih pendapatan lumayan'' yang diterbitkan oleh Bernama oada 1 Januari 2019 menyatakan dimana seorang penoreh getah, Ismail Ibrahim berumur 63 tahun menunjukkan cendawan Volvariella segar yang diusahakan di kebun getah seluas kira-kira 0.2 hektar di Kampung Musa, Mukim Pedu, Kulim, Kedah (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya sejak beliau mula mengusahakan dua tahun lalu, beliau kini menjana pendapatan tambahan kira-kira RM1,500 sebulan sekaligus meningkatkan taraf hidupnya sekeluarga. Dakeanya dengan bermodalkan tidak lebih RM50 untuk setiap satu medium tanaman berukuran 4.5 meter pengusaha cendawan jenis Volvariella di Sungai Kob di sini kini telah mampu meraih keuntungan berkali ganda setiap bulan sebagai pendapatan sampingan mereka. Dalam pada itu Penaung Persatuan Penanam Cendawan Volvariella Sungai Kob di sini Ahmad Zaki Sabawehi berkata cendawan itu diusahakan seramai 12 anggota persatuan sejak sebulan lepas dengan modal serendah RM50. Pihak persatuan berkongsi mendapatkan tandan sawit yang dibeli dari ladang berdekatan dengan harga RM10 untuk satu tan metrik yang dijadikan medium tanaman dalam bentuk batas, berkongsi benih serta kepakaran untuk mengusahakan tanaman ini mampu meminima modal peserta tanaman," katanya kepada Bernama pada Program Pelancaran Projek Cendawan Volvariella di sungai Kob hari ini. Beliau berkata sekurang-kurangnya setiap peserta projek tanaman cendawan Volvariella ini mampu memperolehi satu hingga tiga kilogram setiap hari dari satu tapak medium tanaman. Jika seorang peserta mempunyai lima hingga 10 batas, setiap hari sudah cukup untuk mereka menampung duit belanja harian, kerana harga jualan cendawan ini antara RM12 hingga RM15 sekilogram. Persatuan juga akan membuka peluang kepada penduduk yang berminat menyertai program tanaman cendawan itu dalam usaha memenuhi permintaan syarikat besar seperti kilang membuat kopi.


Sudah ada kilang kopi yang mahukan bekalan cendawan ini (Syarikat Kopi Gantang - Pemiliknya adalah rakan penulis blog - Haji Hassan) akan tetapi mereka kini masih tidak mampu untuk menampung permintaan mereka dalam kuantiti yang banyak setakat ini, usaha ke arah itu akan diteruskan. Cendawan berkenaan di sini juga ditanam secara organik tanpa menggunakan baja dan racun kimia untuk proses penjagaannya. Cendawan ini hanya bergantung kepada nutrien dari tandan kelapa sawit yang diperam selama tujuh hari selepas disiram air, kemudia ia akan disemai benih dalam tempoh 30 hari sebelum dapat dituai hasilnya setiap hari selama kira-kira 60 hari. Salah seorang peserta program yang juga pemandu lori bernama Yusoff Shapie yang berumur  53, tahun dakwa sejak mula mengusahakan cendawan itu sebulan lalu, beliau mula melihat potensi tanaman itu yang mampu memberi pulangan lumayan. Pada mulanya saya buat tanaman ini secara suka-suka sahaja dengan dua hingga tiga batas sahaja. Tetapi lepas sebulan 25 hari saya lihat ia membuahkan hasil, cendawan hidup segar. Malah tempahan untuk cendawan ini sudah mula masuk, walaupun daripada orang kampung dan rakan-rakan saya sudah tidak mampu memenuhi permintaan bagi skala komersial yang besar. Yusoff berkata sehingga kini beliau berjaya mengusahakan kira-kira 25 batas cendawan Volvariella di atas tanah seluas 0.1 hektar di kebun getah miliknya. Penjagaannya juga sangat mudah, tidak perlu dibaja hanya perlu disiram setiap hari namun bergantung kepada cuaca, jika hujan ia tidak perlu disiram lagi. Setiap hari beliau akan menuai cendawan Volvariella itu sebanyak dua kali iaitu ketika waktu pagi dan petang. Ismail Ibrahim, 62, mengutip cendawan Volvariella yang tumbuh di atas batas tanamannya untuk dijual kepada pelangganya di Kampung Musa, Mukim Padu, Padang Terap (Sila lihat foto disebelah). Setakat ini kira-kira 10 batas yang boleh dituai, dan setiap hari saya mampu mendapat pulangan RM240 hingga RM300 ia sangat lumayan. 


Dalam media ke 3 juga oleh Bernama berjudul "Cendawan rezeki tambahan penoreh getah" yang dipetik dari Padang Terap, Kedah menarik dirujuk. Akibat ketidaktentuan harga getah di pasaran menyebabkan seorang penoreh bertindak kreatif untuk menjana pendapatan tambahan mereka dengan cara mengusahakan tanaman cendawan Volvariella di kebun getahnya di Kampung Musa, Mukim Pedu. Dia yang dengan nama Ismail Ibrahim mendakwa sejak mula mengusahakan cendawan itu dua tahun lalu, beliau kini mampu menjana pendapatan tambahan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan di samping pendapatannya sebagai penoreh sekitar RM1,000 sebulan. Beliau mengusahakan cendawan ini sebab tidak mahu bergantung kepada hasil getah lagi yang mana harganya tidak naik-naik iaitu sekitar RM2.10 sekilogram ketika ini, selain menyahut seruan kerajaan agar pekebun mencari alternatif untuk menjana pendapatan tambahan. Dia mencadangkan tanaman ini dimanfaatkan pekebun kecil getah lain kerana selain harganya yang tinggi dan tidak banyak saingan, ia juga amat mudah diusahakan kerana hanya menggunakan bahan buangan daripada pokok kelapa sawit. Menurut Ismail penjagaan tanaman itu juga tidak rumit dan hanya memerlukan masa dua bulan untuk mendapat hasil iaitu bulan pertama melibatkan proses penyediaan medium tanaman dan menabur benih dan bulan seterusnya mengutip hasil pada setiap hari. Beliau dibantu isterinya dalam menjalankan usaha murni ini (Sila lihat fotoo disebelah). Beliau berkata, pada masa ini cendawan Volvariella dijual pada harga RM10 sekilogram secara ladang dan RM15 sekilogram secara runcit dan beliau menerima banyak permintaan terutama dari pihak restoran dan penduduk kampung. Projek tanaman cendawan itu yang diusahakan dengan modal permulaan hanya RM1,000 kini mampu menghasilkan antara 15 hingga 20 kg cendawan setiap hari. Memandang potensinya yang cukup baik untuk menjana pendapatan, Ismail bercadang untuk meluaskan lagi tanaman cendawan itu di kebun getahnya yang berkeluasan 0.3 hektar, mulai awal tahun depan. Jabatan Pertanian Daerah Padang Terap juga banyak membantu memberi khidmat nasihat dan sokongan dalam bentuk bantuan peralatan serta memperkenalkan cendawan ini di pelusuk negeri yang menjamin pendapatan tambahan kepada pekebun dan penoreh getah. Tanaman cendawan Volvariella itu mula diperkenalkan pada 2015 kepada pekebun-pekebun kecil getah di sini sebagai tanaman altenatif untuk meningkatkan pendapatan mereka. Dakwa beliau sehingga kini terdapat 12 pengusaha yang aktif mengusahakan cendawan itu di daerah ini dan meraih pendapatan yang baik untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Disyorkan agar pekebun yang berminat supaya datang berjumpa dengan pegawai di Pejabat Pertanian daerah ini untuk berbincang sebelum mengusahakan tanaman ini.


Laporan media ke 4 dari Kuala Nerang Terengganu pula bertajuk "Galak penoreh getah tanam cendawan volvariella ada diterbitkan pada  13 Januari 2019. Kini dilaporkan Kerajaan Kedah mengalakkan penoreh getah untuk menanam cendawan volvariella sebagai alternatif bagi tujuan untuk menampung pendapatan mereka yang kini dihimpit dengan masalah harga getah yang masih rendah. Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama Kedah, Azman Nasrudin berkata, hanya terdapat 12 pengusaha yang terlibat dalam penanaman cendawan itu dan peluang yang ada perlu direbut oleh 45,000 penoreh getah lain di negeri ini bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Cendawan ini adalah sangat mudah untuk diusahakan khususnya kepada penoreh-penoreh getah kerana boleh jadi pemangkin ataupun aktiviti sampingan atau hiliran. Tanaman ini boleh dijadikan sebagai pendapatan jika diusahakan bersungguh-sungguh. Aktiviti penanaman cendawan ini boleh membantu mereka untuk tambah pendapatan antara RM500 - RM600 sebulan dan itu sudah dikira sebagai cukup baik sebab tidak memerlukan kawasan yang luas (Sila lihat foto disebelah). "Kerajaan Kedah juga akan memberikan galakan dan bantuan kepada mereka yang berminat," katanya ketika ditemui media selepas melawat tapak tanaman cendawan volvariella milik Ismail Ibrahim di Kampung Musa, Pedu, dekat sini. Tanaman tersebut tidak memerlukan modal yang besar dan hanya sekitar RM1,000 sehingga RM1,500 sahaja sudah mampu mengusahakan 20 batas cendawan malah hasilnya sudah boleh dituai dalam tempoh 14 hari selepas cendawan tersebut ditanam. Kini dengan modal tersebut, setiap bulan pengusaha mampu memperolehi pendapatan bersih sehingga RM1,500 sebulan. Dan selain itu, usaha penanaman juga mudah kerana hanya mengaplikasikan Sistem 3T iaitu tabur, tunggu dan tuai. Proses awal menggunakan tandan kelapa sawit boleh dibeli dengan harga murah dan benihnya pula boleh didapati dari Pejabat Pertanian Daerah. Kini pasaran untuk cendawan tersebut sangat mengalakkan malah sehingga kini memang penawaran sedia ada juga tidak cukup untuk menampung jumlah permintaan. Kedah sudah memberikan motivasi kepada penoreh getah khususnya ataupun kepada penduduk negeri yang berminat dengan indsutri ini. Hasrat kerajaan kini adalah untuk menjadikan Kedah sebagai antara negeri pengeluaran makanan utama di negara ini, untuk sara diri disamping jika ada lebihan kita boleh eksport ke luar negara namun sebenarnya dalam negeri kita pun masih tidak cukup lagi. Berhubung bantuan penanaman cendawan pula, Azman menjelaskan di bawah Risda, pihaknya mempunyai beberapa peruntukan yang boleh disalurkan atau melihat mekanisme lain bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam lapangan tersebut. Jika tidak cukup kita akan usahakan lagi untuk mendapatkan bantuan dari kementerian-kementerian yang terlibat yang boleh membantu. Paling penting penoreh getah itu mesti ada motivasi untuk mengubah nasib mereka sendiri.


Laporan Media Ke 5 bertajuk "Penduduk digalak tanam cendawan Volvariella, permintaan tinggi" daripada bagan Serai, Perak juga dirujuk. Syarikat SRG Agro Berhad menggalakkan penduduk untuk memajukan tanaman cendawan jenis Volvariella kerana ia mendapat permintaan yang tinggi di pasaran terutama di China. Ketua Pegawai Eksekutifnya Shah Mohd  berkata ini kerana cendawan tersebut boleh menghasilkan produk hiliran seperti teh, burger dan perisa makanan berasaskan cendawan itu. Kini ini lima negeri iaitu Perak, Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan membabitkan 2,000 peserta telah berminat untuk memajukan tanaman itu. Mereka telah mengumpul peserta dalam tempoh empat bulan dengan penyertaan golongan belia dan warga emas yang mahu mengusahakan tanaman itu. Cendawan Volvariella yang menggunakan tisu kultur ini mudah ditanam di atas batas dan tanda kelapa sawit kerana kesukaran untuk mendapatkan habuk kayu. Ia mudah membiak dan dalam tempoh dua minggu boleh mendapatkan hasilnya,” katanya kepada media ketika ditemui pada Program Usahawan Ladang Kontrak di Selinsing dekat sini hari ini. Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak Abdul Yunus Jamsari. Shah berkata pihaknya memperuntukkan RM1.5 juta bagi fasa pertama tanaman itu dengan setiap negeri disertai 400 hingga 500 peserta dan mereka diberikan dana untuk menjalani kursus, benih serta tapak bagi mengusahakan tanaman berkenaan yang membabitkan sembilan fasa. “Hasil tanaman itu kami akan beli daripada usahawan dan usahawan perlu menanda tangani perjanjian selama lima tahun dengan kami. Harga runcit bagi cendawan itu ialah antara RM16 - RM20 sekilo.  Kini usahawan boleh memperoleh pendapatan RM2,400 sebulan dan mereka tidak dibenarkan menjual cendawan itu kepada orang tengah. Cendawan yang kami beli itu, kami akan proses untuk dijadikan produk seperti teh, burger dan perisa makanan. Beliau berkata pihaknya akan mengeksport produk itu ke Korea, Taiwan, Jepun serta China yang memerlukan 40 metrik tan cendawan tersebut. Pihaknya juga mengenai pasti 19 kawasan tanah terbiar di Perak untuk memajukan tanaman cendawan tersebut. “Kami memerlukan banyak bekalan cendawan ini dan kerana itu kami buka peluang kepada usahawan untuk mengusahakannya,” katanya yang mahu menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri Perak untuk memajukan tanaman itu. Sementara itu, Abdul Yunus berkata kerajaan negeri sedia memberi peluang kepada rakyat untuk menceburi bidang pertanian bagi membantu kerajaan mengurangkan import produk makanan.  Beliau berkata pihaknya sedia berbincang dengan mana-mana pihak yang berminat untuk memajukan bidang pertanian kerana negeri itu mempunyai banyak tanah terbiar yang boleh diusahakan dengan pelbagai jenis tanaman dan sayur-sayuran. Katanya, melalui usaha itu juga akan memberikan peluang pekerjaan dan sekali gus menjana pendapatan di samping dapat membekalkan keperluan makanan kepada rakyat.


Laporan media ke 6 bertajuk "Hujan bukan alasan! Penoreh di Kedah raih RM4,000 usaha tanaman cendawan" oleh wartawan Astro Awani pada Jaunuati 2019. Seorang ushawan cendawan bernama En Ismail mengusahakan cendawan Volvariella di kebun getah di kebunnya kini membuahkan hasil lumayan. Akibat dari harga getah yang jatuh merudum, golongan penoreh perlu mencari sumber kewangan alternatif demi memastikan kelangsungan hidup. Kerja mengusahakan tanaman cendawan Volvariella di kebun getah kini berjaya membuahkan hasil lumayan. Kini beliau mampu menjana pendapatan tambahan antara RM3,000 - RM4,000 sebulan, di samping pendapatan sebagai penoreh sekitar RM1,000 sebulan. Beliau dan isterinya akan memeriksa semua batas tanaman cendawannya Sila lihat foto disebelah). Kalau ikut kan hasrat beliau dia hendak  ajak kawan-kawan buat sebenarnya untuk menambah pendapatan orang kampung. Kini aktiviti menoreh musim hujan tidak dapat dengan harga sekerap sekarang ni RM2.10 sekilo. Kalau tanam cendawan, 5 kilogram dah dapat RM75. Ismail memberi penerangan tentang penanaman cendawannya kepada wartawan. Apa yang penting adalah penjagaan tanaman itu juga tidak rumit dan hanya memerlukan masa dua bulan untuk mengutip hasilnya. Jelasnya lagi pada bulan pertama melibatkan proses penyediaan medium tanaman dan menabur benih, manakala bulan seterusnya untuk mengutip hasil setiap hari. Dia juga ada mencadangkan tanaman ini dimanfaatkan pekebun kecil getah lain kerana selain harganya yang tinggi, ia juga tidak banyak saingan di pasaran. Ia juga amat mudah diusahakan kerana hanya menggunakan bahan buangan daripada pokok kelapa sawit. Cendawan Volvariella ini dijual pada harga RM10 hingga RM15 sekilogram dan mendapat permintaan tinggi terutama daripada penjual sayur dan pengusaha restoran. Dakwanya cendawan yang diusahakan Ismai bermula dengan modal permulaan RM1,000 akan tetapi kini Ismail mampu menghasilkan di antara 15 dan 20 kilogram cendawan setiap hari. Memandang potensinya yang cukup baik untuk menjana pendapatan, Ismail bercadang untuk meluaskan lagi tanaman cendawan itu di kebun getahnya yang berkeluasan 0.3 hektar. Menurut pegawai pertanian Daerah Padang Terap, Mohamad Yuzaidi Azmi, tanaman cendawan Volvariella itu mula diperkenalkan pada 2015 kepada pekebun kecil getah sebagai tanaman alternatif untuk meningkatkan pendapatan mereka. Menurutnya usaha yang dilakukan Ismail sejak dua tahun lalu menjadi contoh kepada penoreh lain untuk mencari sumber pendapatan tambahan terutama pada musim tengkujuh ketika pokok getah tidak dapat ditoreh. Semuga tulisan dalam blog anim agro technology kali ini memberi info berguna untuk rujukkan semua. Wasallam!!...
NAMA CENDAWAN... RAMAII BELUM KENALNYA...
CENDAWAN VOLVARIELLA... ENAK RASANYA...
PENOREH GETAH... BOLEH MENANAMNYA...
HASIL LUMAYAN... PASTIKAN INPUTMYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutian,
Malaysia.
(30 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.