Wednesday, April 3, 2019

KASKAS - PENYEDAP MAKANAN?

 
KASKAS mungkin pernah anda dengar sebelum ini dalam media dikaitkan dengan restoren kedai mamak dinyatakan sebagai penyedap makanan. Sebenarnya kas-kas adalah biji daripada bunga Pokok Popi (Papaver somniferum) yang sudah masak ranum dan didakwa tidak mengandungi bahan kimia narkotik (opium) kerana cecair yang menghasilkan opium pada tunasnya hanya wujud sebelum biji terbentuk sepenuhnya. Bagaimana pun biji kas-kas diambil apabila bunga popi sudah masak ranum dengan cara mengeringkan pod atau lenggai bunga popi. Bunga popi sudah masak walau pun ia tidaklah mengandungi bahan opium akan tetapi kajian saintis mendapati ia ada kandungan yang sedikit bahan alkaloid daripada bunga popi dengan jumlahnya adalah kira-kira 50 bahagian bagi setiap juta (50 ppm). Saya ada menulis dalam blog ini beberapa artikel mengenai kasas dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi untuk dibaca. Dalam menghasilkan dadah ada bahan aktif dinamakan 'opiat' yang juga diperolehi daripada pokok popi. Getah cair warna putih yang mana ia dikeluarkan daripada buah popi apabila dilukakan kemudian perlu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin. Beberapa rujukkan mendapati biji kaskas didakwa tidak mengandungi unsur narkotik kerana cecair opium hanya terbentuk sebelum bunga popi benar-benar masak namun masih terdapat sedikit kandungan bahan alkaloid masih wujud. Dalam pada itu kajian beberapa pihak mendapati dimana satu sudu biji popi mengandungi kira-kira 1.6 gram protein, 3.7 gram lemak, 2.5 gram bahan karbohidrat dan 46 kalori. Biji popi juga mengandungi sumber mineral yang baik seperti Manganese, Kalsium, Magnesium, Fosforus, Ferum, Zink, Kalium dan Selemium. Didakwa dimana biji kaskas juga kaya dengan serat dan mengandungi Asid lemak omega-3 dan Asid lemak omega-6. Ia dilaporkan boleh meredakan masalah lelah (asthma) dan batuk. Ada kajian saintifik oleh pakar makanan dimana tidak dapat dinafikan bahawa biji popi amat tinggi khasiatnya tetapi ia juga dikatakan mampu memberi kesan pada ujian dadah. Ada yang tidak sedar dimana pengambilan biji popi yang kerap mungkin boleh membawa kepada ujian dadah yang positif kerana kajian yang pernah dijalankan menunjukkan ujian telah mengesan bahan dadah seperti candu dalam air kencing. Ini adalah kerana biji popi dan heroin datang dari tanaman yang sama iaitu biji kaskas. Bermakna memang ada uunsur dadah dalam makanan yang dicampur dengan biji kaskas. Biji kaskas di Malaysia memang penulis blog dapati pernah hangat diperdebatkan satu ketika dahulu apabila ada yang mendakwa penggunaan kas kas dalam masakan menyebabkan ketagihan namun kemuncaknya kerajaan melalui Kementerian Kesihatan talah membenarkan penggunaan kas kas dalam masakan. Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Kesihatan bertarikh 13 April 2016 dahulu Menterinya ketika itu berkata tidak bercadang untuk kerajaan mengharamkan rempah kas kas berikutan penggunaan rempah tersebut dalam masakan dibenarkan di negara ini. Akan tetapi kementerian tetap akan memantau penggunaan rempah penyedap masakan itu dari aspek keselamatan makanan. Pihak kerajaan sentiasa akan bertindak sekiranya terdapat aduan orang ramai berhubung penggunaan berlebihan rempah seperti biji kaskas dengan berkenaan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai biji kaskas dan penggunaanya sebagai penyedap makanan untuk rujukkan anda.


Dalam pada itu biji kaskas yang lazimnya digunakan di benua Amerika Utara dan Eropah sebagai salah satu ramuan pastri seperti mufin dan bagel (Sila lihat foto disebelah). Sementara itu di kawasan Asia Selatan seperti India biji kaskas adalah bahan popular digunakan sebagai rempah yang dicampur bersama dengan serbuk kari didakwa memang menjadikan ia lebih enak. Dibeberapa negara lain biji popi boleh digunakan sama ada dalam bentuk asal atau serbuk yang hancur dalam masakan dan industri bakeri. Biasanya biji popi putih memang biasa digunakan dalam masakan India seperti kari dan rempah mengandungi sejumlah kecil biji popi yang mampu menambah kelazatan makanan tersebut. Semantara itu di negara barat pula ia ada dilaporkan bahawa minyak biji popi atau dalam bahasa Perancis dikenali sebagai ‘oillette’ sering digunakan untuk tujuan masakan dan pengganti kepada minyak zaitun. Ada laporan daripada Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (Presma) di negara kita iaitu Encik Noorul Hassan yang mendakwa biji kaskas hanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit sebagai penambah perasa makanan. Memang tidak dinafikan kebanyakan restoran-restoran mamak ada  juga menggunakan kas kas dalam masakan. Ini kerana Kas-kas berfungsi untuk ‘memekatkan’ kuah dan menambah rasa dalam kari. Benarkah dakwaan apa yang anda rasa bila makan dikedai mamak sama ada berlaku ketagihan atau berasa khayal kemudiannya. Mungkin telah merasai kas kas dan anda sudah mula menyukainya kerana pihak restoren menyatakan usah khuatir lagi dengan kas kas disebabkan ia hanya penambah perasa bagi makanan. Tetapi awas kalau anda di buat ujian air kencing ada kesan narkotik dalam badan anda. 


Mungkin umum sudah faham dimana biji kaskas yang merupakan bijian daripada pokok popi hanya digunakan sebagai bahan atau ramuan bagi menyedapkan makanan terutamanya masakan yang berasaskan kari (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya biji kaskas boleh dianggap sebagai ramuan penambah rasa seperti penggunaan penambah rasa lain. Apa yang berlaku laporan dari pihak Presma menyatakan mereka menggunakan biji kaskas dalam masakan terutamanya di restoran rangkaian kedai mamak didakwa hanya dalam jumlah kuantiti yang paling rendah iaitu sebagai contoh hanya satu sudu teh untuk lima kilogram kari kambingPenggunaannya juga khusus kepada lauk yang berasaskan daging seperti ayam dan kambing, tujuannya hanya untuk melembutkan daging serta untuk mengawal kandungan gula dalam setiap masakan kerana rasanya yang sedikit pahit. Presma diminta untuk mengulas mengenai penggunaan biji kas-kas atau popi dalam pembuatan kek yang dijual secara terbuka di sebuah kedai kek di ibu negara. Biji popi sememangnya mempunyai kandungan narkotin namun tidak mendatang­kan sebarang kemudaratan, penggunaan secara berlebihan mungkin akan mendatangkan kesan sampingan seperti ketagihan. Pihak Presma mendakwa apa-apa bahan sekalipun sekiranya digunakan atau diambil secara berlebihan akan membuatkan sesiapa sahaja akan merasa ketagih. Kita kena ingat apa-apa sahaja bahan yang digunakan dalam setiap masakan perlulah digunakan secara terkawal dan seimbang. Buat masa ini, penggunaan biji kas-kas ini tidak menyeluruh dan sudah banyak restoran yang tidak gunakan bahan ini kerana harga­nya yang agak mahal, satu kilogram boleh mencecah ratusan ringgit. Biji kas-kas yang digunakan sejak turun temurun dalam masakan ini bukanlah satu ramuan yang memudaratkan akan tetapi ia perlu diingatkan supaya pengambilannya perlulah dalam jumlah yang terkawal.

Bagaimana pun diingatkan kepada semua terutama ahli sukan dimana jika ada berlaku pengambilan kaskas wa­lau­pun yang mana ia dicampur dalam makanan ia didapati boleh meletakkan atlet dalam risiko positif dadah je­nis morfin jika ujian doping dija­lankan ke atas mereka. Kaskas atau biji popi yang ada digunakan sebagai rempah untuk mem­be­rikan rasa yang unik kepada gulai, terutama oleh pengusaha nasi kandar dan kari ikan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Penggunaan kaskas walaupun ke­tika ini tidak menya­lahi undang-undang akan tetapi kaskas ber­asal da­ri pokok popi yang getah bunganya diproses untuk dijadikan dadah seperti candu dan morfin. Pakar Rujuk Perubatan Kanan Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz mendakwa bu­at masa sekarang belum ada ma­na-mana atlet yang didapati positif doping akibat daripada pengambilan makanan tersebut namun langkah berjaga-jaga perlu diambil. Berlaku dimana atlet yang tinggal di asrama Majlis Sukan Negara (MSN) tidak berdepan sebarang masalah kerana diet harian dikawal rapi namun dibimbangi makanan yang diambil sewaktu mereka berada di luar kerana tidak dapat dipastikan kandungan sebenar yang ada di dalamnya. Pengambilan bahan seperti kari yang ada biji kaskas boleh menyebabkan ujian antidoping yang mana ia menghasilkan keputusan positif morfin dan kebarangkalian itu sangat tinggi. Meraka bimbang perkara ini boleh berlaku ke atas mana-mana atlet kerana makanan seperti ini boleh diambil secara tidak sengaja akan tetapi berdasarkan prisip antidoping sekiranya bahan itu ada di dalam sistem badan maka atlet itu perlu bertanggungjawab. Atlet dinasihatkan tidak mengambil sebarang jenis minuman pracampuran kerana dibimbangi kandungan di dalamnya akan memberi kesan terhadap ujian antidoping. Jadi jangan ambil risiko, banyak lagi minuman lebih berkhasiati. Akhbar Utusan Malaysia mela­porkan terdapat beberapa premis di sekitar ibu kota menjual kek yang mengandungi biji popi secara terbuka. Ada dakwaan dimana pengambilan biji popi atau biji kaskas  secara berlebihan boleh mendatangkan kesan khayal dan ketagihan. Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) diminta untuk menjalankan kajian terperinci mengenai pengambilan kaskas atau biji popi dalam kalangan atlet. Perkara seperti ini tidak dapat dipastikan sama ada perkara itu mampu memberi kesan terhadap atlet atau sebaliknya memandangkan masih belum ada sebarang ujian dilakukan ke atas kaskas. Risiko sehingga kini dikalangan athlet dimana tidak dapat dipastikan sama ada kaskas memberi kesan atau tidak kerana sehingga kni masih belum ada sebarang kes dilapor­kan mengenai pengambilan bahan-bahan ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BIJI KASKAS... BUAH POPI ASALNYA...
DALAM MAKANAN...BANYAK DIGUNA...
ADA KESAN NARKOTIK... IA MINIMA...
GUNA BERLEBIHAN... IA MERBAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 14, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1440H).
Published from:
Room 539, Hotel Grand Continental,
Langkawi, Kedah, Malaysia.
(3 April 2019).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.