Thursday, April 4, 2019

KELAPA MACAPUNO - ADA PEMINAT?

KELAPA MACAPUNO (Cocos nucifera) merupakan sejenis kelapa dimana isinya adalah seperti jelly (bubur) dan ia tidak boleh bercambah dengan kaedah biasa yang isinya keras apabila matang. Kelapa ini di panggil sebagai Macapuno di Filipina, Kopyor di Indonesia, Mapro Kathi (Thailand), Dikiri (Sri Lanka) dan beberapa nama lagi. Ia merupakan sejenis kelapa mutan yang abnormal pertumbuhannya dimana endospermnya akan menjadi lembut seakan jelly sahaja (Sila lihat foto diatas). Buah kelapa yang normal biasanya ia akan mempunyai isi daging kelapa (putih) yang terdiri dari bahan iaitu Galactomannan sebagai sumber tenaga untuk ia bercambah kelak. Biasanya semasa pembentukkan buah kelapa substrat ini akan berubah kepada dua sub-kompoun iaitu Galactose dan Mannose. Pada kelapa Macapuno pula substrat ini tidak menjadi aktif sehingga menjadi α-D-galactosidase iaitu menyebabkan embrio kelapa tersebut gagal untuk tumbuh kemudiannya. Di Indonesia dilaporkan kelapa Kopyor mengandungi kadar kandungan tertinggi iaitu 92% gula berbanding dengan kelapa normal lain. Kelapa mudanya juga mengandungi protin lebih tinggi daripada kelapa biasa menjadikan ia lebih bernilai untuk dimakan. Kandungan asid Maleic dan Asid Citric serta adalah lebih tinggi akan tetapi kandungan lipidnya adalah rendah. Kalau di Filipina Macapuno banyak diguna untuk membuat candy akan tetapi di Indonesia ia lebih disukai diminum sebagai Minuman Berkhasiat dimana jus dijual dengan harga premium. Ia dianggap sebagai kulinari berasaskan kelapa yang istimewa di Indonesia dengan nama ''Cendol Ais Kopyor''. Penulis blog yang pernah dua kali menikmati minuman cendol kopyor (Macapuno) ini mendapati ia memang enak kerana isinya seakan jelly memang sukar mendapatkannya.  Di Filipina kelapa Macapuno diproses menjadi candy manis dengan gelarannya ''Minatamis'' yang selalu dimakan sebagai makanan ringan bersama makanan lain seperti Halo-halo atau pun Ube Macapuno. Kisah diatas menunjukkan kelapa abnormal ini memang mempunyai peminatnya tersendiri didua negara tersebut tetapi hampir tidak diketahui oleh rakyat Malaysia. Artikel petani ini sambil menghadap air laut tidak jauh dari Jetti Kuah saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' mengenai kelapa Macapuno yang kurang diketahui di Malaysia akan tetapi ada peminatnya dinegara jiran kita.


Dalam pada itu Pihak Berkuasa Kelapa Filipina (PCA - Philipines Coconut Authority) pernah menyatakan dimana kelapa jenis Macapuno ini sebagai ''coconut sport'' kerana kandungan isi endosperm yang lembik. Itu adalah kerana apabila tempurung kelapa matang ini telah dipecahkan maka isi didalamnya bukan keras akan tetapi lebik seakan 'translucent jelly'. Kajian menunjukkan jenis kelapa ini biasanya daripada Kelapa Renek Mutan (bukan jenis kelapa tinggi) dimana University Los Banos Philipines (UPLB) membuat kajian biakbaka sejak berpuloh tahun dahulu mengenainya. Penulis blog telah dua kali berkursus di SEARCA iaitu disebelah UPLB ini dahulu. Saintis di UPLB ini pernah dakwa dimana kelapa Macapuno ini makna sebenarnya juga adalah ''Macam sepebuhnya' atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'almost like full' kerana memang begitu isinya (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu penduduk tempatan dakwa kelapa macapuno ini sebagai 'chewy' dan juga 'soft coconut meat' yang ada nilai perubatan tradisional kepada mereka. Di Filipina ramai peminat kelapa Macapuno ini kerana keenakannya dengan ada beberapa produk seperti Bottled Palm Nut (Kaong) dan juga Coconut Sport Strings (Macapuno) dalam sirap yang dikomersilkan dinegara tersebut. Ia merupakan salah satu komponen utama dimalam mereka makan Ais Kerim dengan kelapa macapuno. Dimana di negara kita boleh dapat makanan seperti ini. Memang tidak jumpalah jawabnya.  Penduduk Filipina bangga dengan beberapa makanan berasaskan Macapuno seperti Macapuno Strings, Macapuno Balls, Macapuno, Tarts, Macapuno, Bars, Macapuno Pastillas, Ube Macapuno, Macapuno Cakes malahan makanan Bibingka Macapuno.

Baru-baru ini di Dewan Rakyat ada Ahli Parlimen yang bertanya kenapa Malaysia tidak menanam kelapa Macapuno yang popular di Filipina.  Laporan media menyebut mungkin YB ini sudah pergi ke Filipina untuk menikmati kelapa Macapuno atau hanya membaca melalui internet sahaja. Menteri Pertanian menjawab memang kelapa ini sukar untuk di tanam di Malaysia kerana memang benihnya tidak ada dinegara kita. Laporan daripada PCA menyatakan dimana kelapa macapuno namak sama dengan kelapa biasa akan tetapi isinya seperti jelly memang tidak boleh menjadi benih (Mandul).  PCA jelaskan kelapa macapuno ini adalah sejenis kelapa yang pembentukkannya tidak normal dimana isinya penuh dengan jelly lembik dan kurang airnya. Setakat ini PCA hanya ada sekitar 80 pokok macapuno induk yang ditanam dan dibuat kajian di Stesyen Penyelidikan Albay dan Bicol dalam pemerintahan Luzon Tenggara. Memang kelapa macapuno tidak diketahui oleh banyak negara akan tetapi seperti kelapa Kopyor di Indonesia kelapa ini memang banyak peminatnya. Peminat ini terdiri daripada golongan saintis, pembiakbaka, pengedar benih, petani, peraih sehingga kepada penjual kepala dan produk kelapa macapuno itu sendiri. Produk kelapa macapuno lebih tinggi nilainya berbanding dengan peroduk dari kelapa biasa terutama dalam bentuk candy dandesserts di Filipina. Apa pun sehingga kini ruang pasaran adalah cuma untuk domestik sahaja dinegara tersebut untuk warga tempatan. Bagaimana pun ada dakwaan dimana produk macapuno yang dijual kepada pengguna tersebut itu macapuno tulin atau tidak kerana kurang kajian. Kalau hendak membeli dan makannya lebih baik pastikan ketulinan produknya kerana pastinya semua produk macapuno adalah mahal. Kelapa Macapuno memang kurang dikenali di Malaysia akan tetapi dinegara jiran produk berasaskan kelapa ini masih kurang dikenali. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KELAPA MACAPUNO.... DIFILIPINA...
KELAPA LOPYOR.... DI INDONESIA...
AIR KELAPA... CANDY PUN ADA...
PRODUK LAIN... MAHAL HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Enggang 2 Hall, Hotel Continental,
Kelibang, Kuah, Langkawi,
Kedah, Malaysia.
(29 Rejab 1440H). 
Published from:
Room 537, Grand Continental Hotel,
Kelibang, Kuah, Langkawi,
Kedah, Malaysia.
(4 April 2019).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.