Friday, February 15, 2019

TANAMAN FIG DI JANDA BAIK

TANAMAN BUAH TIN (FIG) yang diusahakan di Janda Baik, Pahang merupakan satu percubaan yang sangat berani oleh beberapa usahawan di kawasan tanah tinggi iniBUAH FIG (Ficus carica) ini memang tanaman baru dan dibawa masuk ke Malaysia sebagai tanaman yang berasal dari negara temperate. Buah Figs rupanya orang kita di Malaysia lebih kenal dengan panggilan 'Buah Tin' iaitu sejenis buah hebat daripada keluarga Moraceae dan ia merupakan sejenis tumbuhan yang didapati natif dari kawasan Timur Tengah dan Asia Barat yang kini banyak ditanam di kawasan negara beriklim temperate secara komersil. Antara jenis figs terbaik adalah varieti yang dipanggil sebagai "Brown Turkey" yang mana ia mempunyai kulit coklat kemerahan, isi warna merah dan rasa yang manis (Sila lihat foto diatas). Kebanyakan buah figs ditanam dikawasan Mediterranean seperti Turki, Iran dan Mesir dan juga beberapa negara seperti Sepanyol, Portugal serta Greece. Kini penanaman buah figs telah jauh berkembang ke USA, Argentina, Australia dan telah pun ditanam secara komersil penanamannya untuk pengeluaran buah segar. Apa yang saya baca daripada buku "Temperate and Sub-tropical Fruit Production" terbitan CABI International (2011) menyatakan, buah figs merupakan jenis buah yang dikaitkan dengan keagamaan sama ada agama Islam dan agama lain seperti Kristian, Budda, Hindu dan sebagainya. Semakan saya mendapati anggaran pengeluaran buah figs seluruh dunia sekitar 700,000 mt pada tahun 2010 (Sumber: Laporan FAO Statistics). Negara utama yang menghasilkan buah figs didunia masa ini adalah Turki (sebanyak 255,000 mt/tahun) diikuti dengan negara Mesir (185,000 mt/tahun), Algeria (99,000 mt/tahun), Iran (76,500 mt/tahun) dan Morocco (74,000 mt/tahun). Bagaimana oun kini tanaman buah tin ini telah berkembang baik di Malaysia dengan dibuat pengubahsuaian agronomi penanaman sesuai dengan cuaca negara kita yang panas dan lembab. Artikel petang ini sambil melihat pergerakan perlahan banyak kenderaan yang lalu dari Kg Janda Baik, Bentong , Pahang saya baru saja membuat tinjauan dan menulis dalam blog dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi tanaman buah figs dikawasan tanah sederhana tinggi oleh usahawan tempatan dengan amalab tenologi disesuaiak untuk bahan bacaan dan dijadikan rujukkan semua pembaca.


Tanaman buah Tin ini memang memerlukan satu pengubahsuaian 'agronomic practices' 
di Malaysia memandangkan pokok ini telah manja dengan iklim asal iaitu kering dan sejuk. Pokok induk atau benih buah figs ini pada asal sejarahnya telah banyak dibawa masuk kenegara ini tanpa melalui pintu yang sah dan ditanam sebagai tanaman hobi sahaja oleh peminatnya. Bagaimana pun ia telah menjadi satu tanaman yang sangat berpotensi jika diusahakan dengan betul dan menggunakan teknologi ubahsuai yang direkacipta dan disesuaikan dengan cuaca dinegara kita. Pada asalnya pokok tin ini ditanam disekeliling rumah sahaja didalam pasu sebagai hobi dan dijaga baik dan kemudian ia dikembangkan secara komersil oleh beberapa usahawan kerana proses pembiakannya dengan keratan batang mudah berjaya. Saya ada menulis banyak artikel mengenai buah tin (fig) ini dalam blog sama untuk dirujuk (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Beberapa orang usahawan dan individu telah berani menanam buah tin ini secara komersil di seluruh negara dan mereka yang berjaya dilaporkan menggunkan Rumah Kalis Serangga (RKS). Buah ini mudah diserang musuh seperti Lalat Buah (Bacterocera carambolae atau Dacus spp), Tupai, Tikus, Burung dan beberapa jenis penyakit tertentu. Pendek kata penanaman buah tin memerlukan kawasan yang kondusif untuk dikomersilkan seperti menanam dibawah rumah kalis serangga dan rumah kalis hujan. Penulis blog yang melawat kebun buah tin Tn Hj Reduan dan diiringi oleh usahawan lain tanaman tin di Kg Janda Baik ini mendapati tanaman figs di kampong ini agak berjaya.


Kg Janda Baik dikawasan tanah tinggi Bentong berada 500 - 800 kaki dari paras laut dan mempunyai cuaca sesuai untuk menanam figs. Kebun Hj Reduan yang dikunjungi menggunakan rumah Kalis serangga dan kalis Hujan dengan ketinggian 25 kaki membolehkan pengudaraan baik dan pertumbuhan pokok yang agak tinggi untk dikomerilkan buahnya. Struktur RKS yang dibina dengan kos RM358,000 ini termasuk kos untuk kerja merata tanah, penambakan tanah, pemasangan besi struktur, plastik bumbung (import), dinding netting kalis serangga dan sistem pengairan serta benih penanaman (Sila lihat foo disebelah). Pokok yang berumur 4 bulan ini telah mula mengeluarkan hasil dengan baik dimana setiap point penanaman hanya ada sepokok sahaja. Oleh kerana suhu dimalam hari di sini rendah maka kadar tumbesarannya agak baik dimana diperhatikan setiap ruas (nodes) ia panjang dan berbuah (Sila lihat foto paling atas). Pertumbuhan yang cepat ini berkait dengan perubahan suhu panas disiang hari dan sejuk dimalam hari berbeza dengan pokok tin yang ditanam ditanah rendah (tanah pamah). Pembajaan dan pengairan diberikan dengan kaedah beberapa cara termasuk dengan sistem pengairan titis dan fertigasi. Pokok diikat dengan tali teruk naik keatas dan apabila mencapai ketinggian maksima maka ia akan dipotong dipangkal untuk membenarkan hanya satu dahan naik keatas menjadi pokok. Ia akan menjamin buah dihasilkan dengan saiz optimum setiap biji dengan kualiti buah tin premium.


Usahawan disini nyatakan dimana kaedah ini telah berjaya memberikan hasil buah tin yang paling tinggi di Malaysia. Buahnya seakan seragam keraja bagi mendapatkan buah yang tinggi kualitinya perlu dibuat penjarangan buah (buah-buah pada dahan akan dibuang).Buah dari kebun disini memang berkualiti tinggi dimana penulis bloh membuat ujirasa terhadap buah masak yang diberikan untuk ujirasa (Sila lihat foto disebelah). Boleh dikatakan memang sangat manis pada isinya yang lebih padat berbanding dengan buah tin daripada negara luar. Rongga2 dibahagian tengah buah tin disini boleh dikatakan lebih padat berbanding dari buah yang diambil dari tanah rendah mahu pun buah tin yang diimport. Makan buah tin dengan kulitnya sekali kerana ia memang manis dan berkhasiat. Ditanya harga jualan dikbun, Hj Redzuan nyatakan ia biasa dijual sekitar RM80.00 sekilogram untuk gred premium dan mrmsng permintss  ubtk bush ini sangat tinggi. Penghasilan tidak mencukupi untuk menampung permintaan dimana beliau bercadang bagi memperluaskan penanaman buah figs disini bersama rakan-rakannya. Menyetakan pernah ke beberapa Jabatan dan Bank untuk mendapatkan bantuan modal tetapi semuanya ditolak kerana tanaman ini belum diiktiraf sebagai tanaman berpotensi di Malaysia sebaliknya hanya tanaman hobi sahaja. 


Apa yang mengejutkan lagi adalah dimana usahan-usahawan ini telah membua satu kiosk atau restoren bernama ''FIGGY'S'' di Kg Janda Baik ini (Sila lihat foto disebelah). Restoren berkonsepkan santai untuk pelancong dan pengunjung ini tentunya mempromosikan produk berasaskan buah tin. Antara hidangan yang disediakan seperti Potongan Buah Fig Segar, Jus Buah Fig, Tart Buah Fig, Kordial Buah Fig (Jnama Figaro), Pie Buah Fig, kek Buah Fig, Sos Cicah Pedas Buah Fig (Sedap untuk cicah goreng tepong), Halwa Buah Fig, Minuman Kesihatan dan sebagainya. Menu makanan lain juga disediakan untuk para pengunjung. Premis yang mula dibuka semanjak awal Febuari 2019 ini menjadi destinasi kepada pelancong yang berkujung ke chalet, kawasan perkelahan dan taman rekreasi di Kg Janda Baik terutama pada hujung minggu dan cuti am. Usahawan disini masih perlukan sokongan bekalan buah fig berkualiti dari sekitar dan penanam untuk diproses bagi pelbagai produk berasaskan buah figs. 



Bahan tanaman pokok figs boleh didapati melalui kaedah pembiakan vegetatif seperti keratan batang dan juga dengan mengetut. Buah figs merupakan buah 'Synconium' iaitu ada ruang kosong dibahagian tengah (hollow) dengan isinya yang melekat pada kulit buah (Sila lihat foto disebelah). Buahnya mungkin berbentuk Obovoid atau Bentuk Buah Pear atau Bentuk Turbinate dengan ada lubang dihujung buah tersebut. Ukuran saiz buah sekitar 3-10 cm garispusat dengan berwarna hijau ketika muda. Warna kulit luarnya apabila masak berbeza mengikut varieti sama ada ianya hijau kekuningan, warna perak, tembaga atau ungu gelap. Bentuk bunga lazimnya sama dengan bentuk buah. Bunga figs akan terbentuk dimana ia berada didalam buah dan melakukan pendebungaan sendiri atau secara berbantu bergantung kepada varieti buah figs. Anehnya diluar negara dimana pokok ini tumbuh ditanam terdapat sejenis Tebuan Kecil (Blastophaga grosorum - tiny wasps) yang mempunyai sesungut panjang akan hinggap pada bunga buah figs dimana membantu menjalankan pendebungaan. Kulit luar buah figs adalah lembut dan nipis sahaja. Isinya sama ada berwarna putih, kuning pucat atau amber, pink, warna ros, merah atau ungu seperti berjerami melekat pada bahagian kulit (Lihat foto sebelah). Ia lazimnya agak melekit dan sedikit bergetah semasa buah masih muda tetapi akan menjadi berair (juicy) dengan rasa manis apabila cukup masak. Saya beberapa kali dapat makan buah figs segar ketika berkursus di Mesir pada tahun 2005 dan kawatan ke Beijing pada tahun 2012. Buah figs juga mempunyai biji sama ada ia bersaiz besar, sederhana, kecil atau sangat kecil (minute). Biji ini mengandungi banyak khasiat yang dimakan bersama kulitnya apabila buah figs telah dikeringkan. Rasanya manis jika ia dimakan bersama isi dan boleh dikunyah dengan mudah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology dan usahawan disini akan teruskan usaha memajukan tanaman figs ini. Menteri Pertanian semasa melancarkan Buku Halatuju Kementerian Pertanian pada 14 Febuari 2019 di MAEPS, Serdang yang penulis blog hadir ada menyatakan buah tin ini sebagi satu buah berpotensi baru yang akan dimajukan. Wasallam!!...
MENANAM BUAH TIN... ADA CARANYA...
DALAM SPH... MAHAL STRUKTURNYA....
JANDA BAIK... AGAK SEJUK SUHUNYA...
BUAH BERKUALITI... ADA PRODUKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 104, Hotel Jelai,
Raub, Pahang,
Maaysia.
(10 JamadiAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.