Thursday, February 14, 2019

MAGGIE GORENG - MAKANAN POPULAR

MEE MAGGIE GORENG (Fried Maggi Mee) merupakan sejenis makanan semakin popular masa kini sama ada ia disediakan dirumah atau di makan di restoren atau gerai makanan. Bahan mee maggi merupakan sejenis mee segera (instant noodles) yang melalui beberapa proses sehingga ia boleh disimpan untuk tempoh lebih lama daripada mee kuning atau mee basah biasa. Perkataan ''Maggi'' ini juga mungkin ramai orang Malaysia yang kurang tahu akan maknanya iaitu salah satu produk terkenal seluruh dunia daripada Syarikat Nestle. Asal perkataan ini menurut beberapa rujukkan adalah berasal daripada bahasa Itali (Maggi atau ˈmaddʒi) atau ada yang dakwa daripada bahasa Jerman (maggi) yang bermakna mee kering merupakan satu jenama antarabangsa bagi perasa, sup segera dan mee dari Switzerland pada lewat abad ke-19. Apa pun kemudian Syarikat Maggi dibeli oleh Nestlé pada 1947. Syarikat itu berasal dari Switzerland pada tahun 1884 iaitu ketika Julius Maggi mengambil alih kilang bapanya. Lantas beliau menjadi pelopor pengeluaran industri makanan yang bertujuan untuk meningkatkan pengambilan pemakanan pekerja keluarga. Maggi ialah orang pertama yang membawa makanan kacang legume (kekacang) yang kaya dengan protein kepada pasaran dunia dan diikuti dengan sup siap yang berasaskan makanan legume pada tahun 1886. Dari sudut sejarah pula menunjukkan selepas itu pengasas iaitu Julius Maggi telah memperkenalkan perasa bouillon yang pertama dalam kapsul dan kemudiannya dalam bentuk kiub. Pada tahun 1897 dilaporkan Julius Maggi mengasaskan syarikat Maggi GmbH di Singen di Jerman. Namun pada tahun 1947 telah berlaku  beberapa perubahan struktur pemilikan dan korporat dimana syarikat induk Maggi bergabung dengan syarikat Nestlé untuk membentuk Nestlé yang terkenal diseluruh dunia. Apa pun itu sejarah mengenai maggi tetapi dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini dipaparkan mengenai maggi goreng yang menjadi popular diwasa ini di Malaysia.


Makanan Maggi Goreng ini ada banyak jenisnya daripada jenis Maggi Goreng Simple, Maggi Goreng Mamak, Maggi Goreng Ayam, Maggi Goreng Pedas, Maggi Goreng Udang, Maggi Goreng Ketam, Maggi Goreng Minang, Maggi Goreng Berlauk, Maggi Goreng Kuah dan beberapa lagi. Bagaimana pun antara jenis maggi goreng yang paling popular adalah Maggi Goreng Mamak yang disediakan di rangkaian restoren makanan yang beroperasi 24 jam dibanyak lokasi. Mee ini disediakan dengan cepat hanya beberapa minit  sahaja oleh tukang masak profesional. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti 3 bungkus Maggi Kari bersama perencahnya sekali (perencah guna 1.5 sahaja dari 3 paket), udang, sotong atau isi ayam (terpulang pada citarasa masing-masing), 3 ulas bawang putih yang ditumbuk, 3 ulas bawang merah juga ditumbuk, 1 biji bawang besar perlu dimayang, 2 biji cili masak yang ditumbuk halus, 5 biji cili padi merah perlu ditumbuk halus dan 1 sudu besar kicap pekat manis. Bahan lain adalah seperti 1 sudu besar sos tomato, 1 sudu besar sos cili, kobis bulat (dipotong) atau sawi secukupnya serta astikan ada 2 biji telur. Cara memasaknya mudah sahaja iaitu dengan memanaskan air dalam periuk dan masak mee seketika maggi kosong hingga lembut dan angkat dan mesti toskan dahulu. Pastikan jangan masak mee segera ini terlalulama sampai kembang dan tidak sesuai dijadikan maggi goreng. Kemudian disiramkan dalam air biasa dan leraikan-leraikan maggi tu dan toskan bertujuan uuntuk jadikan mee maggi tidak melekat-lekat masa menggoreng nanti dan diketepikan. Seterusnya dalam kuali dipanaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar hingga wangi. Masukkan cili merah dan kacau hingga garing. Masukkan perencah kari dan cili padi. Masukkan juga kicap, sos cili dan sos tomato serta dikacau rata. Biarkan seketika dan masukkan isi udang, sotong atau ayam dimasak seketika dan masukkan maggi kosong tadi yang dah ditoskan kalam kuali. Kacau rata dan pecahkan telur unuk dimasukkan dalam kuali. Tutup telur dengan maggi dan biarkan sekejap dan masukkan terus potongan kobis atau sawi dan dikacau sebati dan rasa. Tambah perasa jika perlu dimana ia boleh diangkat dan dihidangkan. Tabur hirisan cili merah dan bawang goreng dan perahkan limau sebelum dinikmati (Sila lihat foto disebelah). Siapa kata harga hidangan maggi goreng mamak ini murah. Ia dijual pada harga diantara RM4.50 - RM7.00 sepinggan dimana ia bergantung kepada lokasi dan kemasan hidangan.


Bagaimana pun dikalangan surirumah dimana mereka biasanya pandai membuat mee goreng simpel. Walau pun simpel tetapi dari segi rasa dan ramuannya tidak kurang dengan rasa maggi goreng resepi lain. Bahan-bahan yang diperlukan adalah 1 paket Mee Maggi Kari 2 Minit yang direbus dan ditoskan, 1 sudu besar minyak masak, 1 biji telur yang dipukul, 3 ekor udang yang dibersihkan. bagi membuat kuahnya disediakan bahan 0.5 sudu besar Sos Cili dan/atau 1 sudu besar Sos Tomato, 1 pek Perencah, 1 sudu kecil kicap pekat, 0.25 cawan daun sawi, 1 biji tomato yang dipotong berbaji, 1 keping tauhu, digoreng kemudian di tapis minyak. untuk hiasan sediakan 1 biji limau kasturi yang dipotong dua. Cara memasak mudah dan cepat dengan masak mee tersebut dalam periuk dan bila kembang ia ditoskan kemudian diketepikan. Panaskan minyak didalam kuali dan kemudian dipecahkan telur ayam kedalam kuali serta dimasukkan Sos Cili, Sos Tomato dan kicap kmudian digaul sebati. Masukkan mi yang direbus dan perencah dan seterusnya masukkan daun sawi, tomato dan tauhu (Sila lihat foto disebelah)Gaulkan mi sehingga sebati dimana akan kita menikmati telur yang kecil-kecil pada mee. Udang akan mengambil masa 2-3 minit untuk masak. Bubuh potongan limau kasturi diatasnya dan boleh dihidangkan. Setiap hidangan maggi goreng simpel ini mengandungi sebanyak tenaga 321 Kcal, Protin (14 gram), Lemak (15 gram) dan Karbohiderat (32 gram). Apabila sudah tahu akan nutrisi maggi goreng maka boleh berkira untuk bersenam seepas makan.


Dikalangan orang bujang dan pelajar atau siswa mereka membuat mee magi dengan lebih mudah lagi. Mereka cuma perlukan bahan sebungkus atau dua bungkus maggi (kari atau tomyam), 2 biji telur ayam, 2-3 ekor udang (jika mampu), sedikit sayur sawi, sedikit tauge, 1 pek perencah kari maggi, 1 sudu kicap cair, minyak masak, bawang putih dan bawang merah di tumbuk halus dan cili. Masak mee maggi sehingga kembang dan toskan (Jangan terlalu lama sehingga ia kembang yang lembik). Panaskan minyak dan tumis semua ramuan dikacau sehingga sebati dan masukkan telur kedalamnya. Apabila ramuan terbit bau maka masukkan mee maggi dan kacau sehingga sebati dimana kemudian dimasukkan udang sawi dan taugeh (Jika ada). Akhir sekali tuang sedikit kicap dan angkat dimasukkan untuk tujuan dan dihidangkan. Hiaskan dengan potongan cili diatasnya atau telur mata kerbau atau pun sos cili. Mmasak mee maggi goreng style bujang selalunya kosong sahaja dengan warna asas mee maggi. Walau pun rasanya 'biasa-biasa' sahaja akan tetapi makanan ini menjimatkan perbelanjaan bulanan orang ujang yang pendapatanny masih kecil dan kurng masa untuk memasak didapor. Tinjauan umum mendapati apabila duit gaji sudah hampir kering maka makanan mee mggi goreng atau mee maggi kuah menjadi penyelamat. Itulah sebbnya mengapa Malaysia mendudukki tangga ke 13 didunia yang paling kuat makan mee segera dengan mencecah sebanyak 1.36 billion pek setahun. Indonesia adalah negara kedua tertinggi makan mee segera dan yang pertama adalah rakyat negara China. Semuga artikel ini dalam blog anim agro technology memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
NAMA MEE MAGGI... JENAMA DUNIA..
SENANG DIGORENG... BANYAK CARA...
YANG HEBAT... BANYAK RAMUANNYA...
ORANG BUJANG... MUDAH MASAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(3 JamadilAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.