Sunday, May 31, 2015

LIMAU - PRODUK HASILAN LIMAU (Part 2)

BUAH LIMAU (Citrus spp) memang kaya dengan vitamin C dan merupakan sejenis buah-buahan yang ditanam dimana ia dipasarkan diseluruh dunia. Buah Limau mempunyai pelbagai jenis, varieti dan jenama merupakan antara 5 jenis buah utama didagangkan didunia. Penggunaan buah limau dan pada kebiasaanya boleh dimakan segar bila ia telah masak. Malaysia bukan negara pengeluar limau utama tetapi Jabatan Pertanian merekodkan seluas sekitar 1,900 hektar tanaman limau pelbagai jenis. Buah Limau juga dengan cara menggunakan teknologi prosesan makanan boleh diproses untuk dijadikan pelbagai produk untuk kegunaan harian. Pada masa ini pemprosesan merupakan aktiviti terakhir sesuatu produk sebelum dijual kepada pengguna. Untuk mendapatkan mutu produk yang baik, kawalan mutu hendaklah dijalankan diperingkat penuaian lagi, diikuti dengan kawalan mutu diperingkat pengendalian pasca tuai dan semasa pemprosesan. Buah limau yang diproses memang dikhususkan untuk tujuan pemprosesan atau ada yang diproses hasil sebagai lebihan daripada pengeluaran segar. Buah-buahan yang diterima dari ladang pelru dipilih, buah yang busuk dan rosak hendaklah diasingkan supaya tidak menjejaskan hasil yang diproses nanti. Jika terdapat bekalan yang berlebihan, buah limau perlu disimpan dingin pada suhu 10 Celcius dan pada suhu ini buah tersebut boleh bertahan sehingga 3 minggu. Limau boleh diproses kepada beberapa produk yang boleh dijalankan secara kormersil, di antaranya, minuman jus, kordial, pekatan, marmalade, jeli, jeruk, halwa dan acar. Lapisan kulit luar yang dipanggil flavedo mengandungi pundi-pundi (sac) minyak pati meruap yang boleh diekstrak dan digunakan sebagai perisa masakan, manakala lapisan kulit dalam yang dipanggil albedo pula kaya dengan bahan pektin yang banyak digunakan sebagai gellling agent dalam perusahaan makanan. Antara produk-produk hasilan limau yang dapat dihasilkan dengan teknologi makanan yang mudah dan tidak memerlukan pelaburan yang tinggi adalah seperti produk minuman, jeruk, chutney, pekatan, jus, marmalade, jem, dan sebagainya. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai produk-produk hasilan limau sekadar dijadikan bahan rujukkan anda.


Hasil Produk Minuman daripada buah limau merupakan produk utama yang penulis selalu fikirkan mengenai buah limau. Apabila ingin membeli perasa minuman pastinya kita akan mencari jus atau kordial daripada limau atau paling banyak dipasaran jadi limau oren. Terdapat banyak jenama produk minuman oren dipasaran seperti 'Sunkist', FnN, Marigold dan banyak lagi. Jus oren juga memang hidangan tetap dihotel untuk menu sarapan pagi diseluruh dunia. Sebenarnya limau mempunyai rasa yang agak manis dan sesuai untuk dijadikan minuman jus. Pemprosesan awalan untuk menghasilkan produk minuman daripada limau adalah sangat mudah dan boleh dibuat sendiri dirumah. Buah Limau yang telah dicuci dengan air dikupas kulitnya. Serat bertali yang melekat pada isi diasingkan dan isu buah dilalukan melalui alat fruit pulper untuk pengumpulan jusnya. Rollers mesin ini perlu diselaraskan untuk tujuan mengelakkan persepihan biji yang boleh mengeluarkan komponen pahit daripada biji ke dalam jus. Jus ini perlu ditapis untuk mengasingkan sel-sel yang pecah, pulpa kasar dan bahan-bahan pektik. Jus yang dihasilkan dipasteurkan (rawatan haba) serta merta, untuk mengurangkan kejadian pencemaran mikroorganisma dan menyahaktifkan enzim pectinesterase. Penyahaktifkan enzim ini perlu supaya jus yang disimpan tidak menjadi terlalu jernih. Suhu dan masa pempasteuran yang sesuai penting untuk mendapatkan mutu jus yang diperlukan. Untuk limau suhu 80C - 82C selama 2 minit adalah diperlukan. Jus yang dihasilkan kemudiannya disejukkan dan ia sedia untuk pemprosesan selanjutnya.


Limau juga boleh diproses dijadikan Jeli Limau. Ini kerana Jeli Limau juga adalah sejenis produk seakan-akan marmalade tetapi ia tidak mengandungi hirisan kulit. Kaedah pemprosesannya juga hampir sama, tanpa melibatkan penyediaan hirisan kulit. Mengikut Peraturan Makan 1985 (Perkara 247), penyediaan jeli ini mestilah mengandungi tidak kurang dairpda 35% ekstrak jus. Hanya jeli limau yang ada piawaian boleh memasukki pasaran setelah mendapat kelulusan.  Seterusnya memang tidak dapat dipisahkan untuk buah limau diproses menjadi Jeruk Limau. Kulit limau boleh dijadikan jeruk masin kering yang biasanya dimakan sebagai makanan ringan atau snek. Malaysia merupakan negara pengimport buah limau pada kuantiti yang agak tinggi. Buah limau merupakan buah-buahan yang dimakan segar dimana ia banyak diimport daripada negara China, USA, EU dan Thailand. Pengeluaran tempatan buah limau amat sedikit dimana ia tidak dapat untuk mengurangkan import dengan signifikan. Peraturan Makanan 1985 (perkara 231) ada menyatakan buah limau yang di jeruk kering adalah produk bergaram tanpa atau garam dengan penambahan gula dan dikeringkan secara semulajadi atau dengan jentera pengering. Cara-cara untuk membuatnya dengan mengambil kulit limau dan kemudian ia dipotong kecil dan dididihkan selama 15 minit. Kulit limau ini kemudiannya diperam di dalam larutan garam (Kepekatan pada kadar 10 -15%) selama 8 -12 minggu. Kulit limau ini kemudiannya ditoskan dan dicuci untuk mengeluarkan garam berlebihan. Ia kemudian dikeringkan dan boleh dibungkus sebelum diedarkan untuk jualan. Produk limau yang diproses separa kering ini kemudiannya disalut dengan serbuk kamcho (liquorice) dan dikeringkan semula sebelum siap dibungkus untuk edaran.


Halwa Kulit Limau merupakan sejenis makanan yang popular. Proses penyediaan halwa kulit limau pada peringkat awalnya adalah sama seperti pemprosesan kulit limau masin. Setelah diperam dan dicuci, kulit limau diremdam dalam larutan bergula yang secara berperingkat ditambah kepekatan gulanya sebanyak 50 brix sehari. Produk kemudian dikeringkan. Dalam Peraturan Makanan 1985 (perkara 232) menyatakan halwa kulit buah disediakan dengan merendam kulit buah dalam sama ada larutan gula atau gliserol atau sorbitol. Produk ini boleh mengandungi bahan awet yang dibenarkan. Halwa jeruk kulit limau ini amat digemari oleh golongan kanak-kanak, murid sekolah malahan dikalangan orang dewasa. Selain daripada dimakan terus begitu sahaja lazimnya ia ssuai digunakan dalam membuat kuih, kek malahan dalam air minuman. Jenruk ini dijual dalam pek bungkusan kecil dan dijual dengan harga berpatutan. Produk jeruk kulit limau yang dijual di negara kita banyak yang diimport dari luarnegara.


Buah limau juga sering diproses untuk dijadikan Acar atau Chutney. Walau pun di Malaysia mempunyai Chutney  tetapi ia juga dikenali sebagai acar biasanya dibuat daripada limau nipis. Kajian perlu dibuat untuk menjadikan dengan menggunakan limau muda yang dibuang semasa proses thinning boleh menjadi produk lain yang mendatangkan pendapatn. Lazimnya apa yang saya tahu terdapat dua jenis acar atau chutney iaitu jenis manis dan masam. Dalam penyediaan acar atau chutney manis buah-buahan lain dimasukkan seperti mempelam, plum, buah pala, kismis dan lain-lain, manakala dalam penyediaan chutney masam, buah limau direndam di dalam air garam selama 4 minggu sebelum digunakan dalam proses penyediaan chutney masam. Lazimnya cara pembotolan dan pembungkusan produk ini lazimnya didalam botol kaca yang kedap udara (Sila lihat foto disebelah). Ia dijual dipasaraya dalam pelbagai bentuk, saiz, jenama, dan rasa bergantung kepada kehendak pasaran.  Memang banyak produk yang dihasilkan daripada buah limau dipasaran. Sila baca artikel sebelum ini Produk Hasilan Limau Part 1. Wasallam!.


BUAH LIMAU... PELBAGAI GUNA...
DIMAKAN SEGAR... RAYA CINA...
PROSES... CHUTNEY DAN HALWA...
MUDAH DAPAT...BELI SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3205, Marco Polo Ortigas Hotel,
Pasig City, Manila,
Philipines..
(7 Syaaban 1436H)

Saturday, May 30, 2015

LIMAU - KHASIAT KULIT LIMAU

LIMAU (Citrus spp) atau citrus atau oren mengandungi banyak vitamin C yang mana buah limau telah didagangkan sebagai salah satu daripada buah-buahan antarabangsa. Limau adalah semua tumbuhan berbunga akumpulan Citrus dari keluarga Rutaceae yang mempunyai banyak jenisnya. Pokok limau tubuh menegak dengan buah yang isinya sama ada manis atau rasa masam yang segar dimakan terus atau setelah diproses. Terdapat banyak varieti limau dimana ia memiliki rasa manis hasil daripada penyelidikan dan biak baka dilakukan. Rasa masam pada buah limau adalah disebabkan oleh kandunagn Asid Citrik (Citric acid) yang memang menjadi ada terkandung pada buahnya. Pokok limau terdapat banyak jenis dimana program untuk biakbaka membolehkan kini lebih banyak varieti dihasilkan untuk penghasilan jenis limau yang lebih bernilai. Tanaman limau dipercayai natif daripada Asia Timur dan juga Asia Tenggara. Bagaimana pun terdapat jenis limau dari Malaysia serta rantau Asia Tenggara seperti Limau Bali, Limau Nipis dan Limau Purut yang mempunyai nilai estetik yang tersendiri. Tumbuhan ini digunakan sebagai makanan (Buahnya), Minuman (Ekstrak) dan juga untuk aromanya (Limau Purut). Daun limau digunakan sebagai rempah ratus penyedap makanan serta pelbagai kegunaan lain. Kulit Limau juga adalah merupakan komponen penting dimana kulit sering dikupas atau dibuang semasa limau masak dimakan segar atau pun untuk tujuan pemprosesan. Lazimnya semasa ramai makan limau, kulit tersebut akan dikumpulkan dan dimasukkan didalam bekas untuk di buang dalam tong sampah. Artikel malam Ahad ini saya menulis lagi artikel ke 3,310 dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai info kegunaan kulit limau sebagai satu komponen dalam buah limau yang boleh dimanafaatkan. 


Selalunya apabila kita memakan limau, kita akan membuang kulitnya dimana semua orang melakukan cara tersebut. Sebenarnya kulit limau mempunyai pelbagai kegunaan dan nilai tersendiri jika kita mengetahuinya dan ada info mengenainya. Banyak testimoni dan kajian makmal yang dilakukan dimana beberapa dakwaan mendakwa bahawa kulit limau ini boleh mengatasi pelbagai masalah pada tubuh manusia. Banyak khasiat mengenai kehebatan Kulit Oren atau Kulit Limau ini adalah berdasarkan kepada kajian dan testimoni. Sebagai contoh telah didakwa bahawa dalam mengatasi masalah Suhu Tubuh, dipercayai kulit limau ini boleh mengatasi masaalah kesejukkan. Caranya dengan merebus beberapa biji kulit limau dan halia segar di dalam air untuk lebih kurang 15 hingga 20 minit. Ia kemudian perlu ditambahkan gula merah dan kemudian diminum seperti minum teh panas. Suhu badan akan meningkat setelah minum ramuan tersebut. Seterusnya bagi anda untuk cuba mengatasi masaalah kesejukan 'Frostbite', maka anda boleh membakar beberapa kulit oren dan giling sampai menjadi serbuk. Kemudian serbuk tersebut dicampurkan dengan minyak sayur dan sapukan ketempat anggota badan yang bengkak kerana cuaca sejuk 'frostbite' tersebut. Apa yang menyeronokkan membaca artikel ini adalah berkaitan dengan masaalah Bau Mulut. Ia boleh diatasi dengan cara mengambil kulit limau sebagai satu cetusan inovasi. Caranya adalah dengan mengunyah sepotong kecil kulit limau yang segar berterusan sehingga ia akan dapat menghilangkan bau mulut. Lazimnya ada beberapa kedai yang menjual produk makanan snek yang menggunakan bahan asas dari kulit limau. Mulut akan berbau limau semasa bercakap dan memang menyegarkan dimana rakan perbualan tidak akan berjauhan ketika bercakap.


Selain itu kulit limau dapat mengubati Sakit Gigi (Terutamanya Gigi Geraham). Caranya dengan membubuh sepotong kecil kulit limau yang segar ke dalam mulut selama 10 minit sebelum tidur dan ianya akan dapat untuk mengurangkan kesakitan tersebut. Ia dilakukan dengan menggunakan buah limau segar yang rasanya sesuai. Kulit limau juga mampu merawat dan juga mengubati Gigi yang Sensitif. Caranya dengan meletakkan kulit limau ke dalam gelas dan tambahkan air panas baru mendidih. Kemudian perlu ditutup gelasnya selama 5 -10 minit dan kemudian diminum. Dalam beberapa testimoni didapati kulit limau mengatasi masalah Saluran Pernafasan. Ini termasuk untuk dijadikan sebagai Ubat Batuk. Caranya dengan meletakkan 5 gram kulit limau kering kedalam 2 gelas air dan rebus selama 10 -15 minit dan kemudian tambahkan beberapa potong halia dan gula merah. Minumlah semasa air rebusan tersebut masih lagi hangat. Kulit limau juga dipercayai boleh merawat seperti masaalah Bronchitis kronik. Caranya dengan membubuh 5 - 15 gram kulit limau kedalam sebuah gelas dan kemudian ditambahkan air yang mendidih untuk membuat segelas ”teh kulit limau”. Minumlah sekerap mungkin sehingga penyakit tersebut hilang dan sistem pernafasan menjadi lancar. 


Bagi mengatasi masaalah Sesak nafas adalah dinasihatkan untuk menggunakan kulit limau yang direbus dimana ia boleh ditambahkan air panas ke dalam gelas yang berisi kulit limau segar. Sebaiknya ditutup bekas tersebut selama 10 minit dan kemudian ditambahkan gula sebelum diminum. Cara ini boleh menghentikan rasa sesak di dada dan juga dipercayai menghilangkan rasa gatal ataau radang pada tenggorok. Seterusnya adalah kegunaan kulit limau dalam mengatasi masalah sistem pencernaan. Bagi mengubati masaalah sembelit sebaiknya rebus 12 gram kulit limau segar atau 6 gram kulit limau kering dengan air untuk 10-15 minit. Minum sebanyak 2 kali sehari untuk mencegah masaalah sembelit (susah buang air besar). Bagi mengembalikan nafsu makan yang kurang, ambil kulit limau yang segar dan jemurlah sampai kering. Kemudian ia perlu dicampurkan kulit buah itu dengan daun teh. Ramuan "teh kulit limau" ini berguna untuk mereka yang bermasaalah dalam usaha untuk mengembalikan nafsu makan yang hilang. Apa juga pun kulit limau yang dijadikan acar buah memang enak dimakan terutama jika dijadikan lauk untuk makan nasi minyak. Acar buah memang satu resepi makanan yang disediakan lazimnya dalam majlis kenduri kahwin di negara kita. Anda boleh baca mengenai 'Acar Buah' dengan membaca artikel saya sebelum ini.


Masalah Kecantikan merupakan satu lagi masaalah universal sepanjang masa terutama dikalangan kaum perempuan. Mereka ada yang sanggup membeli pelbagai produk kosmetik dengan harga tinggi bertujuan untuk merawat kulit muka terutamanya agar menjadi cantik. Kulit limau didapati mampu untuk ia menyerap minyak berlebihan dari kulit muka dan bahagian lain sehingga dipercayai ia memang boleh mengurangkan wajah kusam akibat minyak di kulit muka yang berlebihan. Kulit limau juga boleh mengurangkan sel-sel kulit mati dan kering dari permukaan wajah sehingga akan membuatkan wajah lebih bersih dan cerah. Teknologi ini menggunakan cara rawatan dengan menggunakan cara 'masker kulit limau' yang boleh dibuat sendiri. Caranya adalah dengan mengupas kulit limau dan biarkan hingga kering dan keras. Setelah kulit limau jadi keras maka ia dihancurkan dengan menggunakan mesin kisar (Blender). Jadikan kulit limau ssebagai serbuk yang hancur dimana kemudian ia dicampurkan dengan susu secukupnya (nisbah 50 kulit limau:50 susu) hingga semacam menjadi pasta. Cara mengguna dengan membersihkan wajah dengan air dahulu, keringkan, kemudian barulah disapukan dengan masker kulit limau tersebut ke seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit hingga kering. Bilas wajah dengan air sehingga bersih dan bagaimana pun anda dinasihatkan agar tidak menggosok wajah dengan cara terlalu keras kerana perbuatan ini boleh merosakkan kulit.


Kulit Limau mampu merawat rasa bengkak pada payudara wanita ketika proses pengeluaran susu ibu berlebih. Rasa sakit ini boleh diatasi dengan merebus sebanyak 30 gram kulit limau yang segar dan 6 gram bahan Licorice (akar kayu manis) dengan air. Minumlah dua kali sehari dan sealu diamalkan sehingga hilang rasa sakit. Kulit limau juga boleh menghalang masaalah Allergik pada sesetangah orang. Kajian juga ada menunjukkan kulit limau boleh juga digunakan untuk menghilangkan gejala alergi setelah memakan ikan dan ketam. Rebuslah beberapa potong kulit limau segar dengan air dan minumlah sehingga kesan allergik itu hilang. Masaalah 'hangover' atau dimaksudkan dengan perasaan sakit kepala pada waktu bangun pagi setelah terlalu banyak minum minuman keras bagi orang suka minum benda tersebut. Ia dapat diatasinya dengan cara merebus 30 gram kulit limau segar dengan air untuk 15 -20 minit dan boleh ditambahkan sedikit garam dan diminum. Selalu ada orang yang apabila naik kereta jadi penumpang akan menjadi mabuk. Hal ini boleh diatasi dengan amalan dimana satu jam sebelum naik kereta sebaiknya ambil secubit kulit limau yang segar terus dekatkan kehidung dan hiruplah aroma limau di kulitnya. Sepanjang perjalanan jika anda terus menyedut kulit limau mampu untuk mencegah mabuk dalam masa perjalanan. Perkara ini sering saya amalkan semasa remaja dulu ketika menaiki kereta kerana senang mabuk dalam kereta. Semuga artikel ini memberikan info dan panduan berguna kepada anda semua. Wasallam!.


KULIT LIMAU... KUAT AROMA...
JADI UBAT... ADA TERPESONA... 
BANYAK KAEDAH... JUGA CARA...
BACA BLOG ... DAPAT JUGA IDEA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3205, Marco Polo Hotel Ortigas,
Pasig City, Manila,
Philipines.
(7 Syaaban 1436H)
Hadir Mesyuarat ASEAN NFPWG di Manila.

Friday, May 29, 2015

AIR KELAPA SEDAP - SATU RAHSIA


AIR KELAPA (Cocos nucifera) merupakan satu daripada komponen produk hasilan kelapa. Kita di Malaysia amat beruntung kerana amat mudah untuk mendapatkan air kelapa kerana mempunyai lebih daripada 24 juta pokok kelapa diseluruh negara deripada lebih daripada 15 varieti kelapa yang didaftarkan (Sila baca artikel saya - klik disini). Dimana-mana juga di Malaysia kita boleh dapati pokok kelapa ditanam dikawasan keliling rumah atau kampong terutama dikawasan persisir pantai. Sama ada pokok kelapa tersebut ditanam atau tumbuh sendiri kebanyakannya akan berbuah walau pun sedikit atau kurang berkualiti. Kita mengeluarkan lebih daripada 650 juta biji kelapa setahun sedangkan jumlah penduduk Malaysia sekitar 30 juta orang bermakna amat cukuplah bekalan kelapa untuk kegunaan rakyat tempatan dengan melimpah-ruah. Kelapa merupakan jenis tanaman 'Tree of Life" dimana semua bahagian pokok boleh digunakan dan ia merupakan asas ekonomi kawasan kampong tradisional semenjak dulu terutama untuk kawasan pulau-pulau. Walau pun kini keluasan tanaman pokok kelapa menurun akibat penanaman kelapa sawit dan getah, tetapi kesan ekonomi tanaman ini masih kuat kerana ia adalah tanaman keempat terpenting dalam negara. Dalam pada itu pengenalan varieti kelapa Matag oleh Jabatan Pertanian telah membolehkan industri kelapa berkembang semula. Kelapa ini didapati mempu memberikan hasil yang tinggi dengan buah yang berkualiti serta mempunyai isipadu air kelapa yang benyak dan benilai komersil. Ramai kini penanam kelapa Matag telah menjual kelapa muda kerana ia lebih menguntungkan, cepat berhasil dan juga mendapat permintaan yang baik. Air kelapa kini dijual dipelbagai penjuru dalam negara dengan harga yang berpatutan dan kesegaran serta khasiat yang amat baik. Artikel kali ini bagaimana pun saya meulis dalam "Anim Agro Technology" satu laporan akhbar menyatakan bagaimana air kelapa yang sedap disediakan dan dijual untuk bacaan anda.


Sekali pandang kita mudah jumpa tentang gerai air kelapa muda ditepi jalan ini sama seperti gerai-gerai lain. Ini kerana air kelapa merupakan jenis minuman yang digemari sejak dahulu kala oleh masyarakat kita. Bagaimana pun terdapat perbezaan rasa air kelapa ini bergantung kepada umur buah, varieti kelapa, jenis tanah dimana pokok ditanam dan kualiti buah yang dipetik. Buah kelapa muda yang telah lama disimpan biasanya menhgasilkan air kelapa yang tidak lazat berbanding dengan air kelapa muda yang baru dipetik. Siasatan penulis di beberapa ladang tenaman kelapa di Johor dan Selangor mendapati harga ladang sebiji kelapa muda sekarang RM1.50 - RM1.80 untuk jenis kelapa Matag. Hargga kalapa pandan muda pula diantara RM 0.80 - RM1.20 bergantung kepada lokasi dan kjualiti. Kelapa Matang hampir mempunyai dua kali ganda kandungan isipadu air berbanding jkelapa pandan (Kecil sedikit saiz buahnya). Tinjauan penulis dibanyak gerai jualan air kelapa mendapati kebanyakan penjual mendapat bekalan kelapa muda daripada Johor, Selangor dan Perak. Baru-baru ini ada laporan akhbar tempatan mengenai air kelapa yang didakwa 'sedap' dengan kreativiti penjualnya. Mungkin tidak ramai sedar akan kelebihan air kelapa muda diusahakan Jaafar Osman, 70. Dia yang dibantu isteri, Zaidah Mohd Nor, 58, dan anak istimewanya, Mohd Syawal Jaafar telah berjaya mengusahakan perniagaan ‘Pak Jaafar Coconut Best’. Pak Jaafar mempunyai ‘formula’ mencipta resipi kelapa muda yang dibangunkan hampir 15 tahun. Bukan saja murah, tetapi air kelapa muda yang dijual pada harga RM5 bagi setiap jag menggunakan kelapa Mataq segar.


Rahsia sedap air kelapanya terletak pada gula kabung yang ditempah khas dari pembekal di Melaka. Bagi memastikan kualiti gula kabungnya terjamin, Jaafar akan menanak bahan itu selama sejam. Dengan teknologi telefon bimbit yang semakin canggih, resipi air kelapa gula kabung di olahnya turut menjadi viral. Melihat perniagaannya di tepi Jalan Besar, Selayang Indah, Batu Caves, Selangor, membuatkan ramai kagum. Jaafar tidak lokek berkongsi ilmu mengenai pemilihan buah kelapa muda berkualiti. Memilih buah kelapa muda juga ada caranya terutama mendapatkan air yang manis. Kelapa muda dipilih perlu mempunyai isi yang agak tebal, berbanding isi lembut yang kurang sedap. Bagi menjamin kualiti air kelapa muda, isinya perlu dikorek berhati-hati. Katanya, dengan modal RM60, dia membangunkan gerai kelapa muda itu. “Pada mulanya saya hanya mampu membeli kelapa muda dalam jumlah kecil. “Jualan juga kurang laris kerana ramai yang me–nyangka saya menggunakan gula merah,” katanya. Namun, gerainya mendapat sambutan ramai berikutan rasa gula kabung digunakan.


Rasa gula kabung lebih sedap berbanding gula merah dan dalam sehari saya menanak kira-kira lima kilogram gula kabung untuk jualan 80 biji kelapa Mataq muda,” katanya. Beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6.30 petang setiap hari, Jaafar mengakui tidak menang tangan. Dia mendapatkan kelapa muda Mataq daripada pembekal di Sabak Bernam dan Teluk Intan. “Ramai menjual dalam balang, tetapi air kelapa itu tidak asli kerana bercampur air batu. “Air kelapa muda gula kabung dijual seratus peratus asli dan hanya diletak air batu ketika dipesan pelanggan,” katanya. Kunjungi Pasar Borong Selayang Lama atau ke Jalan Besar, Selayang Indah, Batu Caves, Selangor untuk menikmati keenakan air kelapa Pak Jaafar. Begitulah bagaimana kreativiti Pak Jaafar dalam berniaga air kelapa muda semenjak 15 tahun dahulu. Perniagaan ini masih boleh berkembang jauh untuk gulongan lain yang masih menunggu pekerjaan dengan mempercayai bahawa pertanian itu adalah satu perniagaan. Kelapa Matag merupakan jenis kelkapa yang besar dengan isipadu air yang banyak serta sesuai dijadikan air minuman atau santan serta produk lain bagi kelapa tua. Semuga artikel ini menambah ilmu pengetahuan pembaca semua. Wasallam!.
AIR KELAPA... ENAK RASANYA...
HILANGKAN HAUS...MURAH SAJA....
RESEPI KHAS... JAAFAR MENCUBA...
KALAU MINAT... PERGI KESANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Rejab 1436H)

Posted on:
Room 3205, Marco Polo Hotel Ortigas,
Pasig City, Manila,
Philipines.
(29 Mei 2015 - NFPWG Coffee and Tea 2015)

Thursday, May 28, 2015

KOPI ROBUSTA - PENGURUSAN DIKEBUN


KOPI (Coffea spp) merupakan jenis tanaman minuman yang semakin kurang popular penanamannya di Malaysia semenjak 15 tahun dahulu. Penulis dalam mebuat rujukkan dengan data Jabatan Pertanian mendapati kini cuma dada seluas 3,714 hektar keluasan tanaman kopi dari jenis Liberica dan sebahagian lagi dari jenis Robusta. Kini negeri Sabah menanam lebih 60% penanaman kopi dengan seluas 2,226 hektar kopi disektor pekebun kecil dan sekitar 1,112 hektar di Negeri Johor dengan kopi Liberica. Pengeluaran biji kopi mentah dalam negara sekitar kurang dari 10% (sekitar 11,240 mt) daripada keperluan biji kopi dalam negara dimana lebih dari 100,000 mt kopi diimport untuk kegunaan tempatan dan eksport semula. Keperluan pengimportan biji kopi mentah dilakukan dengan sistem kawalan kuota import yang dilakukan oleh kerajaan semenjak tahun 1967 lai oleh MITI sebelum dipindahkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada tahun 1987. Penanaman kopi kurang menarik minat petani kerana kerja pengurusan yang 'agak rumit' berbanding dengan tanaman kelapa sawit, getah dan buah-buahan. Ini kerana aktiviti cantasan pokok, memetik hasil dan mengawal perosak yang intensif untuk tanaman kopi dan harga buah kopi yang kurang menarik berbanding dengan komoditi lain. Bagaimana pun galakkan penanaman kopi perlu dilakukan agar kebergantungan pengimportan biji kopi tidak akan menjejaskan ekonomi dan Kadar Kecukupan Kopi (Self sufficiency Level) dalam negara. Tinjauan penulis kepada beberapa penanam kopi di Sabah, Johor dan Selangor mendapati mereka ingin meneruskan penanaman kopi jika ada insentif menarik diberikan. Pengurusan tanaman kopi perlu ditambahbaik untuk menghasilkan buah dan biji kopi yang menguntungkan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pengurusan tanaman kopi jenis robusta untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.


Kopi Robusta ialah sejenis tanaman minuman yang berasal dari kawasan tropika di bahagian yang berasal dari kawasan tropika di bahagian Barat Afrika. Kopi ini bermutu tinggi dan sesuai diproses untuk dijadikan bahan utama dalam pembuatan kopi segera disamping kopi arabica. Permintaan terhadap kopi robusta kini semakin meningkat selepas beberapa buah kilang memproses kopi segera didirikan di negara ini. Bagi memenuhi permintaan tersebut penanaman kopi robusta digalakkan ditanam bagi mengurangkan import kopi ini dari negara luar. Di Semenanjung Malaysia dahulu jenis kopi ini banyak ditanam di negeri di sebelah utara terutamanya di Kedah tetapi kini sudah hampir pupus. Laporan Jabatan Pertanian tahun 2014 menyatakan hanya ada 1.0 hektar tanaman kopi robusta dilaporkan di Kedah dan tidak berhasil. Sabah menanam kopi robusta terutama di Daerah Tenom dengan keluasan keseluruhan seluruh Sabah sekitar 1,600 hektar. Permintaan terhadap serbuk kopi robusta juga tinggi di kalangan kilang memproses biji kopi kerana ia adalah antara jenis kopi yang termurah dipasaran. Kajian penulis mendapati purata harga biji kopi robusta yang diimport sekitar RM6.00 -RM9.00 sekilogram sedang kopi Arabica sekitar RM12.00 - RM18.00 sekilogram dan harga kopi beras Liberica sekitar RM20.00 - RM25.00 sekilogram.


Pokok kopi robusta ini kecil yang selalu berbentuk payung dengan tingginya mencapai tiga meter sekiranya tidak dicantas (Sila lihat foto disebelah). Daunnya lebih besar, berkerut dan nipis jika dibandingkan dengan kopi liberica. Bunganya keluar serentak dari ketiak daun, berwarna putih dan berkelompok-kelompok. Bunga kopi yang masih muda bewarna hijau dan akan bertukar menjadi merah tua apabila masak. Jangkamasa dari berbunga untuk menjadi buah yang matang ialah di antara 8 hingga 10 bulan. Buah kopi robusta berbentuk bulat, berkulit nipis dan berukuran 0.8 hingga 1.5 cm garispusat. Nisbah berat antara buah basah dan biji kering ialah 3:5:1 hingga 5:5:1 bergantung kepada keadaan sekitar. Bagi setiap sastu kilogram berat terdapat lebih kurang 3,500 biji kopi kering. Biji kopi kering mengandungi antara 2 hingga 2.5 peratus caffein. Peratus kandungan ini adalah tinggi berbanding dengan kopi liberika (1.5 – 1.6%) dan arabica (1- 1.5%). Ia mudah dikenali dengan brntuk pokok dan buahnya.


Kopi Robusta sesuai ditanam di kawasan-kawasan yang mendapat taburan hujan tahunan antara 1,000 mm hingga 2,500 mm. Sukatan suhu yang sesuai pula ialah diantara 180oC. Pokok kopi robusta memerlukan satu jangkamasa kemarau walaupun singkat untuk menggalakkan pengeluaran bunga dan menghalang pertumbuhan tampang. Sesuai ditanam di kawasan tanah pamah dan juga tanah tinggi tetapi sebaik-baiknya ialah di antara 300 meter hingga 750 meter dari paras laut.  Pada umumnya ciri-ciri tanah yang sesuai untuk penanaman kopi robusta ialah dari jenis tanah subur yang dalam, sekurang-kurangnya 1.5 meter dan tiada lapisan keras. Sebaiknya tanah mengandungi banyak bahan organik serta tanah gembur dengan pengudaraan dan saliran yang baik. Tanah yang ada keupayaan menyimpan air serta nilai pH tanah antara 5 hingga 6.5 amat sesuai untuk tanaman kopi robusta. Kopi robusta ada yang ditanam tanpa naungan (terutama dikawasan tanah tinggi) atau ditanam dibawah naungan pokok gliricidia (Sila lihat foto disebelah). Pemerhatian penulis mendapati pokok robusta yang ditanam tanpa naungan cepat membesar lebih aktiviti untuk cantasan. 


Penyediaan Anak Benih kopi Robusta sama seperti kopi lain. Ia boleh isediakan daripada Biji Benih atau pun dari Keratan. Lazimnya biji benih disemai ke dalam kotak semaian mengikut jarak 3 cm antara baris dan 2 cm dalam baris. Pasir halus ditabur untuk menutupi biji benih tersebut. Semasa menyemai pastikan permukaan biji yang berlekuk di bahagian bawah. Kotak semaian hendaklah diletakkan di bawah lindungan (50%) dan disiram dua hingga tiga kali sehari. Biji benih akan bercambah 6 hingga 10 minggu selepas disemai (Sila lihat foto disebelah). Anak-anak benih diubah ke dalam polibeg di peringkat butang atau di peringkat dua daun pertama. Selepas dicabut akar-akar anak benih direndam dalam air dan kemudian dicelup ke dalam air lumpur untuk memberatkan anak akar dan memperbaiki sentuhan dengan tanah dalam beg. Kemudian anak benih dipindahkan ke dalam polibeg dan diberi naungan sebanyak 50 peratus. Anak-anak benih boleh diubah ke ladang selepas 5 hingga 6 bulan di tapak semaian. Bagi menyediakan anakbenih daripada Keratan diambil daripada bahagian tengah pucuk air yang hijau matang daripada pokok-pokok yang terpilih. Pilih nod ketiga hingga ketujuh pada pucuk air tersebut untuk dijadikan keratan. Setiap keratan dibuat dengan memotong pada jarak 6 cm di bawah nod dan 1 cm hingga 2 cm di atas nod. Sebahagian daunnya eloklah dipotong. Jika perlu, keratan dibelah dua. Bubuh hormon di permukaan bawah keratan untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Keratan-keratan ini disemai sedalam 5.5 cm dan jarak setiap keratan ialah 6 cm antara baris dan 3 cm dalam baris. Naungan sebanyak 60% diberikan kepada siram sehingga betul-betul basah. Kotak semaian hendaklah ditutup dengan lapisan plastik dan disiram dua minggu sekali. Keratan akan berakar dalam masa 2 hingga 3 bulan. Keratan yang berakar ini direndam kemudian dicelup ke dalam air lumpur dan ditanam ke dalam polibeg di paras nod. Anak pokok perlu disiram setiap hari supaya sentiasa lembab. Cara menanam di ladang dan penjagaan seterusnya adalah sama bagi kedua-dua jenis anak pokok samada daripada biji benih atau keratan.


Penyediaan Tanah untuk menanam kopi robusta terlebih dahulu kawasan penanaman hendaklah dibersihkan. Di peringkat awal pertumbuhan, pokok kopi memerlukan 20 hingga 40 peratus naungan. Oleh itu pokok naungan seperti petai, ditanam terlebih dahulu atau dipilih dari pokok yang sedia ada. Selepas siap kawasan dibersihkan, lubang tanaman berukuran 50 cm x 50 cm x 50 cm digali. Jarak antara lubang-lubang tanaman tersebut ialah 2.75 m hingga 3 m antara barisan dan 1.25 meter hingga 3 meter dalam barisan. Semasa menggali asingkan tanah lapisan atas dan lapisan bawah, kemudian tanah tersebut digaul dengan baja ternakan dan baja “superposfat”. Beberapa hari sebelum menanam masukkan kembali tanah lapisan atas dan diikuti tanah lapisan bawah. Menanam: kopi dilakukan enam minggu sebelum menanam anak pokok perlu menjalani proses pengerasan dengan mengurangkan naungan secara beransur-ansur sehingga semua naungan dibuang pada peringkat dua minggu ditanam di ladang. Sebaik-baiknya penanaman dijalankan di awal musim hujan. Sebelum diubah ke ladang, anak pokok hendaklah disiram dahulu. Beg politin dibuang dan bahagian bawah anak pokok dipotong sepanjang 2.5 cm sebelum ditanam. Selepas ditanam berikan naungan sementara kepada anak pokok.


Pembajaan bagi pokok kopi robusta memerlukan baja yang baik pada semua peringkat pertumbuhan. Kadar untuk pembajaan bergantung kepada umur pokok dan banyaknya baja yang masih ada dalam tanah. Sebagai panduan, jadual pembajaan yang disyorkan adalah mengikut peringkat. Pada peringkat Anak semaian Larutan urea 0.001% (15 gm urea + 15 liter air) 2 bulan sekali dan kemudian dimasukkan kedalam lubangbaja organan atau baja ternakan dan CIRP 5 kg (1 pungkis) 250 gm sekali sahaja sebaiknya sebelum menanam. Peringkat anak pokok di ladang (tahun pertama) diberi baja Urea 20 gm sepokok (2 sudu besar) di keliling pokok 2 bulan sekali hingga akhir tahun. Pembajaan pokok kopi (tahun kedua) dengan jenis baja campuran NPK15:15:15 pada kadar 150 gm sepokok setahun diletak di keliling pokok 2-3 kali setahun. Pembajaan pada tahun ketiga & berikutnya dengan baja campuran NPK 12:12:17:2 dan unsur pekit  dengan kadar 1 kg sepokok setahun dibubuh di keliling pokok sama ada ia  ditabur sekaligus atau di bahagia dua. Kopi robusta mula berbunga 9 bulan selepas ditanam. Buah-buah kopi akan matang dan boleh dipungut 8 hingga 10 bulan kemudian. Hasil yang tinggi boleh diperolehi selepas empat tahun ditanam iaitu lebih kurang 600 hingga 1,900 kilogram sehektar. Tempoh masa ekonomik bagi pokok kopi robusta ialah diantara 10 hingga 12 tahun, tetapi dengan sistem cantasan dan kawalan penyakit serta perosak yang baik, pokok boleh mengeluarkan hasil sehingga suatu jangkamasa yang tidak terhad. Semuga tulisan ini memberi panduan kepada pembaca dan penanam kopi robusta di Sabah khususnya. Wasallam!.



PERLU KEMPEN... TANAM KOPI ...
TANAH RENDAH ... TANAH TINGGI...
JENIS LEIBERIKA... BUAH TAK HENTI...
JENIS ROBUSTA... KICEL SIAIZ BIJI 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3205, Marco Polo Hotel,
Ortigas, Pasig City,
Manila, Philipines.
(17 JamadilAwal 436H).

Wednesday, May 27, 2015

JENIS PRODUK TEH

TEH merupakan sejenis bahan minuman yang sangat digemari ramai selepas minuman daripada kopi diseluruh dunia. Minuman teh diambil semenjak beribu-ribu tahun dahulu di China dengan khasiat yang memang dikenali untuk kesihatan manusia. Penulis mengenali dunia teh dan produk teh semasa melawat beberapa pusat 'Tea House' yang dikhususkan kepada pelancong di Beijing, China beberapa kali. Disana ditunjukkan pelbagai jenis produk teh daripada jenis yang biasa kepada jenis yang berharga dengan kualiti tinggi. Minuman teh diambil sebagai sejenis minuman yang mendapat sentuhan istana zaman pemerintahan beraja di negara tersebut. Terdapat banyak jenis produk teh yang dipasarkan diseluruh dunia dengan pelbagai jenama. Ada jenama antarabangsa dan ada jenama tempatan untuk orang biasa. Kalau di Malaysia kita sebut sahaja Teh Lipton, Teh Sabah, Teh Mayang, Teh Cameroonian dan Teh Cap Lori tentunya tidak asing kepada semua orang. Teh sebenarnya mempunyai banyak varieti untuk ditanam tetapi yang paling utama adalah jenis teh daripada China iaitu dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Camellia sinensis. Saya juga ada menulis artikel mengenai teh ini dalam artikel sebelumnya iaitu Teh (Sila klik disini) dan Kategori Produk Teh (Sila klik disini). Mungkin ramai dikalaangan kita hanya kenal 'teh unchang' yang dijual dengan pelbagai jenama kerana ia senang digunakan, murah, senang dibawa kemana-mana dan menghasilkan kualiti teh yang sangat baik. Artikel pagi Jumaat ini sambil bercuti rehat saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis produk teh yang sesuai kita mengetahuinya. 


Bagaimana daun teh yang dipetik diladang DIPROSES akan menentukan jenis produk dan kualiti teh tersebut. Daun teh yang masih muda (pucuknya) akan dipetik secara manual atau menggunakan mesin dan dihantar kekilang memproses daun teh mengikut kehendak dan jenis produk akhir (Sila lihat foto disebelah). 
Biasanya citarasa akhir produk minuman teh atau produk akhir teh adalah berbeza dengan pemrposesan daun teh dikilang oleh pengusaha. Rasa dan kualiti daun teh ini mungkisn berlainan daripada produk lain kerana ada banyak faktor menyebabkannya. Ia bergantung kepada dimana pokok teh tersebut ditanam, perana cuaca dan iklim, suhu, jenis tanah, ketinggian, varieti ditanam dan paling utama adalah bagaimana daun teh tersebut diproses. Sebagai contoh sejenis teh ternama seperti 'Teh Oolong' yang dihasilkan di negera China mungkin berbeza citarasa dengan Oolong Tea yang dihadilkan dan diproses di Jepun dan Taiwan adalah berbeza. Produk teh biasa yang ditanam dan diproses di Cameroon Highland di Malaysia mungkin berbeza rasanya dengan teh yang ditanam oleh syarikat yang sama di Sri Lanka. Penanaman teh di Malaysia 99% dilakukan oleh estet swasta sahaja yang mempunyai kemudahan kilang dikawasan tanah tinggi agak sejuk sejak zaman kolonial lagi. 

Penulis dapati ada 4 jenis produk teh yang dihasilkan:

(1) TEH HITAM (Black tea) 



Teh ini disediakan dimana daun teh difermentasi sepenohnya sebelum ia dikeringkan. Ia menghasilkan produk teh yang harum baunya dan paling kuat dari segi citara tes sebenar. Selalunya jenis teh hitam diambil bersama dengan susu untuk mendapatkan rana ekenakan sebanar. Teh Tarik amat sesuai menggunakan teh jenis ini. Minuman Teh-O yang gunakan teh jenis ini menghasilkan warna teh yang agak pekat dan gelap berbanding dengan jenis lain. Black tea ini juga dipanggil sebagai 'Ceylon tea' atau pun 'English tea' yang dipasarkan seluruh dunia. Syarikat tempatan yang menghasilkan 'Boh Tea' iadalah diantara contoh jenis teh hitam yang lama berada dipasaran. Jenama lain adalah seperti Earl Grey, English Breakfast and Darjeeling.


(2) Teh Oolong 


Teh Oolong menjalani proses separuh fermentasi sebelum ia dikeringkan dan dikisar. Ia akan bergulung menjadi warna sedikit kemerahan dan dikeringkan meggunakan panas api. Setelah di proses, daun teh yang terhasil lazimnya berwarna merah coklat cerah dengan aroma yang sederhana kuat. Jenis teh inikurang sesuai diminum dengan susu pekat. Mereka yang suka akan rasa teh sebenar akan menjadikan ia sebagai bahan minnuman 'Teh-O' tanpa gula. Kalau anda makan di resroren 'Chinese food' mesti dihidangkan dengan 'Chinese tea' yang kebanyakkannya menggunakan teh Oolong. Saya memang suka minum teh Oolong ini kerana ia memberikan rasa segar selepas diminum panas-panas. Diantara beberapa jenama Oolong tea yang popular dipasaran adalah seperti Shui Xian, Pouchong dan Alishan yang mudah dibeli dipasaraya.



(3) TEH HIJAU (Green tea) 


Teh jenis ini disediakan tanpa di fermentasikan dahulu seperti dua jenis daun teh diatas. Ia cuma di jemur, di stim dan kemudian dikeringkan begitu sahaja. Hasilnya daun teh tersebut masih berwarna kehijauan dengan rasa semulajadi daun teh sebenar. Rasa teh jenis ini adalah lembut dengan aromanya yang tersendiri. Ia sering diminum untuk tujuan kesihatan dengan pengambilannya secara rutin. Teh hijau juga banyak dijual dipasaran. Antara beberapa varieiti dan jenama teh hijau yang popular seperti Gunpowder, Green Pekoe dan Sencha. Teh jenis ini juga dipangggil sebagai 'Japanese Tea' yang unik.



(4) TEH PUTIH (White tea) 


Teh Putih (White tea) dihasilkan daripada bahagian daun, tangkai atau batang pucuk teh bergulung dipetik (
rolled buds of tea). Ia tidak melalui proses fermentasi sebaliknya terus dipanaskan (fired) atau dikukus (steamed) selepas dijemur sekejap. Ia tidak melalui proses 'rolling' semasa dijadikan bahan teh iaitu dalam bentuk asal sahaja. Diantara jenama teh putih dipasaran adalah seperti Silver Needle, White Peony dan Darjeeling White. Teh ini apabila dicurah dengan air panas tidak menghasilkan warna kemerahan teh sebalihnya jernih sahaja tetapi menghasilkan rasa teh yang lembut. Wasallam!.
Hadir 10th NFPWG Tea and Coffee ASEAN Meeting 2015 di Manila, Philipines.



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3205, Marco Polo Ortigas Hotel,
Meraico Avenue and Sapphire Street,
Ortigas Center,
Pasig City,
1600, Metro Manila,
Philipines.
(19 Rejab 1436H)

Tuesday, May 26, 2015

MANGGA PERLIS - HARUMANIS?


MANGGA HARUMANIS (Mangifera indica) iaitu sejenis mangga atau dipanggil mempelam merupakan tanaman yang subur di negeri utara tanah air iaitu Perlis sehingga menimbulkan keghairahan sesiapa sahaja untuk membelinya termasuk penduduk dari negeri lain ketika musim buah. Penelitian penulis mendapati walaupun harganya meningkat setelah banyak tahun tetapi orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata mahu membeli Harumanis digerai ketika musim memuncak. Harumanis merupakan sejenis buah yang amat popular dan hanya banyak ditanam di negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya. Musim Harumanis adalah sekitar hujung bulan April dan awal Mei hingga awal Jun. Biasanya hasil buah harumanis sudah habis sebelum sempat memasuki bulan Jun. Lazimnya selain daripada kategori individu, penjual dan pengusaha restoran juga akan cuba mengambil kesempatan ketika musim Harumanis untuk menikmati keenakan serta hasil jualannya. 
Walau pun ramai yang cuba menanam pokok Harumanis di luar negeri Perlis tetapi hasilnya tidak menjadi walau pun pokok tumbuh subur. Ini berkemungkinan ia akan tidak berbuah atau kalau ada buah pun mungkin mempunyai rasa tidak semanis di Perlis. Ini kerana faktor cuaca dan tanah di negeri Perlis agak unik dan berbeza daripada negeri-negeri lain di Malaysia iaitu cuaca panas disiang hari dan sejuk dimalam hari serta tanah yang berteraskan kepada batu kapor. Faktor ini menjadikan Harumanis amat istimewa di Perlis dimana ia hanya benar-benar subur dan berbuah sangat manis di negeri Perlis dan kawasan Utara Negeri Kedah. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman mangga Harumanis yang menjadi ikon negeri Perlis untuk dijadikan bahan bacaan.



Petani dan penanam mangga harumanis tidak ketinggalan dalam menerima awal tempahan yang ingin merasakan akan keenakan dan keharuman mempelam harumanis ini (Sila lihat pokoknya disebelah). Pokok harumanis di Perlis akan hanya berbunga pada awal musim kemarau dan masak pada awal musim hujan iaitu sekitar April. Lazimnya jika keadaan pokok sesuai dan cuacanya mengizinkan maka pokok akan disembur dengan bahan penggalak bunga dikenali sebagai Paclobutrazol (Sila anda baca artikel saya sebelum ini Sila klik disini dan Sila Klik Disini). Pokok yang telah berbunga dan berputik dijaga dengan baik seperti pembajaan, mengawal serangga perosak dan penyakit sebelum putik buah dibalut dengan teliti. Buah yang matang akan dipetik berdasarkan kepada indeks pada tanda membalut pada kertas dan ia sesuai untuk dipasarkan. Pengusaha lazimnya akan menjual mangga Harumanis dari Gred A iaitu buah yang berwarna kuning kemerahan (warna asli Harumanis) yang rasanya lebih enak dan manis dan Gred-gred lain mengikut harga pasaran.


Mengikut rekod musim-musim terdahulu yang diperolehi daripada Jabatan Pertanian, memang agak ramai yang tidak berpeluang menikmati buah Harumanis ini kerana permintaan melebihi pengeluaran lebih-lebih lagi pada akhir musim. Setiap tahun terdapat kes-kes dimana pihak Jabatan Pertanian bersama petani dan pengusaha harumanis terpaksa memulangkan kembali bayaran serta menolak tempahan pada akhir musim kerana kehabisan stok buah. Pokok Mangga Harumanis banyak berada di Perlis dimana kawasan lain amat kurang ditanam. Kalau sesiapa yang teringin sangat hendak makan Mangga Harumanis kena ingat bulan penghasilannya setiap tahun iaitu pada bulan APRIL, MEI dan JUN. Bulan April biasanya buah paling banyak dan memuncak walau pun ia kadang-kadang mengikut cuaca. Apabila masuk sahaja bulan Mei berkemungkinan buah masih ada lagi bergantung juga kepada musim buah lebat atau pun melawas. Kepada mereka yang datang pada bulan Jun pula mungkin buah hanya tinggal sidikit sahaja dan kualitinya agak menurun sedikit. Kini kemanisan buah mangga harumanis dianggap diantara yang terbaik didunia dengan bacaan kemanisan mencecah lebih 18 - 20 darjah Brix. Kemanisannya yang luar biasa dicapai apabila buah masak sepenuhnya 100% diatas pokok dengan ada juga rasa lemak. Mangga bernama Harumanis mempunyai isinya dengan warna kekuningan dengan aroma baunya yang kuat apabila masak cukup untuk mengalirkan air liur. 


Memang agak susah orang Selatan Tanah Air untuk dapatkan bekalan mangga ini kerana selalunya tidak sampai kepada mereka. Selain di Perlis mangga ini ada juga ditanam di Indonesia dengan nama 'Arumanis' dan memang serupa buahnya. Pada masa ini tahap permintaannya cukup tinggi tetapi penawaran buah masih amat kurang dan hanya bermusim. Kalau ada gerai tepi jalan yang menjual mangga harumanis pun pada bulan tertentu sahaja tetapi mangga jenis lain seperti Sala dan Cokanan mungkin ada dijual. Kegilaan peminat setia mangga harumanis sehingga sanggup booking secara online kepada pembekal buah harumanis sejak bulan Februari lagi. Kini telah mula ramai orang menganggap mangga harumanis ni sangat eksklusif, elit dan ada imej serta keunggulan yang tersendiri. Orang-orang kenamaan, keluarga diraja dan orang kaya sudah buat tempahan awal bagi mempastikan buah ini mereka dapat membelinya sejak awal. Kalau sekitar tahun 1980'an dan 1990'an buah ini dibawa dengan lori Jabatan Pertanian untuk diedarkan kepada semua negeri lain bagi membantu pasaran kini ia tidak berlaku lagi. Hasil promosi dijalankan maka buah harumanis dijual dengan harga 1kg antara RM 20 - RM25 sekilogram. Kalau beli buah gred A maka hanya dapat 2 biji sahaja. 


Bagi mempastikan buah mangga harumanis ini mendapat pasaran antarabangsa, usaha mengeksport buah harumanis ke Jepun telah dilakukan. Orang Jepun cukup berminat untuk import Mangga Harumanis Perlis walau pun bekalan selalunya kurang atau tidak mencukupi. Kompleks Pertanian Jabatan Pertanian Bukit Temiangg merupakan antara lokasi penanaman dan untuk kajian dengan bilangan pokok tidak berapa banyak. Bagi penghasilan mangga harumanis yang terkenal Pusat Pertanian Bukit Bintang dengan lebih 64 hektar dan dianggap terbesar di Malaysia. Ladang ni dijangka mampu untuk mengeluarkan buah mempelam harumanis sehingga 120 tan dan boleh dituai dengan anggaran 350,000 buah dan bernilai lebih RM 1 juta. Buah dari sini banyak dieksport ke Jepun dengan harga sekitar 1kg iaitu RM 100 sekilogram. Harumanis dari beberapa analis ada yang dijual dengan harga RM 8 sekilo bagi gred A (saiz 450 - 650 gram sebiji), RM 7 sekilo untuk gred B (350 - 450 gram sebiji) dan RM 6 bagi gred C (bawah 350 gram sebiji). Potensi penanaman mangga harumanis ini dikembangkan oleh Jabatan Pertanian dengan cadangan menanam sehingga 1,000 hektar pokok dikalawan tanah yang sesuai di Perlis. Aktiviri cantuman dewasa pada pokok mangga Sala juga didapati mampu menambahkan bilangan pokok mangga harumanis pada masa akan datang. Program cantuman dewasa ini akan mempercepatkan pokok tersebut mengeluarkan hasil. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca. Wasallam!.
MANGGA DITANAM... HARUMANIS...
KAWASAN SESUAI... IA DI PERLIS....
BAU ENAK... RASA AMAT MANIS...
TIBA MUSIM BUAH... AMAT LARIS...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 313, HIG Hotel Langkawi,
Kuah, Langkaei,
Kedah, Malaysia.
(27 Rejab 1436H)