Wednesday, May 27, 2015

JENIS PRODUK TEH

TEH merupakan sejenis bahan minuman yang sangat digemari ramai selepas minuman daripada kopi diseluruh dunia. Minuman teh diambil semenjak beribu-ribu tahun dahulu di China dengan khasiat yang memang dikenali untuk kesihatan manusia. Penulis mengenali dunia teh dan produk teh semasa melawat beberapa pusat 'Tea House' yang dikhususkan kepada pelancong di Beijing, China beberapa kali. Disana ditunjukkan pelbagai jenis produk teh daripada jenis yang biasa kepada jenis yang berharga dengan kualiti tinggi. Minuman teh diambil sebagai sejenis minuman yang mendapat sentuhan istana zaman pemerintahan beraja di negara tersebut. Terdapat banyak jenis produk teh yang dipasarkan diseluruh dunia dengan pelbagai jenama. Ada jenama antarabangsa dan ada jenama tempatan untuk orang biasa. Kalau di Malaysia kita sebut sahaja Teh Lipton, Teh Sabah, Teh Mayang, Teh Cameroonian dan Teh Cap Lori tentunya tidak asing kepada semua orang. Teh sebenarnya mempunyai banyak varieti untuk ditanam tetapi yang paling utama adalah jenis teh daripada China iaitu dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Camellia sinensis. Saya juga ada menulis artikel mengenai teh ini dalam artikel sebelumnya iaitu Teh (Sila klik disini) dan Kategori Produk Teh (Sila klik disini). Mungkin ramai dikalaangan kita hanya kenal 'teh unchang' yang dijual dengan pelbagai jenama kerana ia senang digunakan, murah, senang dibawa kemana-mana dan menghasilkan kualiti teh yang sangat baik. Artikel pagi Jumaat ini sambil bercuti rehat saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis produk teh yang sesuai kita mengetahuinya. 


Bagaimana daun teh yang dipetik diladang DIPROSES akan menentukan jenis produk dan kualiti teh tersebut. Daun teh yang masih muda (pucuknya) akan dipetik secara manual atau menggunakan mesin dan dihantar kekilang memproses daun teh mengikut kehendak dan jenis produk akhir (Sila lihat foto disebelah). 
Biasanya citarasa akhir produk minuman teh atau produk akhir teh adalah berbeza dengan pemrposesan daun teh dikilang oleh pengusaha. Rasa dan kualiti daun teh ini mungkisn berlainan daripada produk lain kerana ada banyak faktor menyebabkannya. Ia bergantung kepada dimana pokok teh tersebut ditanam, perana cuaca dan iklim, suhu, jenis tanah, ketinggian, varieti ditanam dan paling utama adalah bagaimana daun teh tersebut diproses. Sebagai contoh sejenis teh ternama seperti 'Teh Oolong' yang dihasilkan di negera China mungkin berbeza citarasa dengan Oolong Tea yang dihadilkan dan diproses di Jepun dan Taiwan adalah berbeza. Produk teh biasa yang ditanam dan diproses di Cameroon Highland di Malaysia mungkin berbeza rasanya dengan teh yang ditanam oleh syarikat yang sama di Sri Lanka. Penanaman teh di Malaysia 99% dilakukan oleh estet swasta sahaja yang mempunyai kemudahan kilang dikawasan tanah tinggi agak sejuk sejak zaman kolonial lagi. 

Penulis dapati ada 4 jenis produk teh yang dihasilkan:

(1) TEH HITAM (Black tea) 



Teh ini disediakan dimana daun teh difermentasi sepenohnya sebelum ia dikeringkan. Ia menghasilkan produk teh yang harum baunya dan paling kuat dari segi citara tes sebenar. Selalunya jenis teh hitam diambil bersama dengan susu untuk mendapatkan rana ekenakan sebanar. Teh Tarik amat sesuai menggunakan teh jenis ini. Minuman Teh-O yang gunakan teh jenis ini menghasilkan warna teh yang agak pekat dan gelap berbanding dengan jenis lain. Black tea ini juga dipanggil sebagai 'Ceylon tea' atau pun 'English tea' yang dipasarkan seluruh dunia. Syarikat tempatan yang menghasilkan 'Boh Tea' iadalah diantara contoh jenis teh hitam yang lama berada dipasaran. Jenama lain adalah seperti Earl Grey, English Breakfast and Darjeeling.


(2) Teh Oolong 


Teh Oolong menjalani proses separuh fermentasi sebelum ia dikeringkan dan dikisar. Ia akan bergulung menjadi warna sedikit kemerahan dan dikeringkan meggunakan panas api. Setelah di proses, daun teh yang terhasil lazimnya berwarna merah coklat cerah dengan aroma yang sederhana kuat. Jenis teh inikurang sesuai diminum dengan susu pekat. Mereka yang suka akan rasa teh sebenar akan menjadikan ia sebagai bahan minnuman 'Teh-O' tanpa gula. Kalau anda makan di resroren 'Chinese food' mesti dihidangkan dengan 'Chinese tea' yang kebanyakkannya menggunakan teh Oolong. Saya memang suka minum teh Oolong ini kerana ia memberikan rasa segar selepas diminum panas-panas. Diantara beberapa jenama Oolong tea yang popular dipasaran adalah seperti Shui Xian, Pouchong dan Alishan yang mudah dibeli dipasaraya.



(3) TEH HIJAU (Green tea) 


Teh jenis ini disediakan tanpa di fermentasikan dahulu seperti dua jenis daun teh diatas. Ia cuma di jemur, di stim dan kemudian dikeringkan begitu sahaja. Hasilnya daun teh tersebut masih berwarna kehijauan dengan rasa semulajadi daun teh sebenar. Rasa teh jenis ini adalah lembut dengan aromanya yang tersendiri. Ia sering diminum untuk tujuan kesihatan dengan pengambilannya secara rutin. Teh hijau juga banyak dijual dipasaran. Antara beberapa varieiti dan jenama teh hijau yang popular seperti Gunpowder, Green Pekoe dan Sencha. Teh jenis ini juga dipangggil sebagai 'Japanese Tea' yang unik.



(4) TEH PUTIH (White tea) 


Teh Putih (White tea) dihasilkan daripada bahagian daun, tangkai atau batang pucuk teh bergulung dipetik (
rolled buds of tea). Ia tidak melalui proses fermentasi sebaliknya terus dipanaskan (fired) atau dikukus (steamed) selepas dijemur sekejap. Ia tidak melalui proses 'rolling' semasa dijadikan bahan teh iaitu dalam bentuk asal sahaja. Diantara jenama teh putih dipasaran adalah seperti Silver Needle, White Peony dan Darjeeling White. Teh ini apabila dicurah dengan air panas tidak menghasilkan warna kemerahan teh sebalihnya jernih sahaja tetapi menghasilkan rasa teh yang lembut. Wasallam!.
Hadir 10th NFPWG Tea and Coffee ASEAN Meeting 2015 di Manila, Philipines.



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3205, Marco Polo Ortigas Hotel,
Meraico Avenue and Sapphire Street,
Ortigas Center,
Pasig City,
1600, Metro Manila,
Philipines.
(19 Rejab 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.