Wednesday, September 2, 2026

KETAM NIPAH DAN FAKTANYA (PART 2)

KETAM NIPAH (Scylla serrata) merupakan sejenis haiwan akuatik yang sesuai diternak secara komersial dimana ia memberikan keuntungan dan menjana pendapatan kepada para penternak komersil dimana terkini telah ada teknologi menternak ketam nipah yang semakin dipertingkatkan. Apa pun bagi penulis blog mendapati dimana Ketam Nipan ini ia  juga dikenali sebagai 'Jenis Ketam Bakau' atau 'Ketam Lumpur' iaitu dari keluarga Portunidae. Secara semulajadi ketam selaluya ia hidup serta membiak di sekitar paya bakau, kuala sungai atau di tepi pantai atau laut. Ketam hidupa didalam air payau atau air masin mengikut masa air pasang dan surut di banyak negara terutama di iklimtropika. Apa pun ia ada hidup liar dihabitatnya akan tetapi kini menternak ketam menggunakan kolam atau 'membintur' begitu popular terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Dilaporkan dimana selalunya kolam-kolam dibuat sekitar paya bakau atau berdekatan dengan laut kerana memerlukan air payau atau air masin. Namun teknik ini sebenarnya akan memerlukan suatu kawasan yang luas berbeza dengan teknologi menggunakan bakul plastik yang mana ia lebih mudah diuruskan dan lebih menguntungkan. Lazimnya teknologi untuk fasa kritikal iaitu Proses Menggemukkan memerlukan bekas khas untuk ianya mengisi benih ketam secara berasingan kerana ketam adalah dari spesies yang ganas, karnivor dan tahan lasak serta akan memakan sesama sendiri apabila lapar. Ketam nipah membiak secara bertelur dan boleh membesar sehingga karapasnya mencapai 20 sentimeter atau lebih iaitu dengan berat badan melebihi satu kg (kilogram) hingga empat kg seekor. Ketam nipah boleh diperolehi dalam tiga warna iaitu hijau, coklat dan merah. Ketam tersebut mempunyai potensi dalam bidang industri perikanan terutamanya kegiatan separa kultur. Apa pun di laporkan kegunaan dan masakan ketam nipan ada pelbagai dimana ia ada menu popular iaitu sering dimasak sebagai ketam masak lemak cili padi, masakan cili atau masak sos. Dalam aktiviti penternakan komersial ketam nipan ini ia sesuai diternak kerana mendapat permintaan tinggi dalam pasaran makanan laut. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" iaitu fata penting tentang Ketam Nipah sebagai bahan rujukkan kepada pembaa blog ini semua. 


Menarik bincangkan akan fakta khasiat ketam nipah dimana ia mengandungi sumber protein tinggi, asid lemak omega-3, selenium dan kalium yang baik untuk kesihatan tubuh. Ketam adalah jenis makanan sebagai Sumber Protein Berkualiti dimana ia membantu membina dan membaiki tisu badan yang rosak. Memakan ketam nipah di laporkan membantu untuk  Kesihatan Jantung dimana kandungan zat omega-3 memang ia melindungi jantung dan melancarkan peredaran darah. Ia juga dilaporkan menjaga Kesihatan Tulang sebab ia memang kaya dengan mineral yang membantu menguatkan tulang. Paling penulis blog suka makan sebab ia Menjaga Fungsi Otak iaitu ia akan memelihara kesihatan mental dan meningkatkan daya ingatan. Dalam pada itu ada potensi dan kehebatan ketam nipan dalan Cara Perubatan Tradisional apabila di laporkan kalangan masyarakat tempatan mereka sering mengaitkan ekstrak ketam nipah dengan ikhtiar merawat demam denggi dan mengurangkan keradangan. Bagaimana bagusnya khasiat makan ketam tetai perlu waspada untuk mengambilnya secara sederhana terutamanya bagi individu yang mempunyai isu dan masalah alahan atau tahap kolesterol tinggi. Terdapat juga beberapa 'Ancaman' atau isu utama mengenai makan ketam nipah (mud crab) terbahagi kepada dua aspek: hukum syarak (agama) dan kesihatan (pemakanan). Pertama ada isu tentang Hukum Syarak (Halal atau Haram) dimana ada sedikit unsur perbezaan pandangan ulama dimana ada sebahagian ulama, terutamanya dalam mazhab Syafi'i, berpendapat bahawa ketam adalah haiwan dua alam (hidup di air dan darat) serta dikategorikan sebagai haiwan yang jijik dan ada pula dakwa sebahagiannya mengharamkan. Isu ini akan di jelaskan dalam bab berikutnya. Seterunya ada ancaman dan risiko kesihatan sebab ketam nipah ia mempunyai kandungan zat Kolesterol Tinggi iaitu sama seperti kebanyakan hidupan laut berkerang dan krustasea dimana ketam nipah mengandungi kolesterol yang perlu di awasi pengambilannya. Ada isu dimana ada individu yang mempunyai masalah kolesterol tinggi perlu mengambilnya secara iaitu secara sederhana. Ketiga ada ancaman Alahan (Allergies) dimana isu alahan makanan laut adalah ancaman biasa bagi sesetengah orang. Apabila mereka memakan ketam boleh mencetuskan gejala alahan seperti gatal-gatal, bengkak atau sesak nafas bagi mereka ada masaalah alahan yang sensitif. Keempat adaah paling biasa penulis blog dengar dimana memakan ketam nipan juga ada Kes Risiko Gout apabila kandungan purin dalam ketam boleh meningkatkan tahap asid urik dalam darah yang berisiko dalam mencetuskan serangan sakit sendi bagi pesakit gout. Akhir sekali ke lima ada ancaman Risiko Pencemaran Toksin atau Pencemaran Logam Berat apabila ketam yang hidup di kawasan air tercemar atau muara berlumpur boleh menyerap logam berat atau toksin dari persekitarannya jika tidak dibersihkan dan dimasak dengan sempurna.


Merujuk artikel umpan.com.my dimana tajuk 'Ketahui Status Hukum Memakan Ketam Nipah' sesuai dikongsikan dan di tulis semula kali ini. Mungkin diluar sana dipercayai ada masih ramai yang sangsi akan status halal haram ketam nipah untuk dimakan. Banyak pihak telah pun memperjelaskan bahawa ketam nipah adalah HALAL dan ketam nipah bukanlah haiwan dua alam. Sebenarnya ramai yang keliru antara ketam nipah dan ketam batu yang memang benar hidup dua alam. Bergantung kepada banyak rujukkan dimana ada keterangan yang lebih sahih akan isu ini agar tidak lagi timbul lagi sangkaan was-was. Dalam Majlis Fatwa Kebangsaan di nyatakan status halal bagi ketam nipah. Dilaporkan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mar 1990 telah membincangkan Menternak Binatang Dua alam dimna bagi kes Ketam Nipah iaitu muzakarah telah memutuskan bahawa kes perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah 'harus' kerana ia bukan binatang dua alam. Dalam kes lain dilaporkan dimana penternakan katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulama dan bagi Ketm Bru pula (a) Menurut jumhur ulama dimana perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah binatang dua alam. Dalam pada itu (b) Menurut Mazhab Maliki dimana penternakan katak untuk tujuan eksport adalah 'harus'. Ini dikaitkan dengan keterangan atau hujah: Mengikut istilah sains, haiwan dualam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru'. Apa pun perlu difahami dimana kitaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya. Bgi Ketam Nipah pula dilaporkan dimana ia bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia akan tetapi ia adalah dari jenis krustasea iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dimana ia mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Oleh itu dari segi hukum ketam nipah ialah haiwan yang boleh dimakan. Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air.


Penulis blog akan kongsikan maklumat mengenai Mitos paling popular mengenai ketam nipah di Malaysia yang mana ia boleh di jadikan bahan rujukkan. Mitos pertama adalah Sup Ketam Nipah dilaporkan ia dipercayai mempunyai satu kepercayaan bahawa mengambil sup ketam nipah boleh merawat dan menyembuhkan penyakit demam denggi dengan cepat atau menaikkan platlet darah. Bagi penulis blog mendapati dimana sup ketam nipah ialah hidangan sup panas berkuah dengan rasanya yang sedap yang dibuat menggunakan ketam nipah (mud crab) bersama rempah ratus seperti halia, bawang putih, dan lada hitam. Ia mudah disediakan dengan gunakan bahan utamanya iaitu Ketam Nipah Segar yang mempunyai isi tebal dan manis dan ia kemudian direbus dengan tumisan halia, bawang merah, dan bawang putih sehingga mendidih. Memang ia akan berikan rasa kuah yang panas, berempah ringan, pedas lada, dan manis semula jadi daripada isi ketam dan boleh berpeluh selapam memakannya sehingga demam biasa boleh menjadi kurang atau sembuh (Sila lihat foto disebelah).  Apa pun mitos ini fakta sebenarnya mengambil sup ketam nipah ini ia 'Bukan Penawar' sebab masih tidak ada bukti klinikal atau bukti saintifik yang menunjukkan sup ketam nipah boleh membunuh virus denggi atau menaikkan platlet darah secara langsung.  Bagaimana pun ada testimoni dimana mengambil sup ketam nipan sebagai 'Sumber Cecair' adalah baik sebab pada sup ketam hanya membantu sahaja sebagai makanan berkhasiat tinggi protein dan salah satu sumber cecair tambahan untuk menggantikan cecair badan yang telah hilang akibat demam, sama seperti sup ayam atau air kosong. Apa pun mangsa dan pesakit demam denggi adalah dia perlu mendapatkan rawatan lanjut di klinik atau hospital yang boleh di percayai dengan kaedah perawatan moden dan klinikal dan bukan bergantung sepenuhnya kepada sup ketam. Penulis blog akan kongsikan fakta mengenai harga ketam nipah di pasaran Malaysia biasanya bermula dari RM45 - RM95 sekilogram bergantung kepada saiz, gred dan sama ada ketam itu bertelur atau hidup. Bagaimana pun harganya juga di pengaruhi oleh ukuran atau saiz ketam dimana bagi Ketam Nipah Saiz Kecil (Gred B-C0 iaitu dengan jumlah 5  - 6 ekor sekilogram ia dijual dengan harga sekitar RM45 - RM55 sekilogram dan bagi Ketam Nipah Bersaiz Sederhana (Gred A) iaitu dengan ada 3 - 4 ekor sekilogram) akan dijual sekitar RM58 - RM80 sekilogram. Akhir sekali bagi Ketam Nipah Besar atau bersaiz XL atau Ketam Besar Betina Bertelur (ada sekitar 1–3 ekor sekilogram) ia akan dijual sekitar RM85 - RM139 keatas sekilogram dan memang berbalor memakannya dnengan harga.


Apa pun bagi penulis blog dan ramai peminat suka akan hidangan ketam nipah dimana 
Resipi Sambal Ketam Nipah Telur Pecah ialah menu paling popular sebagai hidangan ketam berkuah pekat pedas yang ditambah telur dipukul atau dipecahkan di akhir masakan. Sama ada makan di restoren Seafood atau memasaknya sendiri di rumah ia akan menjadi hidang istimewa keluarga tidak kira makan tengahari atau makan malam atau untuk menjamu para tetamu. Memasak sendiri resepi ini perlu disediakan bahan iaitu 1 kg ketam nipah (dicuci bersih dan dipotong dua), 2 biji bawang besar (dikisar), 4 ulas bawang putih (dikisar atau dicincang), 1 inci halia (dikisar), 2 hingga 3 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar sos cili (pilihan), 2 biji telur, garam dan gula secukup rasa serta minyak masak untuk menumis. Cara memasak iaitu dengan menggoreng atau celur ketam nipah sebentar dan ia kemudian angkat dan ketepikan atau di toskan. Kemudian di panaskan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih, halia) hingga wangi. Kemudian dimasukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak dan boleh ditambah sos tiram dan sos cili serta di kacau rata. Seterusnya boleh di masukkan sedikit air jika kuah terlalu kering dan seterusnya barulah di masukkan ketam yang telah dimasak tadi dan gaul sebati bersama sambal. Boleh ia diperasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kemudian dipecahkan telur ayam ke dalam kuali secara perlahan-lahan dan biarkan sebentar sebelum dikacau perlahan supaya terhasil tekstur telur pecah yang cantik Akhir sekali ditutup api selepas telur masak mengikut kepekatan yang anda sukai dan hidangkan dimana dengan nasi panas.  Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!...

KETAM NIPAH...KETAM BAKAU IA SAMA...
HABITAT LIAR....DI TERNAK PUN ADA..
ADA BANYAK KHASIAT... IA ADA HARGA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 RabiulAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.