Thursday, September 3, 2026

CENDAWAN JERAMI DAN FAKTANYA (PART 1)

CENDAWAN JERAMI (Volvariella volvacea) ialah sejenis kulat yang biasa tumbuh secara semula jadi pada jerami padi yang mereput atau tandan kelapa sawit dimana ia juga ada di panggil juga sebagai 'Straw mushroom' atau 'Paddy straw button mushroom' atau ada yang panggilnya sebagai 'C
endawan Kelapa Sawit' kerana ia subur pada buangan kelapa sawit. DIlaporkan di Malaysia dimana bentuk tuaian adalah ia paling enak dimakan ketika ia masih berada pada peringkat kudup atau seperti telur sebelum fasa ia kembang sepenuhnya. Dalam aspek kegunaan selalunya ia akan menjadi bahan masakan yang popular di Asia kerana rasanya yang sedap dan kandungan proteinnya yang tinggi. Apa pun dalam aspek penanaman dimana selain jerami padi, ia kini banyak diusahakan menggunakan medium tandan kosong kelapa sawit sebagai projek pertanian bernilai tinggi. Bagi penulis blog dimana lazimnya cendawan akan memerlukan medium sesuai untuk ianya tumbuh mengikut jenis masing-masing. Ada jenis cendawan atau kulat tumbuh di batang pokok mati yang sedang mereput dan ada juga kulat yang tumbuh di atas tanah busut dan media sesuai yang disediakan secara komersil. Cendawan volvariella atau juga dikenali cendawan jerami dan cendawan kelapa sawit semakin popular diusahakan terutama dilokasi yang ada cukup bekalan jerami padi atau pun dikawasan ladang kelapa sawit yang ada tandan sawit dari kilang sawit. Secara asasnya penulis blog yang banyak membuat tinjauan teknologi penanaman cendawan volvariella atau dipanggil cendawan jerami dahulu awalnya ia selalu tumbuh dengan baik di celah-celah jerami padi yang sedang mereput. Hanya pada masa kini dimana dilaporkan cendawan volvariella ini dikenali cendawan kelapa sawit disebabkan kulat ini juga banyak tumbuh di celah atau di atas tandan dan pelepah kelapa sawit. Penanaman cendawan volvariell di atas medium tandan kelapa sawit menjadi pilihan kerana tanda kelapa sawit boleh diperoleh sepanjang tahun bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan ladang sawit. Penggunaan tandan kelapa sawit juga dapat membantu memaksimakan dalam usaha penggunaan sisa buangan industri kelapa sawit yang sekaligus melestarikan alam sekitar an mesra alam. Meninjau akan harga cendawan ini dimana  harga cendawan jerami (cendawan straw) segar di Malaysia biasanya mencecah sekitar RM20.00 sekilogram apabila dijual terus oleh petani di pasar tempatan. Dalam pad itu bagi produk yang diproses atau dibungkus pula maka harga pasarannya Bagi Jenis Cendawan Jerami Dalam Tin adalah RM3.80 - RM7.80 satu tin (seberat 425g) yang ada sijil halal. Bagi Jenis Cendawan Jerami Kering ia di jual dengan harga sekitar RM20.00 - RM27.80 satu tin (berat 100g - 150g) iaitu  mengikut jenama dan gred. Artikel pada tengahari Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 60 tahun 2026 ini dalam blog pertanian ''Anim Agro Technology" saya menulis mengenai fakta penting bagi cendawan Jerami untuk dijadikan panduan bagi semua pembaca blog ini.


Menarik untuk cari fakta akan jumlah pengeluaran cendawan jerami padi iaitu jenis hasil cendawan menyumbang kira-kira 1% daripada jumlah keseluruhan jumlah pengeluaran cendawan dunia. Memandangkan jumlah pengeluaran semua jenis cendawan dunia secara keseluruhan dianggarkan mencecah melebihi 44 juta tan metrik hingga 50 juta tan metrik setahun iaitu satu anggaran pengeluaran khusus untuk cendawan jerami dunia adalah sekitar 400,000 hingga 500,000 tan metrik setahun.  Fakta lain berkaitan adalah mengenai status pasaran dan pengeluaran cendawan jerami di peringkat global diman sehingga kini dilaporkan yang 'Peneraju Utama' yang hasilkan cendawan ini adalah Negara China merupakan pengeluar terbesar dunia bagi cendawan jerami. Negara tersebut menghasilkan sekitar 330,000 tan metrik setahun yang merangkumi hampir 80% daripada keseluruhan bekalan dunia untuk pasaran domestik dan juga pasaran eksport. Dilaporkan asal cendawan jerami ia berasal dari China dan mula dibiakkan secara meluas sejak abad ke-18 oleh sami Buddha di Kuil Nanhua menggunakan batas jerami padi. Bentuknya menyerupai telur atau butang kecil sebelum ia kembang dan mempunyai tekstur yang lembut serta rasa berlemak manis ia adalah sangat popular dalam masakan Asia seperti sup dan tumisan, serta digunakan dalam perubatan tradisional China untuk menyahkan panas badan. Di China kawasan taburan utama ia merangkumi wilayah selatan dan tengah seperti Guangdong, Guangxi, Fujian, Hunan dan Sichuan. Ia ditanam menggunakan kompos jerami padi atau sisa pertanian lain di kawasan beriklim panas dan lembap. Dilaporkan iaitu industri penanaman cendawan ini berkembang pesat sebagai sumber makanan dan ekonomi penting bagi petani tempatan. Apa pun rantau dominan dalam industri ini adalh selain China, kawasan Asia Pasifik lain adalah ia menguasai lebih 64% bahagian pasaran global bagi cendawan jerami. Pengeluaran komersial bertumpu di negara-negara Asia Tenggara dan Asia Selatan seperti Vietnam, Thailand, Indonesia dan India. Kini dengan nilai pasaran bagi pasaran global bagi cendawan jerami dianggarkan bernilai sekitar USD 2.8 bilion dimana ia diunjurkan terus berkembang pesat hasil peningkatan permintaan terhadap makanan berasaskan tumbuhan (plant-based). Aspek bentuk jualan juga dimana jangkahayat cendawan jerami segar yang sangat pendek dan ada sebahagian besar pengeluaran global dipasarkan dalam bentuk ditinkan (canned) untuk eksport dan selebihnya dijual segar untuk pasaran domestik (Sila lihat foto disebelah). Produk dalam tin ini boleh di beli diseluruh dunia.


Apa pun faktanya adalah sebenarnya jenis cendawan jerami merujuk kepada satu spesies utama iaitu Volvariella volvacea yang juga dikenali sebagai 'Cendawan Jerami' atau 'Paddy straw mushroom' dimana bentuk dan tahap kematangannya dibahagikan kepada beberapa peringkat atau keadaan fizikal utama semasa dituai sebagai perbezaan dan penggredan dalam pasaran. Mengenal akan Peringkat atau Jenis Cendawan Jerami adalah Mengikut Kematangan. Pertama di laporkan ada Jenis Peringkat Butang (Button) atau Telur dimana fasa ketika ini adalah bentuknya bulat kecil seperti telur dan diselaputi selaput membran luar. Ini adalah jenis yang paling disukai, berair dan mempunyai rasa paling sedap (Sila lihat foto disebelah). Pada peringkat butang (button stage) merupakan antara fasa awal pertumbuhan fizikal buah cendawan jerami ini iaitu selepas fasa bintik (pinhead).  
Cirinya adalah ia berbentuk seperti telur atau bulat atau ia kelihatan bulat, lonjong, atau seakan-akan bentuk telur burung puyuh kerana keseluruhannya masih dibungkus rapi.   Ia juga di litupi selaput menyeluruh (universal veil/volva) dimana diseluruh bahagian penting cendawan seperti payung (topi) dan tangkai masih belum kelihatan dari luar kerana ia masih terkurung sepenuhnya di dalam satu lapisan tisu pembungkus yang dipanggil volva. Bahagian dalaman mula terbentuk dan jika cendawan pada peringkat ini dipotong secara menegak (membujur), anda sudah boleh melihat struktur awal tangkai (stipe), payung (pileus) dan insang (gills) yang tersusun padat di dalam selaput tersebut. Selalunya warna luaran atau pada lapisan atas selaput luarannya biasanya berwarna kelabu gelap atau keperakan dan warnanya akan menjadi semakin cerah (keputihan) ke arah bahagian bawah. Apa pun pada peringkat ini oa paling sesuai di tuai atau waktu paling ideal dan komersial untuk menuai cendawan jerami kerana pada masa ini ia mempunyai kandungan protein paling tinggi (sekitar 25%) dan paling kaya dengan nutrisi. Teksturnya pun pada tahap paling sedap, rangup dan padat untuk dimakan. Mempunyai jangka hayat simpanan (shelf life) yang lebih lama berbanding jika dituai selepas payungnya kembang terbuka.


Jenis Kedua adalah Jenis Cendawan Jerami Padi 
Peringkat Terbuka atau Sudah Kembang iaitu apabila membran luar pecah dan payung cendawan mula terbuka lebar (Sila lihat foto disebelah).  Pada peringkat ini lazinya isinya menjadi kurang padat dan rasanya tidak sekental peringkat butang. APa pun peringkat terbuka berlaku bagi cendawan jerami yang merujuk kepada fasa di mana cendawan telah matang sepenuhnya apabila di lihat yang bumbungnya terbuka dimana ketika ini spora mula dilepaskan oleh angin dan agen lain di persekitarannya. Ciri-ciri utama peringkat terbuka cendawan jerami termasuk melihat akan  Rupa Bentuk Fizikal iaitu Tudung Berbentuk Payung iaiatu apabila selaput luarnya (universal veil) telah selesai pecah sepenuhnya dimana dilihat tudungnya mengembang lebar seperti payung terbuka atau berbentuk loceng. Kedua adalah Keadaan Batang (Stipe) Memanjang dimana bahagian batang cendawan memanjang sepenuhnya ke atas untuk menyokong tudung bagi memudahkan penyebaran spora.  Seterusnya adalah Peringkat Kehadiran Cawan (Volva) dimana apa yang berlaku adalah ada lebihan selaput asal yang pecah akan tertinggal di bahagian paling bawah batang dan membentuk seperti struktur cawan basik (volva). Selelunya di lihat yang warna tudung ia akan bertukar menjadi kelabu gelap, coklat kelabu atau kehitaman di bahagian tengah, manakala bahagian tepi tudung berwarna lebih cerah. Seterusnya adalah Peringkat Struktur Pembiakan (Insang dan Spora) dimana warna Insang (Gills) Bertukar dan insang di bawah tudung yang asalnya berwarna putih akan bertukar menjadi merah jambu dan akhirnya coklat kemerahan (merun) apabila matang. Seterusnya ada Proses Pelepasan Spora iaitu dimana pada peringkat ini, sel-sel basidia pada insang telah matang dan mula melepaskan spora berwarna merah salmon (salmon-pink) ke udara untuk pembiakan. Ketiga adalah mengenai Kualiti Tekstur dan Nilai Pasaran dimana selalunya tekstur masih lembut serta isi cendawan tidak lagi padat seperti peringkat 'telur' dulu sebaliknya menjadi lembut, berair, dan mudah rosak. Di pasaran global dimana  cendawan jerami peringkat terbuka kurang digemari dan mempunyai nilai komersial yang rendah. Pembeli dan pengusaha lebih mengutamakan penuaian pada peringkat 'telur' kerana ia lebih manis, padat, dan tahan lama. Apa pun setelah terbuka iaiti jenis cendawan ini akan mengalami proses mereput secara semula jadi (autolysis) dengan sangat cepat (dalam tempoh beberapa jam sahaja pada suhu bilik). Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!....

CENDAWAN JERAMI...APA HEBATNYA...
HENDAK MEMBELI....BERAPA HARGA..
CARA MASAK...BAGAIMANAKAH CARA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 RabiulAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.