Pertama di kongsikan data akan jumlah dan nilai pengeluaran global Ketam Nipah (Scylla spp.) iaitu sebanyak melebihi 230,000 hingga hampir 300,000 tan metrik setahun melalui gabungan aktiviti dalam industri sektor akuakultur dan aktiviti tangkapan liar. Penulis blog kemudian ada erujuk kepada FAOStat dimana ada dianggarkan yang jumlah pengeluaran akuakultur sahaja mencecah sekitar 160,000 tan metrik dan selebihnya 70,000 tan metrik didapatkan daripada tangkapan liar. Dalam pada itu rekod menunjukkan dimana negara Pengeluar Utama Ketam Nipah ada Negera China yang mana China merupakan pengeluar terbesar ketam nipah di dunia yang menyumbang lebih separuh daripada keseluruhan dari jumlah pengeluaran global (melebihi 220,000 tan metrik setahun termasuk hasil daripada ternakan dan tangkapan). Apa pun kalangan negara-negara di Asia Tenggara pula di laporkan dimana negara seperti Vietnam dimana mereka mampu untuk menghasilkan kira-kira 81,000 tan setahun diikuti dengan Negara, Indonesia, Filipina dan Malaysia iaitu sebagai penyumbang utama dalam pasaran serantau dan global. Apa pun spesies utama yang di hasilknan adalah dari[ada Jenis Scylla paramamosain (Ketam hijau) dan Scylla olivacea (Ketam orenatau Ketam Nipah Kecil) merangkumi peratusan terbesar jumlah ternakan komersial moden. Penulis blog merujuk data Jabatan Perikanan Malaysia dimana jumlah pengeluaran atau hasil tangkapan akuakultur ketam nipah di Malaysia adalah sebanyak 334.14 tan metrik direkodkan dalam laporan rasmi pengeluaran ketam tempatan. DIlaporkan juga dimana jenis Ketam Nipah di Malaysia yang di keluarkan ini ia melibatkan bentuk kulit lembut dan kulit keras dimana ia mempunyai nilai harga pasaran agak baik iaitu sekitar RM28 - RM40 sekilogram bergantung kepada saiz dan lokasi. Habitat utama kawasan ketam nipah semulajadi adalah berada di kawasan hutan paya bakau di sekitar Semenanjung Malaysia, Sabah dan di Sarawak (seperti di Sampadi dan Kuala Gula). Lokasi utama ternakan ketam nipah di Malaysia dijalankan seperti di kawasan paya bakau, muara sungai serta melalui projek inovatif moden secara sistem kotak (kondominium) atau kolam di beberapa negeri. Di laporkan dimana kawasan dan lokasi utama bagi ternakan Keta Nipah berada di Kuala Setiu, Terengganu yang sudah terkenal sejak lama iaitu dengan projek ternakan ketam nipah secara menegak (vertical atau secara kondo ketam). Ada juga di laporkan ia di lakukan di Sungai Lereh, Melaka sebagai satu lokasi cadangan dan perintis projek ternakan moden kotak bersistem aliran air masin untuk membantu komuniti nelayan. Di Kuala Perlis, Perlis ada terdapat kawasan pesisir yang mengusahakan ternakan ketam lumpur ini serta di Kampung Kuala Gula, Perak iairu sebuah pusat ekopelancongan dan akuakultur termasuk ternakan ketam lembut (soft-shell crab). Ketam Nipah juga popular di usahakan di Sabah dan di Sarawak terutaa di kawasan pesisir dan paya bakau yang mampu bagi membekalkan hasil tangkapan serta ternakan seperti di Tawau dan sekitar Pantai Barat Sarawak. Penulis blog dapati ada beberapa jenis Sistem Ternakan Ketam Nipah antaranya adalah Sistem Kolam Paya Bakau atau Sistem Tanah yang manan cara ini merupakan cara tradisional atau separa intensif di tepi muara. Kedua ada Sistem RAS (Recirculating Aquaculture System) dan Sistem Kotak (Kondo) dimana sistem ternakan dalam kotak secara vertikal (terkawal) yang banyak diusahakan di ruang sempit atau daratan bagi tujuan mengelakkan ketam berbalah dan membaham sesama sendir' dalam habitatnya.
Memahami akan Kitaran Hidup ketam nipah diman ia bermula daripada telur dan kemuidan akan melalui beberapa peringkat larva sehingga menjadi anak ketam dan akhirnya akan jadi fasa dewasa di kawasan paya bakau atau habitat asalnya. Apa pun penulis blog dapati dimanan pertama ada Fasa atau Peringkat Kitaran Hidup Ketam Nipah Telur (egg) dimana selalunya Ketam Betina matang ia akan mengeluarkan ratusan ribu hingga jutaan telur dan membawanya di bahagian bawah perut (abdomen). Telur ketam nipah ialah telur yang dihasilkan oleh induk ketam nipah (mud crab) yang hidup di kawasan paya bakau dimana ia terletak di bahagian bawah perut ketam betina (bahagian kepak atau tahi lalat yang besar), kelihatan seperti gerombolan bintik-bintik kecil berwarna oren, kuning atau kehitaman bergantung pada tahap kematangan (Sila ihat foto disebelah). Ada yang suka makan telur ketm nipah di mana rasanya berlemak serta ia kaya dengan rasa protein laut yang pekat dan sangat di gemari oleh pemburu makanan laut sebab ia teksturnya lembut. Apa pun lazimnya seekor induk yang sihat mampu menghasilkan jutaan telur sebelum dilepaskan ke laut untuk menetas. Kedua ada Fasa atau Peringkat Larva (Zoea) iaitu setelah telur menetas di kawasan air masin atau muara laut dan kemuidan ia akan menjadi larva kecil bernama zoea yang berenang bebas di dalam air selama kira-kira 30 hari. Larva ketam nipah ialah peringkat awal hidup ketam nipah yang menetas daripada telur di laut sebagai plankton sebelum membesar menjadi anak ketam. Peringkat Larva Ketam Nipah (Zoea) merupakan peringkat pertama selepas telur menetas dengan ada larva ini kecil, terapung sebagai plankton dan rupa bentuknya jauh berbeza daripada ketam dewasa. Kemudian ia jadi 'Megalopa' iaitu peringkat kedua atau fasa lepas larva. Pada peringkat ini apa yang penulis blog faham ia mula kelihatan seperti anak ketam kecil dan turun ke dasar laut atau kawasan paya. Apa pun megalopa merupakan peringkat seterusnya selepas zoea bersalin kulit (moulting) beberapa kali, di mana bentuknya mula menyerupai ketam kecil. [Seterusnya ada Fasa atau Peringkat Anak Ketam (Juvenil) dimana pada peringkat megalopa bertukar menjadi anak ketam yang mula berhijrah kembali ke habitat asal iaitu kawasan paya bakau dan pesisir sungai. Akhir sekali adalah Fasa atau Peringkat Ketam Dewasa (adult crab) iaitu apabila ketam muda membesar di dalam lumpur paya bakau mengambil masa selama antara 18 - 24 bulan untuk matang sepenuhnya dan ia akan mengawan dan ketam betina akan kembali ke laut untuk tujuan dapat bertelur. Ketam dewasa ini akan di tuai atau di tangkap untuk dijadikan bahan masakan dan dijual kepada para pembeli. Apa pun ciri bagi ketam dewasa dimana ia bersaiz dengan lebar cengkerang ketam dewasa biasanya melebihi 15 cm dengan badannya berwarna hijau gelap, coklat atau kemerahan mengikut tempat tinggal. Ia juga sudh ada Sepasang Penyepit atau kepit yang besar dan kuat untuk memecahkan cengkerang haiwan lain dan kuat (Sila lihat foto paling bawah sekali). Selalunya ketam nipah dewasa ia akan tinggal di habitatnya iaitu tinggal di dalam lubang di kawasan berlumpur, muara sungai dan paya bakau.
Menarik fakta akan Jenis-jenis Ketam Nipah dimana ia juga tergolong dalam genus Scylla dan terbahagi kepada empat spesies utama yang biasa dijumpai di kawasan paya bakau dan air payau. Dalam beberapa laporan dikatakan yang ada 4 jenis atau spesies Ketam Nipah yang popular dan sesuai di paparkan. Pertama ada Jenis Ketam Nipah Hijau atau Ketam Nipah Hitam (Scylla serrata) dimana ia merupakan ketam jenis ini yang bersaiz paling besar dan paling meluas taburannya di rantau Indo-Pasifik. Cirinya dimana ia dilihat akan mempunyai cengkerang berwarna hijau gelap hingga kehitaman dengan corak seperti duri tajam pada sisi cengkerang. Jenia ini ia sangat popular untuk ternakan komersial kerana isinya yang sangat padat dan enak. Ketam nipah hijau adalah sejenis ketam lumpur (nama saintifik utama termasuk Scylla serrata atau Scylla olivacea) yang mempunyai cangkerang berwarna hijau kehitaman dan sepit yang besar. Habitat ia tinggal di kawasan paya bakau, muara sungai, dan kawasan berlumpur. Fizikal: Badan yang lebar, padat dan mempunyai sepit yang kuat. Warna cangkerangnya boleh berbeza dari hijau gelap, coklat, hingga kemerahan mengikut persekitaran atau spesies, tetapi variasi hijau adalah antara yang biasa ditemui. Jens kegunaan sebagai makanan yang sangat popular dalam masakan makanan laut kerana isinya yang banyak, manis, dan sedap dimana jenis ini ia sesuai untuk diternak secara komersial kerana permintaan pasaran yang tinggi. Kedua ada Jenis Ketam Nipah Sepit Ungu atau Ketam Derdap (Scylla tranquebarica) dimana jenis ini ia mempunyai sepit berwarna keunguan atau coklat keunguan. Ia ada saiz badan boleh membesar sehingga 1 kilogram dimana taburan hidup di kawasan muara sungai hingga ke pinggir laut. Jenis ini ia dilihat mempunyai warna wepit ungu kebiruan atau gelap dengan mempunyai sepit yang besar. Habitatnya ia suka untuk tinggal di kawasan paya bakau, muara sungai dan air payau dimana taburannya terdapat di rantau Indo-Pasifik termasuk Malaysia, Pakistan, Taiwan dan Australia. Kegunaan adalah ia menjadi pilihan popular dalam industri perikanan dan masakan kerana isinya yang padat serta sedap. Ketiga ada Jenis Ketam Nipah Sepit Merah atau Sepit Oren (Scylla olivacea) dimana ada ciri-ciri sepit berwarna oren kemerahan dimana saiz lebih kecil (jarang melebihi 800 gram) tetapi mempunyai isi yang sangat padat dan pejal. Ia merupakan antara spesies paling banyak dijual di pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia. Keempat ada Jenis Ketam Nipah Hijau Pucat (Scylla paramamosain) dimana ia mempunyai cengkerang berwarna hijau lebih cerah atau pucat. Jenis ini saiznya juga ia sederhana (sekitar 600 hingga 700 gram) dan ia sangat mendapat permintaan tinggi di pasaran China terutamanya bahagian ovari atau telur ketamnya untuk di jadikan hidang istimewa disana. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.