Friday, August 7, 2026

KACANG DAL DAN FAKTA PENTING (PART 1)

KACANG DAL
 (Cajanus cajan) atau dikenali sebaga
i Kacang dal juga dikenali sebagai kacang dhal, parpu (atau paruppu), kacang parpu dan lentil. Dari segi nama botani atau nama tempatan lama dimana ia juga dipanggil 'Kacang Gude' atau 'Kacang kayu' atau 'Pigeon Pea' adalah sejenis tumbuhan kekacang tropika yang sering dibincangkan dalam penulisan pertanian seperti blog 'Anim Agro Technology' oleh Dato' Hj. Mohd. Anim Hosnan. Apa pun biji kacang dal ia memang kaya dengan protein dimana ia lama dijadikan makanan manusia seperti kuah dal, kueh dal dan pelbagai resepi lain  serta untuk dijadikan sumber makanan ternakan. Penulis blog kongsikan fakta sebenar dimana ada terdapat banyak jenis kekacang di dunia ini dimana ia sudah terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu Jenis Kekacang Kering atau dal (beans/legumes) yang biasa dimasak dan Jenis Kekacang Keras (nuts) yang biasa ia akan dijadikan snek atau kudapan. Apa pun bagi jenis Kekacang Lembut dan Masakan (Legumes) termasuk Jenis Kacang hijau, Kacang merah, Kacang dal (Lentil), Kacang soya dan juga Kacang Panjang. Bagi jenis Kekacang Keras dan Snek (Nuts) terdiri dari Jenis Kacang tanah, Kacang Badam (Almond), Kacang Gajus, Kacang Walnut, Kacang Pistachio dan beberapa lagi. Bagi jenis kacang dal dimana ciri-cri utamanya adalah ia dihasilkan dari sejenis tumbuhan renek berkayu yang boleh hidup subur di kawasan panas. Pokok kacang dal ia dilapor mempunyai jenis batang tegak dengan daun tiga helai (trifoliate leaves) dan bunganya yang berwarna kuning. Bila di tanam dimana tanaman ini akan menghasilkan buah pod yang mengandungi biji benih kekacang dal yang di tuai dan diproses sehingga menjadi salah satu makanan berasaskan bijirin di seluruh dunia. Dalam aspek kegunaan paling utama di jadikan Makanan iaitu digunakan biji kering kacag dal yang dikupas dan dimasak menjadi dal kuah untuk roti canai, roti titab atau tosai atau rotip prata. Apa pun dalam sektor pertanian dilaporkan ia juga amat sesuai sebagai tanaman selingan atau penambah nutrien nitrogen dalam tanah secara semula jadi. Dalam kes lain di laporkan kacang dal adalah salah satu sumber sebagai jenis makanan haiwan apabila biji atau sisa pokoknya digunakan sebagai makanan ternakan haiwan ruminan dan bijinya untuk makanan burung. Penulis blog dapati di Malaysia adalah negara pengimport mutlak kacang dal dengan hampir 100% bekalan kacang dal dari luar negara kerana faktor iklim dan geografi yang tidak sesuai untuk usaha penanaman secara komersial. Jumlah rekod kuantiti dan nilai spesifik untuk kacang dal tidak didedahkan secara terperinci sebagai satu kategori tunggal oleh Department of Statistics Malaysia (DOSM).  Bagaimana pun penulis blog dapati negara sumber utama kacang dal Malaysia dari India dan Australia iaitu dengan jenis popular di pasaran adalah Jenis Kacang Dal Malavi (India) dan Jenis Kacang Dal Australia. Penulis blog dapati dimana harga pasaran semasa dimana harga runcit nasional bagi Kacang Dal Australia ialah sekitar RM5.25 sekilogram sementara purata harga runcit bagi Kacang Dal Biasa dari India yang mana ia mencecah harga antara RM7.90 - RM9.90 sekilogram bergantung pada premis dan gred. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dengan hebat akan beberapa fakta penting tentang kacang dal untuk bahan rujukkan pembaca semua.


Fakta menarik berkaitan dengan jenis kacang dal ialah ia adalah sejenis biji kekacang kering yang dibelah dua dan dibuang kulitnya dijual di pasaran. Jenis yang paling utama bagi kacang dal yang popular adalah termasuk Jenis Toor Dal iaitu jenis kacang dal berwarna kuning biasa (yang di gunakan untuk kuah dalca), Jenis Moong Dal (iatu dari jenis kacang hijau belah yang lembut), Chana Dal (kacang kuda belah yang berlemak) dan Jenis Masoor Dal (iaitu sejenis dal berwarna merah cepat masak) dan akan di bincangkan dalam artikel ini. Pertama adalah Jenis Kacang Dal Toor Dal (Pigeon Pea) ia paling ada ianya di jual di Malaysia dengan bijinya berwarna kuning dan bijinya juga bentuk bulat leper sedikit. Ia dilaporkan jenis paling kerap dipakai untuk kuah dal mamak dan dalca sebab bijin dal ini ia selalunya akan lebih cepat empuk dan rasa lemak berkrim. Jenis 
Toor dal (juga dikenali sebagai kacang parpu, pigeon pea, atau arhar dal) ialah sejenis kekacang kering berkulit yang dibelah dua, berwarna kuning keemasan, dan berasal daripada tumbuhan kekacang. Ia adalah bahan asas yang sangat penting dalam masakan India untuk menghasilkan kuah seperti sambar dan dal tadka. Dari segi rupa dimana biji benih yang dikupas, dibelah dua dan ia bersaiz sederhana bulat dengan warna kuning. Ia mempunyai rasa lemak yang sedikit bergas, beraroma kacang (nutty) dan menjadi sangat lembut serta berkanji apabila dimasak. Ia paling sesuai digunakan untuk membuat kari dal, sambar (sejenis sup kuah India), rasam (iaitu sejenis hidangan berkuah cair atau sup tradisional yang berasal dari Selatan India) atau dimakan bersama nasi putih juga. Jenis ini ia tinggi sumber protein tumbuhan yang bagus untuk tubuh serta ia kaya dengan serat bagi membantu sistem penghadaman dan mengekalkan kesihatan jantung. Ia juga ada vitamin dan zat mineral seperti zat besi, asid folik (folate), kalsium dan kalium yang baik untuk tenaga. Kedua ada Jenis Moong Dal (Split Mung Bean) dimana jenis ini ia berwarna kuning cerah yang mana ia berasal dari jenis kacang hijau. Ia sangat mudah hadam serta ia bagus untuk perut dan amat sesuai buat sup, bubur atau kuih manis (kudapan). Penulis blog dapati jenis Moong dal ialah kacang hijau yang telah dikupas kulitnya dan dibelah dua bagi tujuan menjadikannya berwarna kuning yang mana ia sangat popular dalam masakan Asia serta ia mudah dihadam, dan kaya dengan protein tumbuhan. Khasiatnya ia berupa berbiji kecil berwarna kuning, leper sebelah kerana dibelah. Rasanya lembut, berlemak dan mudah hancur apabila dimasak dimana khasiatnya amat tinggi kandungan protein, serat, zat besi, dan vitamin B dan ia sangat bagus untuk perut kerana ia ringan dan cepat lemau dan cepat hadam. Dalam masakan jenis ini ia dibuat sup dal atau kuah dal pekat untuk dimakan dengan nasi, roti canai, atau capati. Ia juga ada dimasak menjadi bubur manis (bubur kacang hijau versi kuning) atau kuih-muih tradisional seperti 'vada' dan ada digunakan dalam menu sihat seperti 'khichdi'. 


Dilaporkan ketiga ada Jenis Chana Dal (Split Chickpea) dimana ia berwarna kuning lebih pekat, saiz lebih besar dan keras yang dilaporkan ia adalah berasal daripada kacang kuda kecil. Walau pun ia agak lambat sedikit masak dan selalu teksturnya padat idmana dal chana ialah kacang dal kuning belah yang dihasilkan daripada kacang kuda hitam kecil (kala chana atau Bengal gram) yang dibuang kulit luarnya lalu dibelah dua. Ia merupakan bahan ruji dalam masakan Asia Selatan, kaya dengan protein tumbuhan, serta mempunyai rasa berlemak kacang (nutty) yang lazat. Dari segi rupa jenis ini ia berbentuk kecil, rata sedikit di bahagian tengah dan berwarna kuning serta bertekstur tidak terlalu lembik apabila dimasak dimana ia mengekalkan sedikit bentuk dan tekstur padat berbanding jenis dal yang lain. Dalam masakan ia selalu akan digunakan secara meluas untuk membuat kari dal, sup, kuih-muih tradisional, dan makanan ringan di India (Sila lihat foto disebelah). Aspek kesihatan pula ia tinggi bagi kandungan serat, protein, zat besi, dan vitamin B9 (folat) yang baik untuk tenaga serta penghadaman. Keempat ada Jenis  Masoor Dal (Red Lentil) yang bewarna oren kemerahan, saiz kecil dimana jenis ini ia cepat hancur dan masak dalam masa singkat yang sesuai untuk sup atau puri pekat gaya utara. Apa pun Masoor dal ialah sejenis kacang dal merah atau oren yang telah dibelah. Ia sangat popular dalam masakan India, mudah dicerna, cepat masak, dan kaya dengan khasiat protein serta serat. Ciri penting Masoor Dal atau dalam bahasa Inggeris ia digelar 'Red lentil' atau 'Pink lentil'. Uniknya bagi jenis ini ia berwarna oren kemerahan apabila dibelah dan dibuang kulit atau warna perang jika dalam bentuk biji asal (kekal berkulit). Teksturnya pula ia cepat menjadi lembut dan berkrim apabila dimasak. Kegunaan dalam masakan i dibuat Sup atau Kari Dal yang dimasak bersama bawang, tomato, halia dan rempah ratus dan ia sesuai dimakan bersama nasi putih, roti, capati, atau tosai. Kelima ada Jenis Urad Dal (Black Gram) yang mana ia berwarna putih atau hitam dibelah yang bersifat melekit apabila dimasak dan ia digunakan untuk buat adunan tosai (dosa) atau 'idli'. Jenis Urad dal yang mana dikenali sebagai kacang dal hitam atau black gram) ialah sejenis kekacang yang berasal dari India dan menjadi bahan penting dalam masakan India. Ia kaya dengan protein, serat, dan zat besi, serta mempunyai tekstur yang berkrim apabila dimasak. Ia adalaj jenis kekacang yang masih mempunyai kulit hitam asal dimana ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan berlemak. Dilaporkan ada Jeis Urad Dal Belah Berserta Kulit yang telah dibelah tetapi masih mengekalkan lapisan kulit hitam dan ada Jenis Urad Dal Putih (Tanpa Kulit) yang telah dibuang kulit dan berwarna putih kekuningan dan lazimnya ia digunakan untuk membuat adunan marjerin atau kuih. Kegunaannya dibuat sup dan ia adalah bahan utama untuk menghasilkan adunan kuih maruku, idli, dosa, dan vadai. Ia jadi bahan tumis (tempering) untuk memberikan aroma pada pelbagai hidangan selatan India. Khasiatnya ia menjadi sumber protein tumbuhan yang baik dan ia membantu melancarkan sistem penghadaman dan kesihatan usus serta mampu membekalkan tenaga serta baik untuk kesihatan jantung.


Penulis blog mencari tahu kan j
umlah pengeluaran kacang dal (lentil) dunia diman ia dianggarkan sekitar 6.5 - 7.0 juta mt setahun dimana jumlah pengeluaran ini ia turun naik mengikut musim dan faktor cuaca global. Apa pun di laporkan dimana antar anegara Pengeluar Utama kacang Dal dari Kanada iaitu sebagai negara pengeluar nombor satu dunia dengan kapasiti pengeluaran kira-kira 2.3 - 2.4 juta mt setahun (sekitar 35% daripada jumlah keseluruhan dunia). Negara kedua yang hebat menanam dan menghasilkan kacang dal adalah India (Malaysia memang banyak import kacang dal dari India) sebagai sebuah negara pengeluar kedua terbesar yang menghasilkan sekitar 1.4 - 1.5 juta mt setahun. Dilaporkan iaitu negara Australia adalah pengeluar ketiga terbesar yang menyumbang sekitar 0.8 - 0.9 juta mt setahun dan sebahagian besarnya adalah untuk pasaran eksport. Dilaporkan dimana pengeluaran kacang dal (Cajanus cajan atau kekacang jenis lentil) di seluruh dunia mencecah jutaan tan metrik setahun dan masih dominan iaitu negara pengeluar utama dunia didahului oleh Kanada dan India yang diikuti oleh negara seperti Australia, Turki dan Myanmar. Apa pun kacang dal ini adalah sumber protein penting bagi menu harian di Asia Selatan dan Timur Tengah dimana ia ada ditanam secara meluas di kawasan beriklim tropika dan separa kering. Aktiviti menanam kacang dal ia memerlukan sinaran matahari penuh dan mengambil masa antara 60 - 90 hari atau lebih untuk dituai apabila lenggai bertukar menjadi perang dan kering. Ambil tahu bagaimana cara menanam Kacang Dal bermula dengan pemilihan bijibenih iaitu petani akan menggunakan biji benih kacang dal yang berkualiti dan kerja penyediakan tanah yang awalnya ia digembur dan bersaliran baik. Biji benih ini perlu disemai dan ditanam kedalaman 2 -  3 cm di dalam tapak semaian atau terus di batas. LOkasi kebun semestinya di kawasan panas yang mendapat cahaya matahari penuh dan dari awal menanam perlu di siram sekadar lembap dan perlu mengelakkan takungan air sebab air bertakung akibatnya ia akan merosakkan akar tanaman. Lazimnya pokok kacang dal akan menunggu umur 2 - 4 bulan untuk dituai atau apabila buah lenggai cukup kering. Cara menuai dengan mengmbil buah lenggai (pod) yang bertukar warna perang kekuningan dan ia dikumpulkan untuk dijemur lenggai di bawah panas matahari selama beberapa hari hingga cukup kering. Kemudian adalah proses mengopek biji iaitu dengan memecahkan kulit lenggai untuk mengeluarkan biji kacang dal di dalamnya. Dalam rujukkan dimana jangkamasa penuaian hasil bagi Kacang Dal (atau kekacang jenis pigeon pea / toor dal) mengambil masa antara 100 -  300 hari (atau kira-kira 3 hingga 6 bulan) dari tarikh benih mula disemai yang mana ia bergantung kepada varieti dan iklim.  Berlainan jenis dan negara ia berlainan tempoh matang akan tetapi lazimnya kebanyakan varieti sederhana mengambil masa 120 - 180 hari untuk menghasilkan lenggai matang. Tanda pod siap dituai bila ia dilihat kelihatan kering, bertukar warna kepada perang cerah dan biji di dalamnya menjadi keras. Cara menuai adalah dengan memetik buah lenggai dipetik secara manual atau jentera penuai di estet apabila sebahagian besar daun pokok telah mula gugur atau kering. Penggunaan Jentera atau Mesin Pertanian Khusus seperti Jentuai Bijirin (Combine harvester) atau jentera pengutip lenggai (pod stripper dan pod harvester) yang berfungsi untuk memotong pokok, mengetik atau ia mampu mejatuhkan buah lenggai kacang serta mengasingkan biji dal daripada kulitnya secara automatik di ladang (Sila lihat foto paling bawah sekali). Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!.. 
KACANG DAL ...DI IMPORT DARI INDIA...
BANYAK JENIS...RIM9.90/KG HARGANYA...
BANYAK KHASIAT...DIMASAKAN DI GUNA...
BACA ARTIKEL...SUDAH DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Safar 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.