Thursday, August 6, 2026

KUCAI DAN FAKTA PENTING (PART 2)

TANAMAN KUCAI
(Allium tuberosum) atau nama lain dikenali sebagai Allium ramosum adalah sejenis tanaman dari keluarga Alliaceae iaitu sama dengan Keluarga Bawang. Daun kucai apa yang penulis blog kenal dimana ia merupakan sejeis sayuran berdaun yang juga sesuai di tanam di kawasan tanah rendah atau tanah tinggii untuk pasaran segar. Penulis Blog mendapati data mengenai keluasan tanaman kucai kurang dilaporkan dengan tepat kerana keluasan tanaman ini sering bercampur dengan tanaman daun bawang (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2025) dan apa pun penulis yang mendapat info dari sumber ada terdapat seluas antara 150 - 200 hektar tanaman kucai di Johor yang diusahakan petani pada setiap tahun untuk tujuan pasaran domestik dan eksport ke Singapura dan sekitar 50-80 hekktar di Perak terutama di Daerah Manjung dan Cameroon Highland di Pahang. Tanaman kucai ini dilaporkan ia boleh di gunakan sebagai sejenis 'Sayuran' atau pun ada juga yang menanam sebagai pokok 'Bunga Hiasan' dimana ia memang sesuai ditanam sebagai hobi yang memberi faedah jika ditanam disekeliling rumah. Pernah di laporkan dimana dalam Program Bumi Hijau Jabatan Pertanian telah ada pengesyoran tanaman kucai sebagai salah satu pilihan untuk ditanam dalam pasu atau polibeg dengan konsep 'Tanam Sendiri - Makan Sendiri'. Penulis blog juga pernah membuat penelitian terhadap isu beberapa varieti atau jenis tanaman kucai dinegara ini semasa bertugas di Jabbatan Pertanian Malaysia dimana ada pernah mendapati memang tidak ramai yang mengetahui akan fakta pencirian terhadap beberapa jenis kucai yang ada di usahakan di Malaysia. Tanaman kucai lazimnya yang ada di tanam di Malaysia akan menggunakan biji benih yang diimport dari luarnegara berlaku semenjak dahulu kerana biji kucai tidak terhasil di Malaysia atau menggunakan 'bebawang' atau bulb sedia ada (perlu dii tukar dengan benih biji selepas beberapa musim penanaman). Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting mengenai tanaman kucai untuk bacaan semua.


Penanaman kucai memerlukan baja organik dan air yang banyak. Baja organik tahi ayam diberikan setiap kali aktiviti memetik hasil dijalankan dengan ditabur merata diatas batas tanaman. Baja lain seperti baja jenis NPK15:15:15 ada diberikan mengikut jadual pembajaan. Tanaman kucai memerlukan air yang banyak dan sentiasa perlukan aktiviti penyiraman kecuali hari hujan. Pemasangan sistem pengairan dilakukan menggunakan sprinkler dan renjis dengan pam air daripada kolam yang disediakan. Kalau tanaman tidak disiram terutama pada musim panas dan kemarau maka ia akan menganggu kadar pertumbuhannya dan menjejaskan jadual penuaian dan penjualan. Pokok kucai yang subur dapat dilihar akan pertumbuhannya yang sekata dengan warna daun kucai juga seragam. Ada juga petani yang menambah pembajaan mereka dengan baja foliar terutama jika harga kucai ini membaik. Tanaman kucai tidak ada masaalah serangan musuh dan penyakit. Hanya ada serangan koya pada musim tertentu. Tanaman kucai akan dituai setiap 40 hari dimana daun kucai akan dipotong dengan pisau tajam pada paras tanah. Daun kucai ini akan dikumpulkan dalam baku sebelum dibawa kepusat pengumpulan dimana kerja memproses dilakukan. Daun kucai yang dipotong akan bercampur dengan daun tua yang berwarna kuning atau daun yang telah kering. Perdu kucai ini akan diperiksa dan daun kering tersebut dibuang dan pekerja akan menyusun mengikut saiz sebelum mengikat dan membungkusnya dalam kertas suratkhabar (Sila lihat foto disebelah). Satu bungkusan kucai ini biasanya seberat 3-4 kg dan akan disusun pula didalam bakul plastik besar sebelum disusun untuk pihak pemborong mengambilnya. Penulis blog dapati jika penuaian dijalankan musim hujan (atau selepas hujan) maka daun kucai ni perlu dikeringkan dahulu dari air dengan menjemurnya dibawah matahari atau menggunakan kipas angin. Jika daun basah ia akan merosakkan kualiti daun kucai. Pada masa ini harga ladang daun kucai diladang diantara RM2.50 - RM3.00 sekilogram. Daun kucai yang telah dipotong ini idak tahan lama sebelum kualitinya menurun maka a perlu dipasarkan dengan segera. Menurut En Chia lagi aktiviti menuai daun kucai cuma berhenti 2 kali sahaja dalam setahun iaitu pada Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina. Daun kucai paling enak dijadikan ramuan Char Keu Tiow, Kue Tioe Goreng Kerang, Mee Hoon Goreng, Mee Goreng, Mee Kenduri Jawa dan juga didalam telur goreng.


Cara memakan daun Kucai dalam jumlah biasa adalah selamat untuk manusia akan tetapi ancaman atau kesan sampingan boleh berlaku melalui sakit perut, alahan kulit, dan toksik kepada haiwan peliharaan. Dalam beberapa rujukkan dimana ada beberapa kemungkinan ancaman atau kesan sampingan seperti timbul ancaman Masalah Perut dimana berpunca dari memakan kucai terlalu banyak didakwa ia boleh boleh menyebabkan perut kembung atau rasa tidak selesa pada sistem pencernaan. Da;am paada itu dilaporkan juga masih ada Ancaman Isu Alahan Kulit dimana ada individu iaitu jika ada sentuhan atau penggunaan berlebihan pada sesetengah individu boleh mencetuskan reaksi alahan pada kulit mereka seperti rasa gatal dan kurang selesa. Ada juga isu dan kes ancaman Toksik pada Haiwan dimana di laporkan yang daun kucaiadalah  beracun kepada haiwan seperti kucing dan anjing kerana ia boleh merosakkan sel darah merah haiwan ini. Dalam beberapa carian dimana masih ada kepercayaan dan Mitos Tradisional berkaitan kucai yang faktanya masih ada yang mempercayainya. Mitos pertama berkait Mitos Kucai Sebagai Simbol Panjang Umur apabila perkataann atau istilah 'Kical' dalam bahasa Cina (jiǔ cài) ia berbunyi seakan sama dengan perkataan yang bermaksud 'kekal atau lama' namun ia semakin kurang di percayai masa kini. Kedua ada Mitos Kucai Sebagai Simbol Kesuburan apabila bahaguan bunga kucai dipercayai mampu didalam cara menghangatkan badan serta meningkatkan tenaga batin kepada pemakannya. Ketiga masih ada Mitos Daun Kucai  Pembawa Tuah dimana kalangan masyarakat lama di China mmasih ada yang percaya memakan kucai membawa nasib baik dan juga akan kemakmuran dalam keluarga mereka. Apa pun keempat ada Mitos Daun Kucai merujuk kepada Suatu Kepercayaan tradisional bahawa sayur ini dengan Membawa Lambang panjang umur, kesuburan dan rezeki berterusan. Penulis blog ada membuat tinjauan akan harga daun kucai di pasaran Malaysia adalah sekitar RM2.00 - RM3.90 bagi setiap pek kecil 100 gram manakala harga borong ladang boleh mencapai kira-kira RM13.00 sekilogram bergantung kepada lokaliti dan kualiti. Apa pun kucai adalah sejenis sayur daun beraroma wangi seperti bawang putih tidak tahan lama yang kerap digunakan dalam masakan seperti mee goreng, cucur atau inti pau dimana jika membeli dengan harga runcit pengguna boleh dapatkan dengan anggaran harga RM2.00 - RM3.00 per 100g di pasar raya tempatan, pasar malam, pasar basah atau cara on-line sahaja. Bagi tinjuan berkaitan harga ladang atau harga borong dilaporkan ia di jual sekitar RM13.00 sekilogram seperti yang banyak dibekalkan dari kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands dan di Johor Bahru.



Ada banyak jenis rsepi kucai yang paling popular dan sedap ialah Kucai Tumis Telur, Taugeh Kucai Goreng dan Cucur Kucai Ikan Bilis serta beberapa lagi. Bagi penulis blog keberadaan kucai yang paling best adalah didalam Resepi Masakan Char Kue Tiow yang dihidangkan panas-panas (Sila lihat foto paling atas sekali)Resepi Char Kuey Teow memerlukan bahan utama seperti kuey teow, udang dan tauge. Apa pun bahan-bahan disediakan adalah 1 bungkus kuey teow (basuh dan toskan), 10 ekor udang (kupas kulit), 3 ulas bawang putih (ketuk atau cincang), 2 sudu besar cili kisar (ikut pedas), 2 biji telur, tauge dan daun kucai secukupnya, 2 sudu besar kicap cair, 1 sudu besar kicap manis dan 1 sudu besar sos tiram serta sedikit minyak masak. Cara memasak dengan menumis dulu iaitu meanaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan cili kisar serta udang. Kemudian di masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap manis. Tambah sedikit air jika mahu jenis basah. Seterusnya adalah memasukkan kuey teow dan kacau rata dengan api besar dan kemudian di masukkan bahan sayur dan telur caranya dengan menolak kuey teow ke tepi kuali dan dipecahkan telur dan ia kemudian masukkan tauge dan kucai. Seterusnya di gaul semuanya sebati dalam masa yang singkat dan angkat untuk dihidangkan dan dinikmati. Kedua ada Resepi Kucai Tumis Telur dimana menu ini bahan kucai ditumis pantas bersama bawang, sos tiram, dan telur hancur. Ketiga ada juga Resepi Taugeh Kucai Goreng dimana daun kucai digoreng bersama taugeh, tauhu dan ikan bilis dimana ia adalah resepi yang paling mudah disediakan dan enak di makan dengan nasi putih terutama semasa makan tengahari. Bagi penulis blog kuliner ini enak di makan dengan pelbagai lauk pauj seperti ikan goreng, asam pedas, rendang dan sebagainya, Pada waktu petng atau semasa sarapan pagi boleh di sediakan Resepi Cucur Kucai dimana mudah membuatnya iaitu dengan membancuh tepung gandum, kucai potong dan ikan bilis yang digoreng garing (Sila lihat foto paling bawah sekali). Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..

TANAMAN KUCAI ... SAYUR DAUN JENISNYA...
MUDAH DITANAM....SENANG MENJAGANYA...
BANYAK KHASIAT...DALAM MASAKAN DI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL...MENDAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Safar 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.