Sering di bincangkan dimana antara fakta akan kebaikan utama Kacang Dal adalah ia menjadi salah satu sumber protein dari tumubuhan yang akan membina dan dapat membaikpulih tisu badan. Ia kaya dengan serat (fiber) yang membuatkan iaitu rasa kenyang lebih lama dan akan dapat mengelakkan kes-kes sembelit. Selain itu kebaikannya ia mempunyai nilai rendah Indeks Glisemik dimana makanan ini ia bagus untuk kawalan gula pesakit kencing manis dan mengandungi tinggi vitamin dan zat mineral seperti Zat besi (Fe), folat, Magnesium (Mg) dan Kalium (K). Dilaporkan secara saintifik kacang dal ialah sejenis makanan yang kaya dengan protein, serat dan zat besi dan ia berguna untuk memasak hidangan kuah dal atau kari yang mampu memberikan tenaga, melawaskan perut serta akan mengawal gula dalam darah. Penulis blog sudah banyak kali ujirasa makanan berasaskan kacang dal seperti makanan Kuah dal untuk makan dengan roti titab, roti canai atau roti lain, masakan Dalca Dal bersama sayur dan daging dan juga pernah ujirasa Sup Dal juga. Walau pun disenariak akan kebaikan dan kehebatan khasiat kacang dal akan tetapi masih ada ancaman dan risiko memakannya. Sesiapa yang makan kacang dal secara berlebihan atau bagi individu tertentu boleh membawa beberapa ancaman kesihatan seperti masalah perut kembung, gangguan pencernaan, risiko peningkatan berat badan akibat kalori tinggi, serta alahan yang teruk bagi mereka yang sensitif. Ada ancaman masalah Penghadaman dan Perut atau kes Kembung perut berpunca dari kandungan serat dan gula kompleks (oligosakarida) yang tinggi boleh menghasilkan gas berlebihan dalam usus. Ancaman kes seperti Ketidakhadaman juga ia boleh memburukkan lagi keadaan bagi individu yang mempunyai masalah gastrik atau radang lambung. Ada ancaman seperti berlaku Gangguan penyerapan mineral dimana kacang dal mengandungi asid phytic yang boleh mengurangkan penyerapan mineral penting seperti zat besi, zink dan kalsium. Risiko lain adalah seperti kes Alahan Makanan iaitu reaksi alahan boleh berlaku pada sesetengah orang yang akan menyebabkan gatal-gatal, bengkak atau sesak nafas dalam kes teruk.
Penulis juga kongsikan fakta berkaitan isu Mitos Kacang Dal dimana sesiapa memakannya dengan rutin akan ada isu Kenaikan Berat Badan iaitu satu mitos sangat popular mengenai kacang dal (atau parpu) dimana ia dilarang keras untuk pesakit yang mempunyai masalah Gastrik atau masaalah Penyakit Gout kerana dianggap penyebab utama sakit sendi. Bagaimana pun fakta sebenar tentang Kacang Dal yang mempunyai zat semulajadi banyak ini selalunya ia akan dapat di hadan atau diproses dengan selamat sebab protin dari tumbuhan adalah selamat oleh badan dan mempunyai kesan yang sangat kecil terhadap kenaikan paras gastrik berbanding bahan dari haiwan. Faktanya dimana kacang dal ini ia kaya dengan khasiat dan tinggi dengan kandungan serat, protein dan zat besi yang membantu menurunkan kolesterol serta mengenyangkan perut lebih lama. Apa pun dilaporkan dimana punca Sebenar Penyakit Gout adalah berlaku jumlah atau berlaku lonjakkan Asid Urik dalam darah dengan lebih kerap berpunca daripada makanan tinggi purin seperti ikan, udang, sotong dan ketam (seafood) dan makann seperti daging merah, organ dalaman haiwan (hati, limpa dan sebagainya). Penulis amat suka makan Kuih Tradisional Tumpi Kacang Dal terutama semasa Jamuan Hari Raya Puasa (Sila lihat foto disebelah). Ia lebih selamat berbanding dengan makan jenis tumpi kacang tanah yang juga enak tetapi boleh sebabkan jerawat pula.
Dilaporkan antara makanan berasaskan kacang dal adalah Resepi Kuah Kacang Dal yang mana ia di makan dengan banyak jenis makanan termasuk Roti Canai, Roti Prata, Martabak Daging atau Martabak Ayam, Roti Titab, Roti Biasa dan sebagainya. Penulis blog boleh dikatakan saban minggu akan kekedai roti canai untuk sarapan pagi atau makan malam dengan hidangan roti canai kosong, roti sardin, roti tisu, martabak daging atau martabak ayam yang semuanya di pasangkan dengan kuah kacang dal atau kuah jenis lain. Sesekali juga ada memasak kuah kacang dal dan dalca dimana bahan-disediakan termasuk 1 cawan kacang dhal (direndam dan direbus hingga empuk), 1 biji ubi kentang (dipotong dadu), sedikit sayuran (lobak merah, terung, atau tomato), 3 biji bawang merah (dihiris), 2 ulas bawang putih (dihiris), 1 sudu kecil halba campur atau biji sawi, 1 tangkai daun kari, 1 sudu besar serbuk kari daging, sedikit serbuk kunyit, garam dan air secukup rasa. Cara membuatnya dengan merebus kacang dhal yang telah dicuci sehingga betul-betul lembut dan hancur dan kemudian dimasukkan kentang dan sayuran pilihan ke dalam rebusan dhal tadi sehingga empuk. Seterusya di masukkan serbuk kunyit dan serbuk kari dan di biarkan meruap seketika. Dalam kuali berasingan dipanaskan sedikit minyak lalu tumis bawang merah, bawang putih, daun kari, dan halba campur hingga wangi dan kekuningan. Kemudian boleh dituang bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk kacang dhal dan selepas mendidih boleh di matikan api dan sedia untuk di hidangkan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.