Wednesday, August 19, 2026

FAKTA TENTANG BURGER (PART 2)

MAKANAN BURGER
adalah ser ialah sejenis hidangan yang mengandungi daging kisar berbentuk leper (patty) yang dimasak dan ia diapit di dalam roti (bun) yang dibelah dua serta dihidangkan bersama sayur-sayuran, sos dan mayonis serta bahan lain mengikut kesesuaian. Makanan ini sudah di kenali di seluruh dunia dengan rangkaian 'fast food' global yang beroperasi dan di terima semua negara didunia dan juga di operasikan oleh pengusaha kecil juga. Bagi penulis blog yang suka makan burger temptan ada menikmatinya diari restoren terkenal dan juga peniaga tempatan di gerai tepi jalan atau di pasar malam sebagai s
ejenis hidangan yang enak dan mengenyangkan. Makanan burger ia terdiri daripada daging kisar diperisakan sedikit rempah sebelum dimasak sama ada digoreng (fried), dikukus (steamed), dipanggang (roasted) atau disalai (smoked) serta selalunya dihidangkan diapit roti khusus dibelah dua dengan pelbagai inti atau 'topping' dan pelbagai jenis sos. DI laporkan dimana selalunya daging burger akan ia diperbuat daripada daging lembu melainkan jika dinyatakan sebaliknya. Dalam pada itu dilaporkan di Jerman ada juga beberapa makanan tradisional tempatan selalunya dinamakan mengikut tempat asal-usulnya seperti Frankfurter (lebih dikenali di Jerman sebagai hot dog yang berbeza dengan Austria), Berliner (sejenis donat jem) ataupun Thüringer (Bratwurst). Di Hamburg pula di laporkan ia menjadi kebiasaan dihidangkan sekeping daging khinzir panggang di dalam roti gulung yang dipanggil 'Rundstück warm' walaupun ia dilapor bercanggah dengan penyediaan burger moden yang mana ia menggunakan daging burger yang diperbuat daripada daging kisar. Apa pun makanan burger hari ini ia dianggap sebagai salah satu makanan segera ataupun sebagai snek dimana ia banyak dijual di restoran makanan segera seperti McDonald's dan Burger King serta di gerai tepi jalan seperti di Malaysia di mana Burger Ramly boleh didapati dengan mudah di gerai tepi jalan atau di pasar malam. Beberapa laporan menyatakan ada beberapa jenis isian burger (patty) seperti Jenis Isian Daging Lembu (Beef Burger) iaitu jenis yang paling klasik dan paling popular diseluruh dunia. Ada juga Jenis Isian Ayam (Chicken Burger) dimana pilihan isi ayam kisar atau bahagian dada digoreng rangup dan juga ada Jenis Isian Ikan (Fish Burger) iaitu fillet ikan bersalut tepung yang digoreng serta ada juga Jenis Isian Daging Kambing kisar berempah walau pun ia agak kurang popular di Malaysia. Di Malaysia dilaporkan dimana Jenama 'Burger Ramly' adalah jenama paling dominan yang ada dijual di gerai tepi jalan tempatan yang sangat ianya terkenal dengan dibalut telur (burger special) dan isian sos melimpah apa lagi membeli Jenis Burger Ayam atau Burger Daging Special yang ada tambahan telur dadar menutup daging. Selain itu di Malaysia ada Jenis Oblong iaitu sejenis daging bentuk panjang bujur yang berkualiti dan ada juga Jenis Cheeseburger dimana ada tambahan kepingan keju cair di atas daging panas. Memakan burger tidak mebgira waktu akan tetapi di Malaysia ia mula sering di makan di waktu tengahari sehingga ke malam hari. Bagaimana pun ada jenis restoren makanan segera yang menjual burger 24 jam dan ada di kunjungi pelanggan. Artikel pada pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas akan fakta tentang makanan burger dan fakta penting untuk bahan rujukkan dan bahan bacaan semua.


Keenakan makanan burger dan masa kecepatan menyediakannya telah menjadi pilihan ramai peminat makanan burger di seluruh dunia. Apa pun menyentuh tentang khasiatnya dimana makanan b
urger membekalkan sumber tenaga segera melalui karbohidrat pada roti, serta protein daripada daging atau ayam yang membantu membina otot dan memberi rasa kenyang. Penambahan sayuran seperti salad, tomato, dan timun turut menyumbangkan serat, vitamin, serta mineral penting untuk tubuh. Dilaporkan yang kandungan nutrisi yang penting dalam makanan burger adalah zat Kabohidrat dari bahan roti burger membekalkan tenaga asas untuk aktiviti harian serta zat protein daripada isi daging lembu, ayam atau telur mengandungi protein tinggi untuk pemulihan tisu dan otot. Selain itu di laporkan ada zat seperti vitamin dan zat mineral dari bahan sayur tomato dan sayuran hijau yang selalunya ia kaya dengan vitamin serta antioksidan. Selain itu khasiatnya makanan burger mempunyai bahan serat (fiber) dari bahan sayur-sayuran membantu melancarkan sistem penghadaman. Penulis bagaimana pun kongsikan beberapa petua pemakanan sihat makanan burger dengan mengurangkan akan sos yang tinggi gula dan lemak tepu dia sebaiknya di perbanyakkan isian sayur-sayuran segar. Dalam pada itu sebaiknya di piilh daging tanpa lemak atau sumber protein sihat dan sentiasa mengamalkan pengambilan secara sederhana dan tidak berlebihan. Ancaman memakan burger terlalu kerap membawa riiko kepada kesihatan kerana ia mengandungi tinggi kalori, lemak tepu, garam (sodium), dan bahan terproses. Pengambilan yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan kencing manis (diabetes). Beberapa kajian ada laporkan ada risiko kesihatan akibat memakan Burger yang mana ian mengandungi jumlah kalori tinggi dikajia dimaa adalaj sebiji burger boleh membekalkan 400 - 900 kcal (unit kalori) yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. Dalam burger juga ia mengandungi bahan Lemak Tepu dan juga Zat Kolesterol sebab kebanyakan jenis daging proses dan keju menaikkan paras kolesterol jahat (LDL) serta menyumbat salur darah. Dalam pada ada ancaman dari bahan garam yang agak berlebihan (Sodium) dimana kesan dari garam tinggi dalam sos dan daging meningkatkan risiko tekanan darah tinggi serta strok. Makanan ini di laporkan ia adalah rendah serat apabila jenis roti putih dan kurangnya sayuran segar menjadikan sistem penghadaman kurang sihat dan cepat lapar semula dan sebaiknya makan sesekali dalam sebulan itu masih boleh di terima.


Menarik dimana p
engeluaran utama burger Malaysia oleh jenama ikonik Ramly Food Industries mencecah nilai jualan sekitar RM1 bilion setahun iaitu dengan kapasiti pengeluaran kilang automatik mencecah jutaan keping daging burger (patty) dan produk sejuk beku pelbagai jenis setiap hari. Dilaporkan dimana kapasiti pengeluaran dari kilang moden mampu mengeluarkan jutaan unit produk daging proses (termasuk burger, nugget dan juga jenis produk bebola) sehari. Dalam pada itu di laporkan yang destinasi pasaran selain dari pasaran utama tempatan dimana produk syarikat ini ada dirksport sebanyak 30 peratus untuk pasaran eksport luar negara diseluruh dunia. syarikat Ramly Burger sebagai satu jenama nombor satu Malaysia sejak 1984 kini sudah terkenal dengan gaya 'burger speacial' bungkus telur dijual dalam pek yang mudah di cari di mana-mana outlet di seluruh negara (Sila lihat foto disebelah)Burger Ramly ialah jenama makanan segera dan produk sejuk beku dari tempatan Malaysia yang diasaskan pada tahun 1984 oleh Dato' Haji Ramly bin Mokni dan isterinya Datin Hajjah Shala Siah Abdul Manap. Jenama ini terkenal sebagai ikon makanan jalanan (street food) menerusi gerai tepi jalan di seluruh negara. Dilaporkan yang tujuan asal syariat ini adalah mereka ingin memastikan bekalan daging kisar (patty) yang halal, bersih dan berkualiti tinggi untuk pengguna semua umat Muslim di Malaysia dan dunia. Apa pun antara beberapa ciri akan produknya yang paling ikonik adalah Jenis Produk Sejuk Beku yang mana mereka mampu mengeluarkan pelbagai produk seperti daging burger (daging lembu, ayam, kambing), sosej, bebola ikan, dan nugget. DI iklankan sebgai 'Gaya Masakan Burger Malaysia' apabila jenis daging burger dimasak bersama sos Worcestershire, perencah Maggi, kobis hiris, majikan, sos cili dan ia memang sering dibalut dengan telur nipis (burger special). APa pun aspek ketersediaannya dimana makan ramly burger ini kini ia boleh didapati di kebanyakan gerai tepi jalan, pasar raya dan kedai serbaneka di seluruh Malaysia. Apa yang penulis blog suka tengok didalam yourtube ramai pelancong asing akan membuat satu review atau konten mengenai kehebatan makanan ramly burger sebagai makanan yang enak, murah, hebat dan komersil. Di Malaysia kini ada jenama 'Burger Woodfire' iaitu sejenis burger bakar gaya premium yang sangat laris dan viral di pelbagai cawangan. Bagi pengoperasi myBurgerLab dimana kini ia popular dengan roti arang hitam (charcoal bun) dan kombinasi rasa unik. Ada juga jenama KGB (Killer Gourmet Burgers) dimana outlet ini ia menjadi pilihan burger gourmet gaya Amerika yang bertapak di pusat beli-belah. Selain itu di Malaysia ada Prodeuk GTR Burger dimana ia adalah salah satu dari rangkaian gerai moden tempatan yang berkembang pesat di seluruh negara.


Makanan burger yang popular sebagai 'sejenis makanan fastfood' masih ada beberapa Mitos yang perlu di konsikan akan faktanya. Apa pun mitos ini hanya 
merujuk kepada tanggapan salah yang biasa dipercayai ramai tentang asal-usul, cara masak atau khasiat burger. Mitos paling popular termasuklah anggapan bahawa burger dicipta di Hamburg, Jerman dimanaada mitos bahawa daging burger hanya boleh dibalikkan sekali sahaja ketika dimasak. Apa pun faktanya adalah dimana walaupun namanya mengambil sempena bandar Hamburg akan tetapi bahan sandwic burger moden dengan roti diapit sebenarnya dipopularkan di Amerika Syarikat. Kedua ada mitos iaitu Mitos Balik Daging dimana jenis daging patty hanya boleh dibalikkan sekali di atas kuali akan tetapi faktanya dengan cara membalikkan daging beberapa kali secara berkala membantu ia masak dengan lebih sekata dan lebih enak di makan. Ketiga berkait dengan aspek Mitos Pemakanan apabila makanan burger semestinya makanan 'junk food' yang tidak sihat akan tetapi faktanya adalah dimana burger boleh menjadi sumber protein dan nutrien yang baik jika menggunakan bahan segar, kurang sos berlebihan, dan seimbang dengan sayuran. Meninjau akan isu dan harga burger di Malaysia bergantung pada jenis gerai dimana paling sering di kunjungi penduduk lokal di Malaysia iaitu membeli makanan burger tepi jalan biasa berharga RM4.00 - RM6.00 satu set, manakala burger special yang bertelur atau berkeping daging ganda berharga RM8.00 sehingga RM13.00 dimana ia lebih bbesar dan lebih ebak rasanya. Burger di restoran berjenama atau kafe gourmet pula berharga dari RM15.00 hingga lebih RM30.00. Dalam pada itu jika membeli jenins benis dan Harga Burger Jenama dari outlet rangkaian fastfood adalah sekitar RM10.00 – RM20.00 satu set seperti di tawarkan olej Burger King) dan bagi jenama seperti BurgerLab atau The BRGY ia di jual dengan produk burger premium atau burger gourmet sekitar RM20.00 – RM35.00 dengan lebih berkualiti. Jenama myBurgerLab ialah sebuah jenama restoran burger tempatan popular di Malaysia yang terkenal dengan roti arang buluh (bamboo charcoal buns) berwarna hitam, keunikannya yang membakar roti sendiri setiap hari, serta gabungan rasa burger yang kreatif dan berani. Ciri-ciri utama adalah Jenis Roti Unik iaitu ia menggunakan roti arang buluh yang lembut dan dibakar segar setiap hari. Ia adalah sejenis 'Menu Kreatif' dengan cara menawarkan gabungan rasa unik seperti Jammin' With Elvis (menggunakan mentega kacang dan jem) serta pilihan patty daging lembu Angus, ayam goreng, atau cendawan Portobello (Sila lihat foto paling bawah sekali). Ia berstatus Halal apabila sebahagian cawangan dan dapur pusat mereka telah berjaya mendapat pensijilan rasmi daripada JAKIM. Di antara premis atau beberapa lokasi popular apabila ia mempunyai beberapa cawangan utama terutamanya di sekitar Lembah Klang seperti Petaling Jaya, Kuala Lumpur, dan Cyberjaya. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
MAKANAN BURGER...POPULAR DIA...
CEPAT DISEDIA...MAKANAN SEGERA...
PELBAGAI JENISNYA....ENAK RASA...
RAMLY BURGER...PJENAMA DI MALAYSIA

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 RabiulAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.