KALA JENGKING atau SCORPION adalah sejenis haiwan dari kumpulam Araknid dari Orger Scorpiones yang berkaki lapan dengan ekor yang mempunyai sengat berbisa dan amat di takuti manusia dan haiwan apabila di sengat. Dilaporkan dimana ada terdapat 1,752 spesies kala jengking telah dikenalpasti di seluruh dunia dengan mempunyai 5 superfamili iaitu Buthoidea, Chaeriloidea, Chactoidea, Iuroidea dan juga superfamili Scorpionoidea. Penulis blog merujuk beberapa sumber dimana walaupun kala jengking dikenali sebagai berbisa sebenarnya hanya 25 spesies jengking liar yang ianya mempunyai bisa yang dapat membunuh manusia. Apa pun Kala jengking ialah haiwan darat berkaki lapan iaitu daripada kumpulan araknid (sama seperti labah-labah) dimana dilihat ia mempunyai sepasang penyepit di depan dan ekor melengkung bersegmen yang ada sengat berbisa untuk mempertahankan diri serta memburu mangsa. Mengenali akan haiwan ini dimana ia ada sebanyak lapan (8) kaki dengan dua kaki depan berbentuk penyepit serta uniknya ia mempunyai sengat iaitu
di hujung ekor yang mengandungi bisa. Tabiat kala jengking ini ia merupakan sejenis haiwan nokturnal (bergerk aktif pada waktu malam) dan suka bersembunyi di tempat gelap atau lubang pada waktu siang. Paling di geruni manusia dimana ada ancaman 'Bahaya Sengatan' dimana sebenarnya dimana kebanyakan spesies mempunyai racun yang tidak sampai tahap mengancam nyawa manusia akan tetapi kesannya sangat sakit, bengkak atau merah seperti disengat lebah dan serangga berbisa lainnya. Hanya sebilangan kecil spesies di dunia yang bisanya berbahaya atau boleh membawa maut kepada manusia terutamanya kepada golongan kanak-kanak atau orang tua. Merujuk sumber dimana jenis kala jengking yang boleh membawa maut biasanya mempunyai saiz yang kecil, penyengat kuat dan racun neurotoksin yang merosakkan sistem saraf. Spesies yang paling berbahaya di dunia adalah termasuk Jenis Deathstalker (Leiurus quinquestriatus) yang ia diitemui di Timur Tengah dan Afrika Utara yang mempunyai racun neurotoksin yang sangat kuat dan berbahaya kepada kanak-kanak serta orang tua. Kedua adalah Jenis Indian Red Scorpion (Mesobuthus tamulus) yang dianggap antara yang paling berbahaya di India dengan kadar sengatan yang mengancam nyawa. Ketiga ada Jenis Arizona Bark Scorpion (Centruroides sculpturatus) yang ditemui di Amerika Utara dimana tahap sengatannya boleh menyebabkan kesakitan teruk dan lumpuh pernafasan jika tidak dirawat. Keempat ada Jenis Fat-tailed Scorpion (Androctonus species) iaitu dalam kelompok kala jengking ekor tebal di kawasan gurun Afrika dan Timur Tengah yang bisanya mampu menyebabkan kegagalan pernafasan. Apa pun risiko sengatan kala jengking ialah kecederaan apabila ekor kala jengking mencucuk kulit dan memasukkan racun dimana antara tanda-tanda sudah 'Kena Sengat' seperti rasa sakit yang kuat pada tempat disengat. kulit jadi merah dan bengkak, ada rasa kebas atau panas-panas dan jika racunnya sangat kuat maka ia boleh jadi pening, susah nafas atau berpeluh. Sebagai rawatan awal adalah dengan membasuh tempat luka dengan air dan sabun. Boleh letak ais atau kain sejuk atas tempat bengkak atau memakan ubat tahan sakit seperti paracetamol jika perlu. Apa pun sebaiknya dapatkan rawatan doktor di klinik atau hospital jika badan terasa lemah atau susah nafas. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas fakta penting mengenai kala jengking sebagai bahan rujukkan yang menarik kepada semua pembaa setia blog ini.
Fakta asas dalam mengenali morfologi kala jengking iaitu ejenis haiwan kecil yang terbahagi kepada dua bahagian badan utama terdiri daripada Bahagian Sefalotoraks (kepala dan dada) dan Bahagian Abdomen serta dilengkapi dengan sepasang penyepit besar, empat pasang kaki dan ekor berbisa dengan racun yang melengkung ke atas dan ada injektor. Melihat akan bahagian Badan Utama iaitu Bahagian Sefalotoraks (Prosoma) yang kedudukannya ia berada dibahagian depan yang dilindungi oleh cengkerang keras (karapas) dimana ia mempunyai sepasang mata berada di tengah dan beberapa pasang mata kecil di tepinya. Apa pun pada bahagian Abdomen (Opisosoma) iaitu bahagian badan belakang yang terbahagi kepada pra-abdomen (mesosoma) dan ekor atau pasca-abdomen (metasoma). Kala Jengking ini unik dimana anggota badan ada Sepasang Alat Sepit (Pedipalpus) yang dilihat seakan 'tangan kala jengking' yang mampu untuk menyepit dengan kuat untuk menangkap mangsa dan juga dalam cara jengking ini akan mampu dalam mempertahankan diri. Ia juga ada empat pasang kaki berjalan yang beruas-ruas dan ada mempunyai lapan kaki untuk berjalan dan sepasang penyepit besar di depan yang sebenarnya adalah kaki diubah suai (pedipalp) untuk dapat menangkap mangsa. Ia tergolong dalam kumpulan haiwan araknid, sama seperti labah-labah. Pada bahagian mulut kala jengking ada alat 'Kelisera' iaitu bahagian mulut kecil di depan untuk memotong makanan dan memakannya. Paling unik adalah pada bahagian ekor kala jengking (Metasoma) dimana selalunya ekornya ia beruas lima yang berakhir dengan 'telson' iaitu alat penyengat yang mengandungi racun berbisa. Bisa kala jengking umumnya adalah jenis neurotoksin (racun saraf) yang terdiri dari campuran kompleks protein, peptida, serta ion natrium dan kalium. Racun ini bekerja dengan mengganggu aliran listrik dan transmisi sinyal pada sel saraf serta otot korban. Dua jenis bisa kala jengking adalah Jenis Neurotoksin Tulin dimana ia akan menyerang sistem saraf pusat, menyebabkan kejang otot, sesak napas, dan detak jantung tidak teratur (banyak ditemukan pada famili Buthidae seperti Deathstalker). Kedua ada Jenis Kardiotoksik yang akan ia menyerang organ jantung mangsa yang beri kesan kepada organ jantung. Ketiga ada Jenis Toksin Lokal yang hanya menimbulkan rasa sakit, bengkak dan panas pada lokasi sengatan (umum pada kalajengking besar dengan penyepit kuat seperti jenis lokal di tropika). Terdapat juga Organ Pektin pada jengking iaitu jenis deria berbentuk sikat di bahagian bawah badan untuk mengesan jika berlaku getaran tanah.

Fakta penting adalah ada terdapat lebih 2,500 spesies kala jengking di seluruh dunia dengan pelbagai saiz, tahap bisa yang berlainan dan habitat yang berbeza. Antara jenis atau spesies kala jengking yang popular adalah jenis yanag saiznya besar dan berbahaya termasuklah Kala Jengking Hutan Asia (Asian Forest Scorpion), Kala Jengking Maharaja (Emperor Scorpion) dan Kala Jengking Pembunuh (Deathstalker). Jenis kala jengking yang paling biasa dan terkenal di Malaysia ialah Kala Jengking Hutan Asia atau nama saintifiknya Heterometrus longimanus dan Heterometrus spinifer (juga dikenali sebagai Malaysian Forest Scorpion atau kala jengking hitam). Fakta akan beberapa jenis-jenis kala jengking utama di Malaysia iaitu Jenis Kala Jengking Hutan Asia yang badannya adalah berwarna hitam legam, saiz besar (boleh capai 12 hingga 15 cm), penyepit besar dan bisanya tidak berbahaya atau membawa maut kepada manusia seperti sengatan lebah (Sila lihat foto disebelah). Kedua ada Jenis Kala Jengking Kecil Keluarga Buthidae yang terdapat juga beberapa spesies kecil di kawasan tropika akan tetapi jarang menjadi ancaman besar seperti di kawasan gurun luar negara. Jengkini ini ia suka tinggal di tempat lembap, bawah kayu atau batu di dalam hutan dan sekitar kebun yang bergerak aktif pada waktu malam (nokturnal) serta ia lebih suka menggunakan penyepit besar untuk pertahanan berbanding menyengat. Ada juga Jenis Kala Jengking Maharaja atau 'Emperor Scorpion' dengan nama saintifiknya Pandinus imperator iaitu sebagai salah satu spesies terbesar di dunia, berwarna hitam yang mana ia berasal dari Afrika dan mempunyai sifat yang agak tenang serta kurang berbisa.Ada juga Jenis Kala Jengking Pembunuh (Deathstalker atau Leiurus quinquestriatus adalah jenis Kala jengking kuning dari Timur Tengah yang sangat agresif dan mempunyai bisah yang amat kuat serta berbahaya kepada manusia. Bagi Jenis Kala Jengking Merah India (Hottentotta tamulus) ia dianggap antara yang paling berbahaya di dunia dengan bisah yang boleh mengancam nyawa. Bagi Jenis Kala Jengking Ekor Gemuk (Androctonus) ia adalah jenis dari kawasan gurun yang mempunyai ekor tebal dan toksin yang kuat.
Apa pun fakta mengenai Kitaran Hidup kala jengking merangkumi tiga peringkat utama dalam kehidupannya. Fasa kehidupannya dari Fasa Mengawan dan persenyawaan, Fasa Melahirkan Anak (tidak bertelur) dan Fasa Proses Menyalin kulit (persalinan) beberapa kali sehingga menjadi kala jengking dewasa. Jangka hayatnya agak panjang antara 3 hingga 8 tahun di dalam habitat semula jadi. Walau bagaimanapun dilaporkan ada sesetengah spesies yang besar seperti kala jengking mampu hidup lebih lama iaitu sehingga 10 hingga 25 tahun bergantung kepada jenis spesies dan penjagaan. Penulis bloh kongsi fakta peringkat Kitaran Hidup Kala Jengking pertama iaitu Fasa Mengawan apabila jengking jantan dan betina melakukan 'tarian' sebelum proses pemindahan benihnya dan proses persenyawaan berlaku. Kemudian adalah Fasa kedua iaitu Fasa Melahirkan Anak dimana ia amat berbeza dengan serangga biasa apabila kebanyakan kala jengking melahirkan anak hidup-hidup (bukan bertelur di luar). Tempoh kandungan boleh mengambil masa dari beberapa bulan hingga setahun sebelum anaknya dilahirkan. Anak kala jengking ini akan berada di atas 'Belakang Ibu' iaiitu selepas lahir, anak-anak kecil akan memanjat dan tinggal di atas belakang ibu mereka sehingga kulit keras (eksoskeleton) mereka terbentuk dan sedia serta cukup kuat untuk berdikari. Fasa ketiga kala jengking adlah Fasa Menyalin Kulit (Instar atau Molting) dimana dari peringkat anak kala jengking membesar dengan cara menyalin kulit sebanyak 5 hingga 7 kali sebelum mencapai usia dewasa sepenuhnya. Kala jengking salin kulit (ekdisis) ialah proses menanggalkan rangka luar keras (eksoskeleton) lama untuk membolehkan badan mereka membesar. Proses ini mengambil masa beberapa jam yang akan bermula apabila kulit belakangnya retak lalu ia keluar meninggalkan kulit kosong dan berada dalam keadaan lembut serta lemah selama beberapa hari sehingga kulit baharu mengeras (Sila lihat foto disebelah). Tanda-tanda bagi Kala Jengking Hendak Salin Kulit bila ia kurang aktif dan suka bersembunyi di tempat gelap dan ia tidak mahu makan selama beberapa hari atau minggu. Pada bahagian perut kelihatan lebih besar atau kembung kerana kulit baharu sedang terbentuk di dalamnya. Kala jengking akan merangkak keluar secara perlahan membawa bahagian kaki, penyepit dan ekor dimana selepas keluar maka badan kala jengking berwarna putih atau pucat dan sangat lembut. Apa pun proses pentimg iaitu penjagaan Selepas Salin Kulit ia sangat lemah dan jangan ganggu atau sentuh kerana badan dan penyepit mereka lembut serta mudah cedera. Proses Pengerasan kulit baru akan memerlukan beberapa hari untuk menjadi keras dan gelap seperti asal. Kulit baharu yang masih lembut belum boleh memantulkan cahaya hijau-biru di bawah lampu ultraungu (fluorescence) sehingga ia benar-benar keras. Penulis bloh kongsikan fakta dimana kala jengking dan pertanian merujuk kepada industri penternakan kala jengking secara komersial (scorpion farming). Industri moden ini dijalankan untuk mengutip bisa (venom) yang berharga sangat tinggi bagi kegunaan dunia perubatan, farmaseutikal dan untuk penyelidikan bioteknologi. Antara beberapa kaedah dan tujuan Penternakan adalah untuk Aktiviti Pengeluaran Bisa (venom) sebab bahan bisa kala jengking digunakan untuk menghasilkan ubat tahan sakit, merawat kanser, dan penyelidikan penyakit kronik. Ia memang mempunyai nilai komersial apabila cecair bisa ini (jenis venom) merupakan antara bahan cecair paling mahal di dunia dimana ia selalunya akan dieksport ke negara maju untuk produk kesihatan dan farmasi. Cara pengurusan Ladang Kala Jengking Mesti Dalam Persekitaran Terkawal yang hanya diternak di dalam lokasi dan dalam bekas khas atau bangunan tertutup yang menyerupai makmal dengan suhu dan kelembapan tertentu. Pemakanan ternakan ini akan diberi makan serangga kecil seperti cengkerik atau ulat dan bisa atau venomny akan diekstrak secara berhati-hati iaitu caranya dengan menggunakan alat elektrik atau manual (picitan) secara berkala. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
KALA JENGKING...IA SELALU BERBISA...BANYAK SPESIS....DISELURUH DUNIA...
FAKTA MENARIK....TERUSKAN MEMBACA...
SUDAH MEMBACA... ARTIKEL BERGUNA....
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 RabiulAwal 1448H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.