Burger ialah sejenis makanan yang sangat popular di makan oleh jutaan manusia setiap hari yang mana makanan ini ia adalah kepingan daging, ayam dan di bubuh sos serta sayuran di tengah. Daging ayam atau daging lembu ia akan diletakkan di dalam roti yang dibelah dua dimana lazimnya orang suka makan burger dengan sayur dan sos cili atau sos tomato atau pelbagai jenis sos lain. Apa pun dilaparkan dimana beberapa jenis burger popular terdiri dari jenis Burger Daging (Daging lembu cincang), Jenis Burger Ayam (Daging ayam kisar atau goreng), Jenis Cheeseburger (ada di tambah kepingan keju), Jenis Burger Oblong (ada roti dan daging bentuk panjang) yang di hidangkan. Bagaimana pun secara amnya dimana bahan biasa komponen makanan burger ini adlaah terdiri dari Roti Bulat (bun) atau roti panjang, burger daging atau daging ayam, salad dan timun atau tomato atau kobis, sos tomato, sos cili atau mayonis. Apa pun aspek sehingga artikel ini di tulis masih tidak ada angka rasmi global yang merangkumi jumlah keseluruhan pengeluaran burger di seluruh dunia kerana ia dihasilkan oleh jutaan restoran bebas yang beroperasi diseluruh dunia sehingga kepada pengusaha gerai kecil, masak sendiri di rumah dan francais antarabangsa. Namun ada statistik dari pihak McDonald's dimana syarikat ini sahaja menyatakan anggarkan menjual kira-kira 6.5 juta biji burger setiap hari di seluruh dunia manakala pasaran global untuk produk burger siap proses bernilai sekitar USD 5.1 bilion (RM20.84 billion). Dalam pada itu mengikut sumber dimana anggaran jualan burger oleh pihak francais utama dimana pihak rangkaian makanan segera besar seperti McDonald's dan Burger King menghasilkan berbilion-bilion burger setiap tahun merentasi puluhan ribu cawangan global. Paling hebat kemajuan makanan burger ini adalah apabila suah ujud Pakej Pek Burger Sejuk Beku yang membolehkan industri makanan ini terus berkembang pesat. DI Malaysia di laporkan yang rantaian gerai kecil dan perusahaan tempatan menyumbang jutaan lagi unit pengeluaran setiap hari secara domestik dan eksport. Dilaporkan dimana di Amerika Syarikat adalah 'Negara pemakan dan pengeluar' makanan jenis burger terbesar di dunia apabila rakyat di sana makan paling banyak makanan segera dengan nilai industri bernilai sehingga berbilion-bilion burger setiap tahun. Di USa di laporkan makanan burger merupakan sejenis makanan utama dan menjadi pilihat nombor satu sejak lama. Sudah menjadi buda yan dan tabiat rakyat USA yang ke premis banyak kedai makanan segera dengan kekerapan yang sangat tinggi. Paling unik sehingga ada rekod individu dimana ada warga Amerika makan puluhan ribu burger seumur hidup dimana individu yang memegang rekod dunia kerana makan burger paling banyak dalam seumur hidup ialah namanya Donald Gorske dari Amerika Syarikat yang telah menghabiskan lebih 35,000 biji burger Big Mac apabila di rekodkan dia mula makan burger ini setiap hari sejak 17 Mei 1972. Dia dilaporkan sebagai seorang Pemegang Rekod Dunia Guinness untuk jumlah burger Big Mac dimakan terbanyak seumur hidupnya iaitu memakan kira-kira satu hingga dua biji burger Big Mac setiap hari secara konsisten selama lebih 50 tahun lamanya.
Di laporkan dimana cara membuat burger gaya gerai Malaysia yang sedap adalah dengan menyediakan roti bun, daging atau ayam kisar (patty), telur, marjerin, sos Worcestershire atau perisa Maggi serta sayuran segar seperti timun, tomato dan salad. Masak daging di atas kuali panas tanpa menekan-nekannya supaya ia kekal berjus. Bahan-bahan utama yang perlu ada memasak burger di Malaysia terdiri dari Roti bun burger, Patty daging atau ayam, Telur Ayam, Marjerin atau mentega, Sos cili, SOs Tometo dan bahan mayonis, Sos perisa (Maggi seasoning atau Sos Worcestershire) serta bahan sayur (salad, timun, tomato) atau bawang besar. Cara memasak atau membuat burger ini bagi penulis blog yang sesekali membuatnya sendiri di rumah amat mudah dan cepat juga. Pertama perlu di panaskan kuali lepar atas api dan di panaskan sedikit marjerin di atas kuali. Kemudian di masak patty burger (biasanya sejuk beku) sehingga masak dan jangan tekan daging supaya airnya tidak kering. Kemudian dititiskan sedikit sos perisa di atas daging dan boleh di pecahkan telur, ratakan nipis di atas kuali jika mahu gaya makanan burger special. Selanjtnya perlu di bakar sebentar bahhagian dalam dan kulit roti bun yang sudah disapu marjerin atas kuali sehingga agak garing. Angkat roti bun dan ditengahnya di bubuh patty burger (ayam atau daging) dan di tambah dengan berlapiis-lapis sayur salad, timun, tomato, patty, hirisan bawang besar, telur dan sos di dalam roti dan di rapatkan roti bun membentuk kepingan makanan burger yang sedia di makan. Kini penulis blog semakin suka makan Burger Bakar iaitu sejenis burger yang menggunakan daging kisar (tebal dan dibuat sendiri) yang dimasak atas pemanggang atau diatas grill dan ia bukan sekadar digoreng di atas kuali leper biasa dengan minyak sedikit. Jenis ini selalunya dagingnya sering diperap dengan rempah dan sos rahsia menghasilkan rasa yang lebih berjus serta beraroma asap. Antara keunikan burger bakar dimana ia selalunya di bubuh lapisan daging burger yang 'Tebal' iaitu ia akan menggunakan patty daging lembu, kambing atau ayam buatan sendiri yang tebal dan berair. Kemudian ia akan di masak atau dipanggang atas api diman ia akan meninggalkan kesan jalur hitam panggang pada daging dan roti. Ia akan di bubuh jenis sos Lebat dan Keju Leleh dimana ia akan sesuai dihidangkan bersama sos lada hitam, keju cair, mayonis dan sayuran segar. Memang keunikan burger ini adalah ia bersaiz besar dimana dilaporkan kebanyakan gerai menjual saiz yang besar atau bertingkat-tingkat dan penulis suka sesekali membelinya juga (Sila lihat foto paling bawah sekali). Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
CEPAT DISEDIA...MAKANAN SEGERA...
PELBAGAI JENISNYA....ENAK RASA...
RAMLY BURGER...PJENAMA DI MALAYSIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 RabiulAwal 1448H).
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 RabiulAwal 1448H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.