Sunday, November 17, 2024

SEMBANG AIR KELAPA TUA - APA HEBATNYA (Pt 2)

AIR KELAPA TUA
merupakan satu komponen penting dalam biji kelapa yang sudah matang dan selalunya ia gugur sendiri dsri pokok. Tanaman Kelapa (Cocos nucifera) merupakan sejenis tumbuhan tropika yang tumbuh di kawasan pesisir pantai atau di tanam secara komersial terutama di kawasan kepulauan tropika di seluruh dunia digelar sebagai 'tree of life'. Memang kesemua bahagian tumbuhan kelapa mempunyai kegunaannya tersendiri untuk dijadikan sebagai bahan asas makaan, bahan bakar, bahan binaan, bahan ktaftangan dan banyak lagi. Malaysia mempunyai sekitar 82,000 hektar kawasan tanaman kelapa dimana mampu menghasilkan sekitar 600 juta biji kelaa setahun. Kawasan utama yang ada menanam dan menghasilkan kelapa adalah di Negeri Johor, Selangor, Perak, Sarawak dan Sabah. Air kelapa di Malaysia sejak dahulu merupakan sejenis minuman berkhasiat yang telah di komersialkan terutama AIR KELAPA MUDA. Ini kerana air kelapa muda mempunyai aroma wangi (seperti air kelapa panda), lebih manis dan menyegarkan setelah diminum (setelah disejukkan). Bagaimana pun dikalangan rakyat Malaysia mereka masih kurang mengetahui akan kehebatan air kelapa tua. Bagi penulis blog memang agak unik meminum air kelapa tua pada kali pertama meminumnya kerana seakan ada 'bau minyak' pula rasanya. Sebenarnya air kelapa baik yang muda maupun tua sebenarnya memiliki manfaat alam aspek kesihatan yang sama. Perbezaannya hanya kepada jumlah kandungan air dalam kelapa dan rasanya. Kelapa tua biasanya memiliki sedikit air dan lebih banyak daging isi berwarna putih. Apa pun daging isinya juga selalunya ia mempunyai tekstur yang lebih keras. Ciri air minuman kelapa tua selalunya kandungan gula akan berkurangan semasa berada ditahap kematangan kelapa bertambah. Bagi kalangan pengguna dan peminat air kelapa jika lebih suka minuman yang tidak terlalu manis maka meminum air kelapa tua bolej ia menjadi pilihan minuman sihat. Kajian saintis mendapati kandungan butrisi pada Air Kelapa dalam secawan (berat 245 gram) menyediakan tenaga sebanyak 44 kkal, lemak (0), Natrium (64 miligram), Karbohidrat (10.4 gram), Serat (0 g), Gula (9.6 gram), Protein (0.5 gram), Vitamin C (24.3 miligram), Kalium atau potasium (404 miligram). Secara umumnya minuman air kelapa dapat menurunkan kadar gula darah pada pengidap diabetis jika diminum segar terus dari buahnya dan ia adalah merupakan sumber magnesium yang baik. Unsur Magnesium dapat meningkatkan insulin dan menurunkan kadar gula darah. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa fakta yang penting mengenai kehebatan air kelapa khususnya air kelapa tua untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Air kelapa tua yang diminum di laporkan ia akan 
Mencegah Kejadian Batu Ginjal sebab selalunya batu karang dalam buah pinggang ini akan terbentuk ketika terjadi penumpukan zat-zat sisa dalam tubuh yang membentuk kristal atau batu-batuan kecil. Jika tidak dikeluarkan melalui urine maka batu kristal-kristal tersebut akan membesar dan menyubat ginjal maupun saluran kencing. Meminum air kelapa tua dapat mencegah pembentukan batu dalam urine sebab selalunya air kelapa tua juga akan meningkatkan frekuensi buang air kecil sehingga ini akan membantu pengeluaran zat-zat sisa dari badan maka prosea atau pembentukan batu ginjal pun dapat dicegah. Selain itu dilaporkan minum air kelapa tua akan Mengawal Gula dalam Darah terutama kepada pesakit kencing manis (diabetis). Ada dijelaskan jika kandungan Magnesium (Mg) yang ada didalam air kelapa tua akan dapat meningkatkan sensitiviti insulin dalam tubuh sehingga kadar gula darah bagi kalangan pesakit diabetes terkawal dengan lebih baik. Kehebatan seterunys yang ke lima dimana air kelapa tua akan bantu Menurunkan Kolesterol terutamanya jenis Kolesterol Jahat (LDL) dan bahan Trigliseride dalam badan serta akan meningkatkan kadar Kolesterol Baik (HDL). Manfaat ini berpunca dari bahan kandungan Asid Amino, Asid Askorbat, Kalsium dan Kalium dalam air kelapa tua yang tinggi. Nutrisi-nutrisi tersebut dari kajian didakwa ia membantu mengurangkan bahan kolesterol. Ada kajian dikaitkan dimana manfaat air kelapa tua ini bahkan dikatakan sama efektifnya dengan efek Ubat statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol. Paling unik dengan meminum air kelapa tua adalah ia mampu Menurunkan Kes Tekanan Darah yang menganggu kesihatan seseorang. INi kerana unsur Kalium yang tinggi dalam air kelapa tua adalah dapat menurunkan tekanan darah pada penderita yang ada masaalah Tekanan Darah Tinggi. Kalium dapat merelakkan akan organ dinding pembuluh darah sehingga tekanan darah kemudian akan menurun. Apa pun dilaporkan dimana kalium dalam air kelapa tua juga bermanfaat untuk membantu dalam mengeluarkan jumlah natrium berlebih dalam tubuh. Natrium berlebihan ini didakwa ia akan menyebabkan tekanan darah meningkat. Apa pun amalan minum air kelapa tua akan bantu tekanan darah akan turun. Bagaimana pun orang yang sedang mengambil ubat tekanan darah tinggi moden sebaiknya tidak mengambil air kelapa tua secara berlebihan. Kajian mendapati dimana mengambil air kelapa tua berlebihan dan ubat tekanan darah secara bersamaan dapat menyebabkan penurunan tekanan darah terlalu drastik yang akan membahayakan kesihatan.


Paling kurang mungkin di percayai akan dakwaan jika minum air kelapa tua akan 
Mencegah Serangan Sakit Jantung sebab ia kan menurunkan tekanan darah dengan minum air kelapa tua. Perkara ini boleh berlaku kerana bila berlaku kes tekanan darah tinggi yang mana ia merupakan salah satu faktor yang selalu meningkatkan risiko terjadinya serangan jantung. Selain itu aspek kandungan kalium dalam air kelapa tua yang cukup tinggi juga dapat membantu irama jantung berdetak lebih teratur. Kedua manfaat ini akan membantu menjaga tekanan darah tetap normal sehingga membantu menurunkan risiko terkena serangan jantung. Benarkan dakwaan jika minum air kelapa tua akan dapat Mencegah Timbulnya Jerawat pada bahagian kuit?. Manfaat air kelapa tua juga didapat dari kandungan antimikrobe dimana di dalamnya yang dapat membantu mencegah timbulnya jerawat. Sebaiknya untuk mendapatkan manfaat ini pembaca blog ini boleh sapukan air kelapa tua ke kulit yang berjerawat. Dakwaan selanjutnya adalah dimana air kelapa tua juga Mencegah Kedut Muka sebab bahan radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang dapat merosakkan sel-sel dalam tubuh. Ketika sel-sel dalam tubuh sudah rosak makan keadaan ini seterusnya akan dapat mempercepatkan berlaku proses penuaan awal dari biasa seperti ujud kedutan pada kulit muka. Kandungan antioksidan dalam air kelapa tua efektif mencegah terjadinya kedut-kedut kulit dan ia juga membantu tubuh melawan kerosakan sel-sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Dengan ini maka kulit akan tetap sihat pengguna akan kurang atau lambat berkedut, tiada kes flek hitam atau pun tanda berlaku tanda penuaan yang lainnya. Apa pun minum air kelapa tua akan membantu  Menurunkan Risiko Terkena Kanser kerana air kelapa tua efektif melindungi tubuh dari paparan radikal bebas yang menyebabkan akan timbulnya berbagai penyakit dan salah satunya adalah kanser. Manfaat air kelapa tua ini didapat dari kandungan bahan antioksidan di dalamnya yang dapat mencegah terjadinya radikal bebas. Ia kan kes kerosakan sel-sel tubuh dapat dicegah dan risiko terkena kanser pun dapat dikurangkan. Sesiapa yang ingin minum air kelapa tua memang caranya cukup mudah iaitu ambil kelapa yang baru dikupas. Sebaiknya semua pengguna tidak menambahkan sirap atau gula untuk mencegah penambahan kalori. APa pun manfaat air kelapa tua untuk kesihatan tubuh memang sangat banyak jasil banyak kajian saintis dilaporkan. Dilaporkan dimana air kelapa tua mempunyai kandungan kalium yang tinggi dan meminumnya terlalu banyak kalium menyebabkan isu Hyperkalemia bagi mereka yang sedang mengambil ubat terkanan darah tinggi. Sesiapa ada masaalah seperti Masaalah Buah Pinggang Kronik atau Sindrom Keradangan Usus Besar sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum meminum air kelapa muda.


Dalam portal mediaprima.com dilaporkan artikel bertajuk '
Memanfaatkan air kelapa tua' yang sesuai untuk dirujuk.  Memang di Malaysia dan sebahagian besar dunia tahu jika kelapa tua sudah sememangnya sinonim dengan penggunaan isinya yang menghasilkan santan atau kerisik dalam makanan. Malah, ada juga menjadikan isi kelapa tua sebagai pemanis termasuk jeli pejal. Jika bercerita mengenai air kelapa pula, biasanya air kelapa muda menjadi pilihan kerana rasanya yang lebih sedap untuk diminum berbanding air kelapa tua. Air kelapa tua biasanya menjadi bahan buangan apabila isinya digunakan untuk dijadikan bahan makanan seperti dinyatakan di atas. Melihat kepada pembaziran air kelapa tua, kumpulan penyelidik yang diketuai Pegawai Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Mohd Izwan Mohd Lazim mencetuskan idea untuk menjadikan air kelapa tua sebagai minuman bermanfaat kepada manusia atau minuman berfungsi. Katanya, penyelidikan berkenaan yang dijalankan dalam tempoh tiga tahun bermula 2018 hingga 2020 itu berjaya menghasilkan produk air kelapa tua sebagai minuman berfungsi yang diberikan nama air kelapa difermentasi. Hasil kajian yang dilaksanakan kumpulan penyelidik kami mendapati air kelapa tua sebenarnya mampu menjadi air minuman tenaga semula jadi. Penggabungan dua jenis kultur mikroorganisma dan ramuan formulasi memberi nilai tambah air kelapa tua dengan peningkatan kandungan sebatian bioaktif seperti asid organik serta asid amino melalui proses fermentasi bakteria asid laktik. Proses fermentasi ini menghasilkan kandungan asid laktik yang tinggi dan bertindak sebagai bahan pengawet semula jadi dalam produk tanpa menggunakan bahan pengawet sintetik. Formulasi yang dihasilkan juga meningkatkan rasa produk yang lebih astringen dan sedap. Oleh itu, kumpulan penyelidik membangunkan satu proses fermentasi yang optimum dan terkawal bagi menghalang berlakunya kontaminasi daripada bakteria yang tidak diingini. Bercerita mengenai potensi produk berkenaan, katanya, di Malaysia terdapat sekitar 15 hingga 20 kilang memproses buah kelapa untuk dijadikan pelbagai produk terutama berasaskan isinya. Kini bekalan kelapa diperoleh dari Indonesia melalui permit import yang dikawal Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Dianggarkan kuota import tahunan kelapa tua kira-kira 120 hingga 150 juta biji. Bakinya dianggarkan 38 juta pula diperoleh daripada pembekal tempatan. Kebanyakan kilang atau industri memproses buah kelapa tua untuk menghasilkan santan dan produk asas lain seperti minyak kelapa dara serta kerisik. Adalah dianggarkan 180,000 liter air kelapa tua dibuang industri ini dan tidak banyak kajian dilakukan untuk nilai tambah air kelapa tua selain daripada penghasilan produk jeli serta cuka sahaja. Hasil kajian yang ditemui mendapati air kelapa tua mempunyai nilai khasiat yang tinggi sesuai untuk menghasilkan produk minuman baharu. Bagaimanapun kini terdapat cabaran dalam pembangunan produk ini kerana air kelapa mudah berubah sifatnya dan cepat rosak. Menerusi teknologi fermentasi ia membantu meningkatkan kandungan sebatian bioaktif dan memanjangkan tempoh jangka hayat produk berkenaan. Air kelapa tua difermentasi yang dibangunkan ini boleh dipelbagaikan formulasi mengikut cita rasa dan keperluan pengguna. Bagi membuktikan air kelapa tua mampu menjadi produk air tenaga baharu, pihaknya juga akan menjalankan kajian kepada mereka yang menjalankan gaya hidup aktif terutama dalam bidang sukan. Hasil ujian menunjukkan dengan memberi uji rasa kepada pengguna di pasaran dan sebanyak 93% pengguna bersedia untuk menjadi pembeli. Didakwa dari segi keupayaannya sebagai air tenaga, menerusi kajian yang dilaksanakan sememangnya air kelapa tua mempunyai tahap upaya sama seperti produk air tenaga yang ketika ini berada di pasaran. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
AIR KELAPA.. POPULAR YANG MUDA...
AIR KELAPA TUA... BAGAIMANA RASA...
BANYAK KHASIAT... BACA SAHAJA...
SUDAH TAHU... KINI MAHU MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Jamadilakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.