Saturday, November 16, 2024

SEMBANG AIR KELAPA TUA - APA HEBATNYA (Pt 1)

AIR KELAPA TUA merupakan satu komponen penting dalam biji kelapa yang sudah matang dan selalunya ia gugur sendiri dsri pokok. Tanaman Kelapa (Cocos nucifera) merupakan sejenis tumbuhan tropika yang tumbuh di kawasan pesisir pantai atau di tanam secara komersial terutama di kawasan kepulauan tropika di seluruh dunia digelar sebagai 'tree of life'. Memang kesemua bahagian tumbuhan kelapa mempunyai kegunaannya tersendiri untuk dijadikan sebagai bahan asas makaan, bahan bakar, bahan binaan, bahan ktaftangan dan banyak lagi. Malaysia mempunyai sekitar 82,000 hektar kawasan tanaman kelapa dimana mampu menghasilkan sekitar 600 juta biji kelaa setahun. Kawasan utama yang ada menanam dan menghasilkan kelapa adalah di Negeri Johor, Selangor, Perak, Sarawak dan Sabah. Air kelapa di Malaysia sejak dahulu merupakan sejenis minuman berkhasiat yang telah di komersialkan terutama AIR KELAPA MUDA. Ini kerana air kelapa muda mempunyai aroma wangi (seperti air kelapa panda), lebih manis dan menyegarkan setelah diminum (setelah disejukkan). Bagaimana pun dikalangan rakyat Malaysia mereka masih kurang mengetahui akan kehebatan air kelapa tua. Bagi penulis blog memang agak unik meminum air kelapa tua pada kali pertama meminumnya kerana seakan ada 'bau minyak' pula rasanya. Sebenarnya air kelapa baik yang muda maupun tua sebenarnya memiliki manfaat alam aspek kesihatan yang sama. Perbezaannya hanya kepada jumlah kandungan air dalam kelapa dan rasanya. Kelapa tua biasanya memiliki sedikit air dan lebih banyak daging isi berwarna putih. Apa pun daging isinya juga selalunya ia mempunyai tekstur yang lebih keras. Ciri air minuman kelapa tua selalunya kandungan gula akan berkurangan semasa berada ditahap kematangan kelapa bertambah. Bagi kalangan pengguna dan peminat air kelapa jika lebih suka minuman yang tidak terlalu manis maka meminum air kelapa tua bolej ia menjadi pilihan minuman sihat. Kajian saintis mendapati kandungan butrisi pada Air Kelapa dalam secawan (berat 245 gram) menyediakan tenaga sebanyak 44 kkal, lemak (0), Natrium (64 miligram), Karbohidrat (10.4 gram), Serat (0 g),  Gula (9.6 gram), Protein (0.5 gram), Vitamin C (24.3 miligram), Kalium atau potasium (404 miligram). Secara umumnya minuman air kelapa dapat menurunkan kadar gula darah pada pengidap diabetis jika diminum segar terus dari buahnya dan ia adalah merupakan sumber magnesium yang baik. Unsur Magnesium dapat meningkatkan insulin dan menurunkan kadar gula darah.  Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa fakta penting mengenai kehebatan air kelapa khususnya air kelapa tua untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Pertama dimana air kelapa tua akan Meningkatkan Kesihatan Jantung dimana merujuk journal ilmiah berjudul 'The Effect of Coconut Water (Cocos nucifera L.) and An Isotonic Drink on The Change of Heart Rate Frequency in The Rats Induced Hypertension oleh Procedia Chemistry Journal' yang nyatakan dimna air kelapa bermanfaat untuk mengurangi risiko penyakit jantung. Tekanan darah tinggi atau 'Hipertensi' dilaporkan ia akan dapat memicu penyakit jantung. Sesiapa yang meminum air kelapa dilaporkan ini dapat mencegah tekanan darah tinggi dengan membantu menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik secara signifikan. Air kelapa juga didakwa boleh ia memulihkan tekanan darah tinggi yang terjadi kerana pola makan yang kaya akan unsur fruktosa. Amalan meminum boleh dilakukan oleh semua golongan unmur terutama mereka yang sudah dewasa dan mempunyai masaalah kesihatan serta mudah mendapatkannya. DIkalangan ahli sukan di seluruh dunia kini sudah di laporkan dimana air kelapa sduah pun dimanfaatkan Sebagai Minuman Olahraga kepada ahli sukan. Ini kerana air kelapa mengandung bahan elektrolite yang semulajadi sesuai untuk kegiatan aktif ahli sukan. APa pun dilaporn secawan air kelapa diminum setidaknya ia adabahan yang mengandungi sebanyak 404 miligram kalium. Adapun dilaporkan mineral Kalium (K) ini berperanan penting dalam tubuh iaitu termasuk membantu fungsi buah pinggang (ginjal) dan aktiviti kontraksi otot. Minuman ini boleh menjadi alternatif terbaik untuk dijadikan sebagai minuman olahraga yang kni ada dijual bebas. Menariknya lagi dilaporkan yang mana air kelapa yang ada lebih banyak kalium atau potasium daripada minuman olahraga jenama lain dipasaran rasanya enak. Bahan Potasium merupakan elektrolit utama yang hilang dalam pengeuaran peuh semasa aktif bersukan. Didakwa juga dimana unsur karbohidratnya lebih sedikit daripada banyak minuman olahraga. Perkara ini membuat minuman ini belum tentu memberikan tambahan tenaga yang besar untuk latihan yang berat atau lama. Didakwa yang minuman ini dapat bagi membantu proses rehidrasi sesudah olahraga. Apa pun penting untuk mendapatkan nasehat doktor apabila ingin mendapatkan minuman air kelapa terutama masa dan kuantiti yag tepat sebagai ahli sukan.


Dalam kajian lain dilaporkan dimana minum air kelapa tua juga mempu Menurunkan Kandungan Kolesterol dalam darah. Dilaporkan bahan Potasium yang tinggi didalam air kelapa akan dapat membantu mengatur kes tekanan darah. Hasil kajian menunjukkan dimana pola kehadiran memakan kelapa yang kaya kalium dapat mendukung aspek kesihatan jantung dengan mengatur tekanan darah dan menghindarkan dari kes stroke. Fakta keempat meminum air kelapa dimana ia didakwa akan Melindungi Tubuh Dari Radikal Bebas kerana air kelapa mengandung antioksidan, yang melindungi dari radikal bebas. Antioksidan dapat melawan kerusakan sel, meningkatkan imun tubuh, serta menurunkan risiko mengidap beberapa jenis penyakit kronik. Paling boleh di percayai jika kajian seterusnya dakwa dan menyatakan dimana manfaat air kelapa untuk Menyehatkan Kulit, Meningkatkan Kelembapan dan juga aspek Elastisitasi kulit. Peminat air kelapa tidak hanya ambil iaitu sebagai minuman akan tetapi dengan menyapukannya ke bahagian kulit juga memberikan manfaat signifikan. Ia didakwa akan dapat membantu mengurangkan akan tanda-tanda isu penuaan, kerutan halus dan proses pigmentasi. Memang banyak fakta menyatakan dimana air kelapa akan dapat  untuk Menyeimbangkan Elektrolit Tubuh dimana aspek dalam  keseimbangan elektrolit ini memengaruhi fungsi otot dan produktiviti seseorang. Dalam air kelapa ia mengandungi bahan termasuk Natrium, Kalium, Kalsium dan Magnesium dimana unsur ini adalah elektrolit yang penting bagi kesihatan seseorang untuk kekal aktif. Agak tidak ramai kalangan para pembaca blog Anim Agro Technology yang tahu jika air kelapa dilaporkan akan Membantu Menghilangkan Mual Semasa Fasa Kehamilan seseorang wanita. Ini kerana bahan elektrolit dalam minuman ini didakwa dapat membantu menggantikan cairN yang hilang semasa muntah atau mual di pagi hari. Nutrisi di dalamnya juga bermanfaat bagi janin yang sedang berkembang dalam perut dan itulah sebabnya mengapa perlu di ketahuia akan kepentingan ibu hamil menjadikan air sihat ini untuk diminum sebagai pilihan terbaik. Apa pun pada penulis blog percaya jika manfaat air kelapa tua selalu boleh didapati dari berikan kandungan mineral dan vitamin yang pasti ada didalamnya. Salah satu manfaat dari beragam kandungan dalam buah tropika ini sebabia bantu mengembalikan cairan dan elektrolit yang hilang sehingga akan terhindar dari kesan kekurangan cairan tubuh atau dehidrasi. Apa pun air kelapa biasanya berasal dari kelapa muda yang berumur 6 - 9 bulan sebagai kelapa muda dan 12 bulan sebagai air kelapa tua. Selalunya kuantiti atau jumlah air yang ada pada kelapa tua jumlahnya adalah sedikit daripada kelapa muda.


Pada penulis blog melihat dimana kebanyakan masyarakat lokal hanya memanfaatkan isi daging kelapa tua untuk diolah menjadi santan dan digunakan dalam masakan. Ada banyak kajian terhadap air dari kelapa tua yang juga ianya sangat menyihatkan dan dapat dikonsumsi sebagai minuman diet bagi kesihatan. DIlaporkan dimana kadar gula pada air kelapa tua lebih tinggi sedikit daripada dalam air kelapa muda. Selain itu kajian mendapati dimana masih ada banyak manfaat air kelapa tua yang sesuai diambil. Kandungan nutrisi Air Kelapa Tua sesuai dijadikan minuman sihat sebab dalam 250 mililiter, atau setara dengan 1 cawan dimana air kelapa ia didakwa mengandungi berikan tenaga 44 kalori saja dan pastinya yang minuman ini juga bebas lemak. Kalau dulu mungkin masih ramai pembaca blog ini yang tidak suka minum air kelapa tua. Ini adalah kerana kini mereka hanya membeli santa kelapa dan kurang mendapat akses minum air kelapa tua. Ia juga  disebabkan oleh jumlah air kelapa tua yang sedikit dan rasanya yang kurang manis. Padahal pada penulis blog dapati dimana air kelapa tua memiliki banyak nutrisi serta kesan baik dari bahan antioksidan, antiradang, antibakteria, dan antivirus yang bermanfaat untuk kesihatan. Ia juga dilaorkan akan memgatasi masalah atau Mengatasi Dehidrasi sebab dengan minum air tua juga ia membantu mengembalikan elektrolit dan cairan tubuh yang hilang. Ia berkesan mungkin berpunca dari kehilangan cairan sebab cirit birit mahupun setelah aktiviti seperti berolahraga. Minum air kelapa tua tidak hanya dapat memenuhi keperluan cairan badan tetapi juga menggantikan elektrolit penting yang diperlukan oleh tubuh seperti kalium, natrium, kalsium dan magnesium. Ramai pembaca yang tahu jika air kelapa tua kini sudah Menjadi Minuman Isotonik yang Semulajadi dan dapat mengembalikan elektrolit dan cairan tubuh yang hilang. Manfaat air kelapa tua yang satu ini didakwa ia ada kandungan karbohidrat yang dapat menjadi sumber energi atau tenaga untuk mempertahankan stamina dan ketahanan otot semasa seseorang berolahraga. Apa pun dimana kandungan kalium dan magnesium dalam air kelapa tua akan memaksimalkan kinerja otot selama berolahraga. Minuman ini juga akan membantu pemulihan otot setelah berolahraga sehingga dapat mengurangkan rasa kesakitan pada otot atau isu krem. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro tchnology kali ini. Wasallam!!..
AIR KELAPA TUA... IA BANYAK GUNA...
BERKHASIAT...BAHAN MINERALNYA...
ENAK DI MINUM... DI SEJUKKAN PULA...
INDUSTRI AIR KELAPA...BAIK DI JANA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, utrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 JamadilAkhir 1446H)
Posted from
Room 226, Royal Chulan Hotel,
Penang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.