Monday, November 18, 2024

DILLEMA NELAYAN KETAM NIPAH

DILEMA NELAYAN KETAM NIPAH
(Scylla serrata) kini dilihat ia semakin di viralkan dalam media tempatan di Malaysia. Ketam nipah merupakan sejenis haiwan yang sesuai diternak secara komersial dan ia memberikan keuntungan dan mampu menjana pendapatan. Kini telah ada teknologi ternak ketam nipah yang semakin dipertingkatkan. Pada penulis blog ketam nipah adalah haiwan dari jenis krustacea iaitu bercangkerang seperti udang. Ia juga dikenali sebagai ketam bakau atau ketam lumpur dari keluarga Portunidae. Secara semulajadi ketam hidup serta membiak di sekitar paya bakau, kuala sungai, tepi pantai atau laut, dalam air payau atau air masin mengikut masa air pasang dan surut. Menternak ketam menggunakan kolam atau 'membintur' begitu popular terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Lazimnya kolam-kolam dibuat sekitar paya bakau atau berdekatan dengan laut kerana memerlukan air payau atau air masin. Namun teknik ini sebenarnya akan memerlukan kawasan yang luas berbeza dengan teknologi menggunakan bakul plastik yang mana ia lebih mudah diuruskan. Lazimnya teknoligi untuk proses menggemukkan memerlukan bekas khas untuk mengisi benih ketam secara berasingan kerana ketam adalah dari spesies yang ganas, karnivor dan tahan lasak serta akan memakan sesama sendiri apabila lapar. Ketam nipah membiak secara bertelur dan boleh membesar sehingga karapasnya mencapai 20 sentimeter atau lebih iaitu dengan berat badan melebihi satu kg (kilogram) hingga empat kg seekor. Ketam nipah boleh diperolehi dalam tiga warna iaitu hijau, coklat dan merah. Ketam tersebut mempunyai potensi dalam bidang industri perikanan terutamanya kegiatan separa kultur. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa masaalah atau dilema menternak ketam nipah ini boleh dijadikan satu bidangusaha yang menjana pendapatan.


Merujuk kepada beberapa artikel dan tinjauan peribadi di kawasan penternakan ketam nipah di Pahang, Kedah dan Perak dimana sesuai untuk dikongsikan akan masaalah atau dilema nelayan ketam nipah yang dihadapi. Salah satu lokasi adalah bagaimana nelayan ketam di Kuala Gula di Perak dan kawasan Kuala Kulau yang sesuai di kongsikan. Kajian ini di lakukan dalam beberaapa kawasan bermula dari 2018 sehingga 2020 dimana tumpuan dibuat
di jeti nelayan iaitu Kampung Tersusun Kuala Gula, di persisir pantai utara Perak, kira-kira 50 kilometer (km) dari barat laut bandar Taiping dan 80km dari sempadan Pulau Pinang. Apa pun kajian ini melibatkan beberapa pihak antaranya Jabatan Perikanan, LKIM, Pejabat Dawrah, Persatuan Nelayan Tempatan dan juga nelayan dan penternak ketam nipah yang mana ada yang bergantung kepada aktiviti ini untuk menyara keluarga. Dilaporkan dimana Kampung Tersusun ini adalah sebuah penempatan nelayan yang dikelilingi hutan bakau serta pantai berlumpur iaitu ia berada di daerah Kerian, Perak dimana ia adalah sebahagian daripada hutan simpan paya Larut Matang yang disempadani Sungai Selingsing menghala ke muara. Dilihat dimana dari segi geografi iaitu kedudukan beberapa penempatan nelayan di situ amat strategik terutama kepada nelayan pantai yang lebih bertumpu kepada kegiatan menangkap spesis Ketam Nipah (Scylla serrata), siput, kerang dan ternakan ikan dalam sangkar selain mencari pendapatan menjadi nelayan laut dalam. Dikawasan berdekatan kampung nelayan ini ada tiga buah pulau utama iaitu Pulau Gula, Pulau Kalumpang dan Pulau Selinsing yang mana ia membentuk benteng utama menghadap muara sungai dan dianggap 'syurga' bagi nelayan kerana di situlah setiap keringat yang menitis dibayar dengan upah lumayan hasil tangkapan hidupan marin, terutama ketam nipah. Apa pun hasil kajian dan rintihan nelayan dimana sejak lebih dua tahun lalu dilaporkan yang semua rekod gemilang dengan pendapatan bersih minimum RM70 sehingga lebih RM200 seorang untuk sehari dilaporkan ia sudah menjadi sejarah.


Dilaporkan hasil tinjauan bersama nelayan di kawasan ini dimana terk
ini pendapatan RM70 sehari itu sudah dianggap sangat maksimum dimana ia belum ditolak kos petrol, kos umpan dan nilai untung bersih yang dibahagi dua atau tiga orang yang mencari rezeki atau mengikut bot. Ini juga bermakna dimana mereka cuma meraih purata RM15 seorang sehari dan jumlah itu semakin merosot. Apa pun memang tidak mustahil dalam tempoh beberapa tahun lagi dijangka sudah tiada lagi bot nelayan ditambat di jeti atau sudah tiada lagi pukat atau bubu dijemur di tebing dan tiada lagi orang yang bekerja sebagai nelayan di kampung nelayan. Ini kerana keadaan persekitaran dilihat ia sudah berubah. Dalam satu laporan dimana Malaysia kini hanya sembilan kawasan yang dikategorikan sebagai lokasi ketam nipah iaitu Kuala Kurau; Kuala Trong; Kuala Sepetang dan Kuala Selinsing (Perak); Semantan dan Sarikei (Sarawak); Kampung Sungai Melayu (Johor); Lagun Kuala Semerak (Kelantan) dan Kampung Permai, Sungai Petani (Kedah). Tahun berganti tahun dimana ada laporan kajian menyatakan dahulu kawasan ini memang ia popular dengan hasil ketam nipah yang manjadi sumber pendapatan baik kepada para nelayan tempatan. Kesemua kawasan ini berlainan perubahan persekitaran dimana dahulu ada kawasan di Perak ini pada setiap petang antara jam 3 hingga 5 petang (bergantung kepada paras air pasang surut) maka di jeti di situ riuh rendah dengan suara peraih dan para nelayan yang baru pulang menangkap ketam. Apa pun dilihat wajah nelayan yang terbakar dek panas matahari tetap akan mengukir senyum kerana berjaya membawa pulang hasil lumayan membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya turut berbangga melihat limpahan rezeki mereka. Pernag dilaporkan ada kalangan nelayan ini terdapat 15 orang nelayan wanita turut bersaing merebut peluang mencari rezeki. Perbezaan jantina dan kudrat tidak menjadi ukuran, sebaliknya siapa yang berusaha, akan menerima nikmatnya. Terkini dilaporkan kisah ini semuanya cukup mengecewakan. Bagi nelayan pantai yang menggunakan bot kecil dilaporkan yang mereka tidak boleh melepasi had 30 batu nautika untuk menangkap ketam atau ikan dan ini bermakna mereka juga mempunyai pilihan terhad dan gugusan tiga pulau itu pilihan terbaik mencari rezeki.


Dilihat kini dip
ersekitaran jeti sunyi sepi tidak seperti dahulu apabila kira-kira jam 3.30 petang dimana dipersekitaran jeti itu sunyi sepi dan yang ada cuma beberapa nelayan yang sedang membersihkan bot dan ada yang baru pulang menangkap ketam. Ada seroang nelayan wanita bernama Norasyikin yang sedang mengikat ketam nipah dalam bot kecil miliknya. Dia yang bersendirian tanpa teman kelihatan seperti cepat-cepat mahu menyelesaikan kerja. Dia bersahaja dimana ramai nelayan temptan yang sudah tidah turun mencari ketam seperti dulu sebab hasil tak seberapa akan tetapi penat yang lebih. T Dalam pada itu lebih banyak bot yang di tambat di kawasan jeti nelayan yang dahulu kosong kerana mencari rezeki. Ada beberapa bot yang tidak terurus dimana ini menunjukkan dimana pemiliknya tidak turun menangkap ketam atau mungkin sudah bekerja lain. Apa pun lokasi paling mudah untuk menilai hasil tangkapan ialah jika menjenguk di jeti peraih iaitu tempat nelayan menjual hasil tangkapan. Di situlah peraih akan melonggokkan hasil di lantai sebelum diasingkan mengikut jenis dan gred sebelum dijual kepada pemborong atau pembeli di jeti. Kelihatan ad beberapa orang sedang bekerja mengasingkan hasil tangkapan udang yang msih lagi ia bercampur dengan anak ikan dan anak ketam. Kalau dulu dilihat ada longgokan udang dianggap sebagai bukit akan  tetapi kini longgokan hasil yang mahu dianggap anak busut pun belum tentu layak. Melihat bagaimana tong ketam nipah dikeluarkan cuma ada empat tong ketam nipah mengikut saiz yang siap diikat akan tetapi isinya cuma paras lantai tong sahaja. Hasil itulah yang akan dijual kepada pembeli dan pemborong yang sudah menempahnya beberapa hari lebih awal di lokasi. Zaman dulu datang sahaja ke jeti di sebelah petang dimana pasti pembeli tidak akan pulang dengan tangan kosong. Mahu atau tidak dimana itulah senario yang berlaku sekarang dan kepahitan yang mesti ditelan nelayan pantai. Menyentuh dakwaan dimana kini 'pendapatan tidak berbaloi' memang menepati jangkaan. Dilaporkan kini memang harganya lebih mahal berbanding dahulu akan tetapi apa guna harga mahal kalau kuantiti tangkapan mereka kini sangat kecil. Margin keuntungan terlalu rendah bahkan seperti tidak berbaloi bagaimanapun bagi nelayan akan terus berusaha bagaikan 'yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang'. Dalam diri mereka dilihat masih tiada istilah putus asa kerana itulah sumber untuk mencari sesuap nasi. Jika situasi itu masih berlarutan perlu di bantu oleh pihak berwajib apakah yang akan terjadi dengan nasib kira-kira 1,000 nelayan di Selinsing, Kuala Kurau, Tanjung Piandang, Kuala Gula dan Bagan Tiang. Mereka adalah sebahagian daripada 3,000 ahli Persatuan Nelayan Kerian termasuk nelayan laut dalam. Dulu sekitar tahun 2013 ada laporan dimana nelayan pantai di Kerian menyumbang kepada RM214 juta hasil tangkapan tahunan, manakala nelayan sekitar Larut Matang merekodkan pendapatan RM429 juta. Kini paling terjejas pastinya kira-kira 100 nelayan pantai di pesisir Kalumpang, Selingsing, Kuala Gula, Sungai Pinang, Sungai Baru, Sungai Plotan, Sama Gagah dan Kampung Dew yang berkongsi lokasi sama menangkap ketam di sekitar Pulau Gula, Pulau Kalumpang dan Pulau Selingsing. Zaman ini dilihat sudah tiada anak muda menjadi nelayan lagi disini dimana ada yang bekerja sebagai pemandu pelancong dan kerja lain yang lebih terjamin. Menarik kata-kata seperti 'Dulu  orang akan tanya berapa kilogram dapat akan tetapi hari ini, mereka tanya berapa ekor dapat?'. Dilaporkan juga pernah ada nelayan yang kini cuma dapat sembilan ekor ketam dan yang paling teruk dua ekor dimana isu ini berkait macam mana nak cari makan. Dulu dii lokasi ini memang ada lima pelantar (jeti) nelayan dengan ada anggaran 30 bot kecil akan tetapi sekarang lebih separuh tidak aktif.  Apa akan jadi kepada mereka jika situasi itu berlarutan dan tiada sebarang tindakan proaktif dilakukan mana-mana pihak untuk membantu dalam menyelesaikan masalah dengan merangka pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang. Kajian lebih mendalam dilema nelayan di situ serta cadangan dan penyelesaian segera yang menjadi impian mereka dalam siri laporan akan datang. Semug artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim aagro technology kali ini. Wasallam!!!...
NELAYAN KETAM... ADA DILEMA....
KETAM BERKURANG...DI SANA...
PERUBAHAN IKLIM... DAN CUACA...
SEMAKIN PUPUS... BAGAIMANA IA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Safar 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.