Friday, November 8, 2024

COLEK - MACAM-MACAM CERITA

APA ITU MAKANAN COLEK?
. Ramai kalangan orang Kelantan yang tahu akan makna makanan colek dimana pada orang luar Kelantan ia bersamaan dengan ROJAK. Apa pun di Kelantan colek (bukan culik) merupakan sejenis makanan yang sesuai di makan tidak mengira waktu. 
Dari kalangan penulis blog mendapati dimana ia kadang-kadang macam rojak buah dan ia kadang-kadang macam pasembur atau pun ia kadang-kadang macam goreng tepung dan sebenarnya ada banyak kombinasi makanan daripada apa juga yang sesuai dijadikan colek. Bergantung kepada kreativiti penjual dan juga pembeli dimana ada macam-macam jenis colek dengan saiz hidangam warna dan juga rasa yang berlainan. Lain orang akan suka dengan lain makanan colek yang di tambah pula dengan kuah khas yang pedas manis. Umumnya dimana colek dihidangkan dengan pelbagai campuran lauk pauk ini seperti sotong sumbat pulut, ayam goreng, ikan goreng, paru, tougeh, tauhu, timun, ikan salut tepong, udang, sotong, fish cake, bebola ikan, sengkuang, salad serta disaluti bersama sos (kuah) yang sedap dimakan terus. Penulis blog merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dimana perkataan 'Colek' atau 'Secolek' ini dimaksudkan pertama adalah 'sebanyak yang disentuh dgn hujung jari' atau ke dua 'sedikit sangat, sececah: dia beri kuih seperti sedikit sahaja diberi kepada adiknya'. Dalam pada itu ada perkataan 'mencolek' yang bermaksud sebagai 'menyentuh dengan hujung jari'. atau boleh digunakan sebagai perbuatan 'mencecah kuah' atau 'mencungkil dengan hujung jari utk mengeluarkan atau mengambil sesuatu:'. Akhir sekali ada makna 'colek' iaitu makanan buah-buahan yang dicecah dgn pencecah; makanan rojak yang dicecah dengan kuag atau makanan keropok'. Bergantung kepada jenis ada Coleh Buah, Colek Seafood, Colek Keropok, Coleh Campur dan banyak lagi jenis dijual. Penulis blog paling suka dengan Colek Ayam Kelantan' yang enak dan mengenyangkan. Mudah untuk membuatnya sendiri colek ini dengan bahan digunakan seperti 2 keping isi dada ayam, sos perisa ayam. garam, lidi pencucuk sate, tepung gandum, serbuk roti, 1 biji telur dan juga minyak untuk menggoreng. Cara-cara buatnya dengan mana ayam di potong kecil ukuran 3-4 cm ikaut kesesuaian. Perap ayam dengan sos perisa ayam dan garam sekejap. Kemudian dicucuk isi ayam dengan lidi sate dan kemudian di golekkan atas tepung gandum dan kemudian boleh ia di celup dengan telur. Akhirnya salutkan dengan serbuk roti dan goreng hingga masa bersama lidi. Bila masak angkat dan toskan minyak. Bagi membuat sos colek disediakan bahan seperti 10 biji cili kering, 5 biji cili masak, garam, gula, tepung jagung, 2 ulas bawang putih dan sedikit cuka. Cara membuat sos dengan mengisar cili dan bawang putih hingga lumat dengan gunakan 1 - 1.5 cawan air. Ia kemudian dimasukkan cuka,gula dan garam dan dimasak sehingga mendidih. Seimbangkan rasa masam, masin dan manisnya. Kemudian dimasukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan sosnya. Tuangkan kepada campuran daging ayam dan dimakan. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan macam-macam cerita mengenai makanan colek seperti dilaporkan dalam media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan semua.
 

Dalam portan astroawani.com dilaporkan bagaimana 'Pesta makan colek meriah di Kelantan' dimana kisah dari Kota Bharu laporkan setiap kali menjengah Ramadan maka suasana pada waktu malam di kedai makan di Kelantan meriah dengan aktiviti makan colek selepas solat Terawih. Disebabkan itu setiap kali Ramadan dimana ramai teruja kerana hampir kebanyakan kedai akan menyediakan juadah colek dan saban tahun sambutan diterima menggalakkan. Mereka menyifatkan sambutan tahun ini lebih meriah berbanding tahun lalu meskipun baru beberapa hari menyambut Ramadan. Tinjauan wartawan di sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas mendapati, kebanyakan kedai meriah selepas jam 9.30 malam dengan aktiviti 'moreh' itu. Antara hidangan colek yang disajikan terdiri daripada rojak buah, rojak ayam, makanan laut celup tepung, popia goreng, kerang rebus dan variasi salad yang dikenali sebagai somtam betik atau mangga. Bagi seorang pemilik Damia Cafe di Kampung Kota Mohd Nor dakwa tahun 2023 ini adalah tahun kelima beliau menjual colek pada bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ia sentiasa ditunggu-tunggu oleh peniaga kedai makan kerana sambutan terhadap jualan colek memberangsangkan. Dia yang turut terkenal saban tahun apabila menyediakan pakej bufet colek berkata, tahun ini kaedah sama dilakukan iaitu dengan mengenakan harga RM10 seorang bagi makanan dan minuman. Bagi harga yang dinamakan pakej Rahmah colek itu, kita menyediakan 10 jenis makanan termasuk rojak buah, kerang, popia, ikan celup tepung dan paru. Dia masih lagi mengekalkan harga yang murah walaupun barang agak mahal kerana mahu semua orang dapat merasai atau menikmati hidangan colek setahun sekali itu. Sambutan yang diterima lebih meriah berbanding tahun lalu dan pengunjung yang datang juga memberikan maklum balas yang positif dengan hidangan yang kita sediakan. 


Dalam portan sinarharian.com ada dilaporkan kisah '
Kelantan tidak benarkan make colek di kedai' yang menarik juga kisahnya.  Dilaporkan dimana makan colek atau rojak selepas tarawih di kedai-kedai sudah menjadi satu kemestian di Kelantan namun pada sambutan Ramadan kali ini ‘kemeriahan’ itu tidak dapat dirasakan. Kelaziman itu tidak dapat diteruskan apabila hari ini kerajaan Kelantan memutuskan untuk tetap tidak membenarkan aktiviti jualan dilakukan pada waktu malam meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa dahulu. Menteri Besar Kelantan beritahu dimana waktu urusniaga membabitkan restoran, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan (berbumbung) dan reruai adalah bermula jam 3 hingga 6.30 petang sahaja. Kerajaan akan meraikan makan colek di bulan Ramadan (tetapi) sektor makanan beroperasi bermula jam 3 petang hingga 6.30 petang. Begitu juga dengan makan di kedai, ia tidak dibenarkan dan ia hanya boleh bungkus. Apa pun para penggemar colek tidak melepaskan peluang menikmati hidangan istimewa tersebut di bulan Ramadan tahun lalu. Dilaporkan diantara hidangan yang menjadi pilihan setiap kali Ramadan ialah colek ayam, colek perut, kerang, buah campur, colek ‘malah’, popia dan peparu yang dicicah dengan sos masam, manis serta pedas. Sinar Harian juga mendapati dimana masa itu disepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan peniaga colek masing-masing akur dan tiada kedai atau restoran yang menjual colek di negeri ini dibuka pada waktu malam. Tinjauan juga mendapati terdapat peniaga mengambil inisiatif menjual menerusi dalam talian dan juga berniaga pada waktu yang telah dibenarkan secara bungkus sahaja.


Dalam laporan akhbar sama dimana '
Colek Kelantan naik harga' dilaporkan pada April 2022 sangat menarik untuk dikongsikan. Akhbar paparkan dimana Pn Hadafazira dari Wanda Tomyam terpaksa menaikkan harga sebanyak RM1 setiap hidangan di kedainya. Kisah dari Kota bahru dimana harga colek atau rojak yang mana ia merupakan kudapan 'wajib' setiap kali tibanya bulan Ramadan di negeri ini sejurus selesai menunaikan solat tarawih naik sebanyak RM1 hingga RM2. Kenaikan itu tidak dapat dielak susulan peningkatan harga bahan mentah terutama ayam, perut dan paru lembu yang merupakan bahan utama dalam proses penyediaan hidangan itu. Perkara itu diakui sendiri oleh pemilik kedai colek Zila Pohon Ceri di Jalan Dato Lundang, Nor Asyikin Mohd Rahadi (27). Dakwanya hidangan colek ayam, perut dan paru lembu terpaksa dinaikkan menjadi RM10 sepinggan berbanding RM8 pada tahun lalu ditanya oleh Sinar Harian. Dalam kes lain dimana pemilik Bayam Street Kitchen di Jalan Bayam iaitu Maziah dakwa dia masih lagi mengekalkan harga colek seperti tahun lalu walaupun berlaku kenaikan harga bahan mentah. Menurutnya dimana harga colek lain seperti kerang dan buah-buahan masih lagi kekal dengan RM5 untuk satu-satu hidangan. Kini harga colek udang, ketam dan ikan ditawarkan mengikut saiz. Kenaikan itu dapat diterima oleh para pelanggan yang menyifatkan mereka sudah faham dengan situasi ketika ini. Seorang lagi peniaga colek dari Wanda Tomyam, Hadafazira Rohaimi yang turut mengakui terpaksa menaikkan harga susulan peningkatan bahan mentah. Semua hidangannya terpaksa dinaikkan sebanyak RM1 dan sebagai contoh tahun lepas colek buah RM6 sepinggan tetapi kali ini berharga RM7 sepinggan. Kes lain melaporkan bagi Nor Asyikin dari Zila Pohon Ceri terpaksa menaikkan harga hidangan colek ayam, perut dan paru lembu menjadi RM10 sepinggan berbanding RM8 pada tahun 2021. Dakwanya untuk harga udang galah saya jual RM5 seekor manakala ketam serta udang RM2 sudah boleh dinikmati. Apa pun sementara itu pemilik Bayam Street Kitchen di Jalan Bayam penjual Maziah Yusof di;aporkan masih lagi mampu bagi mengekalkan harga colek seperti tahun lalu walaupun berlaku kenaikan harga bahan mentah. Dia lega dapat melihat pelanggan dapat menikmati colek pada harga sama iaitu RM5, RM6 dan RM 10 untuk colek campur.


Beberapa media tempatan laporkan dimana 'Peniaga tamak yang jual colek
 dikenakan tindakan' wajar dikongsikan. beberapa anggota daripada KPDNHEP Kelantan menyamar sebagai pelanggan semasa membuat pemeriksaan 20 premis di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bahru yang dipercayai ada menjual makanan pada harga tinggi dan tidak meletakkan tanda harga. Mereka para peniaga tidak mempamerkan tanda harga dan disyaki menjual pada harga tinggi menyebabkan 10 peniaga 'colek' dan makanan di Pantai Cahaya Bulan (PCB) telah pun dikenakan tindakan. Notis dan kompaun dikenakan terhadap semua peniaga itu selepas pemeriksaan mengejut dijalankan 14 pegawai dan anggota daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan sempena Op Samar petang tadi. Bagi  Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan dakwa dimana pemantauan dan pemeriksaan mengejut dilakukan di 20 premis jualan dengan anggota membuat penyamaran sebagai pengguna serta pelancong. Operasi itu dijalankan dengan membuat pemeriksaan menyeluruh di bawah perundangan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, Akta Pelindungan Pengguna 1999 terhadap semua 20 premis jualan di lokasi. Hasil daripada operasi yang dijalankan, kami merekodkan dua tindakan kes berkaitan peniaga gagal dan tidak mempamerkan tanda harga terhadap barangan yang dijual menyebabkan mereka dikenakan tindakan kompaun serta merta. Selain itu dimana sebanyak lapan notis Seksyen 21 di bawah AKHAP 2011 dikeluarkan kepada peniaga yang disyaki mengenakan harga yang tinggi dan diarahkan untuk mengemukakan kembali maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pihaknya memberikan amaran kepada semua peniaga supaya sentiasa meletakkan tanda harga terhadap barangan yang dijual bagi mengelakkan berlaku manipulasi harga. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA COLEK... MACAM ROJAK DIA...
BERMACAM JENIS...PILIH YANG SUKA...
AMAT POPULAR... DALAM BULAN PUASA...
ISU NAIK HARGA... SUDAH DI PERIKSA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aked MARA, Jalan Dato Pati,
Rantau Panjang, Kelantan,
Malaysia.
(22 Rabiulawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.