Thursday, November 7, 2024

KALA JENGKING DAN KISAH MENARIK

KALA JENGKING
(Scorpions) merupakan sejenis haiwan serangga Araknid berkaki lapan dengan ekor yang mempunyai sengat berbisa. Terdapat 1752 spesies kala jengking telah dikenalpasti di seluruh dunia dengan tiga belas keluarga dikenali sehingga hari ini. Penulis blog semasa tinggal di kampong dahulu iaitu di rumah kayu sering kali jumpa kala jengking sekitar rumah dahulu zaman remaja dimana haiwan kecil berwarna hitam ini sedia untuk meyerang jika diganggu (Sila lihat foto diatas). Bagaimana pun kini agak jarang menjumpai kala jengking apabila tinggal dirumah konkrit. Ada laporan dimana walaupun kala jengking dikenali sebagai serangga yang mempunyai racun berbisa akan tetapi hanya 25 spesies kala jengking yang mempunyai nemom berbisa yang dapat membunuh manusia. Apa pun sering diingatkan dimana kalajengking menjadi salah satu haiwan kecil yang mesti diawasi kerana bisa racunnya. Kesan dari sengatannya tidak hanya mampu melumpuhkan mangsanya tetapa ia juga boleh menyebabkan kes-kes kematian kepada manusia. Haowan ini merupakan spesis haiwan purba dimana ada dilaporkan kalajengking jantan dan betina akan saling berpegangan satu sama lain dengan sepit mereka kemudian melakukan tarian sebelum mengawan. Proses ini hanya untuk tujuan kala jengking betina untuk menguji kekuatan jantan. Sementara itu yang jantan akan membantu untuk mencari lokasi yang sesuai untuk meninggalkan spermanya. Setelah beberapa menit proses ini selesai maka keduanya akan berpisah. Tapi dalam beberapa kes dimana kala betina kadang memutuskan untuk memakan kala jantan setelah mengawan. Kalajengking membiak dengan melahirkan anaknya bukan bertelur. Semasa abak kala ini keluar atau lahir selalunya rangka luarnya masih sangat lembut sehingga mudah untuk dijadikan sasaran sebagai makanan pemangsa (predator). Bagaimana pun induk betina kala ini akan melindungi anak-anaknya dimana yang baru lahir akan memanjat ke punggung induknya yang lebih selamat. Sebagai contoh bagi spesis Kala Jengking Kulit Kayu (Centriroides exilicauda) dilihat akan terus membawa anaknya di punggung. Beban kala jengking induk pun boleh membawa semua anaknya yang memang berat dimana dilaporkan sehinga mampu membawa sebanyak 100 ekor anaknya. Induknya akan tinggal di lokasi untuk selama beberapa minggu sehingga rangka kulit luar anak jengking ini menjadi keras. Tapi sesuatu yang mengerikan kadang terjadi dimana ada kes-kes dimana jika induknya kekurangan makanan maka ia aman memakan anak-anaknya yang disimpan dibadannya (Sila lihat foto di perenggan berikutnya). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis artikel ke 8,234 mengenai kisah menarik di media tentang kala jengking untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Dilaporkan dalam portal hmetro.com bagaimana cara '
Ketahui hayat kala jengking' untuk di kongsikan. Bak kata pepatah 'Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati' dimana ia boleh digambarkan berkaitan minat seseorang dalam usaha memiliki haiwan peliharaan. Apa pun memang ada terdapat sebahagian pemilik meminati spesies 'mikro' dari keluarga Araknida untuk dijadikan koleksi atau haiwan kesayangan dimana diantara yang tidak ketinggalan adalah kala jengking yang memiliki kelompok peminat tersendiri. Apa pun bagi sesiapa yang berhasrat ingin memulakan hobi menyimpan atau memelihara koleksi serangga berbisa ini maka dia boleh cuba mendapatkan spesies seperti panduan umum dinyatakan ini. Pertama dimana sebagai serangga berbahaya dimana seoerti spesies 'Asian Forest Scorpion' atau dikenali sebagai Heterometrus longimanus atau 'The Black Emperor' yang ia boleh hidup sehingga lapan (8) tahun dalam kotak simpanan bertutup (Sila lihat foto disebelah). Apa pun spesies ini dikatakan lebih 'tenang' berbanding spesies lain, tetapi masih berbahaya dan boleh menjadi menyengat apabila terkejut. Racun jengking ini diketahui lebih buruk daripada sengatan lebah dan boleh menyebabkan kerengsaan (bengkak dan disusuli sakit berdenyut) selama beberapa hari. Dilaporkan disebabkan kelakuan yang agresif maka tidak digalakkan melepaskan bebas atau diletakkan dalam bekas terbuka. Kala jengking ini hidup dalam suhu bilik iaitu di antara 21 - 32 darjah celsius dengan kelembapan sekitar 80 - 90 peratus. Spesies ini boleh membesar sehingga 13 sentimeter sesuai untuk peminat kala jengking saiz besar. Papa pun dilaporka jenis 'Emperor scorpion' adalah jenis kala jengking terbesar. Sesuai dengan namanya spesies kala jengking ini antara terbesar di dunia dan sangat popular dalam kalangan peminatnya. Apa yang membuatkan spesies ini sesuai dengan mereka yang baru berjinak untuk pelihara kala jengking ialah racun lebih ringan. Digambarkan bisa sengatan kala jengking ini setara dengan sengatan lebah. Jenis Emperor Scorpions boleh hidup sehingga lapan tahun dan berasal dari Afrika Barat iaitu iklim panas. Bagaimanapun sebaiknya disediakan habitat perlulah dalam lubang atau tindihan batu yang redup. Sesuai pada suhu ideal 24 - 27 darjah Celsius dengan kelembapan 60 - 75%. Jengking jenis Emperor Scorpions ini memang ia jarang menggunakan penyengat walaupun ketika diberi makan kerana ia mempunyai pengepit yang sangat kuat. Ada spesis Jengking 'Desert Hairy' dimana warna kala jengking ini sesuai dengan persekitaran padang pasir (Sila lihat foto paling bawah). Spesies kala jengking ini berasal dari Amerika Utara dan dalam lima tahun kebelakangan ini popular sebagai serangga peliharaan. Hayat kala Jengking Desert Hairy boleh hidup sehingga 20 tahun dan sangkar atau kotak simpanan perlulah tertutup dengan persekitaran 80 peratus pasir dan 20 peratus tanah liat kerana ia suka membuat lubang. Jangan gunakan pasir sahaja sebaliknya gunakan batu dan kulit kayu atau kayu hanyut. Kelembapan juga rendah sekitar 50 - 55 peratus dan boleh tinggal dalam suhu bilik 24 hingga 32 darjah Celsius. Jenis Jengking 'Flat Rock' pula adalah jenis Kala Jengking dari spesies ini pilihan yang baik jika pemilik yang baru memiliki hobi memelihara kala jengking langsung tidak memegangnya. Ini disebabkan oleh ciri dan karakter spesies kala jengking ini agak pemalu dan cenderung melarikan diri daripada sentuhan manusia. Ia cenderung untuk tidak menggunakan ekor mereka (sama dengan Emperor Scorpion) dan makan dengan mengepit mangsa menggunakan penyepit yang kuat. Spesies yang berasal dari Afrika Selatan juga hanya boleh hidup hingga tujuh tahun, sekali gus menjadikan kala jengking ini paling singkat hayatnya. Tahap kelembapan sekitar 50 sahaja dengan suhu 24 - 26 darjah Celsius. Racun Flat Rock Scorpion adalah ringan dan tidak menyebabkan banyak kerengsaan.


Menarik kisah bagaimana kes '
Terkejut 18 kala jengking dalam beg' di Vienna, Austria sebanyak 18 ekor apabila pelancing baru pulang bercuti di Crotia semasa dibuka oleh wanita itu. Seorang wanita di Austria terkejut selepas menemukan 18 kala jengking dalam beg pakaiannya selepas pulang dari bercuti di Croatia. Media laporkan dimana wanita dari Natternbach itu menemukan haiwan berkenaan ketika beliau membuka beg pakaiannya kerana mahu mengemas barangannya. Wanita itu dilaporkan menemukan 18 kala jengking di dalam beg pakaian itu termasuk ibu dan anak haiwan berkenaan. Kisah itu ada dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook (Fb) Tierhilfe Gusental, sebuah perkhidmatan menyelamat haiwan. Pelik seorang wanita dari Natternbach yang ada penumpang buta meletakkan haiwan berbisa itu dalam bagasi mereka ketika perjalanan ke Croatia. Apa pun kemudian ia dikenalpasti sebagai kala jengking. Haiwan itu sudah diserahkan kepada penjaga dan kini berada di tempat perlindungan haiwan Linz sehingga mereka memulakan perjalanan pulang. 


Paling unik dimamma ada kes '
Lelaki saman hotel selepas alat sulit disengat kala jengking' yang dilaporkan di Las Vegas, Nevada, USA. Seorang lelaki menyaman sebuah hotel di Las Vegas kerana mendakwa bahawa yang kehidupannya ‘musnah’ selepas alat sulitnya disengat seekor kala jengking ketika menginap di situ, lapor akhbar Metro UK semalam. Kejadian berlaku apabila Michael Farchi (62) bersama isterinya menginap di The Venetian Resort dima setelah dia bangun dalam kesakitan dan menyedari bahawa tangan serta celah pahanya disengat oleh serangga kala jengking. Dari foto yang dimuat naik oleh peguam pasangan tersebut menunjukkan bangkai kala jengking yang masih melekat pada seluar dalam Farchi. Apa pun di adakwa rasanya seperti pisau tajam atau kaca menikam dirinya. Pasangan itu memfailkan tuntutan di mana Farchi mendakwa kejadian ngeri tersebut menyebabkan dia mengalami gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) dan mati pucuk. Isterinya juga berkata bahawa hubungan intim mereka semakin terjejas. Dilaporkan kakitangan hotel tidak mengambil serius tentang sengatan itu. Mereka hanya memegang paha saya dan ketawa mengenainya. Ia benar-benar memalukan. Menarik sungguh kisah di USA ini dan di harap kes ini tiada di Malaysia pula. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KALA JENGKING.. IA MERBAHAYA...
SENGATAN BERBISA... SIKSANYA...
PELBAGAI KISAH.. ADA DI MEDIA...
ELAKAN JENGKING..DIRUMAH ANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomit,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Rabiuawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.