Saturday, November 9, 2024

APA BEZA DAUN SALAM DENGAN SERAI KAYU?

APA BEZA DAUN SALAM DENGAN SERAI KAYU?
Itulah pertanyaan yang diutarakan beberapa rakan penulis blog mengenai kedua-dua jenis herba tradiosional untuk maklumat ini dapat diperjelaskan. Penulis blog ada menulis kedua-dua herba ini dan boleh dibaca dengan pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi artikel. Kedua-dua tumbuhan ini dipanggil sebagai Daun Salam dengana boteninya Syzygium polyanthum dan juga Serai Kayu yang nama botaninya juga adalah Syzygium polyanthum daripada keluarga Myrtaceae. Kedua jenis herba ini yang dulu hanya tumbuh secala liar dalam hutan tetapi kini ditanam keliling rumah atau dalam kebun di negara kita dan kawasan Asia Tenggara dipercayai adalah sejenis tumbuhan yang sama secara dasarnya. Penulis ada menanam pokok daun salam di depan rumah di Putrajaya yang berumur 5 tahun dan tingginya hampir 15 kaki (Sila lihat foto diatas sekali). Anak benih yang kecil dulu diberli dengan kos RM15 dari nurseri dan dalam polibeg dilettakan diatas tanah tetapi kemudian menjadi pokok sebaris dengan pokok hiasan lain di rumah jiran-jiran yang menarik bentuknya. Disebelahnya pula ada pokok kari yang saya tanam dan tingginya kini sudah melebihi 8 kaki. Daun dari tumbuhan ini sering penulis blog gunakan dalam masakan sebagai bahan penambah rasa kesedapan masakan terutama rendang daging, rendang ayam, gulai nangka, masak asam pedas, masak lemak dan sebagainya. Penulis blog pernah membaca sebanyak 250 resepi yang menggunakan daun salam sebagai bahan perisa makanan. Daun Salam juga dilaporkan memberikan khidmat khasiat kesihatan kepada mereka yang mengidap penyakit kencing manis, mengatasi masaalah gatal-gatal, merawat kudis dan banyak lagi. Kali pertama penulis blog mengenali daun salam semasa pergi ke beberapa pasar awam dimana ada dijual daun salam yang telah diikat dan katanya baik untuk perasa masakan beberapa belas tahun dulu di Melaka dan di Muar. Daun Salam juga merupakan bahan herba yang popular di Indonesia di panggil sebagai 'Bay Leaf', Serai Kayu, Samak Kelat, manting, maselengan dan di Thailand dipanggil sebagai 'Daeng klua'. Penulis blog juga mendapati dimana pokok daun salam mempunyai batang yang tumbuh menegak dan mampu mencapai ketinggian 60-90 kaki dalam keadaan liar. Dahan dan batang utama kukuh dengan pokok yang rimbun. Daun Salam berwarna hijau muda (daun muda) dan hijau gelap (daun tua) dengan panjang tangkai 12-14 cm dan susunan bertentangan. Daun berbentuk bujur dengan ringkas 5-15 cm panjang dan 2.5-6 cm lebar. Terdapat urat daun yang jelas dengan 6-12 urat. Daun Salam mempunyai ciri istimewa iaitu mengeluarkan bau yang wangi seakan menyamai bau serai apabila dikeringkan. Bahagian daun ini juga merupakan yang digunakan untuk bahan ramuan (bumbu) masakkan melayu. Bunganya berwarna putih dengan bau yang wangi dengan ukuran 2-8 cm yang keluar dari ketiak daun atau bawah daun. Bunganya mempunyai 4 kelopak berukuran 4 mm berbentuk seperti mangkuk. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai pokok daun salam dan pokok serai kayu bagi menjawab beberapa pertanyaan daripada rakan-rakan dan pembaca blog ini untuk bahan rujukan semua.


POKOK DAUN SALAM
(Syzygium polyanthum) merupakan sejenis pokok tumbuhan liar dari keluarga Myrtaceae yang asalnya natig dan tumbuh secara liar dalam hutan. Kini ia sudah pun ditanam dalam kebun di negara kita dan beberapa Asia Tenggara terutama di Indonesia. Daun dari tumbuhan ini sering digunakan dalam masakan kuliner tempatan sebagai bahan penambah rasa kesedapan masakan terutama gulai nangka, masak asam pedas, masak lemak dan sebagainya. Daun Salam juga memberikan khidmat khasiat kesihatan kepada mereka yang mengidap penyakit kencing manis, mengatasi masaalah gatal-gatal, merawat kudis dan banyak lagi. Pokok Salam tidak diketahui luasnya atau bilangan pokok. Ini kerana pokok ini jarang-jarang diberi perhatian oleh orang ramai. Hanya mereka yang tahu dan pakar sahaja yang mengenali tumbuhan ini dan menafaatnya. Penanaman boleh dibuat dari biji yang disemai tetapi lebih mudah menggunakan Keratan. Dahan muda atau pucuk dihujung dahan di potong atau di patahkan sepanjang 30-40 cm dan tanam diatas pasu atau lokasi sesuai dan akan tumbuh tunas. Pokok Salam juga boleh ditanam didalam pasu atau tanaman keluling rumah untuk mendapatkan daunnya. Gunakan baja organik atau baja NPK 15:15:15 untuk dapat mempastikan pertumbuhannya. Sehingga kini tidak ada laporan mengenai masaalah serangan Serangga Perosak atau Penyakit serius merosakkan tanaman ini. Daun salam mengandungi minyak pati ekstrak yang berguna iaitu Eugenol dan Methyl chavicol sebanyak 0.17% jumklah dari berat kering daun. Minyak ini sangt berguna dalam kegunaannya sebagai Ubat Anti Bakteria, Anti-Kulat dan juga Anti-Cacing jika digunakan. Daun Salam juga boleh dikutip dengan memotong bahagian daun matang (warna cukup hijau gelap) dan kumpulkan. Jika hendak diproses untuk dibuat serbuk atau prosses segar daun-daun ini perlu dibersihkan dahulu dari kekotoran. Kisar daun salam yang telah layuatau telah kering menjadi serbuk seperti 'Teh Daun Salam'. Produk ini boleh dijual sebagai makanan kesihatan (ubat herba) kepada pengguna.

Dalam pada itu bagi 
POKOK SERAI KAYU pula sebenatnya sama dengan pokok Salam dengan nama botaninya adalah sama iaitu Syzygium polyanthum dan ia merupakan sejenis pokok tropika daripada keluarga Myrtaceae. Ia juga ada dilaporkan merupakan pokok setinggi 30 meter dengan batang yang bewarna kelabu dan bersisik. Daunnya bewarna hijau kekuningan, setentang, eliptik, pangkal kuneat dan apeks akuminat. Bunga Serai Kayu adalah sesil dan berwarna putih. Memiliki buah jenis globus, berwarna merah jambu atau ungu apabila masak. Khasiat daun serai kayu rawat darah tinggi" amat baik dibuat rujukkan. Hasil kajian saintifik oleh Dr Wan Amir Nizam bersama pelajarnya di Makmal Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian mendapati memang ada khasiat positif daripada daun serai kayu untuk kesihatan. Pada penulis blog sebenarnya kini ramai dikalangan masyarakat kita yang kurang tahu mengenai daun dan pokok Serai Kayu atau pokok Salam. Apa pun kini memang ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang ada isu diabetis atau sebagai pengidap masaalah tekanan darah tinggi. Penyakit tekanan darah tinggi adalah satu daripada punca kematian paling biasa di seluruh dunia dan kadarnya agak tinggi di Malaysia. Mungkin disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat seperti merokok, obesiti, kehidupan sendentari termasuk kurang melakukan aktiviti fizikal, pengambilan garam berlebihan, alkohol dan banyak lagi adalah faktur yang turut menyumbang kepada penyakit digelar 'tiga dalam satu' yang juga dianggap sebagai pembunuh dalam senyap itu. Kini ada beberapa laporan mengikut statistik yang dikeluarkan Institut Hati, Paru-paru dan Darah Kebangsaan Amerika Syarikat (US NHLBI) yang mana ia menunjukkan sudah terdapat lebih 65 juta atau satu daripada setiap tiga orang dewasa di Amerika Syarikat menghidap tekanan darah tinggi, sementara 59 juta lagi warga Amerika mengalami peringkat awal darah tinggi. Masalah ini menrupakan 'Pembunuh senyap' dimana daripada kajian juga meramalkan menjelang tahun 2025, dianggarkan 1.56 bilion penduduk dunia menghidap tekanan darah tinggi. Ia adalah pembunuh senyap kerana lazimnya ia tidak memberikan sebarang amaran atau simpton. Berikutan itu, ramai yang tidak menyedari kehadirannya. Kajian berkaitan dengan daun serai kayu atau daun salam yang sudah lama digunakan penduduk Kelantan yang menghidap darah tinggi untuk menurunkan tekanan darah mereka. Kini mereka telah tertarik untuk mengkaji dengan lebih mendalam khasiat daun ini selepas melihat corak tekanan darah tinggi beberapa pesakit yang dirujuk di klinik kami semakin normal dan mereka hanya perlu mengambil ubat darah tinggi dengan kadar dos kecil. Bagaimana pun hasil penyelidikkan didapati dimana jika mengamalkan makan daun salam sebagai ulam harian akan bolej menyebabkan seseorang itu menjadi lebih sihat dan selesai masaalah tekanan darah tinggi.

Portal bharian.com dengan laporan bertajuk 'Khasiat daun serai kayu rawat darah tinggi' amat menarik dikongsikan. Dilaporkan dimana dengan pe
ngambilan ulam daun serai kayu dimana terdapat   ekumpulan penyelidik dari USM yang telah mengambil inisiatif menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ulam daun serai kayu atau daun salam dalam kalangan penduduk tempatan yang dikatakan mampu dalam menurunkan kadar darah tinggi. Daun serai kayu atau di sesetengah tempat di negara ini dikenali sebagai daun salam, samak kelat, daun bay dan daun beriani, banyak digunakan dalam masakan di seluruh dunia kerana keistimewaannya membangkitkan aroma dalam juadah. Jika di Indonesia ia lebih dikenali sebagai meselengan, ubat serai, gowok, manting dan kastolam, manakala istilah sainsnya pula Syzygium polyanthumDi Eropah dan kawasan negara Mediterranean, daun serai kayu ini lazimnya dikeringkan dan digunakan sebagai penambah perisa kepada masakan terutama dalam sos, sup, stew dan masakan berunsurkan makanan laut, sayur serta daging. Tidak ketinggalan, dalam masakan Arab, India dan Pakistan. Antaranya, digunakan untuk menambah keenakan rasa dalam masakan nasi beriani dan bahan dalam garam masala (rempah ratus). Di Kelantan dan Terengganu, daun serai kayu ini banyak digunakan dalam masakan seperti laksam dan dijadikan ulam untuk dimakan bercicahkan budu. Apa pun didakwa di sebalik keenakannya sebagai perisa tambahan kepada masakan, daun ini mempunyai seribu satu rahsia dari sudut kesihatan terutama dalam rawatan penyakit tekanan darah tinggi. Rahsia keunikan dan kehebatan daun yang pokoknya mudah ditanam di kawasan tropika, berjaya dibongkar kumpulan penyelidik berkenaan yang diketuai Pensyarah Kanan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, universiti itu, Dr Wan Amir Nizam Wan Ahmad dalam penyelidikannya yang sudah masuk tahun keempat. Apa pun dilaporkan daun serai kayu atau salam sudah lama digunakan penduduk Kelantan yang menghidap darah tinggi untuk menurunkan tekanan darah mereka. Ada keperluan untuk mengkaji dengan lebih mendalam khasiat daun ini selepas melihat corak tekanan darah tinggi beberapa pesakit yang dirujuk di klinik kami semakin normal dan mereka hanya perlu mengambil ubat darah tinggi dengan kadar dos kecil. Memang sejak lama dulu kalangan rakyat tempatan sudah pun mengamalkan makan daun salam sebagai ulam harian yang menyelerakan. Semua artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DAUN SALAM,,, SERAI KAYU SAMA...
MUDAH DITANAM... DIMANA SAHAJA...
DAUN DIPETIK... DIKERINGKAN JUGA...
RAMUAN MASAKAN... ENAK RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(22 Rejab 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.