Monday, November 4, 2024

BATANG DAN PELEPAH SAWIT - APA GUNA?

POKOK KELAPA SAWIT
(Elaeis guneeensis) dimana ia boleh tumbuh sehingga dan lebih daripada enam puluh kaki tinggi. Batang pokok muda dan matang dibalut dengan pelepah yang memberikan rupa yang agak kasar. Pokok sawit yang tua mempunyai batang yang lebih licin selain daripada parut yang ditinggalkan oleh pelepah yang telah layu dan gugur. Apa pun pada penulis blog dimana pokok kelapa sawit mempunyai rupa bentuk dan bahagian-bahagian utama pokok sawit iaitu Akar, Batang, Daun (pelepah) dan Buah. Setiap bahagian pokok sawit mempunyai ciri-ciri dan fungsi tertentu. Tuding tetikus dan tekan kotak di bawah untuk lihat maklumat dengan lebih lanjut. Bahagian paling bawah adalah Akar Kelapa Sawit yang berfungsi sebagai penyerap air dan juga  mineral terlarut kepada batang pokok dan juga untuk penyimpanan nutrien simpanan. Akar kelapa sawit adalah jenis Akar Serabut dan dibahagian kepada 4 kelas akar iaitu Primer, Sekunder, Tertiari dan Kuaterneri. Fungsi akar ini adalah untuk menyerap air dan iineral dalam tanah. Batang Kelapa Sawit berfungsi sebagai penyokong pokok, mengalirkan air dan mineral dari akar kedaun dan juga untuk mengangkut nutrien kebahagian lain. Ciri-ciri umum batang kelapa sawit dimana ia mempu tubuh setinggi 13 - 18 meter dengan garispusat pangkal (perdu) mencapai ukuran 60 cm semenraea garispusat batangnya sekitar 40 cm. Batang sawit juga berfungsi untuk menyokong pelepah sawit, mempunyai sistem vaskular pusat bagi pengangkutan air dan mineral serta tempat penyimpanan bahan makanan iaitu kabohiderat dan gula. Kegunaan batang kelapa sawit secara umumnya adalah dijadikan perabot, dibuat papan lapis dan juga baja (terutama baja kompos). Bahagian Daun (Pelepah) Kelapa Sawit adalah bahagian yang menghasilkan makanan tumbuhan melalui proses fotosintesis iaitu dengan menyerap cahaya matahari dan memproses nutrien menjadi tenaga. Umumnya daun kelapa sawit berbentuk Majmuk dimana setiap pelepah purata mempunyai 100 helai daun. Pelapas sawit terdiri daripada beberapa laidaun yang bercantum pada bahagian rakis. Bilangan pele[as sawit bertambah sehingga 40 pelepah ketika berumur 3-4 tahun dan menurun kepada hanya 25 pelepah kemudiannya. Kegunaan pelepah daun adalah untuk makanan haiwan dan pembuatan baja. Bahagian Buah Sawit merupakan kompponen paling utama dari pokok sawit. Satu fungsi utama buah ini adalah untuk menyebarkan biji benih dan membolehkan tumbuhan terus membiak. Satu pokok matang mengeluarkan 10 -12 tandan sawit setahun dengan beratnya diantara 20 - 30 kg setandan dimana lazimnya tandan sempurna mempunyai 1,000 - 3,000 biji sawit didalamnya. Buah sawit adalah jenis 'drup' yang mempunyai pelbagai bentuk daripada bulat ke bujur dimana buah muda berwarna hitam bertuka kepada oren kemerahan apabila cukup matang. Buah sawit ada beberapa lapisan iaitu Lapisan Luar (eksokarpa), Lapisan Tengah (mesokarpa) yang mengandungi minyak, Tempurung (Endokarpa) dan juga Isirong (biji). Kegunaan buah sawit dimana ia menghasilkan munyak masak, pelbagai produk makanan seperti coklat, ais krim dan produk bukan makanan seperti sabun serta biodisel dan sebagainya. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saua kupas akan kegunaan batang kelapa sawit untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Banyak kajian dijalankan oleh saintis tempatan di Malaysia bagaimana cara untuk memanafaatkan batang dan pelepah kelapa sawit yang jumlah biomassnya sangat banyak di negara kita. Apa pun penulis blog dapati k
eluasan tanaman kelapa sawit di Malaysia direkodkan pada tahun 2022 adalah 5,865,297 hektar. Sarawak mempunyai keluasan tanaman kelapa sawit terbesar iaitu 1,584,520 hektar diikuti Sabah dengan 1,543,054 hektar. Dengan keluasan hampir 5.9 juta hektar itu, Malaysia menjadi pengeksport minyak sawit kedua terbesar di dunia selepas Indonesia. Pelepah dan batang kelapa sawit boleh digunakan dalam perusahaan untuk dapat mengeluarkan bahan-bahan binaan yang mana ia mesti diproses untuk dijadikan sumber kayu seperti papan, dinding dan siling. Dalam jangka masa panjang dijangka sumber kayu daripada pokok kelapa sawit dapat menampung kekurangan sumber kayu daripada sektor perhutanan kesan daripada pembukaan tanah-tanah hutan untuk dijadikan projek pembangunan dan pertanian. Di samping itu dilaporkan dimana pelepah dan batang kelapa sawit boleh dijadikan bahan-bahan bakar dan penghasilan bahan kimia. Pada umumnya dimana semua tumbuh-tumbuhan menggunakan tenaga matahari untuk hidup dan membesar melalui proses fotosintesis. Tenaga ini boleh digunakan secara langsung sebagai bahan bakar atau diprises untuk mendapatkan bahan bakar dalam bentuk pepejal yang lebih sempurna. Batang kelapa sawit juga mengandungi karbohidrat yang boleh ditukarkan kepada gas atau cecair seperti metanol dan etanol. Dalam keadaan biasa dimana pelepah-pelepah yang telah dipangkas selalunya akan disusunatur dan ditimbun di antara barisan pokok dimana ia seterusnya dibiarkan reput di situ dan menjada baja kompos. Pelepah-pelepah sawit yang reput ini membekalkan unsur-unsur pemakanan untuk menambah kesuburan tanah di samping menyimpan air dan membantu mengurangkan hakisan tanah. Kajian mendapati batang dan daun kelapa sawit mengandungi sejumlah besar nitrogen dan kalium setelah ia reput. Dalam pada itu batang sawit juga mengandungi unsur-unsur pemakanan tumbuhan yang boleh dikembalikan kepada tanah secara langsung iaitu apabila batang-batang yang ditebang dibiarkan reput diladang. Hasil laporan beberapa aktiviti penyelidikan berterusan yang penulis blog tahu dimana ia memang ada dijalankan oleh PORIM, Universiti, MARDI, Syarikat Swasta dan UPM didalam usaha meningkatkan lagi penggunaan pelepah dan batang kelapa sawit untuk di jadikan berbagai-bagai bahan kegunaan yang berharga. Kini industri yang berasakan bahan-bahan sisa dari ladang kelapa sawit semakin berkembang luas terutamma di beberapa negari yang luas penanaman sawitnya. Ini dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi pekebun-pekebun kecil dan sektor perladangan didalam meningkatkan pendapatan untuk negara amnya.


Dalam portal bh.com yang bertajuk iaitu '
Batang kelapa sawit kaya serat pemakanan' amat sesuai dikupas dalam artikel kali ini. Dilaporkan dimana batang kelapa sawit yang selama ini dibuang atau dibiarkan reput begitu sahaja sebenarnya kaya serat pemakanan atau lignin yang memberikan bermanfaat untuk kesihatan. Apa pun serat lignin di dalam batang sawit yang dikisar halus seperti serbuk teh, didakwa baik untuk mengikat kolesterol, garam hempedu, lemak, karbohidrat dan toksin. Pengambilan serat yang kaya dengan lignin juga membantu mengurangkan risiko kepada agen jangkitan dan penyakit yang paling kerap berlaku ke atas penduduk dunia iaitu barah. Bagaimanapun dilaporkan hanya batang sawit yang mencapai usia matang mengandungi banyak lignin, iaitu serat yang sangat bernilai dan diproses untuk dijadikan teh. Rahasia khasiat itu ditemui oleh kumpulan Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Bioproses dan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Prof Dr Ida Idayu Muhammad. Inovasi ini membolehkan beliau memenangi Piala Emas kategori Bioteknologi pada tahun 2007 dimana serat batang pokok sawit yang kaya serat dan membantu kesihatan seperti produk 'teh batang sawit' yang berfaedah untuk mengawal kolesterol dalam darah (Sila lihat foto disebelah). Serat boleh larut yang terdapat di dalam batang kelapa sawit akan mengikat kolesterol dan seterusnya memudahkan penyingkiran melalui proses nyahtoksid daripada tubuh dalam bentuk pembuangan air besar. Kesannya, paras kolesterol dan tekanan darah menurun dalam jangkamasa panjang, masalah penyakit berkaitan darah tinggi seperti serangan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang dapat dikurangkan. Dengan cara mengamalkan minum teh daripada batang kelapa sawit mengurangkan masalah kegemukan atau obesiti, kandungan serat larut yang tinggi membuatkan mereka yang meminum teh batang kelapa sawit berasa kenyang dalam tempoh lebih lama. Pengambilan serat memperkuatkan bahagian usus secara lebih berkesan yang boleh merangsang sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit dengan melicinkan usus serta menyingkirkan bahan buangan. Dr Ida Idayu mencadangkan jumlah pengambilan serat ditingkatkan setiap hari bersama kuantiti air yang diminum bagi melancarkan proses penyingkiran dari dalam usus. TEH batang sawit juga mengenyangkan peminumnya kerana kaya dengan serat. Sebagai info dimana pokok sawit berumur 20 tahun usia batang sawit mengandungi banyak lignin dimana ada sebanyak 26 peratus kandungan serat tinggi dalam batang kelapa sawit tersebut untuk dimanafaatkan.


Menarik fakta dari negara jiran Indonesia iaitu dari portal kaltengekpres.com dengan tajuknya '
Membuat Gula Merah dari Batang Kelapa Sawit' yang belum pernah saya tahu sebelum ini. Ada foto dalam portal tersebut yang menunjukkan bagaimana seorang petani sedang membuat atau lakukan proses dari batang pokok kelapa sawit untuk dijadikan gula merah. Kisah dari Pangkalan Bun, di Kalimantan Tengah menyatakan kelapa sawit merupakan salah satu komoditi hasil perkebunan yang mempunyai peranan penting dalam perekonomian nasional masa ini dimana ia merupakan salah satu komoditi eksport dan penghasil KDNK negara selepas minyak dan gas. Kini dengan ada banyaknya kebun kelapa sawit yang sudah tidak lagi ia menghasilkan buah atau istilahnya tanaman sudah pun tidak menghasilkan tandan atau memasuki tahap penanaman semula telah menjadi salah satu kekuatan bagi usaha industri rumah tangga dalam menghasilkan gula merah dari nira kelapa sawit. Batang sawit dapat menghasilkan nira sawit untuk dijadikan gula merah yang memiliki nilai ekonomi. Oleh kerana itu ada sebahagian kelompok petani di Kobar mulai melakukan usaha pembuatan gula merah dari bahan asas batang kelapa sawit ini. Perkara ini diakui oleh Kepala Dinas Pemberdayaan Masyarakat dan Desa (DPMD) Kobar, Yudhi Hudaya. Menurutnya aktiviti ini setelah selesai beberapa kajian atau penyelidikan dalam pembuatan gula merah dengan memanfaatkan bahan asas nira dari pokok kelapa sawit tua di Pulau Jawa beberapa dahulu. Para petani dari beberapa buah desa di Kobar mulai membuat usaha ini walau pun ia agak unik tetapi pokok sawit ini adalah dari keluarga Arecaceae dan biasa dimanfaatkan buahnya untuk diproses menjadi minyak goreng, margarin, biosolar, bahan asas buat kosmetik dan produk lainnya. Idea membuat gula merah berasaskan nira kelapa sawit berpunca dari jumlah banyaknya batang kelapa sawit tua yang selalu dibuang sebagai sisa yang tidak digunakan. Sebab memang ada banyak batang sawit tua dibiarkan terbuang setelah tidak berbuah. Peranan kerajaan bagi kemasyarakatan desa dan kelompok tani serta koperasi boleh mencuba yang nantinya boleh mengumpulkan nira dari pucuk sawit dan kemudian dimasak sehingga ia akhirnya menjadi gula merah sedia untuk diguna atau dujual menambah pendapatan petani. Proses pembuatan gula merah ber­bahan asas nira kelapa sawit ini hampir sama seperti membuat gula merah berbahan asas dari nira aren, kelapa, lontar, mahupun dari tanaman tebu. Hanya bezanya adalah pembuatan gula merah dari nira kelapa sawit selalu hanya menggunakan pokok sawit berusia di atas 15 tahun dimana selalunya ia sudah tidak lagi produktif berbuah. Walau pun sebenarnya boleh sahaja mengambil nira dari tanaman sawit muda akan tetapi dilaporkan kualiti gula merah dan rasa manis yang dihasilkan tidak sebaik kelapa sawit tua. Dalam pada itu sayang jika mengorbankan tanaman sawit muda hanya untuk diambil niranya saja kerana harga buah sawit cenderung lebih mahal dibandingkan gula merah. Mengenai proses pembuatan gula merah dari kelapa sawit itu sendiri dimana caranya adalah dengan pokok kelapa sawit yang telah tumbang (di kawasan tanah gambut) akan dibelah ba­hagian pucuknya. Kemudian pada bahagian pucuknya ini akan keluar cecari seperti getah yang sebenarnya ia adalah air nira dan akan menitis dengan sendirinya dan dikumpulkan didalam bekas khas (Sila lihat foto disebelah). Dalam keadaan cuaca dan pokok ideal dimana nira kelapa sawit boleh ia terus menetes hingga 30 hari dan lazimnya ia mam­­pu setelah habis menghasilkan tiga liter nira da­­lam sehari. Dari situ kemudian air nira ini ditapis untuk menghilangkan kotor­­an dan kemudian ia di masak dalam kuali besar sehingga menjadi gula. Ada laporan kalangan masyarakat tempatan menyatakan rasa gula merah kelapa sawit lebih enak daripada gula merah lainnya kerana ia lebih manis dengan aromanya yang lebih wangi.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BATANG SAWIT... DI BUANG SAHAJA...
PELAPAS SAWIT... DIJADIKAN BAJA...
BANYAK SERAT.. TEH DI MINUMNYA....
BACA ARTIKEL... HATI PUN JADI SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Jamadilawal 1445H).posted from
Tmn Cendana, Melaka City.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.