Sunday, November 3, 2024

KHASIAT POKOK SERUNTUN - BAGAIMANA?

POKOK SERUNTUN
atau POKOK PATAWALI atau pun BAKAWALI (Tinospora crispa Linn atau Tinospora rumphii Boerl) atau Brotowali (Bahasa Jawa) atau Akar Aliawali dari keluarga Menispermaceae yang menpunyai ciri batang, akar dan daun yang sangat pahit. Bagaimana pun dikampong saya tumbuhan ini dipanggil bakawali sahaja. Tumbuhan ini yang di percayai berasal dari kawasan India, Sri Lanka atau Myanmar juga di panggil juga sebagai 'Guduchi' dikalangan penduduk negara tersebut. Tanaman jenis herba ini tumbuh menjalar atau merayap atau melilit diatas kayu atau pokok sokongan. Saya memang mengenali tumbuhan ini sejak kecil lagi kerana memang ada di tanam di keliling rumah dikampong di Muar, Johor dahulu. Tumbuhan ini mengandungi adaptogenik dan Asid Tinoporik serta kandungan Tinoporone yang sangat pahit. Terdapat kepercayaan penduduk tempatan dengan mengigit batang bratawali boleh menyebabkan nyamuk tidak suka gigit. Pokok seruntun merupakan tumbuhan herba yang mengandungi khasiat perubatan terutama dalam perubatan tradisional India dan China. Kandungan kompaun seperti cordifoliosides A-E, Syringen, Alkoloid Kuning, Berberine, Giloin, Giloininand Mentah didapati untuk tujuan perubatan. Kandungan Glokisol Pahit seperti Polisaccaride termasuk arabinogalactan polysachararide (TSP) , Picrotene dan Bergenis juga ada dalam bratawali. Komponen ini digunakan dalam perubatan AYURVERDA dan pembuatan JAMU TRADISIONAL. Kegunaan tumbuhan ini untuk mengatasi masaalah penyakit hati (Hepar) dari akibat Toksin. Belum ada anyak kajian yang dijalankan untuk tumbuhan herba ini yang sememangnya digunakan dalam perubatan tradisional sejak zaman dahulu. Artikel kali ini saya menulis dan berkongsi maklumat dalam blog teknologi "Anim Agro Technology" mengenai tanaman bratawali berdasarkan pemerhatian, pengalaman untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog diseluruh dunia.


Sejenis herba yang amat pahit rasanya dihasilkan dari akar seruntun atau batang patawali ini selalu dikaitkan dengan dunia kesihatan di banyak negara. Dalam mendapatkan fakta menarik mengenai a
kar seruntun yang didakwa ia memang kaya atau berkhasiat bagaimana pun perlu awas kerana jika mengambinya secara berlebihan ia akan membawa padah pula kerana boleh merosakkan hati.  Kalau sesiapa tidak kenal akan pokok seruntun maka boleh membacanya sebagai pokok pratawali atau pokok bakawali yang seluruh bahagiannya adalah sangat pahit. Penulis blog percaya masih ramai yang belum pernah melihat pokok seruntun ini kerana tinggal dibandar sejak kecil sehingga dewasa dan tidak ingin mencarinya. Pokokk ini selalu di sebut sebagai 'Pokok Patawali' sahaja. ia biasanya boleh didapati di halaman rumah orang-orang kampung dan ia mempunyai beberapa khasiat tertentu dan ada di tanam di Stesyen Pertanian serta Jabatan Hutan juga. Memang sebaiknya semua pembaca blog ini harun mengetahui akan kehebatan heba serba pahit ini. Dalam beberapa kali tinjauan penulis blog ke Taman Herba Gopeng di Perak memang ada dulu ditanam pokok seruntun ini untuk dijadikan sumber pameran dan ilmu pengetahuan kepada pengunjung. Penulis blog diberitahu petugas di Taman Herba ini dimana sebenarnya tumbuhan ini mempunyai banyak nama diantaranya adalah patawali, akar gasing, akar putarwali, akar putrawali, akar seruntum, akar wali, bakawali dan batang wali dan beberapa lagi. Dilihat dimana tumbuhan ini juga merupakan jenis pokok yang menjalar yang biasa tumbuh di kawasan pagar rumah atau runtuhan rumah-rumah lama yang telah ditinggalkan. Dalam pada itu pokok seruntun ini memang mudah tumbuh secara meliar di pinggir-pinggir hutan dan belukar. Pokok ini telah lama digunakan sebagai bahan atau herba perubatan tradisional dimana ada banyak testimoni yang di nyatakan. Peliknya apabila mencari sumber benih dalam internet rupa-rupanya memang ada dijual di Lazada Malaysia dengan harga RM4.90 untuk sebanyak 5 keratan batang berukuran 8 inchi. memang sesiapa yang ingin menanam sendiri pokok seruntun dirumah boleh membeli di lazada sahaja.


Dalam banyak-banyak kegunaan pokok seruntun ini dilaporkan paling popular adalah ia digunakan untuk para ibu-ibu gunakan dalam proses 'cerai susu' bayinya d
isebabkan rasanya yang amat pahit kerana rasa pahit tersebut selalu ia menyebabkan babynya tidak mahu menyusu lagi. Amalan ini juga dilakukan kerana disebabkan rasanya yang amat pahit, maka anak akan mula untuk berhenti menyusu secara perlahan-lahan. Kaedah ini dilakukan kepada bayi dari umur 0-12 bulan serta paling kerap kepada kanak-kanak masih menyusu berumur antara umur 1-3 tahun. Seterusnya ada dilaporkan bagaimana herba ini terutama bahagian akar ini juga digunakan sebagai bahan untuk minuman kesihatan. Dilaporkan dimana air rebusan akar ini diminum dan dipercayai dapat mengelakkan diri daripada gigitan nyamuk. Batang atau daun atau akar yang di kutip di basuh bersih sebelum dimasukkan kedalam periuk untuk merebusnya atau merenehnya agak lama (Sila lihat foto disebelah). Banyak kali dilaporkan dimana apabila sesiapa mampu meminum air rebusan seruntun yang pahit ini akan  membuatkan darah menjadi pahit lalu menyebabkan gigitan nyamuk semakin berkurangan. Selain itu juga dimana air rebusan pokok seruntun ini memang ia banyak digunakan sebagai salah satu kaedah untuk merawat masalah kencing manis atau diabetes, kes darah tinggi dan menaikkan selera makan secara tradisional. Dalam pada itu merujuk beberpa laporan dari luar negara dimana kegunaan tumbuhan ini adalah ia lebih banyak digunakan sebagai ubat untuk merawat penyakit berkaitan kulit seperti kusta, gatal-gatal, jaundis dan kudis buta. Dalam beberapa kajian oleh pihak universiti tempatan salah satu temuan adalah apakan sebenarnya khasiat akar seruntun yang sebenar berdasarkan kepada  beberapa kajian praklinikal yang telah dijalankan bagi melihat keberkesanan herba akar ini terhadap beberapa penyakit. Dua temuan yang sudah hampir pasti kesan dari pengambilan herba ini termasuk kemampuannya mengawal Penyakit Diabetes, Masaalah Kecacingan dan Kes Keradangan. Bagi tujuan mengetahui akan khasiat ke atas penyakit diabetes dimana hasil kajian menunjukkan dimana ekstrak akar dari tumbuhan ini memang ia mempunyai potensi dalam merawat diabetes jenis 2 yang telah dijalankan ke atas tikus. Namun hasil temuan kajian bagi kajian klinikal yang dijalankan ke atas penghidap diabetes dilaporkan masih tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan terhadap dua kumpulan responden iaitu yang menerima ekstrak herba patawali dan kumpulan plasebo. Kajian ini rumuskan dimana akar tumbuhan ini tidak memberikan sebarang kesan terhadap penyakit diabetes yang sedang mereka alami.


Dalam pada itu menyentuh kepada testimoni akar seruntun ini yang didakwa ia mampu merawat masaalah seperti  keradangan dimana ekstrak daripada akar pokok ini telah menunjukkan sifat antiradang yang baik. Apa pun perkara ini adalah sangat subjektif kerana faktur umur, gaya hidup serta tahap keradangan akan menentukan keberkesanannya. Apa pun selain itu, ekstrak akar ini juga dilihat mempunyai aktiviti Anticholinerase yang mana ia berpotensi sebagai kaedah rawatan bagi penyakit nyanyuk. Dilaporkan tahap kajian ini hanya di peringkat praklinikal sahaja dimana ia berlaku kepada tikus sahaja kemudian keputusan mungkin akan menunjukkan hasil yang berbeza apabila dijalankan ke atas manusia. Percayakah pembaca blog jika ada laporan dimana air rebusan seruntun ini mampu untuk merawat masalah kecacingan. Ini kerana dilaporkan tumbuhan ini didakwa ia berkesan mengubati masalah kecacingan terutaman dikalangan lapisan kanak-kanak. Mudah melakukannya iaitu dengan caranya melalui merebus batang pokok seruntun dan kemudian airnya ditapis dan diminum sebanyak satu gelas setiap hari. Perlu juga perhatikan jumlam pengambilan jus ini kerana ia juga mempunyai kesan toksik jika diambil secara berlebihan. Beberapa saintis memberi amaran dimana tumbuhan ini juga boleh menyebabkan kesan toksik kepada tubuh badan jika diambil dengan kuantiti yang banyak. Sebaiknya dos akar seruntun yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kesan toksik kepada hati dan buah pinggang manusia dimana isu ini ia dilaporkan 'sangat membahayakan'. Dalam pada itu dinyatakan dimana ada satu kajian yang melaporkan iaitu ujud  kes keradangan hati dan hepatitis terhadap manusia. Dilaporkan dimana pesakit tersebut telah mengambil ekstrak tumbuhan seruntun atau jus patawali ini bagi tujuan untuk merawat penyakit malaria yang dialaminya. Akhirnya dilaporkan dimana fungsi hati pesakit tersebut telah kembali normal setelah dua bulan menghentikan pengambilan ekstrak akar ini. Di Malaysia perlu dilakukan lebih banyak penyeidikan mengenai kehebatan dan kegunaan pokok seruntun kerana ada petunjuk positif dimana tumbuhan ini baik untuk kesihatan atau didalam merawat beberapa jenis penyakit. Apa pun dilaporkan setakat ini kebanyakan daripada kajian yang dilakukan di Malaysia hanyalah di peringkat praklinikal iaitu kajian makmal yang dijalankan ke atas haiwan. Walaupun hasil kajian praklinikal dilihat agak baik dan menjanjikan, namun keputusannya mungkin akan berbeza sewaktu kajian lanjutan dijalankan ke atas manusia. Pengguna perlu lebih mengetahui kuantiti dos yang diambil agar ia tidak menyebabkan ketoksikan kepada organ hati. Sebaiknya sila rujuk kepada doktor didalam membuat keputusan untuk mengambil herba ini dimana lebih-lebih lagi jika pembaca blog ini sedang menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung dan juga diabetes. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMA SERUNTUN... SEJENIS HERBA...
POKOK BAKAWALI.. SAMA JENISNYA...
RASANYA PAHIT... TERPEJAM MATA...
NUAT KAJIAN... JANA EKONOMI NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.