Tuesday, November 5, 2024

KENTANG PUTAR - FAKTA DI MEDIA

KENTANG PUTAR
atau KENTANG LECEK merupakan sejenis makanan yang popular diseluruh dunia sehingga ia menjadi satu makanan yang mudah dibuat sendiri dirumah ataupun didapatkan daripada rangkaian restoren makanan segera. Cara pembuatan makanan ini mudah dimana ia juga dinamakan seva=b agai 'mashed potato'. kentang lecek, kentang lenyek, kentang tumbuk dimana ia adalah sejenis makanan yang disediakan dengan melecekkan kentang yang telah direbus. Resepi makanan ini mula muncul lebih kurang tahun 1747 dalam The Art of Cookery oleh Hannah Glasse. Apa pun penulis blog memang suka makanan kentang putar terutama yang disediakan dengan kuah lada hitam seperti resepi dii KFC yang enak dimakan dan menyenyangkan. Lazimnya makanan kentang lecek yang dikeringkan dan dibekukan juga kini boleh didapati dalam bentuk makanan segera di banyak premis dan kedai-kedai. Lazimnya ada banyak jenis resepi dan ramuan yang digunakan untuk memakan kentang putar daripada yang 'plain' sahaja kepada yang manis, pedas dan berempah juga. Kepada mereka yang suka membuatnya sendiri dimana penggunaan kentang yang segar berkualiti memang sesuai dan digalakkan walau pun sebenarnya jenis kentang yang agak "licin" digunakan untuk tekstur yang berbeza. Bahan-bahan seperti mentega, minyak sayuran, susu atau krim lazimnya ditambah untuk menaikkan rasa dan tekstur kentang yang dilecek tadi. Kemudian ia ditabah dengan perisa lain seperti dengan garam, lada, serta rempah dan herba sesuai yang diingini untuk berlainan resepi kuliner. Susu dan mentega boleh digantikan dengan stok atau air rebusan jika untuk mengurangkan kalori mahupun untuk pilihan tanpa tenusu. Dalam pada itu penulis blog melihat dimana diantara ramuan dan bahan perisa yang paling biasa digunakan ialah seperti bawang putih, keju, krim masam, bawang besar atau daun bawang, bawang terkaramel, mustard, rempah ratus seperti buah pala, potongan herba seperti parsli atau rosemary, lobak putih dan juga wasabi. Walaau pun biasanga kentang putar ini ada kentang lecek ini boleh dimakan begitu sahaja tetapi lazimnya ia dimakan  bersama kuah atau sos yang dibuat berasaskan daging atau sayuran. Ia juga boleh dimasukkan dalam hidangan tetentu sebagai bahan asas seperti age pie, pierogi, colcannon, ladu barat, kroket dan gnocchi. 
Makanan dari KFC yang enak dimana selalunya penulis paling suka tentunya kentang putar kerana sudah serasi dengan citarasa penulis berbanding dengan produk kentang putar daripada restoren makanan segera yang lain. Sebaiknya jika tidak mahu makan ayam goreng atau pun burger ayam penulis blog hanya membeli kentang putar sahaja sama ada Saiz Kecil, Saiz Sederhana atau saiz besar. Makan kentang Putar resepi KFC memang mengenyangkan dan memberikan banyak tenaga kepada semua yang suka memakannya kerana banyak karbohiderat yang boleh menghasilkan gula dan tenaga. Kalau dahulu jika ingin makan kentang putar perlu pergi kerestoren makanan segera tetapi kini telah ada kaedah untuk menyediakan sendiri kentang putar dirumah. Artikel malam ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai beberapa fakta menarik makanan kentang putar sekadar untuk berkongsi maklumat dengan pembaca semua.


Sebagai asas maklumat dimana antara makanan berasaskan umbisi iaitu dari  K
entang (Glysine max) atau pun dalam bahasa Inggeris dipanggil 'Potato' kini ia merupakan makanan dari jenis umbisi yang telah dikomersilkan diseluruh dunia. Boleh dikatakan makanan ini memang  ada dijadikan sajian penting melalui banyak rantaian restoren makanan segera diseluruh dunia dan dimakan oleh semua banhsa tanpa mengira umur. Melalui restoren makanan segera seperti di KFC, MC Donalds dan beberapa lagi dimana produk makanan berasaskan kentang telah dimakan oleh semua penduduk dunia dengan konsep yang sama diseluruh dunia dari segi resepi, menu, citarasa dan juga piawaian ditemukan. Melihat menu di restoren makanan segera dimana tentunya ramai pelanggan ingin mengunjunginya untuk mendapatkan makanan yang enak, lazat, cepat disediakan dan persekitaran yang selesa. Apa yang penting di rangkaian makanan ini domana pengguna akan dapat kualiti dan citarasa makanan ini yang mana ia  mengutamakan keselamatan makanan dan kualiti makanan yang terjamin. Didalam menu mereka akan juga nyatakan jenis makanan dan harga dengan jelas dipaparkan dimana ia kini ada dijual melalui kaedah secara on-line sahaja. Kini terdapat beratus-ratus kedai restoren makanan segera yang beroperasi diseluruh dunia daripada di Airport, Kompleks Membeli Belah utama, Bandr Besar, Pekan Kecil, RnR Lebuhraya dan sebagainya. Nilai jualan daripada restoren seperti ini terus meningkat saban tahun dimana ia juga memang diantara premis perniagaan dengan nilai perniagaan sehingga mencapat ratusan juta ringgit setahun dengan memberikan banyak luang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan membangunan industri sektor perkhidmatan permakanan. Makanan kentang putar menjadi salah satu pilihan pelanggan di Malaysia dimana ia dilaporkan boleh mengenyangkan, berkhasiat, enak dimakan dan dijual dengan harga berpatutan. Manaysia merupakan pengimport tegar kentang untuk dijual segar atau diproses menjadi pelbagai makanan berasaskan kentang.


Selalunya peminat makanan kentang utar akan membuat sendiri atau membelinya di restoren tertentu. Bagaimana pun fakta menunjukkan sudah ada produk hebat  K
entang Putar Segera dipasaran untuk ia dapat memudahkan ia di sediakan dan dimakan atau pun dibawa keluar negara semasa travelling. Produk tersebut dikenali sebagai 'Instant Mashed Potato' yang merupakan sejenis produk makanan segera (instant) dimana mudah dibeli. Kalau mereka yang pandai membuat sendiri kentang lenyek atau kentang putar ini mungkin jika ingin membelinya untuk keluarga agak kurang berbaloi. Bagaimana pun bagi pengembara ia merupakan satu produk yang amat penting dan mudah dibawa. Merujuk kepada lamanweb hebat Shopee dimana produk ini dijual dalam satu paket berharga RM9.99 satu paket (Sila lihat foto disebelah). Dilihat ada beberapa produk kentang putar segera dengan beberapa perisa seperti perisa kuah lada hitam dan kuah perasa ayam. Memang produk ini sangat mudah disediakan dan senang  mendapatkannya dan ditulis tanpa kos penghantaran juga. Apa pun dizaman sekarang i memang ada bermacam-macam jenis makanan instant ada dijual dimana pembaca blog hanya gunakan hendphone sahaja untuk mendapatkannya. Kini dengan canggihnya sistem pasaranan dan on-line memang menyababkan orang semakin malas untuk membeli belah di supermarket keran semua ada dihujung jari sahaja. Produk ini amat mudah disediakan dan cepat dimana cuma perlu dibuka pakaging dan dituagkan dengan air panas dan dikacau sekitar 5 minit sahaja sehingga lembut. Kemudan kuahnya dibubuh air panas juga dengan kadar sesuai dan dituangkan kepada kentang putar tadi dan sedia untuk dimakan. Boleh lebih kreatih bagi menambahkan keenakan dengan letakkan ayam siat, lada sudah serbuk dan sebagainya jika mahu.


Memang jika tidak pasti menyediakan hidangan keluarga dimana anak-anak pun suka maka disyorkan untuk memasak hidangan makanan berasaskan kentang. Contohnya makanan Kentang Putar (mashed potato) yang memang begitu terkenal dengan rasa yang sedap, tekstur empuk dan khasiatnya yang tinggi sekali gus menjadikan ia sangat sesuai untuk anak dirumah. Khasiat kentang putar ibu bapa perlu tahu akan faktanya. Buat keluargaa yang mungkin kurang kenal makanan ini sebaiknya googe mengenai makanan kentang putar dimana ia adalah snek yang diperbuat daripada bahan ubi kentang, susu, yis berserta sayur dan rempah yang mana boleh bervariasi. Biasanya ia mempunyai rasa yang sedap, tekstur yang empuk serta khasiat yang tinggi dan sering diambil sebagai hidangan untuk pembuka atau pun penutup selera. Rekod menunjukkan bilai nutrisi kentang putar yang ada di dalam setiap hidangan sepiring kentang putar terdiri dari 232 kcal  kalori, kolesterol: 0 mg, Lemak: 1.6 g, Protein: 9.6 g, Karbohidrat: 48 g, Gula: 3.8 g, Serat: 8.3 g, Sodium: 87 mg, Kalsium: 142 mg, Zat besi: 4.5 mg, Vitamin C: 31 mg,
Vitamin E: 0.4 mcg dan zat Beta-Carotene: 147 mcg. Nilai ini menjadikan makanan snek yang dipercayai dari negara barat sering kali dijadikan pilihan oleh ibu bapa untuk diberikan kepada anak mereka yang masih kecil. Bukan sahaja disukai oleh golongan kanak-kanak atau remaja, malahan golongan bayi yang sudah boleh makan makanan pejal juga biasa dan boleh disuap dengan kentang putar. Kombinasi kentang lenyek diperap sos keju, kentang goreng berempah, kentang barbeku diperam krim masam dan kepingan cip kentang rangup memang mudah disediakan. Jika kena pada cara memasakannya dimana makanan kentang didakwa mampu menggantikan makanan ruji seperti nasi dan roti. Pelbagai khasiat ubi kentang terhadap kualiti kesihatan telah ditemui, antaranya termasuk zat Potassium iaitu nilai dua kali ganda berbanding pisang, Vitamin C (sumber kedua tertinggi selepas buah oren), zat Vitamin B1, B2, B3 serta zat Zat lysine untuk pertumbuhan badan dan otak. Kentang juga merupakan bahan terbaik sebagai pembekal karbohidrat kompleks, fiber atau gentian kepada gula darah serta ia membantu sebagai pengawal tekanan darah dan turut mengandungi protein dan zat besi. Tidak seperti buah-buahan citrus (limau) dimana cara pengambilan vitamin C di dalam kentang tidak mudah hilang setelah dimasak kerana dikelilingi kanji dan sari pati. Kentang merupakan pilihan terbaik buat pembaca blog yang sedang mengatur pola pemakanan, lantaran kandungan nutrien yang mencukupi untuk tubuh badan. Sebaiknya ia perlu diambil dalam kuantiti yang tepat kerana kentang turut tergolong dalam kategori karbohidrat.


Dalam kajian dilaporkan dimana d
engan kadar jumlah lemak di bawah paras 25%, pemakanan kentang mampu menghalang mendapan kolestrol di dalam lapisan pembuluh darah. Ini menjadikan makanan ini begitu sempurna buat anda yang kekurangan gula dalam darah adan mereka menghidap penyakit darah tinggi. Selain itu didakwa makanan kentang turut menjamin sistem ketahanan badan kerana ia ada kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi di dalamnya. Terdapat juga bahan di dalam isi kentang yang mampu meneutralkan patogen virus carcinogens dimana ia dipercayai lebih efektif berbanding kacang soya. Kulitnya pula kaya dengan bahan clorogenic polypherol dimana ia berfungsi bagi membantu mengelakkan mutasi sel. Di sebalik gaya masakannya yang bebagai dimana ubi kentang turut berdepan krisis imej yang besar. Ramai yang beranggapan kentang mampu menggemukkan badan pabila melihatkan kepada banyak jenis menu tidak sihat seperti ‘french fries’, ‘potato chips’, kentang bakar dan sebagainya. Namun begitu dilaporkan makanan kentang sebenarnya cukup berkhasiat dan ia turut tergolong sayuran yang bebas lemak. Yang membezakan nutrien dari hidangan berasaskan kentang hanyalah dari bagaimana cara anda menyediakannya. Apa pun didakwa pada bahagian kulitnya yang nipis juga ada  tersembunyi nutrien penting untuk kesihatan. Sebaiknya pembaca blog tidak mengupas kulit kentang akan tetapi pelbagaikanlah gaya masakan anda seperti memanggang, melenyek, merebus, stim dan grill kerana ia begitu enak dimakan begitu sahaja. Petua bagaimana cara terbaik memilih kentang dengan mengelakkan yang sudah ditumbuhi ‘mata’ tunas atau berwarna hijau kelebaman. Sebaiknya carilah biji kentang segar dengan kulit yang tipis. Kemudian disimpan kentang di tempat yang sejuk, gelap dan kering. Dalam pada itu disyorkan ia diletakkan di dalam beg kertas serta jauh dari simpanan bawang-bawang. Keberadaan cahaya mentari mampu membuatnya bertukar kehijauan. Dalam pada itu jka keadaan suhu di dalam peti sejuk terlalu dingin akan menukar kanji kentang kepada gula. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog semua. Wasallam!!!...
KENTANG DIMAKAN... PELBAGAI CARA...
KENTANG PUTAR... DIGORENG JUGA....
KENTANG INSTANT... MUDAH BELINYA...
AMAT BERKHASIAT... DISUKAI SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Zulkaesah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.