Tuesday, August 6, 2024

TUAK - APA PERLU TAHU?

AIR TUAK
adalah ia merujuk kepada sejenis minuman beralkohol tradisi yang popular dalam kalangan masyarakat asli atau 'bumiputera' dikawasan Nusantara dari Indonesia dan Malaysia. Minuman ini pada asasnya hasil pemeraman bahan tertentu tergantung kepada perolehan suku kaum yang menghasilkannya. Perkataan 'tuak; ini banyak di gunakan untuk sejenis minuman yang tinggi kandungan gula dan juga ada yang mengandungi alkohol. Apa pun di kalangan dan juga masyarakat Kelantan dan Terengganu pula dimana perkataan tuak merujuk kepada nira iaitu minuman yang dihasilkan daripada mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol. Apa pin di Malaysia dilaporkan dimana terdapat tiga jenis tuak yang diketahui umum iaitu TUAK BERAS, TUAK KELAPA dan TUAK NIPAH. Apa pun bagi penulis mengetahui akan jenis-jenis tuak dimana Yuak Beras adalah ia lazimnya sebagai sejenis minuman kalangan masyarakat kaum Iban dan Dayak di Sarawak dan juga kepad dakak di Kalimantan sejak masa dahulu. Biasanya Tuak Beras ini akan diperbuat daripada sejenis beras khas iaitu beras pulut. Beras tersebut akan direndam bersama air dan ragi dalam suatu tempayan. Proses 'tajau' kemudian akan ianya mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil 'nasi tapai'. Namun pada masa kini proses pembuatan minuman tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut selalunya ia juga akan dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis. Apa pun disana dimana basanya tuak akan dihidangkan semasa perayaan tertentu seperti perayaan Gawai Dayak, Gawai Hantu, Gawai Burung dan sebagainya. Selain daripada masyarakat Iban dimana dilaporkan ada terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal, muntah sekiranya diminum berlebihan. Jenis kedua adalah Jenis Tuak Nipah atau di panggil juga sebagai Tuak Nira dimana ia merupakan sejenis minuman kaum asli. Biasanya tuak ini dihasilkan dengan menyadap mayang pohon kelapa, enau atau nipah. Mayang ini sekiranya dibiarkan akan menjadi buah. Ia akan dipotong dan air manis yang menitik dari tandan yang dipotong itu akan dikumpulkan dalam bekas, biasanya bekas buluh. Air ini dikenali sebagai air nira yang boleh diminum tanpa kandungan alkohol. Selepas itu air ini akan diperam sehingga kandungan gula di dalamnya bertukar menjadi alkohol melalui proses proses penapaian selama beberapa hari. Tuak kelapa atau  tuak nipah ini akan diminum selepas beberapa hari dan itulah cara proses pembuatannya. Apa pun biasanya tuak jenis ini akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti pesta atau majlis perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya tuak kelapa/nipah ini dibiarkan terlalu lama, ia akan menjadi masam dan lama-kelamaan bertukar menjadi cuka secara semulajadi tanpa perlu mencampurkan bahan asing. Di kalangan orang Islam di Kelantan dan terengganu 'air tuak' sangat popular di jual dan diminum dalam bulan ramadan sebagai minuman yang memberikan tenaga. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Tecchnology" saya kongsikan fakta menarik mengenai air tuak dan apa yang semua perlu tahu untuk rujukkan.


Penulis blog merujuk beberapa resepi bagaimana cara untuk membuat 
Tuak Dari Beras. Apa pun sebaiknya sebelum membuat tuak berbahan beras perlu di siapkan dulu bahan-bahannya terdiri daripada Beras Pulut (beras ketan sebanyak 2kg, Ragi (2 biji), Air (16 liter) dan Alat destilasi. Setelah bahan-bahan sudah siap maka boleh dilanjut ke proses pembuatannya. Pertama adalah dengan merendam beras pulut ini dengan lama kira-kira 12 jam pada malam hari lalu toskan. Kemudian ia perlu di kukus beras pulut tersebut sehingga air mendidih lalu angkat dan siram dengan air panas lalu kukus lagi kurang lebih 30 minit lagi. Apa pun selalunya sambil menunggu beras pulut ini sejuk maka tumbuk ragi sehingga halus lalu tambahkan 2 sudu makan tepong beras lalu taburkan pada beras pulut tersebut sehingga merata. Kenudian di bubun  beras pulut tersebut diatas bekas (nampan) dan tutup dengan kain atau plastik dan sebaiknya ia biarkan selama 7 hari. Apa pun setelah itu masukkan tapai beras pulut kedalam bekas khas iaitu sebanyak 20 liter dan ditambah air 16 liter dan kemudian di kacau sebentar lalu tutup dan mesti dibiarkan selama 7 sampai 14 hari lagi sambil setiap hari dibuka sebentar dan ditutup lagi dimana ia bertujuan untuk bekas tuak tersebut biar tidak meledak sebab gas yang keluar. kemudian di rebus air tapai dalam bekas khas tadi dengan menggunakan alat penyulingan (destilasi) dimana kemudian cecair atau air dari sulingan tersebut adalah arak. Apa pun bagi tujuan menghasilkan kadar alkohol tinggi sebaikna pproses penyulingan atau proses destilasi boleh ia diulang 2-3 kali untuk mendapatkan kadar alkohol yang diinginkan. Lain cara dan bahan serta peralatan yang digunakan akan menghasilkan kualiti tuak atau arak yang berlainan.


Merujuk kepada cara membuat tuak di kalangan kaum Dayak di Sarawak agak unik praktikal. Baga masyarakat ini dimana p
roses pertama yang dilakukan untuk membuat tuak adalah merendam pulut. Beras direndam sebaik-baiknya selama satu malam dan akan dimasak pada keesokkan pagi. Ini bertujuan supaya beras tersebut cukup kembang dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Pulut yang dimasak untuk membuat tuak boleh lebih lembut daripada beras yang sudah dimasak untuk kegunaan biasa seperti untuk dimakan. Sebelum dicampur dengan ragi sebaiknya pulut tersebut haruslah sejuk kemudian barulah ragi yang sudah ditumbuk halus akan ditabur pada permukaan gumpalan pulut yang disusun secara berlapis-lapis. Kerja-kerja mencampur ragi dengan pulut akan dilakukan di dalam bekas yang hendak digunakan untuk menyimpan tuak sama ada balang besar mahupun tajau. Setelah selesai mencampur ragi dan pulut maka bekas yang digunakan akan ditutup dengan kemas. Campuran tersebut akan diperam selama satu minggu. Dalam tempoh tersebut proses peraman tersebut akan membentuk nasi manis setelah dibiarkan selama satu atau dua malam. Untuk itu, peraman tersebut boleh dimakan kerana rasanya yang manis. Apabila masuk hari yang ketiga semasa peraman tersebut tidak boleh dimakan kerana kandungan dan rasanya berubah menjadi rasa tuak atau disebut ‘udah bisa’. Setelah dibiarkan selama satu minggu, peraman tersebut akan dicampur denganair dangula. Air yang digunakan haruslah daripada sumber yang bersih sama ada air mineral atau air masak. Begitu juga dengan gula dimana ia harus dicairkan terlebih dahulu. Jumlah air dan gula yang digunakan juga bergantung kepada jumlah ragi dan pulut yang digunakan. Sekiranya sukan rasa tuak yang manis maka jumlah gula yang digunakan akan ditambah. Begitu juga dengan kaedah yang sebaliknya. Dalam kebudayaan masyarakat Iban dimana tuak yang manis lebih lebih digemari kaum perempuan berbanding kaum lelaki sehingga ada yang akan mengatakan tuak yang manis adalah ‘tuak indu’ atau tuak perempuan. Kebanyakkan kaum lelaki iban lebih menyukai tuak yang pahit atau kurang manis. Seterusnya cara peraman tersebut akan dibiarkan sekurang-kurangnya selama dua atau tiga minggu. Bermula daripada tempoh tiga minggu dimana tuak boleh diambil dari bekas dan sedia untuk diminum. Dalam pada itu didakwa semakin lama tuak tersebut diperam atau disimpan maka rasa tuak tersebut akan menjadi lebih sedap dan semakin jernih. Warna yang jernih juga menunjukan kualiti dan usia tuak tersebut. Walaupun hanya dikenali sebagai tuak untuk semua jenis tuak dilaporkan sebenarnya terdapat beberapa jenis tuak iaitu tuak biasa yang jernih, tuak kuning, tuak oren kemerahan dan tuak chulin. Dari segi rasanya dilaporkan yang semua jenis tuak ini tidak begitu jauh berbeza. Hanya tuak chulin yang dianggap paling tinggi nilainya atau paling bisadan lebih cepat memabukan. Pada masa yang sama dimana bukan semua pembuat tuak tahu menghasilkan tuak chulin. Jenis Tuak Chulin bewarna putih dan ia lama kelamaan warnanya bertukar menjadi perang, oren, coklat dan akhirnya bertukar menjadi hitam. Apabila sudah bertukar warna kepada hitam dimana tuak chulin telah terhasil. Masa yang lama sehingga dua atau tiga tahun diperlukan untuk tuak chulin betul-betul menjadi hitam. Lazimnya kalangan masyarakat Iban lebih cenderung untuk menghasilkan tuak biasa yang berwarna kuning jernih kerana tempoh yang diperlukan tidak lama seperti membuat jenis tuak chulin.


Adalah lebih sesuai jika dikongsikan apakah khasiat minuman air tuak. Didakwa jenis tuak tidak memabukkan (bukan beralkohol) ia mempunyai  khasiat 
yang boleh membantu tahap kesihatan peninatnya.  Kini air nira atau tuak merupakan minuman asli semulajadi yang beralkohol dihasilkan pokok kelapa. Air tuak yang manis rasanya diambil daripada bunga pohon kelapa yang sudah dipotong dipenghujungnya. Banyak khasiat kesihatan tubuh boleh didapati jika meminum tuak secara teratur kerana ia kaya dengan vitamin, vitamin A, asam amino, serat, protein dan masih banyak lagi. Kandungan tersebut dipercaya berkhasiat untuk menyihatkan badan. Antara kebaikan tuak adalah ia mampu Mengatasi Sembelit apabila pemicu utama yang menyebabkan terjadinya sembelit ialah kurangnya serat di dalam makanan yang di aambil setiap hari. Serat sangat di perlukan oleh tubuh dan berupaya mengatasi semeblit. Sembelit dapat teratasi dengan cepat serta lancar apabila kita rutin mengamalkan air tuak kelapa ini. Air tuak juga akan dapat ia Menurunkan Demam kerana minuman ini sangat bermanfaat untuk menurunkan demam pada anak dan juga orang dewasa. Demam terjadi karana berkurangnya sistem kekebalan dalam tubuh. Apabila anda mengalami demam yang sangat tinggi anda dapat mengonsumsi minuman ini karena dapat menurunkan demam yang tinggi. Selain itu ke 3 diman aia akan Menyihatkan Tulang dimana tulang sangat memerlukan vitamin untuk menjaga kepadatannya. Seiring dengan bertambahnya usia kepadatan tulang akan semakin menurun. Dengan meminum minuman ini bukan hanya mampu untuk menjaga kesihatan tubuh minuman ini juga sangat berfungsi untuk menjaga kepadatan struktur tulang. Seteruanya ke 4 dimana ia akan Menjana Penghasilan Susu Ibu apabila dilaporkan minuman ini juga sangat baik apabila di amalkan oleh ibu yang sedang menyusu karana kandungan zat yang terkandung di dalamnya berupaya untuk mencegah berlakunya perubahan atau oksidasi nutrisi yang sangat di perlukan untuk memproduksi susu ibu. Apabila terjadi oksidasi maka produksi susu ibu akan berkurangan sehingga menyebabkan kualiti susu ibu juga akan menurun. Minuman ini juga selalunya Menyegarkan Tubuh apabila khasiat air nira yang sangatlah baik iaitu mampu menyegarkan tubuhiaitu ia sesuai sekali apabila diminum pada siang hari selain daripada bulan Ramadhan. Apa pun bagi tujuan menambah kesegaran selalunya bolehlah menambahkan ketulan air batu. Unik eran aiar tuak boleh Menggemukkan Badan walau pun asasnya ramai mencari bahan oleh seseorang untuk dapat melangsingkan badan saja. Tetapi tidak bagi orang yang kurus dan tercari-cari formula macam mana nak gemukkan badan bila air nira berkhasiat untuk menambah berat badan atau menggemukkan badan. Air tuak mampu Mengatasi Sakit Perut sebab biasanya faktor yang biasa menjadikan sakit perut merupakan terlambat makan, salah makan ataupun juga karena perut anda terlalu sensitif. Meskipun hal ini terlihat sepele, tetapi sakit yang dirasakan tidak bisa diabaikan. Untuk mengatasi hal ini maka air nira memiliki manfaat dan khasiat yang baik untuk mengubati sakit perut. Ia juga dilaporkan akan membantu Menghangatkan Badan iaitu bukan hanya untuk menyegarkan tubuh saja manfaat dari air nira ini. Minuman ini juga boleh diminum untuk menghangatkan suhu badan dan jika ada jangkitan virus maka air ini juga boleh melawan virus yang telah dijangkit dalam tubuh. Unik kera ake 9 yang air nira mampu Mencegah Osteoposis iaitu masaalah yang merupakan penyakit tulang yang telah terjadi karena faktor usia dimana tulang memerlukan vitamin yang lebih untuk menjamin kepadatan tulangnya. Amalan meminum air nira ini untuk mencegah osteoporis pada tulang pengguna. Seterusnya ke 10 dimana ia membantu dalam Melancarkan Sistem Pencernaan apabila organ pencernaan merupakan salah satu organ penting yang harus menjaga kebaikan dan fungsinya untuk mencegah penyakit seperti radang usus dan lain-lainnya. Air nira memiliki khasiat untuk melancarkan sistem pencernaan yang mampu menjaga kesihatan dalaman tubuh. minum air nira dilaporkan juga akan memperkuat otot, bantu memperkuat sel-sel dalam tubuh dan juga dapat menjaga kesihatan mata.


Dalam portal berita hmetro.com wajar di kongsikan info bagaimana '
Air tuak kelapa pandan jadi rebutan di bulan puasa' menarik dirujuk. Kisah dari Marang, Terengganu nyatakan yang pada setiap kali Ramadan menjelma dimana air tuak atau nira kelapa pandan menjadi rebutan masyarakat tempatan di sini sebagai juadah berbuka puasa. Ini sekali gus juga menjadikan Ismail Sulaiman (64) daripada Kampung Batu Putih, Marang tidak menang tangan untuk memenuhi semua tempahan lebih 1,500 liter air tuak kelapa sepanjang bulan Ramadan. Selalunya dia menerima tempahan kira-kira 50 liter air tuak kelapa sehari setiap kali bulan puasa. Air tuak kelapa pandan menjadi pilihan utama masyarakat di sini kerana kemanisan semula jadi. Ismail yang mengusahakan air tuak kelapa pandan sejak 2010 menafikan minuman itu dicampur dengan bahan lain termasuk 'ibu gula' dimana tiada bahan manisan lain dicampur, sebaliknya hanya beberapa keping kayu cengal dimasukkan ke dalam botol ketika proses pengambilan air tuak daripada mayang kelapa pandan. Apa pun ada kepingan kayu cengal hanya digunakan bagi mengelak air tuak cepat masam dan rosak. Rutin harian sepanjang bulan puasa adalah memungut botol mengandungi air tuak dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Pada kebiasaannya dimana air tuak yang dipungut pada sebelah pagi dan petang akan diambil terus pelanggan tetap setiap hari. Proses pengambilan air tuak daripada pokok kelapa pandan setinggi antara dua dan lima meter dilakukan pada jam 7 pagi, manakala pada sebelah petang dilakukan kira-kira jam 6 petang. Kini air tuak yang dipungut akan melalui proses tapisan mengasingkan habuk mayang kelapa sebelum dijual kepada pelanggan. Dia yang mengusahakan 'nisan kerek' menggunakan air tuak akan tetapi kini terpaksa dia hentikan sementara bagi memenuhi tempahan pelanggan sepanjang bulan Ramadan. Dia mendapat jualan air tuak kelapa pandan antara RM3,000 dan RM3,500 sepanjang Ramadan setiap tahun.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
AIR TUAK...BANYAK JENIS DISEDIA...
YANG MEMABUKKAN...IA PUN ADA....
TUAK BIASA...ADA DI BULAN PUASA...
MEMBACA ARTIKEL... ILMU DITIMBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Muharam 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.