Monday, August 5, 2024

SEMBANG ISU PERTANIAN DI MALAYSIA

SEKTOR PERTANIAN
di maksudkan dengan semua aktiviti yang merangkumi perladangan dan penternakan dimana ia adalah penting untuk menjamin bekalan makanan negara yang cukup untuk anggota masyarakat. Malaysia kini masih bergantung lagi kepada bekalan makanan yang diimport dari negara luar sedangkan negara masih mempunyai kepakaran dan tenaga kerja untuk menghasilkan bekalan makanan tersebut secara domestik. Pelbagai usaha mesti dijalankan bagi mengelakkan rantaian bekalan makanan untuk rakyat Malaysia tidak akan terputus apabila berlaku sesuatu seperti peperangan. Kenaikan harga barang yang berlaku ketika ini juga dapat dibendung kerana negara mempunyai sistem stok simpanan yang boleh melawan inflasi yang berlaku secara global. Kerajaan harus bertindak untuk meningkatkan dengan lebih hebat akan penghasilan sumber makanan terutamanya makanan ruji rakyat Malaysia iaitu beras, daging ayam dan lembu. Pada penulis blog percaya sektor pertanian negara penting untuk menjamin bekalan makanan negara agar tidak menjadi kekangan kepada pembangunan negara. 
Masalah utama yang dialami sektor pertanian dan penternakan di Malaysia ialah ketergantungan terhadap import bahan mentah yang diperlukan terutama sektor input pertanian seperti baja, racun kimia dan makanan ternakan haiwan. Perkara ini dilihat ia salah satu keperluan yang paling penting di dalam pertanian dan penternakan. Isu ini dilihat ia berlaku untuk bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pertanian seperti ubat, pestisida dan herbisida kerana semua ini kebanyakannya adalah diimport dari luar negara. Sebelum tahun 2021 lagi setelah meletusnya perang Rusia-Ukraine dan Pandemik Covid-19 kos pengeluaran pertanian terun meningkat. Permasalahan yang sama juga terdapat di dalam pembelian peralatan dan kelengkapan pertanian seperti traktor, mesin penanam, dan mesin pengolah tanah. Di Malaysia dimana sektor bekalan tenaga kerja pertanian berlaku di sektor ini dimana ia juga bergantung kepada warga asing. Senario ramai golongan muda di Malaysia tidak berminat untuk bekerja dalam sektor pertanian merupakan satu mimpi buruk kepada negara. Apa yang berlaku kini dilihat amat merbahaya kerana kesannya ia menyebabkan negara akan terdedah kepada risiko yang tinggi jika terdapat krisis di pasaran dunia. Dilihat dimana Malaysia semakin dilihat semakin kehilangan upaya untuk mengawal harga hasil pertanian di samping menyempitkan peluang untuk meningkatkan pendapatan dari sektor itu. Isu kebergantungan kepada import akan menyebabkan lonjakan kos perternakan dan pertanian di Malaysia dimana ini terpaksa diserapkan ke dalam harga hasil pertanian negar dimana yang akhirnya perlu dibayar oleh rakyat Malaysia sendiri seperti yang berlaku hari ini. Kalau dulu harga 10 kg beras sekitar RM26 akan tetapi pada tahun 2024 harga urata 10 kg beras sudah berharga RM46.00!. Ini belum kos minyak masak yan tidak lama dulu berharga RM40.00/5 kg akan tetapi sekarang sudah berharga RM32.00/5 kg. Para pakar ekonomi melihat dimana masalah ini berlaku antaranya kerana negara kita kurang memfokuskan kepada pembangunan sektor pertanian dan kepentingan makanan sebagai mana negara jiran ASEAN yang berhamiran (kecuali Singapura). Artikel pada petanu Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya bersembang mengenai tajuk beberapa isu pertanian di Malaysia sekadar berkongsi malumat untuk semua berfikir sama.


Apa yang menjadi pemikiran dimana ramai yang berpendapat yang Malaysia dilihat ia 
lebih cenderung untuk mengimport bahan mentah daripada usaha untuk membangunkan industri pertanian dalam negara. DIlaporkan ada ramai pihak masih beranggapan bahawa ia lebih mudah dan murah untuk mengimport bahan mentah daripada membangunkan industri pertanian dalam negara. Tapi senario dunia sudah banyak berubah dimana kos semakin tinggi dan kedapatan juga semakin berkurangan. Isu dimana isu ini menjadi semakin rumit apabila wujud beberapa golongan pihak orang tengah yang mengaut untung atas angin daripada monopoli import. Apa pun isu kebergantungan negara terhadap import bahan mentah yang diperlukan dalam pertanian menyebabkan kos harga makanan meningkat kerana kita hilang upaya untuk mengawal harga hasil pertanian sendiri. Salah satu bahan import paling tinggi di Malaysia adalah pengimportan bijirin jagun untuk di proses menjadi makanan ternakan (terutama terakan ayam). Nilai import ini melebihi RM56 billion setahun bersama bahan lain termasuk kacang soya, input pertanian dan sebagainya. Apa pun sudah banyak tahun isu ini dibincangkan dimana Malaysia perlu bertindak untuk membangunkan industri pertanian dan penternakan dalam negara dengan memokuskan cara untuk mengurangkan ketergantungan terhadap import. Apa pun antara beberpa langkah utama yang perlu diambil kerajaan ialah dengan mempromosikan pertanian sebagai satu industri yang menguntungkan dan menarik untuk dilakukan. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan peluang pekerjaan dan pendidikan yang baik serta skim potongan cukai yang lebih menarik bagi mereka yang berminat untuk bergelar petani. Walau pun usaha kerajaan seperti mengujudkan beberapa  inisiatif menggalakkan penyelidikan yang dapat menghasilkan benih dan teknologi pertanian yang meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan akan tetapi sehingga ia lebih diiktiraf di pasaran antarabangsa dengan pelbagai insentif kewangan sahaja dimana keberkesanannya masih beelum memuaskan. Banyak lagi langkah strategik perlu dilakukan dimana semua ini akan dapat kelak membantu Malaysia mengurangkan ketergantungan terhadap import dan meningkatkan kualiti produk pertanian negara. Keberanian negara secara langsung meningkatkan pendapatan dari sektor pertanian serta sektor penternakan di samping mengurangkan risiko harga makanan negara terdedah kepada krisis di pasaran dunia mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin.


Diseluruh dunia isu perubahan iklim menjadi antara lima cabaran utama kepada sektor agromakanan dimana negara ita juga antara yang perlu berfikir bagaimana mendepani dalam tempoh 10 tahun akan datang. Dilaporkan dimana isu termasuk bencana alam (banjir dan kemarau), kekurangan sumber asli, produktiviti dan inovasi pertanian, perubahan demografi dan peralihan trend dalam pemakanan serta kehilangan dan isu pembaziran makanan masih berlanjutan. Dilaporkan dimana data menunjukkan kesan perubahan iklim semakin ketara dirasai kebelakangan ini dimana sepanjang tempoh lima tahun iaitu 2017 sehingga 2021 terdapat seluas 40,828 hektar tanaman padi musnah akibat banjir di Semenanjung Malaysia, manakala 9,336 hektar pula mengalami kerosakan akibat kemarau. Dalam usaha menangani cabaran perubahan iklim dilaporkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan MAkanan melalui Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 (Pelan DSMN) akan mempergiatkan pertanian mampan yang mesra alam dan berdaya tahan terhadap iklim bagi mengurangkan impak perubahan iklim terhadap sektor agromakanan serta memperluaskan penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan pengeluaran makanan dengan kaedah teknologi berasaskan iklim. Ia adalah sebagai beberapa program bagi menangani perubahan iklim yang sudah pasti memberi kesan kepada industri pertanian negara termasuk penanaman padi yang menjadi sumber makanan utama negara. Ini termasuk langkah bagi menangani kesan perubahan iklim khususnya bagi tanaman padi seperti pembangunan dan penggunaan varieti yang tahan banjir dan tahan kemarau dimana ia termasuk pembangunan varieti benih padi yang tahan kepada air masin sekiranya berlaku sebarang kesan limpahan air laut ke kawasan penanaman padi. Dalam pada itu penggunaan Peta Agricultural Rainfall Index (ARI) dan Peta Tanah untuk menentukan kesesuaian tanaman di suatu kawasan serta merancang sistem perparitan dan pengairan dan meningkatkan kaedah penanaman padi berdasarkan panduan menguruskan tanaman padi mengikut sasaran. Dilaporkan diantara langkah lain akan dilakukan adalah termasuk pembinaan kelengkapan infrastruktur amalan pengairan sawah secara Alternate Wetting and Drying (AWD) dan memperkenalkan insurans pertanian untuk mengurangkan risiko kerugian melibatkan bencana disebabkan oleh kesan perubahan iklim.


Pihak kerajaan melalui kenyataan Menteri Pertanian menyatakan isu bagaimana h
asil pertanian negara dijangka berkurang pada 2025 akibat cuaca panas yang bermula dari pertengahan tahun 2024 lagi. Beberapa empangan kawasan padi seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu dilaporkan menusut lebih 70% pada Ogos 2024 yang menjejaskan program jadua penanaman padi di Jelapang Padi Negara itu. Bagaimana pun negara dilihat perlu bersedia mulai sekarang bagi berdepan kemungkinan hasil pertanian tempatan berkurangan pada 2025 akibat fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca panas berpanjangan. Kerajaan menyatakan dimana kesan fenomena itu dapat dilihat ketika ini apabila pengeluaran padi negara kekal pada kadar 62%    menyebabkan Malaysia perlu mengimport 38% sebagai beras import. Dilaporkan beberapa agensi pertanian terutama IADA, MARDI dan Jabatan Pertanian perlu hebat mencari langkah mengatasi masalah berkenaan melalui kaedah pembajaan, jadual tanaman dan benih pertanian baharu. Didakwa dimana fenomena El Nino ini sedang melanda negara bermula 2024 apabila kesan cuaca panas melampau terutama di utara Semennajug Malaysi ayang terletak luas kawasan jelapang padi negara. Dimaklumkan ramalan pada 2025 keadaan akan paling panas, maka pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) perlu bersedia dalam mereka menghadapi waktu itu. Dilaporkan dimana hasil padi Malaysia masih kira-kira 62 peratus lagi dimana umumnya keadaan cuaca panas ini sudah berlarutan selama tempoh tiga tahun membabitkan hasil padi tidak memberangsangkan, pengeluaran itu ada tapi hasilnya pertengahan sahaja. Walau pun sudah di sasarkan dimana semua pihak sedang berusaha bagi memastikan pengeluaran padi negara dapat mencapai tahap 10 tan per hektar seperti yang dicapai di Sekinchan, Selangor dan Lat 1,000 di Perlis akan tetapi jika kekurangan air berlaku maka ini sukar untuk di nikmati. Maka disasarkan dalam usaha untuk mencapai sasaran itu disyorkanagar lebih banyak kawasan tanaman baharu padi perlu dibuka seperti di Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak di lakukan. Pihak MADA kena kaji jadual tanaman dan penyelidikan menganai varieti padi serta teknologi agronomi hebat perlu ada dalam pastikan kemampuan negara menghasilkan padi lebih banyak serta cepat. Semuga sembang mengenai isu pertanian di Malaysia ali ini memberikan info berguna kepada semua para pembac blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SEMBANG ISU PERTANIAN...APA....
KECUKUPAN MAKANAN... USAHA...
KURANGKAN IMPOT... BAGAIMANA...
UBAH SIKAP... ANTARA DI RENCANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Muharam 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.