Wednesday, August 7, 2024

SEMBANG TENTANG 'TEMPURUNG KELAPA' (Part 1)

TEMPURUNG KELAPA
(Coconut Shell) merupakan salah satu bahan yang terhasil daripada Buah Kelapa (Cocos nucifera) dimana ia berada didalam buah kelapa. Tempurung kelapa berfungsi sebagai lapisan kulit yang keras dikelilingi sabut kelapa yang menjadikan isi kelapa tidak terkeluar semasa jatuh gugur ketanah apabila sudah cukup tua. Semua maklum dimana tanaman kelapa merupakan 'tree of life' dimana memnag kesemua bahagian pokok kelapa berguna kepada manusia kecuali kemungkinannya bahagian akarnya sahaja. Pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun dimana ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Tanaman kelapa di Malaysia bagaimana pun semakin menurun diatas pelbagai sebab sehingga dilaporkan cuma tinggal seluas 84,222 hektar dengan penghasilan sebanyak 610,474metrik tan pada tahun 2023 (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Sabah mempunyai keluasan terbesar tanaman kelapa dengan seluas 18,475 ha diikuti dengan Johor (13,158 ha) dan Sarawak seluas 11,999 ha. Buah kelapa yang peling utama dihasilkan memang mengandungi banyak kegunaan daripada isi santannya sehinggalah kepada airnya. Air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Kelapa tua diproses untuk dijadikan kelapa parut yang boleh diperah menjadi santan digunakan dalam pelbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih. Santan apabila dimasak dalam tempoh yang mencukupi boleh dipecahkan menjadi minyak yang tidak sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan malah juga sebagai bahan api pelita dan bahan mentah membuat barangan seperti sabun. Sisa-sisa yang ditinggalkan dari pemerolehan isi buah ini juga tidak terbazir. Sabut kelapa tua boleh dibuat tali mahupun sebagai alas penanaman tumbuhan tertentu seperti anggerik. Tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk apabila dibakar dan barangan seperti kraftangan. Serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian. Daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan, urat daunnya yang keras boleh dijadikan lidi batang penyapu atau sate. Bahagian bunga atau tandan atau mayang bunga kelapa yang masih muda dipakai orang untuk hiasan dalam upacara perkahwinan dengan simbol tertentu. Bunga betina atau buah mudanya dapat dimakan. Malah, bahan mayang ini turut dipakai dalam pembuatan sejenis hidangan gudeg dalam kalangan orang Jawa disebut gudeg manggar. Nektar manis yang keluar dari tangkai bunga yakni nira dapat diminum segar mahupun ditapaikan lanjut sebagai minuman keras iaitu tuak atau diproses menjadi gula. Saya ada menulis lebih dari 300 artikel mengenai kelapa dalam blog ini untuk idjadikan bahan rujukkan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang mengenai fakta menarik bahan tempurung kelapa  ianyauntuk dijadikan salah satu bahan rujukkan semua.


Pada penulis blog setelah 17 tahun menulis lebih 8,100 artikel mendapati dimana tempurung kelapa adalah bahagian keras antara sabut dengan isi. Berapa besar tempurung kelapa akan menentukan besar isi kelapa. Jadi sebenarnya jika tempurung kelapa besar bermakna besarlah isi yang ada di dalamnya. Apa pun sejak zaman dahulu tempurung kelapa digunakan untuk pelbagai fungsi dengan cara paling asas dimana bahan tempurung kelapa digunakan sebagai bahan bakar dan sebagai bahan kraftangan. Tumpurung kelapa mudah menyala dan tahan lama. Ia biasa digunakan untuk menghidupkan api untuk tujuan memasak. Tempurung kelapa guna digunakan untuk memanas penggosok baju antik zaman dahulu. Tempurung kelapa yang dibelah dua akan dikenali dengan dua nama iaitu jantan dan betina dimana 'tempurung jantan' adalah bahagian 'atas' dan 'tempurung betina' pula adalah bahagian bawah dari struktur yang di belah tersebut. Tempurung betina ada 'pantat' yang tidak berlubang sedangkan tumpurung jantan pula yang ada lubang. Apa pun di laporkan yang bahagian tempurung betina lebih banyak kegunaan terutama digunakan untuk tujuan untuk mengisi sesuatu kerana ia tidak bocor atau tidak berlaku ketirisan. Tambahan pula apa yang penulis blog tahu dimana bahagian tempurung betina selalunya ia lebih tahan. Sejak dulu dimana di kalangan orang miskin lazimnya ada tumpurung kelapa digunakan sebagai ganti pinggan dan gelas. Pernah melihat bagimana dalam majlis seperti asyura ia biasanya digunakan untuk menadah atau mengisi bubur asyura atau tabutng kutian derma. Bahagian tempurung betina biasa digunakan sebagai 'cebok' atau 'batok' yang biasa digunakan untuk mencedok air dari tempayang atau bekas air sebelum naik rumh di kampong dahulu. Dalam pada itu perlu diketahui dimana satu lagi kegunaan tempurung kelapa iaitu yang biasanya dari jenis yang besar digunaakan sebagai penyukat beras dan sebagainya. Tempurung itu akan dipotong sehingga paras yang isiannya bersamaan dengan satu cupak. Apa pun tempurung kelapa yang sekarang ini agak sudah tidak dipedulikan lagi dan dianggap bahan terbuang sebenarnya pada masa dahulu menjadi sesuatu yang berguna kepada masyarakat kera aadanya bahan plastik, bahan logam dan sebagainya yang menggantikan fungsinya.


Dalam beberapa tinjauan yang penulis blog lakukan dimana bukan setakat buah malah segala yang ada pada kelapa daripada pokok sehingga daunnya dan daripada akar sehingga pelepahnya dilaporkan tiada satu pun yang ia tidak berguna melainkan semuanya boleh dimanfaatkan oleh peniaga kelapa. Pernah buat lawatan kepada seorang usahawan muda Mohd Izswan di Port Dickson, Negeri Sembilan dulu yang berjaya mengusahakan penjualan kelapa milik bapanya dan kini dia juga mempunyai pendekatan tersendiri dengan cara mempelbagaikan hasil perniagaan keluarga hampir 20 tahun itu menerusi pembuatan arang daripada tempurung kelapa. Apa pun aktiviti ini dilaporkan sekurang-kurangnya projek itu dilihat dapat ianya mengurangkan margin kerugian daripada penjualan kelapa. Pada beliau tempurung kelapa yang selalu ia diperolehi daripara pelanggan tetap yang membeli kelapa daripada mereka akan membeli 50 sen bagi satu guni seorang  pelanggan dimana ada juga yang memberikan kepadanya secara percuma. Daripada terbuang begitu sahaja maka usahawan ini mengambil pendekatan menjadikan tempurung kelapa ini sebagai arang. Kini dia berja ya menjual arangnya kepada pembekal kelapa di Rengit, Johor iaitu dalam masa sebulan sekali pendapatan kasar dari usaha ini diantara sekitar RM4,000 hingga RM5,000 bergantung kepada tempurung kelapa yang diperolehinya. Kini dengan aktiviti membuat arang kelapa ini  yang dilakukan di kawasan lapang belakang rumah dibantu oleh seorang pekerja. Proses akan bermula dengan tempurung perlu dibakar dalam tong secara tertutup selama tiga jam sebelum dijemur serta dikeringkan. Kemdian arang tempurung kelapa dipecah dan dibungkus. Dalam pada itu sumber kelapa dia mendapatkan bekalan kira-kira 9,000 biji (9 tan) kelapa kampung di Bagan Datuk, Perak serta 6 tan kelapa Indonesia di Batu Pahat, Johor daripada pembekal setiap minggu. Usaha menjadikan tempurung kelapa sebagai arang agak kurang popular di lakukan di kalangan usahawan di Malaysia berbanding dengan negara jiran Indonesia yang mana ia sangat popular.


Sembang mengenai tempurung kelapa yang MESTI di katakan penting adalah fakta bagaimana sumbangannya kepada dunia kesihatan. Apa pun m
anfaat dari tempurung kelapa untuk berbagai aspek dalam kehidupan agak jarang di bincangkan. Tempurung kelapa merupakan bagian kulit luar dari buah kelapa dimana kulit luar ini teksturnya keras dan dapat digunakan menjadi berbagai macam keperluan secara langsung pada kehidupan manusia. Tempurung kelapa pada penulis blog merupakan bahagian yang dahulu sering dianggap tidak berguna. Bahagian luar dari kulit kepala ini merupakan bahagian yang keras dan lebih banyak dibuang oleh masyarakat terutama kilang mengumpul buah kelapa di kampong tradisional. Tempurung kelapajika diproses menjadi pelbagai bentuk produk untuk makanan, kraftangan dan kesihatan. Penulis blog akan sembang bagaimana ada banyak manafaat tempurung kelapa dalam membantu gayahidup dan kesihatan mannusia. Pertama ia menjadi salah satu Bahan Pengawet Makanan Semulajadi setelah diproses sehingga ia menjadi cairan tempurung. Proses ini dilakukan dengan mengasapkan tempurung kelapa dan kemudian ia dijadikan 'produk asap cecair' yang kental yang menyerupai kicap dari hasil pengasapan ini. Sudah di komersilkan di Indonesia dimana ia di jual dalam botol khas (Sila lihat foto disebelah). Kemudian setelah keluar cairan seperti kicap ini sudah boleh digunakan sebagai bahan pengawet kayu dari serangan anai-anai namun ianya belum lagi sesuai digunakan sebagai bahan pengawet makanan. Pada penulus blog asap ini atau produk ini mengandungi banyak bahan 'Nafthelene' yang tidak disukai oleh sebarang serangga termasuk anai-anai. Apa pun jika ada yang mungkin ingin menggunakannya sebagai bahan pengawet makanan mungkin kicap cecair dari tempurung kelapa ini harus diproses lanjut dengan banyak proses lain. Ada di negara jiran Indonesia dimana kicap ini ada dilaporkan ia digunakan menjadi pengawet makanan seperti makanan iaitu bakso, ikan, ataupun makanan mee. 
Artikel ini di tulis dlam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEMPURUNG KELAPA...BANYAK GUNA...
DIJADIKAN BAHAN BAKAR...IA BIASA...
PROSES JADI ARANG... UNTUNGNYA...
PRODUK KESIHATAN... APAKAH DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilaayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(25 Muharam 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.