Thursday, August 8, 2024

SEMBANG TENTANG 'TEMPURUNG KELAPA' (Part 2)

TEMPURUNG KELAPA
(Coconut Shell) merupakan salah satu bahan yang terhasil daripada Buah Kelapa (Cocos nucifera) dimana ia berada didalam buah kelapa. Tempurung kelapa berfungsi sebagai lapisan kulit yang keras dikelilingi sabut kelapa yang menjadikan isi kelapa tidak terkeluar semasa jatuh gugur ketanah apabila sudah cukup tua. Semua maklum dimana tanaman kelapa merupakan 'tree of life' dimana memnag kesemua bahagian pokok kelapa berguna kepada manusia kecuali kemungkinannya bahagian akarnya sahaja. Pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun dimana ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Tanaman kelapa di Malaysia bagaimana pun semakin menurun diatas pelbagai sebab sehingga dilaporkan cuma tinggal seluas 84,222 hektar dengan penghasilan sebanyak 610,474metrik tan pada tahun 2023 (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Sabah mempunyai keluasan terbesar tanaman kelapa dengan seluas 18,475 ha diikuti dengan Johor (13,158 ha) dan Sarawak seluas 11,999 ha. Buah kelapa yang peling utama dihasilkan memang mengandungi banyak kegunaan daripada isi santannya sehinggalah kepada airnya. Air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Kelapa tua diproses untuk dijadikan kelapa parut yang boleh diperah menjadi santan digunakan dalam pelbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih. Santan apabila dimasak dalam tempoh yang mencukupi boleh dipecahkan menjadi minyak yang tidak sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan malah juga sebagai bahan api pelita dan bahan mentah membuat barangan seperti sabun. Sisa-sisa yang ditinggalkan dari pemerolehan isi buah ini juga tidak terbazir. Sabut kelapa tua boleh dibuat tali mahupun sebagai alas penanaman tumbuhan tertentu seperti anggerik. Tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk apabila dibakar dan barangan seperti kraftangan. Serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian. Daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan, urat daunnya yang keras boleh dijadikan lidi batang penyapu atau sate. Bahagian bunga atau tandan atau mayang bunga kelapa yang masih muda dipakai orang untuk hiasan dalam upacara perkahwinan dengan simbol tertentu. Bunga betina atau buah mudanya dapat dimakan. Malah, bahan mayang ini turut dipakai dalam pembuatan sejenis hidangan gudeg dalam kalangan orang Jawa disebut gudeg manggar. Nektar manis yang keluar dari tangkai bunga yakni nira dapat diminum segar mahupun ditapaikan lanjut sebagai minuman keras iaitu tuak atau diproses menjadi gula. Saya ada menulis lebih dari 300 artikel mengenai kelapa dalam blog ini untuk idjadikan bahan rujukkan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang mengenai fakta menarik bahan tempurung kelapa ianyauntuk dijadikan salah satu bahan rujukkan semua.


Ramai kalangan pembaca blog bila lihat foto paling atas pernah menggunakan arang sebagai sejenis ubat dimana ada yang di perbuat dari tempurung kelapa. 
Charcoal atau arang pada kebiasaannya dihasilkan daripada arang batu, kayu atau tempurung kelapa. 'Activated charcoal' adalah sama seperti jenis arang yang lain dimana ia merupakan sejenis serbuk halus berwarna hitam tanpa bau dan rasa yang digunakan untuk pelbagai jenis rawatan tertentu. Apa pun 'activated charcoal' telah digunakan sejak zaman purba untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk keracunan. Ciri-ciri daripada penyembuhan yang dihasilkan oleh activated charcoal ini telah direkodkan sejak 1550 Sebelum Masihi oleh orang Mesir. Maklumat bagaimana bahan activated charcoal bertindak sebagai ubat dilaporkan ia akan bertindak dengan bergabung kepada bahan kimia atau toksin yang berada di dalam perut atau usus kecil. Ini menyebabkan bahan tersebut dapat dihalang dari menyerap ke dalam tubuh. Hasil daripada gabungan activated charcoal dan bahan kimia atau toksin ini akan dikumuhkan melalui najis tanpa memudaratkan badan. Dilaporkan antara ciri-ciri ini menyebabkan activated charcoal sangat berkesan digunakan untuk rawatan keracunan makanan, keracunan bahan kimia, cirit-birit, kembung dan sakit perut. Selalunya indikasi activated charcoal yangmana di Malaysia bahan 'activated charcoal' merupakan ubat yang digunakan untuk rawatan keracunan makanan atau cirit-birit. Selain dari itu ia juga digunakan untuk rawatan keracunan disebabkan oleh ubat-ubatan, racun bukan organik, atau bahan kimia yang ditelan secara sengaja atau tidak sengaja. Activated charcoal bertindak memperlahankan penyerapan racun atau bahan kimia tersebut. Terdapat beberapa jenis activated charcoal yang terdapat di Malaysia dimana dua jenis activated charcoal yang terdapat dalam pasaran Malaysia iaitu Jenis Activated Charcoal dalam bentuk tablet (250mg setiap tablet) dan juga Jenis Activated Charcoal dalam bentuk serbuk (dalam botoldan pek). Bagaimana pun nasehat doktor dimana ada beberapa perkara penting didalam mengambil bahan ini. Antaranya bagi wanita mengandung dan menyusukan bayi mereka perlu berhati-hati jika mengambil activated charcoal. Activated charcoal adalah selamat jika di ambil untuk tempoh masa yang singkat bagaimanapun, berbincanglah terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi sebelum memulakan pengambilan activated charcoal. Boleh ujud masalah sistem penghadaman atau pergerakan makanan di dalam usus perlahan: Sebaiknya jangan ambil activated charcoal jika anda mengalami sebarang masalah dengan sistem penghadaman dan pencernaan.


Dilaporkan dimana bahan dari tempurung kelapa ini boleh menjadi ubat 
untuk Penderita Diabetes. Ia didakwa adalah salah satu manfaat tempurung dari kelapa untuk kesihatan tubuh dimana penggunaannya dapat dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah disyorkan. Pertama bersihkanlah tempurung kelapa dari sabut kelapa yang melekat pada bahagian didalamnya dimana apabika sudah benar-benar bersih, maka di rebus tempurung kelapan dalam sebuah periok namun harus digunakan periuk masak yang terbuat dari tanah liat. Banyaknya kuantiti air rebus dipastikan hingga tempurung seluruhnya terendam. Lakukanlah aktiviti perebusan hingga air berkurang lebih dari sepertiga banyak air sebelumnya. Selesai itu maka amalkan meminum air rebusan tersebut sebanyak 3 kali dalam satu hari dimana digalakkan agar direbus berulang tempurung kelapa tersebut setiap dua hari. Walau pun petua ini agak kurang di lakukan oleh masyarakat moden masa kini akan tetapi ia sudah di lakukan oleh orang dulu-dulu. Paling popular dikalangan orang ramai pastinya tempurung kelapa digunakan untuk Merawat Keracunan. Sering didengar dimana kes keracunan makanan merupakan keadaan yang berbahaya bahkan dapat mematikan sesorang. Jika ada kes ini pada pembaca blog atau ahli keluarga atau kenalan yang mengalami keracunan makanan, maka perlu dilakukan pertolongan pertama yang perlu dilakukan iaitu dengan memberikan bahan arang yang dihasilkan iaitu dari pembakaran tempurung kelapa ini. Sudah banyak hasil pemprosesan dari tempurung kelapa menjadi arang ataupun karbon akti kerana ia dilihat lebih selamat digunakan. Apa pun jika dalam waktu yang mendesak dahulua orang kampung akan membuat sendiri arang tempurung kelapa yang bermanfaat ini. Dalam dunia perubatan ada kenyataan dimana tempurung kelapa ini mampu Menurunkan Kolesterol dalam badan. Ia didakwa dapat membantu menurunkan kolesterol kerana selalunya kandungan kolesterol yang terlalu tinggi tidak baik untuk kesihatan dan sebaiknya ia kadar kolesterol harus dijaga tetap normal. Mereka yang memiliki masalah dalam menjaga kadar kolesterol ini secara baik dapat ianya memanfaatkan tempurung kelapa ini. Tempurung kelapa yang telah diproses selalunya ia mampu untuk menurunkan kadar kolesterol dengan efektif. Bahan tempurung kelapa yang diproses menjadi karbon aktif boleh di gunapakai tetapi sekarang ini mudah membelinya sahaja (secara online pun ada). 


Apa pun dilaporkan yang produk dari tempurung kelapa ini didakwa ia mampu M
enjadi Antidot Kepada Bisa Beracun akibat serangan Haiwnn Berbisa.  Selalunya sengatan atau gigitan haiwan atau serangga berbisa akan kemudian ia meninggalkan venom atau bisa yang amat menyakitkan malahan boleh membawa maut. Selalunya bisa pada haiwan tertentu jika menggigit kulit manusia akan menyebabkan terinfeksi akibat bisa racun tersebut. Racun ini sangat berbahaya ka;au ia tidak langsung dineuteralkan atau di rawat dengan segera dari tubuh. Sejak dulu dilakukan dimana salah satu caranya adalah menggunakan bahan tempurung dari kelapa yang dilihat ia mampu antidot dari bisa racun haiwan seperti labah-labah, lipan, jenhking, lebah dan juga ular. Apa yang harus dilakukan adalah dengan memanaskan bahan tempurung kelapa dan di lekatkan kelokasi bertujuan untuk menghasilkan antidot bisa beracun serangan haiwan ini sehingga rasa sakitnya kurang dan p\mangsa secepatnya di bawa ke klinik atau hospital berdekatan. Dipercayai dimana tempurung kelapa juga mampu Mengubati Masaalah Inflamasi. Apa pun selalunya inflamasi merupakan kejaidan peradangan yang terjadi di dalam tubuh seseorang atas berbagai sebab. Kes peradangan dalam tubuh ini dapat disebabkan oleh berbagai macam hal seperti keracunan ataupun infeksi virus tertentu yag menyerang. Segala penyebab dan faktor yang memicu kepada kes  peradangan atau inflamasi ini dapat diatasi dan cara ia diserap menggunakan hasil perawatan menggunakan bahan dari tempurung kelapa. Mangsa perlu berusaha dapat menggunakan bahan tempurung kelapa menjadi arang  ataupun karbon aktif yang dapat dimanfaatkan untuk merawat masaalah inflamasi. Paling selalu didengan dalam sembang ini dimana tempurung kelapa dilaporkan ia Membantu Dalam Proses dalam Sistem Pencernaan ManusiaSelalunya sistem pencernaan dilaksanakan dengan berterusan dimana ia melibatkan beberapa organ pencernaan secara serentak. Organ pencernaan ini harus bekerja secara optima iaitu untuk mempastikan proses sistem pencernaan berjalan sempurna. Salah saru cara membantu proses dalam sistem pencernaan adalah dengan menggunakan bahan arang dari tempurung kelapa. Didakwa bahan dari tempurung kelapa ini dapat digunakan untuk mendetoksifikasi racun (detox) atau kotoran yang menghambat kerja dari organ-organ pencernaan dalam perut. Setelah organ pencernaan bebas dari segala racun dan kotoran selalunya beberapa organ pencernaan akan dapat membantu sistem pencernaan menjadi lebih efektif bekerja. 


Dalam sembang mengenai tempurung kelapa ini baik dikongsi info bagaimana tempurung kelapa didakwa mampu dalam 
Membantu Proses Penyembuhan Luka. Selalunya proses proses penyembuhan luka juga masih ada kaitannya dengan proses penyembuhan peradangan dalam tubuh. Apa pun dilaporkan kehebatan dari tempurung kelapa ia dapat untuk digunakan dalam proses penyembuhan luka kerana akibat dari luka mesti di rawat cepat agar ia tidak menganggu dan akan mejadikan seseorang itu sihat. Didakwa dimana bahan dari bahan tempurung kelapa iaitu karbon aktif membantu proses penyembuhan luka. Sapukan bahan karbon aktif pada luka yang belum sembuhdan dilakukan secara rutin sehingga sembuh sepenuhnya. Paling kurang diketahui dimana bahan dari tempurung kelapa ini membantu Menjaga Kesihatan Kulit apabila penggunaannya secara rutin dapat mengantikan sel-sel kulit mati dan kesan memutihkan bahagian kulit secara semulajadi dimana kemudian permukaan kulit juga dapat menjadi lebih halus dan bersinar. Jadi gunakanlah tempurung kelapa sebagai alternatif untuk merawat kulit dimana kemudian ia dapat mencantikkan individu tanpa resiko ada tinggi seperti pada produk-produk kecantikan. Ramai sudah melihat bagaimana arang termasuk arang tempurung kelapa di gunakan sebagai bahan Penapis Untuk Air Bersih yang di komersilkan (Sila lihat foto disebelah). Keadaan kualiti air terutama untuk air minuman adalah berbeza-beza mengikut jenis air, lokasi dan puncanya. Ada air dimana semulajadinya adalah bersih dan selamat di minuk sebaliknya di kawasan bandar kebanyakan air yang ada didalam paip adalah sebaiknya di tapis dahulu sehingga selamat untuk di minum. Diluar sana ada air dimana tanahnya bersih dan ada juga yang keruh akibat banyaknya kandungan logam dan tanah yang bercampur di dalamnya. Pengikatan kandungan bahan tercemar ini adalah tidak baik untuk kesihatan. Oleh itu ia mesti dirawat dengan menggunakan karbon aktif hasil dari pemprosesan pembakaran arang tempurung dari kelapa. Tempurung kelapa ini dapat menjadikan air bersih dan murni bersih tanpa risiko apapun apabila di proses dengan betul. Seterusnya dilaporkan dimana tempurung kelapa jika diproses dengan baik akan mampu Mencegah Merebaknya Berbagai Penyakit dari dalam tubuh manusia seperti kegagalan buah pinggang atau organ ginjal dan kegagalan hati dimana keduanya adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh kandungan racun yang cukup tinggi dalam tubuh seseorang. Tentunya semua racun dalam tubuh dapat didetoksifikasi iaitu dengan cara menggunakan tempurung kelapa. Tempurung kelapa ini harus diproses dulu sehingga ia menjadi karbon aktif. Paling selalu didengar dimana bahan ini mampu untuk Membantu Penghentian Penyakit Cirit Birit. Ini adalah salah satu yang umum tahu apabila berlaku gangguan sistem pencernaan merupakan penyakit cirit dan selalu ini berpunca dari bakteria yang masuk ke dalam organ pencernaan manusia. Dilaporkan produk tempurung kelapa akan dapat digunakan untuk memaksimakan pendetoksifikasian bakteria ini bersama racun-racun jenis lainnya dari organ pencernaan. Ia diamalkan bagi menghentikan penyakit cirit dengan cara semulajadi tanpa risiko. Akhir sekali ia berkaitan dengan duna pertanian apabila tempurung kelapa sebenarnya adalah sesuai dijadikan bahan asas untuk Membuat Baja Organik. Apa pun proses perlu dimana tempurung kelapa dapat menghasilkan produk tepung tempurung kelapa yang banyak manfaatnya. Salah satu manfaat dari serbuk (powder) dari tempurung kelapa ini adalah untuk menjadi bahan asas dalam membuat baja organik yang membekalkan nutrien penting untuk tumbuhan yang bebas dari bahan kimia. Pokok yang di bubuh baja organik akan tumbuh subur dan mampu hasilkan produk yang selamat di makan. Artikel ini di tulis dlam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TEMPURUNG KELAPA...BANYAK GUNA...
DIJADIKAN BAHAN BAKAR...IA BIASA...
PROSES JADI ARANG... UNTUNGNYA...
PRODUK KESIHATAN... APAKAH DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilaayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(25 Muharam 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.