Thursday, July 11, 2024

TANAMAN BIJAN - BAGAIMANA?

TANAMAN BIJAN  (Sessamum indicum) atau (Sesamum radiatum) merupakan sejenis tanaman yang tidak diusahakan di Malaysia tetapi ada digunakan biji bijan dan produk dari bijan didalam banyak produk makanan. Pernahkan pembaca blog ini melihat pokok bijan atau tahukah anda pokok ini boleh hidup dengan baik di Malaysia?. Walau pun dilaporkan ada beberapa orang yang cuba elakukan percubaan menanam pokok bijan di Malaysia dimana ia mampu untuk menghasilkan 4 pokok bijan yang subur, berbunga dengan lebat dan dapat menghasilkan kekacang biji bijan namun ramai yang tidak mahu mencuba menanam tanaman ini. Kalangan umum tahu biji bijan atau minyak bijan memang selali ia digunakan dalam pelbagai masakan terutama masakan Cina, roti, kuih muih dan juga popular sebagai tahini atau bijan yang telah di kisar untuk Masakan Persia atau Masakan Arab. Daripada banyak sumber rujukkan dimana tanaman bijan mula ditanam manusia sejak 5,500 tahun lalu untuk hasikan biji bijian dan ia dimakan atau untuk diproses dan menghasilkan minyak. Bijian ini boleh menghasilkan 63% minyak dari kuantiti bijian yang diguna dimana faktur ini memberi status bijan antara bijian sumber 'oil-crop' yang terbaik dengan haslkan minyak berkualiti. Dilaporkan dimana negara pengeluar utama bijan sekarang ialah Tanzania, India dan Sudan. Pokok bijan adalah pokok yang tahan kemarau dan sesuai ditanam di kawasan yang panas dan agak kering semasa waktu menuainya. Tumbuhan ini yang sering dipanggil sebagai 'Sesamee Plants' dimana ia dilaporkan mempunyai sebanyak 24 jenis yang dimajukan oleh beberapa negara di dunia terutama di Tanzania. Pada tahun 2020 dilaporkan dimana pengeluaran biji bijan dunia adalah sebanyak 6.32 juta mt di dahului oleh Tanzania (0.812 juta mt), Myamnar (0.94 juta mt), India (0.797 juta mt), Sudan (0.721 juta mt), China (0.647 juta mt) dan Nigeria ( 0.547 juta mt) seperti dilaporkan oleh FAO Statistic. Dari segi pengguna dilaporkan dimana Jepun adalah sebuah negara pengimport dan pengguna biji bijan tebesar didunia diikuti dengan negara China. Negara kita Malaysia pula merupakan 'net importer' biji bijan terutama dari negara China yang didakwa adalah biji bijan mereka adalah 'low priced food grade' minyak dan biji bijan sama dengan semua negara di Asia Tenggara lain. Bagaimana pun artikel pada subuh ini dalam blog  ''Anim Agro Technology'' saya terfikir untuk menulis mengenai penanaman pokok bijan sebagai bahan rujukan anda semua.


Sebenarnya keperluan asas penanaman pokok bijan disekitar kawasan tropika dan subtropika digarisan darjah 45N sehingga 45S. Ia boleh ditanam dikawasan dengan ketinggian mencapai 1.0 - 1,200 meter dari paras laut. Pokok bijan juga adalah sangat sensitif terhadap suhu yang rendah, curah hujan yang tinggi serta cuaca yang mendung apalagi semasa peringkat pembungaan. Suhu yang optima untuk menanam pokok bijan ini adalah diantara 25 - 30 Celcius dengan cahaya yang penuh. Curahan air hujan tahunan yang diperlukan diantara 300 - 1,000 mm dan toleran terhadap kekeringan yang terjadi namun tanaman ini tidak akan tahan dengan kawasan mudah banjir. Tanaman ini juga termasuk dalam tanaman hari pendek (short day period) iaitu sekitar 7 jam sehari. Dari segi keperluan tanah pula ia perlukan jenis tanah yang berliat atau jenis lempung serta berpasir dengan kadar pH 5.5 - pH 8.0 yang boleh menyuburkan tanaman. Pastikan sistem saliran dikebun sangat baik dari berlaku air bertakung yang mana boleh membunuh tanaman ini. Bagi penanaman bijan ini perlukan biji benih yang berkualiti dari spesis yang baik dipasaran. Biasanya punca benih adalah hasil biakbaka yang mampu hasilkan bijan yang maksima serta tahan penyakit. Sebaiknya bagi mendapatkan hasil yang maksimum perlukan benih biji bijan terpilih yang berkualiti seperti berbatang tegap, tumbuh dengan cepat, hasil yang tinggi dan dari sumber pembekal yang dipercayai. Sebaiknya kualiti benih juga dilihat aspek biji benih tidak mengalami kecacatan dan luka kerana jika biji cacat akan susah kadar perumbuhnya dan mutunya pasti tidak elok. Juga biji tidak keriput dan tidak tercampur dengan varieti yang lain yang diambil dari kawasan penanaman yang seragam. Biasanya untuk membuat benih bijan sendiri boleh dilakukan dengan cara memilih tanaman yang sihat dan juga berbuah banyak kemudian pokoknya perlu dipotong dan pisahkan dengan tanaman yang lain. Biji bijan tersebut kemudian dibersihkan dan dijemur. Bila kering sebaiknya biji tersebut perlu untuk dimasukkan kedalam botol simpanan benih dimana bahagian atas botol perlu dilapiskan dengan abu agak tebal kemudian ditutup rapat. Paling mudah beli sahaja benih bijan dikedai yang dijamin kualitinya.


Bagi teknik penanaman biji bijan iaitu dikawasan tanah basah pula cara menyediakan tanah sama seperti penanaman pada tanah kering. Apa yang pasti bagi sistem ini tanah tersebut perlu dikeringkan dahulu dan kemudian tanah dibajak sedalam 40-60 cm dan dibiarkan selama seminggu agar kuman penyakit terjadi proses oksidasi gas beracun. Kemudian penyisihan tanah untuk pemecahan gumpalan tanah secara kecilan sampai memperoleh tanah yang gembur dan halus sekaligus meratakannya serta biarkan selama seminggu. Proses penggemburan tanah perlu sedalam 4 cm dan pembentukan batas tanaman dan juga parit disediakan. Pastikan dibuat semburan racun pra-cambah untuk elakkan pertumbuhan rumpai yang tdak dikehendakki. Penanaman biji bijan ini boleh dilakukan ditanah kering atau pun tanah basah. Bagaimana pun jika musim kemarau maka petani perlu membuat siraman pada peringkat awal sehingga tanaman bijan ini berumur 60-70 hari selepas sehingga pokok membesar. Pada kebun tanah sawah basah kurangkan air dan elakkan daipada ia bertakung. Penanaman bijan dengan jarak tanaman 2 cm x 4 cm mengikut varieti yang ditanam dimana setiap lubang diisikan dengan 5 biji bijan yang berkualiti. Amalan menunjukkan cara meletakkan benih bijan maka biji benih ini dicampur dengan abu atau pasir halus.


Pembajaan tanaman pokok bijan boleh dilakukan mengikut umur tanaman. Kadar yang sesuai sehektar adalah memberikan sebanyak 100 Kg Urea sehektar. Kadar sebanyak 1/3 baja ini perlu diberikan semasa menanam dan bakinya dilakukan ketika umur pokok mencapai 4-5 minggu. Pemberian baja ini dilakukan dengan cara memasukkannya sedalam 5 - 7.5 cm dan jarak 5 cm dari lubang tanam. Sulaman perlu dilakukan 6 hari setelah tanam. Pokok bijan ini sebenarnya memang ia mudah hidup bila dipindahkan dimana ia membolehkan untuk kita dalam menggunakan bahan tanaman untuk proses penyulaman dari lubang tanam lain yang tumbuh lebih dari dua tanaman. Menyulam sebaiknya dilaksanakan 15-20 HST sehingga akhirnya tinggal 2 pokok selubang. Kawalan bagi rumpai dilakukan sepanjang masa. Sebagai tanaman singkat maa biasanya pokok bijan ini diserang serangga perosak dan penyakit. Kawalan dilakuan dengan melakukan cara preventif iaitu dengan cara kawalan sebelum tanaman diserang dan sebaiknya menggunakan biji benih yang tahan serangan, seranga serangga dan penyakit dielakkan dengan menanam varieti yang tahan terhadap patogen penyakit. Penuaian hasil bijan dijalankan apabila sekitar 2/3 dari buah kekacang dipokok telah berwarna hijau kekuningan. Lazimnya ia akan matang sesuai untuk dituai dalam masa 120 - 150 hari. Menuai dilakukan dengan memotong 10-15 cm tangkai buah pada pokok dan kemuidan diikat untuk proses pengeringan. Cara menjemur juga dalam keadaan berdiri dan apabila cukup kering maka proses mengeuarkan bijinya dijalankan. Batang pokok ada buah dipukul-pukul dengan tongkat kayu dimana bijinya akan keluar dari buah kekacang (polong) dimana ia biasanya dijemur selama 1 hari penuh agar kandungan kadar airnya berkurang.. Biji bijan ini dikumpulkan dan digredkan sebelum dibungkus untuk ia digunakan sendiri atau pun dijual. Semuga tulisan ini dapat memberi info yang berfaedah dari anim agro technology kali ini. Wasallam...!
MENANAM BIJAN... BUKAN DI MALAYSIA....
MUDAH DITANAM... HASILNYA BAGAIMANA...
KURANG POPULAR... MEMANG ADA SEBABNYA...
MEMBACA ARTIKEL... SUDAH DAPAT ILMUNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Bayu Damai, Pengerang,
Kota Tinggi, 
Johor. Malaysia.
(6 Safar 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.