Friday, July 12, 2024

APA BEZA RACUN GLYPHOSATE DENGAN GLUFOSINATE?

RACUN RUMPAI
 (Weedicide)
ialah racun makhluk perosak yang digunakan untuk membunuh rumpai dan tumbuhan yang tidak dikehendaki dikawasan kebun atau di tanah lapang. Apa pu dilaporkan ada terdapat dua jenis sifat racun rumpai iaitu Racun Selektif (memilih) dan Racun Tidak Selektif (tidak memilih). Racun rumpai selektif hanya mematikan rumpai atau spesis rumpai tertentu sahaja manakala ia akan meninggalkan tanaman dalam keadaan terkawal. Sesetengah tindakan ini adalah dengan mengganggu pertumbuhan rumpai dimana ia selalunya bersifat "peniruan" hormon tumbuhan. Pemilihan mungkin disebabkan oleh translokasi, penyerapan berbeza, perbezaan fizikal (morfologi) atau fisiologi antara spesies tumbuhan.Antara contoh racun rumpai selektif adalah seperti 2,4-D dan Imazapic. Racun rumpai jenis tidak selektif pula akan bertindak terhadap spesies tumbuhan tertentu dan akan mematikan tumbuhan yang terkena racun. Ia digunakan untuk membersihkan tapak perindustrian, tanah sisa, jalan kereta api dan semak di benteng keretapi dan sebagainya. Dilaporkan dimana Racun seperti Paraquat, Glufosinate, Glyphosate adalah racun rumpai tidak selektif. Ia membunuh semua jenis tumbuhan yang disentuh olehnya. Kuantiti racun jenis ini dengan kuantiti sedikit digunakan di kawasan perhutanan, sistem pastura dan pengurusan kawasan yang terdapat hidupan liar seperti di kawasan Zoo Binatang. Saintis laporkan dimana ada sesetengah tumbuhan yang mampu untuk ianya menghasilkan racun rumpai secara semula jadi seperti genus Juglans (walnut) atau pokok Syurga dimana cara tindakan seperti ini atau beberapa interaksi kimia berkaitan digelar alelopati. Penulis blog dapati dimana racun rumpai digunakan secara meluas dalam bidang pertanian dan pengurusan rumput turf. Di  USA dilaporkan dimana hampir 70% daripada jumlah racun makhluk perosak yang digunakan adalah racun rumpai. Begitu juga di Malaysia dimana penggunaan racun rumpai adalah luas digunakan dalam mengawal rumpai dalam semua aktiviti berkaitan. Antara puncanya ialah racun rumpai dapat mengawal rumpai dengan lebih baik, murah dan menjimatkan masa serta kesan yang signifikan. Di Malaysia apa yang penulis blog lihat dimana corak penggunaan racun rumpai tidak banyak berbeza dengan negara-negara lain yang lebih maju kerana aplikasi teknologinya adalah mengikut prosedur khusus. Lazimnya kos atau perbelanjaan terhadap racun rumpai meningkat 15% setiap tahun akan tetapi semenjak perang Rusia-Ukraine dan pasca-pandemik covid 19 dilaporkan kenaikan harga racun rumpai meningkat sehingga lebih dari 150%. Seperti penulis blog jangkakan dimana kos racun dan bahan input kinia lain seperti baja akan terus meningkat selagi tiada cara-cara lain yang lebih baik sebagai pengganti untuk mengawal rumpai. Kini petani yang menggunakan bahan kimia dalam sistem amalan agronomi di ladang atau kebun merasa tertekan dengan ancaman kos ini yang menghimpit pendapatan mereka dan kualiti hasil pertanian mereka. Artikel pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas akan apakah dia perbezaan dua jenis racun iaitu Glyphosate dan Glufosinate sekadar menjadi bahan rujukkan pembaca blog semua.


Pada penulis blog dimana menyentuh akan perbezaan yang mudah difahami diantara racun rumpai 
Glyphosate dengan racun rumpai Glufosinate hanya diketahui jika membaca beberapa enjelasan dari pihak yang bertanggungjawab. Ini kerana jika pembaca blog semua tidak membuat rujukkan dan bertanya kepada pihak pakar racun dan cuba membezakannya dengan teliti maka ramai mungkin yang tidak benar-benar mampu membezakannya. Perbezaan antara keduanya mengikut beberapa keterangan yang akan dibincangkan selepas ini meliputi bagaimana kaedah tindakan yang berbeza, kaedah erlakuan yang berbeza, jangkamasa kesan tindakan berlainan, kaedah kemusnahan rumpai berlainan, tahap keselamatan yang berlainan dan prospek kedua jenis racun ini yang juga dilihat berlainan. Kedua jeni sracun rumpai ini mempunyai Kaedah Tindakan Yang Berbeza selepas disembur keada rumpai. Dilaporkan dimana jenis Racun Glyphosate adalah sejenis rcun racun serap dengan kandungan bahan aktif iaitu bahan  'N-Phosphonolmethyl glysine'. Di Malaysia dintara jenama popular racun jenis ini adalah seperti Round-up, Ecomax dan juga Touch DownRacun rumpai jenis ini amat sesuai untuk digunakan untuk membunuh rumpai saka seperti rumpai lalang, menerong, rumput sambau dan rumput yang berdaun lebar. Semasa menggunakan ia dilaporkan racun ini sesuai dicampurkan dengan racun Ally untuk mendapatkan kesan yang lebih baik terutama kepada rumpai yang berdaun lebar. Bagaimana pun racun Glyphosate ini dilaporkan kurang ianya merbahaya kepada mamalia. Bagaimana pun apa yang penulis blo pernah menggunakannya diman racun ini memang ia perlukan air yang bersih untuk tindakan membubuh yang lebih berkesan. Kelemahan racun glyphosate adalah dimana apabila ia akan hilang kesannya jika menggunakan air berlumpur di kebun. Seterusnya bagi racun Glufosinate iaitu ia adalah sejenis asid fosfonat. Mekanisma atau cara dalam tindakannya adalah dengan pengumpulan amonium yang mana ia akan dapat menghalang proses sintesis glutamin. Glyphosate adalah sejenis racun rumpai jenis Asid fosfonik yang tidak selektif. Tindakan dengan menghalang 'glutamat synthetase' sebagai enzim detoksifikasi tumbuhan adalah penting dimana ia membawa kepada gangguan metabolisme nitrogen pada tumbuhan, pengumpulan amonium yang berlebihan dan memusnahkan kloroplas yang kesannya akan menghalang proses fotosintesis dan akhirnya adalah kesan kematian rumpai yang disembur racun.


Dalam pada itu racun rumpai 
Glyphosate biasanya ia akan memerlukan masa 7-10 hari untuk berlaku kesan semburanya terhadap rumpai sedangan bag jenis racun Glufosinate pula secara amnya ia akan perlukan masa selama 3 hari untuk bertindakbalas dapat dilihat (pada keadaan suhu normal). Dari aspek kepantasan pembunuhan rumpai dimana lazimnya tahap prestasi racun dari segi pertumbuhan semula rumpai dimana jenis Glufosinate adalah dinilai lebih baik. Dilaporkan oleh kerana rumpai akan lebih kebal kepada glyphosate dan paraquat dimana ini menjadi isu semakin serius. Racun paraquat adalah jenis racun yang sangat baik dimana  ramai petani akan mudah menerimanya kerana kesan kawalannya yang sangat baik dan prestasi perlindungan alam sekitar yang baik. Bagaimana pun racun paraquat telah diharamkan. Terdapat permintaan yang telah meningkat untuk racun glyphosate di kebun teh, ladang, kebun nanas, kebun dedaunan hijau lain-lain yang pentingkan dan juga memerlukan lebih banyak keselamatan ekologi. Pelbagai jenis tindakan racun rumpai dilaorkan sama ada racun pra-cambah, racun sentuh atau pun racun sistemik. Dilaporkan dimana racun glyphosate dapat mengawal lebih daripada 160 jenis rumpai dimana ia termasuk tumbuhan jenis monocotyledons dan dicotyledon, jenistanaman tahunan, jenis tumbuhan dan pokok renek. Bagaimana pun ada laporan dimana kesan kawalannya terhadap lalang berkurangan selepas beberapa tahun racun ini digunakan (mungkin lalang akan menjadi kebal). Glyphosate tidak mempunyai kesan yang jelas terhadap rumpai antagonis seperti 'milkweed' dan juga jenis 'Peganum' akan tetapi ia tidak boleh digunakan pada tanaman dengan akar cetek atau akar yang terdedah seperti ketumbar, lada, anggur dan betik. Bagaimana pun petani boleh mendapatkan penjelasan daripada pekedai yang menjual racun tersebut, bertanya kepada agen atau pegawai pengembangan pertanian atau bertanya kepada rakan-rakan petani yang pernah menggunakannya. Sebaiknya fahami apa yang tertulis pada label pembungkusan dahulu.


Racun 
Glufosinate adalah sejenis herbiside jenis spektrum luas, kontak, cara pembasmian rumpai dan ia selalunya mempunyai berbagai kaedah penggunaan. Ia sesuai atau boleh digunakan kepada semua tanaman (selagi tidak disembur pada tanaman terus atau sebaiknya ia perlu ditutup atau dilindungi di antara baris tanaman). Penyemburan secara terus kepada batang dan daun rumpai memang ianya disyorkan kepada cara kewaan rumpai seperti jenis pokok atau tanaman buah-buahan, sayur-sayuran terpilih  atau kawalan rumpai dikawasan tiada tanaman makanan seperti semak samun, padang bola dan taman rekreasi. Dilaporkan dimana racun jenis ini memang mampu mematikan lebih dari 100 spesies rumput dan rumpai berdaun lebar dengan cepat terutama untuk beberapa rumpai ganas yang mana ia sudah bertoleransi dengan glyphosate. Glyphosate adalah sejenis racun herba yang 'membunuh'. Sekiranya tidak digunakan dengan betul dilaporkan dimana ia akan membawa 'risiko keselamatan' kepada semua. Ia berlaku semasa dibuat operasi kawalan atau semburan ketika digunakan untuk mengawal rumpai di ladang atau kebun yang berkemungkinan besar akan menyebabkan kerosakan ekologi. Perlu juga di ingatkan dimana sistem akar tumbuhan boleh rosak jika terkena racun terutama kepada beberpa jenis tanaman buah-buahan seperti kebun limau, durian dan sebagai dalam jangkamasa panjang. Racun  Glufosinate dapat digunakan dikawasan tapak dapat semaian tertentu sebelim ia sesuai dipindahkan keladang dalam masa 1 - 4 hari. Glyphosate juga dilaporkan memang rendah toksik, selamat, tindakan cepat, mesra alam, sebagai topdressing dan proses untuk peningkatan hasil. Ia juga ddakwa tidak memberi kesan pada tanah, sistem akar tanaman dan tanaman berikutnya serta ia juga mempunyai jangka masa yang panjang dalam fasa tindakannya. Dilaporkan racun ini juga sesuai untuk kerja-kerja mengawal rumput kepada hampir semua tanaman. Mudah diturunkan di tanah, selamat untuk tanaman. Ia juga jenis racun yang tidak mudah hanyut dan sesuai digunakan bagi mengawal bagi jenis tanaman jangung, padi, kacang soya dan sebagainya. Persoalan mengenai apa prospek untuk kedua-duanya dimana ada laporan menyatakan dimana prospek pasaran Glufosinate adalah baik dimana memang kadar pertumbuhannya pesat. Walau bagaimanapun sehingga kini dilaporkan dimana teknologi pengeluaran glyphosate juga sukar dan prosesnya rumit. Hanya beberapa syarikat di Malaysia yang mampu untuk menghasilkannya secara besar-besaran. Kajian dan temuan oleh pakar rumpai berpendapat bahawa glufosinate.  Apa pun ada laporan dimana masaalah asas yang dihadapi oleh Glyphosate adalah ketahanan terhadap dadah. Dilaporkan jika berlaku kelebihan glyphosate dipasaran pun dimana permintaan racun jenis ini akan terus meningkat sepanjang masa. Bagaimana pun amalan agronomi dengan cara menggilirkan jenis pahan perawis bagi racun rumpai adalah terbaik dilakukan petani. Semuga artikel ini memberikan ilmu berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...
RACUN GLYPHOSATE... APA BENDANYA...
RACUN GLUFOSINATE...BAGAIMANA PULA...
MEMBACA ARTIKEL.. SUSAH MEMAHAMINYA...
MASIH KELIRU... AMALKAN SELALU BERTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1604, Pullman Miri Waterfront,
Lot 1347, Miri Waterfront Commercial Centre,
98000, Miri, Sarawak,
Malaysia.
(2 Safar 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.