Wednesday, July 10, 2024

HAKISAN TANAH DAN ISU BERKAITAN

HAKISAN TANAH
(Soil Erioson) merupakan satu proses pemechan ketulan-ketulan tanah dipermukaan atas tanah atau bumi dan dipindahkan ke tempat lain oleh beberapa agen hakisan seperti air atau angin yang bergerak atau oleh lain-lain penyebab. Proses hakisan tanah terutama dalam sektor pertanian perlu dikawal agar kadar kehilangan lapisan tanah atas yang subur dapat bertahan lama untuk kehidupan akar tumbuhan. Penulis blog yang terlibat dalam bidang pertanian dan tanaman mendapati di Malaysia penyebab oleh 'Air' merupakan agen paling signifikan dan utama dalam proses hakisan tanah di Malaysia dan dikategorikan sebagai sangat berbahaya jika tidak dikawal berbanding angin. Air bukan sahaja akan melarut dan melarikan zat makanan akan tetapi ia juga mengikis dan akan juga menghanyutkan butiran tanah terutamanya tanah atas yang subur meninggalkan tanah bawah dan batuan. Kehilangan lapisan atas permukaan tanah yang subur ini akan menimbulkan masalah dalam pertanian. Di beberapa negara lain didunia terdapat berbagai faktur yang menyebabkan kejadian hakisan. Dikawasan gurun yang mana ia kurang air seperti di Sahara, Asia Barat dan Australia lazimnya tiupan angin kencang mampu menghakis tanah. Pernah kita lihat di media elektronik bagaimana berlaku 'ribut pasir' dikawasan tersebut yang juga merupakan satu proses hakisan tanah. Dikawasan curam dan gunong pula sering kita diberitahu yang tarikan graviti bertindak pada cerun curam juga merupakan punca utama tanah runtuh. Faktur lain yang membantu proses hakisan tanah seperti Kesan Hakisan Aliran Air Sungai, Glasier atau Ombak Laut yang menghasilkan kerosakan. Di negara sejuk cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat menjadi masaalah dalam pengurusan hakisan. Tragedi gempa bumi juga menghasilkan gegaran dan ketegangan yang mana ia akan menyebabkan cerun lemah runtuh terutama di kawasan pergunungan. Laporan juga menunjukkan letusan gunong berapi seperti di Indonesia dan Filipina menghasilkan mendakan abu, hujan lebat dan aliran sampah yang juga hakisan. Penulis blog pernah melihat di Filipina ketika letupan gunung berapi Pinatubo pada awal 1990'an melihat sendiri sungai yang dipenohi dengan mendakan lumpur dan hakisan tebing sungai dan berlaku hakisan tanah pertanian yang teruk. Pada penulis blog dimana s
alah satu masalah besar yang dihadapi tanah sekarang ini adalah hakisan. Perbezaan faktor hakisan tanah adakah mereka yang menimbulkan masalah ini pada tahap umum. Ini adalah proses yang berlaku secara semula jadi apabila batu dan tanah terlepas dari permukaan bumi dan dipindahkan ke laman web lain. Tindakan utama yang menghasilkan anjakan ini adalah air dan angin. Artikel pada kedinginan subuh Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya paparkan mengenai hakisan tanah dan isu berkaitan dengannya untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Tanaman yang di usahakan di dalan petah teres dikawasan bercerun dan tanah tinggi sering dikaitkan dengan masaalah hakisan tanah. Memang kawasan tanah bercerun yang di buka untuk aktiviti pertanian selalu perlu difikirkan cara mengurangkan atau mengatasi masaalah hakisan tanag. Petani perlu ada tahap kefahaman tinggi mengenai 
apakan dia hakisan tanah dan aktiviti yang mereka perlu lakukan. Proses hakisan inilah yang akan menyebabkan perubahan pada lanskap disebabkan ia ada permukaan bumi terjadi dari luuhawa batu sehingga menjadi tanah untuk satu jangkamasa alaa. Pada penulis blog yang belajar di universiti dahulu ada dilaporkan agens utama yang bertanggungjawab untuk mereka adalah angin dan air. Proses ini boleh menjadi sangat lambat dan beribu-ribu tahun terakhir atau dapat dipercepat melalui aktiviti manusia seperti perlombongan atau pertanian. Apa pun hakisan tanah adalah penurunannya melalui tindakan pelbagai faktor semula jadi yang berlaku. Ada tindakan manusia yang mempercepat proses ini seperti pembukaan hutan dan penanaman ditanah yang mana ia juga boleh berlaku di seluruh dunia sama ada di kawasan kering atau gersang. Selalunya cara untuk mengelakkan hakisan tanah dimana ia memerlukan penutup tanaman dan infrastruktur yang dapat menahan khakisan tanah. Hakisan tanah boleh mengubah bentuk tanah dan pemandangan kepada yang kurang menarik lagi. Kitanya dimana ada bahan mendapan atau sedimen yang diangkut oleh air dan laluan air di kawasan kebun yang bercerun. Mendapan ini adalah ia berasal dari tanah tinggi berbukitan atau kawasan seperti di pergunungan terdiri dari kepingan kecil batu, pasir dan selut. Sepanjang perjalanan sungai ini maka sedimen ini terus bergerak dan ia dihanyutkan dan akhirnya di kumpul ditempat lain seperti tanah bawah, kolam atau empangan. Pemendapan sedimen ini mengggangu kawasan tersebut atau merosakkan landskap secara keseluruhan sehingga bermasaalah.


Pada masa ini dimana hakisan tanah berkait rapat dengan aktiviti dan akibat oleh isu tindakan manusia atas nama pembangunan dimana faktur ini adalah yang mempercepat proses hakisan tanah ini dengan kecepatan yang luar biasa. Beberapa aktiviti manusia yang menyebabkan peningkatan tindakan faktor hakisan tanah adalah perlombongan, pertanian, penebangan hutan, pembukaan infra jalanraya, proses pembandaran dan sebagainya. Pertama adalah apa yang di katakan sebagai HAKISAN AIR dimana ia sejenis hakisan yang disebabkan oleh pergerakan air dalam pelbagai bentuknya. Apabila hujan turun maka dipermukaan bumi akan yang berpecah-belah akan menjadi lereng dimana disebabkan tindakan graviti yang ada dengan unsur aiir yang mana ia bertanggung jawab untuk kemudian memindahkan sebidang tanah secara hakisan. Berlaku aktiviti aliran sungai yang mana ia dikenali sebagai larian permukaan dan kemudian ia mampu mengubah rupabentuk muka bumi. Ada kala diihat permukaan tanah seakan bergelombang dan berombak disebabkan oleh masaalah hakisan. Kedua adalah dinamakan sebagai HAKISAN EOLIC dimana ia adalah sejenis hakisan yang disebabkan oleh angin yang membawa partikel tanah seperti debul halus ringan yang boleh terbang apabila ditiup angin dari satu tempat ke tempat lain. Tiupan oleh kelajuan angin kuat yang berterusan di permukaan batu juga kemudan membentuk batu terhakis mennjadi pelbagai bentuk yang unik. Di beberapa lokasi ada terdapat bentuk batuan yang sangat pelik kerana tindakan angin di kawasan itu yang bolgen digoogle di media elektronik. Ketiga adalah dinamakan sebagai HAKISAN KIMIA dimana ia juga dikenali sebagai luluhawa kimia. Penulis blog faham dimana perkara ini adalah mengenai penguraian dan perubahan yang dialami oleh struktur batuan akibat perubahan unsur kimia yang berbeza. Perubahan ini terutama adalah berkait dengan jumlah oksigen, air atau karbon dioksida yang terlibat dalam pembentukan dan pengubahsuaian batu. Seterusnya adalah istilah hakisan iaitu HAKISAN MENGIKUT SUHU dimana ia secara mudahnya dikenali dikenali sebagai proses luluhawa fizikal. Proses yang berlaku secara berpanjangan seperti keadaan suhu sejuk, panas atau cahaya matahari di atas batu dan tanah boleh menyebabkan perubahan komposisi fizikal batu. Sebagai contoh berlaku 'termoklasti' iaitu proses pemecahan batu berpunca dari perubahan suhu yang berlaku di suatu kawasan berbatu. Termoklasti ini sering akan dapat dilihat kesannya dengan jelas berlaku di padang pasir. Apa pun selalunya suhu siang hari di padang pasir jauh lebih tinggi daripada suhu malam hari dan perubahan suhu ini akhirnya boleh menyebabkan batu-batu pecah selama ribuan tahun. Akhir sekali adalah istilah HAKISAN GRAVITI dimana ia juga adalah sejenis hakisan yang berlaku akibat tindakan graviti. Perkara yang paling biasa adalah akibat daripada tanah dan juga batu-batuan jatuh ke bawah dimana batu-batu ini akan tetap berada di kawasan paling bawah lereng dimana kemudian ia akan berubah proses seterusnya dengan cara menyeret.


Tamadun manusia di mukabumi ini sejak dulu memang antara yang menyebabkan proses hakisan tanah berlaku dengan lebih cepat. 
Manusia mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi yang selalu dikaitkan dengan punca kerosakkan tanah. Di antara aktiviti ini termasuk aktiviti Penebangan Hutan dimana pokok kayu balak ini di tebang secara besar-besaran dihutan dengan tujuan pengeluaran produk kayu dan pembukaan tanah untuk pertanian (Sila lihat foto disebelah). Penebangan hutan selalunya akan menyebabkan akibat serius dari hakisan tanah di seluruh dunia. Faktor hakisan tanah menyebabkan penurunan kesuburan dan juga kesesuaian penggunaan tanah untuk pertanian yang semakin menurun mengikut peredaran masa. Peru dingat dimana ada  aspek rantaian makanan dimana utamanya bergantung pada produktiviti tanah, air, nutrien dan engurusan agronomi. Bagi sistem pertanian intensif dimana selalunya aktiviti ini akan libatkan petau (manusia) untuk menghasilkan tanaman dengan cepat berhasil dan berkualiti dengan berulang-ulang dilaksanakan. Penggunaan bahan racun perosak, racun rumpai, baja nitrogen dan racun kulat digunakan akhirnya akan mencemarkan tanah dan terkait kemudian juga dengan hakisan tanah. Penanaman berlebihan di kawasan ini juga menyebabkan hakisan merosakkan. Aktiviti Merumput Intensif terutama dikawasan padang ragut untuk haiwan ternakan yang banyak menyumbang kepada hakisan tanah jika tidak dikawal. Sekiranya lembu merumput di kawasan yang lebih cepat daripada proses untuk rumput tumbuh semula maka kesan negarifbya adalah dimana tanah akan kehilangan tanaman penutup vegetatif yang menyebabkan hakisan berlaku. Manusia akan membina Sistem Pengairan Buatan seperti empangan, perparitan konkrit, teres dan sebagainya dimana sebenarnya ia akan merosakkan tanah dengan larian permukaan.


Kesan daripada hakisan tanah menyebabkan berlaku keadaan seperti 
Ketidakseimbangan Ekosistem. Ia selalu menyebabkan ekosistem asli semulajadi akan berubah dimana hakisan tanah menjadi punca. DIlaporkan akibatnya akan berlaku isu kehilangan spesies endemik dan juga munglin berlaku pertumbuhan spesies oportunistik. Selalunya halisan ini menyebabkan kehilangan kesuburan tanah dan peningkatan penggunaan baja oleh petani. Tanah Atas yang subur sudah tidak ada dimana nutrien dikawasan tanah terhalis perlu ditambah bagi membolehkan tanaman mendapatkan nutrien melalui pembelian baja. Ia juga akan meningkatkan kos tinggi kepada petani. Dikawasan hutan belantara yang di tebang akan mudah berlaku hakisan tanah yang akhirnya berlaku pengurangan flora dan kehilangan spesies. Banyak jenis hidupan liar, mikrob, unggas dan sebagainya hilang disebabkan oleh hakisan tanah. Paling ketara apabila sesuaitu kawasan hutan diteroka akan berlaku kesan kelembapan yang menjadi kurang disebabkan oleh kekuranga alam flora. Kawasan menjadi terdedah kepada cahaya panas matahari yang mengurangkan kelembapan tanah yang dipertulan untuk tumbuhan hidup. Jika tanah tersebut tidak dilakukan kawalan hakisan maka akan berlaku risiko kejatuhan batu dan tanah-tanah dengan lebih besar seperti beberapa kes yang berlaku di Malaysia juga. Secara jangkamasa panjang dimana halisan tanah akan dilaporkan menyebabkan senario 'Kehilangan Hasil Tanah' dimana ia juga seterusnya memerlukan pembembelian bahan input pertanian seperti bajan kimia, baja organik dan sistem pengairan didalam usaha meningkatkan produktiviti tanaman. Apa pun ia akan melibatkan kos tambahan yang ketara. Keadaan halisan tanah juga dilaporkan akan menyebabkan isu kemiskinan penduduk luar bandar dimana ia berkait dengan isu lebih ramai berlaku perpindahan petani ke kawasan bandar.


Dalam portan bernama.com dimana '
Penduduk Kampung Baru Serada minta hentikan aktiviti korek pasir' dari Kuala Terengganu wajar dirujuk. Ada lebih 50 penduduk di Kampung Baru Serada yang tinggal berhampiran sungai bimbang berikutan tanah runtuh dan hakisan yang dikatakan berpunca daripada aktiviti mengorek pasir sejak lebih dua tahun lalu. Meskipun pelbagai aduan sudah dibuat kepada pihak berkaitan termasuk pemimpin masyarakat, namun isu terbabit masih berlarutan. Penduduk mendakwa iaitu kesan daripada aktiviti itu juga menyebabkan ada dalam kalangan mereka mengalami kerugian berikutan tanaman seperti duku tumbang ke sungai. Bagi penduduk iaitu Abdul Halim Razak yang kecewa apabila aduan sudah dibuat bagi menyelesaikan isu itu umpama dipandang sepi. Penduduk memang telah membuat aduan dan mengharapkan lesen aktiviti mengorek pasir di sungai berkenaan tidak disambung selepas tamat pada Disember. Mereka kecewa dan kini mereka beranggapan pihak berkaitan tidak serius melihat masalah yang dialami penduduk apabila syarikat berkenaan dibenarkan meneruskan aktiviti tersebut. Pernah ada pihak yang datang melihat keadaan tanah runtuh dan hakisan tetapi didakwa ia hanya sekadar mengambil gambar sebelum ia kemudian senyap tanpa sebarang tindakan. Kini keadaan semakin meruncing apabila hakisan menyebabkan berlaku tanah runtuh sedikit demi sedikit dan ia menghampiri kawasan kediaman. Setakat ini penduduk tidak mengambil sebarang tindakan termasuk menuntut ganti rugi kerana runtuhan itu menyebabkan banyak tanaman seperti pokok duku dan kelapa sawit serta okok sawit yang tumbang (Sila anda lihat foto disebelah). Ada sebuah kandang ternakan lembu yang hanya menunggu masa untuk runtuh dimana ramai penduduk kampung kecewa apabila pihak berkaitan seolah-olah mahu melepas tangan dengan masing-masing menuding jari antara satu sama lain. Mereka pernah aduan di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pernah berjumpa dengan pengurusan syarikat yang mengendalikan aktiviti itu tetapi mereka mendakwa lesen dikeluarkan Pejabat Daerah, namun pejabat terbabit pula mendakwa lesen dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG). Hakisan tebing sungai kini menghampiri kawasan loji air yang terletak di tepi sungai kampung berkenaan. Aktiviti sama pernah dilakukan di sungai berkenaan beberapa tahun lalu dan syarikat terbabit segera menghentikan operasi selepas menerima bantahan penduduk. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.  Wasallam!!!...
HAKISAN TANAH .... APA MAKNANYA...
PUNCA AIR... BERLAKU DI MALAYSIA...
PERLU DIKAWAL... PELBAGAI CARA...
KESAN EKONOMI... SUDAH DIJANGKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Zulhijjah 1444H).
Posted from
Taman Cendana, Melaka
On 3 Muharam 1446H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.