Thursday, July 25, 2024

BAIKBURUK AMBIL KULIT MANGGIS

KULIT MANGGIS
(Mangosteen skin) merupakan salah satu komponen pada buah manggis yang berwarna coklat kehitaman dan tebal serta mempunyai banyak kehebatan. Buah Manggis (Garcinia mangostana) merupakan sajenis buah-buahan tropika dari keluarga Clusiaceae yang mana penulis blog faham ia berasal dari negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan sebagainya. Apa pun di Malaysia tanaman manggis yang sejak dahulu cuma diusahakan secara tradisional sebagai tanaman di dusun bercampur dengan durian, rambutan, duku dan pokok dusun lain kini sudah ada petani yang mengkomersialkan. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 7,414 hektar pada tahun 2006 kawasan tanaman manggis di Malaysia dengan pengeluaran 28,900 metrik telah menurun kepada seluas 7,390 hektar pada tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 28,350 metrik tan. Pada tahun 2023 penulis blog dapati keluasan tanaman manggis di Malaysia hanya tinggal 3,161 hektar dengan pengeluaran hasil kepada 24,301 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Menurut laporan tersebut dimana Negeri Perak, Selangor dan Johor merupakan negeri yang banyak menenam pokok manggis selain daripada Pahang. Di Johor ada seluas 769 ha dengan menghasilkan 5,591 mt manggis pada tahun 2023 diikuti dengan Negeri Kedah seluas 501 ha (hasil sebanyak 5,835 mt) dan Kelantan seluas 368 ha (Hasil 3,945 mt). Pada penulis blog dimana di Pahang pula terdapat jenis manggis yang di panggil 'MESTA' yang memang agak berlainan dengan jenis manggis tempatan. Sila baca apakan dia Buah Manggis dan Mesta dalam artikel tulisan saya dengan pautan (Sila Klik Di sini), (Sila Klik Di sini), (Sila Klik disini), (Sila Klik di sini) dan banyak lagi. Penulis banyak pengalaman berkaitan penanaman manggis semasa bertugas di Pejabat Pertanian Segamat sebagai pegawai pertanian daerah dimana daerah tersebut diantara pengeluar buah manggis di Johor. Pokok manggis adalah dari tumbuhan saka yang mampu mencapai ketinggian sehingga 7-25 meter dan mempunyai batang kayu yang keras. Pokok manggis adalah dari jenis pokok yang lambat tumbuh dan berbanding dengan tumbuhan lain seperti durian, rambutan, jambu batu dan sebagainya. Anak benih yang ditanam akan tumbuh sangat perlahan iaitu beberapa centimeter sahaja dalam satu bulan. Daun manggis berwarna hijau gelap dan tebal. Dahannya dari kayu keras dan mengeluarkan bunga di hujung atau di bahagian pucuk. Bunga manggis berwarna putih hijau dan terletak di hujung tunas. Akar tunjang pokok manggis agak kuat dan kukuh. Buah manggis berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada ungu coklat gelap apabila sudah masak. Buah manggis mempunyai 4-5 kelopak berwarna hijau dibahagian atas dan kelopak kecil2 dibahagian bawah buah. Isi buah manggis berwarna putih dan berbiji. Kulit manggis adalah tebal lingkungan 0.5-1.0 cm dan mengeluarkan cecair ungu bila di perah. Biji manggis berwarna coklat dan lembut. Artikel ditulis pada subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bahaya jika kerap menggunakan produk dari kulit manggis atau minuman atau suplement dari kulit manggis secara berlebihan sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Memang tidak banyak maklumat yang menyatakan apakah dia kesan negatif jika mengambil kulit manggis secara klinikal dan saintifik. Di Malaysia dn negara jiran yang menghasikan buah manggis penulis blog dapati belum ada banyak kajian yang dijalankan 
secara signifikan terhadap penggunaan kulit buah manggis. Apa pun dari aspek lain dalam beberapa kajian didakwa yang kulit manggis dilaporkan dapat memperlambat proses pembekuan darah dan meningkatkan risiko perdarahan pada orang dengan mempunyai masaalah gangguan pada perdarahan. Pengambilan minuman dan apa juga produk kulit manggis dengan kadar dos yang tepat di pengaruhi oleh beberapa faktur antaranya umur pengguna, tahap kesihatan seseorang, bahan asas kulit manggis yang di ambil dan sebagainya. Kulit manggis tulis yang dikeringkan dan diprose menjadi produk juga dilihat ia boleh menjadikan kesan negatif apa lagi kalau produk tersebut dibuat dari bahan asas kulit manggis akan tetapi bahan asas yang digunakan adalah pewarna tiruan. Pengguna perlu teliti dalam menyediakan produk dari kuit manggis dan jika ada sistem perlabelan maka maklumat tersebut boleh di semak melalui jaringan internet. Sehingga artikel ini di tulis belum ada maklumat yang mencukupi yang mendakwa produk kulit maggis adalah selamat untuk di ambil sebagai ubat. DIlaporkan melalui kajian ada 3 (tiga) keadaan yang perlu di ketahui menyentuh mengenai pengambilan kulit manggis sebagai ubat atau makanan suplement. Ini kerana mungkis maklumat atau informasi yang dituluis dalam iklan atau label merupakan maklumat hasil laporan testimoni (perakuan pengguna yang positif kesannya sahaja di rulis atau dinyatakan). Maklumat yang ada unsur kesan negarif tidak akan di beritahu kepada para pengguna. 


Golongan berikut di nasehatkan agar sentiasa berhati-hati untuk mengambil produk kulit manggis. Pertama adalah golongan Ibu Hamil dan Menyusui anak. Walau pun belum ada laporan klinikal mengenai perkara ini dimaklumkan agar ibu hamil dan menyusukan anak terkesan mengelakkannya dahulu produk dari kulit manggis atau jika perlu mendpatkan nasehat dari doktor yang berkaitan.
 Mereka yang masih ada Gangguan Pendarahan di harap tidak ambil produk kulit manggis. Ini kerana kulit buan manggis mungkin akan memperlambat pembekuan darah karena dapat meningkatkan risiko perdarahan pada orang dengan gangguan perdarahan. termasuk jika dilaakukan pembedahan (surgery). Manggis mungkin memperlambatkan lagi proses pembekuan darah dimana jika pesakit ada makan banyak buah manggis ini maka ia akan dapat meningkatkan risiko perdarahan lebih lama atau setelah dilaksanakan pembedahan. Mereka yang mempunyai kes seperti ini disyorkan agar berhenti mengambil buah manggis dan produk kulit manggis dua minggu sebelum dibuat pembedahan (surgery). Buah manggis yang dapat ganggu dan memperlambatkan pembekuan darah sehingga ketika pesakit sedang mengambil untuk pendarahan ia boleh menjadi yang ubat moden yang diambil akan berinteraksi dan kemudian ia akan meningkatkan jangkamasa perdarahan. Dalam pada itu merujuk beberapa testimoni melaporkan dimana buah manggis yang merupakan sejenis buah tropika didakwa kesemua bahagian pokoknya seperti buah, kulit buah, akar, kulit batang manggis, dahan, bunga dan lainnya boleh dijadikan ubat. Di kawasan desa sejak lama dulu masyarakat tempatan menggunakan manggis sebagai bahan untuk kesihatan dan pewarna. Bagaimana pun kajian saintifik dan klinikal masih kurang di laporkan. Ramai masih percaya jika buah manggis dan komponen lainnya masih digunakan untuk masaalah cirit birit, masaalah saluran kencing infeksi, gonorea, sariawan, TBC, gangguan menstruasi, kanser, masaalah osteoartritis dan jika berlaku infeksi usus. Selain itu dilaporkan yang khasiat manggis lain dipercayai dapat bantu merangsang sistem kekebalan tubuh (immunity) dan dapat meningkatkan kesihatan mental.


Dalam beberapa laporan didakwa dimana ada o
rang yang selalu menggunakan kulit manggis untuk mengatasi masalah ekzema dan masaalah sakit kulit yang lain. Manggis juga sering dimakan sebagai buah 'pencuci mulut' atau ada usahawan yang proses untuk di buat Jem. Bagaimana pada masa zaman millenium ini lebih meluas dijadikan JUS MANGGIS sebagai sejenis sejenis minuman kesihatan yang agak popular. Ini kerana kajian saintis mendapati dimana pada bahagian kulit buahnya sudah semakin popular. Kulit buahnya mengandung bahan dikenali sebagai TANIN iaitu bahan yang boleh membantu dalam merawat masaalah cirit birit. Dalam beberapa kajian oleh pakar makanan yang cuba memasukkan jus manggis ke dalam menu harian sebagai satu alternatif. Ia berkait dengan kelebihan buhah manggis mempunyai kesan antioksidan dimana dilaporkan buah manggis berpotensi mengganggu individu yang menjalankan rawatan kemoterapi atau pengubatan radiasi untuk kanser. Buah manggis yang diambil jika diambil kerap ia menyebabkan pengumpulan asid laktat dalam darah. Ia adalah memberikan kesan negatif kepada pesakit buah pinggang tahap kronik serta beberapa masaalah kesihatan lain yang minum jus manggis setiap hari selama satu tahun. Ada kemungkina berlaku interaksi diantar aubatan moden dengan buah manggis. Bagaimana pun dipasaran sudah ada banyak produk suplement untuk diambil dengan pelbagai jenis bahan asas digunakan. Pembaca blog dan rakyat Malaysia dilihat  mereka lebih percayakan sistem perubatan moden dengan banyaknya untuk mendapatkan rawatan di premis kerajaan atau premis swasta dengan harga yang berpatutan. Walau pun ada kalangan pengguna yang rajin mengambil produk suplement akan tetapi sebaiknya mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology keli ini. Wasallam!!!...
BUAH MANGGIS... IA TEBAL KULITNYA...
DI PROSES PRODUK... UNTUK DIGUNA...
ADA KELEBIHAN... KESAN NEGATIF JUGA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAM JUGA ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3043, 3rd Floor, 
ParkRoyal A'Formosa Resort,
Alor Gajah, 
Melaka,
Malaysia.
(11 Zulkaedah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.