Friday, July 26, 2024

PERTANIAN ORGANIK DAN FAKTA DI MEDIA (PT1)

PERTANIAN ORGANIK (Organic Farming)
pada penulis blog merupakan sebagai sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik dimana ia menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Sistem ini dilihat menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input luar ladang iaitu dengan mengambil kira keadaan persekitaran atau wilayah yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa sumber organik yang boleh dengan amalan agronomi melalui kaedah mekanikal dan biologikal diman akonsepnya adalah ia dilihat bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik (bahan kimia) bertujuan untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem pertanian organik. Lazimya ada dua jenis tujuan jangka masa iaitu jangka masa panjang (long term) dan jangka masa pendek (short term) untuk memajukan pertanian. Apa pun dilihat melalui kaedah holistik semula jadi dimana lazimnya pertanian organik mnyatukan kepelbagaian bio liar (wild), kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah serta membawa pertanian satu langkah ke hadapan dengan menghapuskan penggunaan baja kimia, racun makhluk perosak dan organisma diubahsuai genetik (GMO). Kesannya adalah ini bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia akan tetapi penulis blog percaya ia juga menambahbaik flora dan fauna yang berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik akhirnya akan menguatkan struktur tanah, memelihara air dan memastikan cara pemuliharaan dan penggunaan mapan kepelbagaian bio. Pada penulis blog percaya dimana beberapa p
rinsip untuk pertanian organik ada dibincangkan di peringkat antarabangsa melalui Persekutuan Antarabangsa Pergerakan Pertanian Organik (IFOAM) dimana mereka telah menyatakan beberapa prinsip yang patut ada bagi sebuah pertanian organik. Prinsip tersebut termasuk dalam penghasilan makanan, serat dan produk-produk lain yang berkualiti serta mencukupi melalui cara kerja yang serasi. Ini mengambilkira aspek kitaran semulajadi dan sistem hidup melalui tanah, tumbuh-tumbuhan dan haiwan dalam satu sistem penghasilan mengenali kesan sosial dan ekologi yang luas dalam penghasilan organik dan sistem penghasilan. Isu pencemaran pertanian yang disebabkan kesan negatif  seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional sudah semakin ia menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Isu-isu seperti 'Eutrophication' dimana tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat boleh berlaku akibat dari ledakan alga kemudian ia akan membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar (IFOAM). Untuk bahan organik apa yang diperlukan ialah baja yang baik. Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar. Kerajaan membelanjakan wang yang besar terhadap perbelanjaan perubatan apabila menumpukan kepada makanan yang sihat boleh menjadi jawapannya. Kempen seperti 'Mencegah lebih baik dari mengubati’ perlu dikukuhkan melalui beberapa dasar kerajaan terhadap pertanian dimna ia perlu disesuaikan untuk menggalakkan serta melindungi pengguna melalui pendekatan pertanian organik. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta pertanian orgnik seperti dilaporkan dalam beberapa media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Menarik fakta dalam media bernama bertajuk '
Jom! Ke arah Pertanian Organik' untuk ditulis semula sebagai rujukkan. Apa pun dilaporkan Pertanian Organik di Malaysia bermula agak lewat di Malaysia yang mana ladang organik pertama dijalankan Pusat Persekitaran, Teknologi dan Pembangunan, Malaysia (CETDEM) bermula pada tahun 1986 dengan keluasan satu ekar di Sungai Buloh, Selangor. Senario ini tidak jauh berbeza dari arus perkembangan sektor tersebut di peringkat global iaitu pergerakan pertanian organik sebenarnya hanya mengumpul momentum pada tahun 1960-an dan 1970-an apabila munculnya gerakan persekitaran global yang prihatin terhadap degradasi persekitaran disebabkan oeh hakisan tanah, pencemaran air bawah tanah, penggunaan racun perosak dan pengurangan penggunaan sumber tenaga semula jadi. Pernah dilaporkan keluasan pertanian organik di Malaysia meningkat kepada 131 hektar pada tahun 2000 kemudian 600 hektar pada tahun 2012 merangkumi 0.01% sahaja daripada keseluruhan kawasan pertanian negara. Pada tahun 2023 dilaporkan seluas 2,223 hektar ladang organik telah menerima sijil akreditasi iaitu MyOrganic melibatkan 357 buah ladang di seluruh Malaysia (Sumber: BKKT, Jabatan Pertanian Malaysia). Daripada jumlah tersebut sebanyak 67 ladang adalah ladang buah-buahan, 75 (sayuran), 5 (padi), 162 (cendawan) dan 49 dari lain-lain kategori. Senario terkini ini dapat juga dibayangkan melalui munculnya kebun organik berskala antara 13 hektar di Cameron Highlands, Pulau Pinang, Gopeng, Semenyih, Raub, Johor dan Kelantan dengan pengeluaran produk organik segar dan diproses. Terdapat juga ladang organik yang telah pun diuruskan menurut konsep agro-pelancongan (Ladang Zenxin di Kluang, Johor) dan ini merupakan satu pendekatan amat menggalakkan terutama dalam meningkatkan kesedaran kalayak ramai terhadap pertanian organik (Sila lihat foto paling bawah). Pada penulis blog melihat perkembangan di sektor ini sepanjang masa ini dibelenggui oleh kekurangan pengetahuan orang ramai terhadap konsep organik. Selalunya isu asas adalah bagaimana penggunaan input pertanian serta cara yang bukan digolongkan dalam kaedah pertanian organik sepenuhnya. Menurut CODEX Alimentarius Commission iaitu program bersama bagi piawaian makanan FAO/WHO dan merupakan badan yang menetapkan piawaian makanan antarabangsa bahawa, pertanian organik didefinasikan sebagai satu sistem pengurusan pengeluaran ekologi yang menggalakkan dan meningkatkan biodiversiti, kitaran biologi dan aktiviti biologi tanah. Ia bersandarkan penggunaan minimum input luar ladang dan amalan pengurusan yang memulihkan, mengekalkan dan meningkatkan keharmonian ekologi. Apa pun penggunaan agen sintetik atau bahan kimia pertanaian adalah tidak dibenarkan. 


Kesuburan tanah, kualiti dan kelestarian dicapai melalui penanaman kekacang, baja hijau atau tanaman berakar panjang dalam program kitaran yang sesuai, sesuai, dan melalui penggabungan bahan-bahan organik seperti tinja ternakan. Melalui pemilihan varieti dan tanaman yang dilakukan secara teliti, pusingan tananamn yang bersesuaian, kerja mekanikal tanah serta kaedah lain, masalah serangan perosak dan rumpai dapat dikurangkan (FAO/WHO 2001). Definsi dan penghuraian konsep pertanian organik justeru itu merangkumi spekstrum yang luas. Dari segi pelaksanaan, walaupun ia boleh berbeza mengikut keadaan pertanian setempat, namun ia tetap mempunyai satu lagi aspek persamaan umum iaitu penolakan penggunaan racun perosak dan juga baja kimia. Bagi tidak membangkitkan cabaran agak besar kepada pengusaha tanaman komersial yang sering menghadapi ancaman perosak serangga, penyakit tanaman ataupun haiwan malahan serangan rumpai. Sungguhpun demikian, melalui penerapan kaedah penggendal- ian yang betul serta kegigihan hati, pertanian organik masih mampu diteruskan ke tahap lebih tinggi lagi pada masa akan datang melalui pen- emuan kaedah baru serta input pertanian yang mesra alam ekoran penggunaan rumusan berasaskan bukan-kimia. Kini pelbagai produk pertanian organik telah diban- gunkan termasuk produk segar seperti sayuran, buah-buahan, produk tenusu, daging, sosej, roti dn kek, herba dan jus, produk kering seperti bijirin, kekacang, buah kering, pasta, minyak, rempah, minuman, teh, koko, herba kering dan produk konfeksi, dan produk yang diproses seperti makanan bayi, sos tomato, sayuran dan makanan sejuk beku, akhirnya produk bukan makanan seperti kosmetik, peru- batan, minyak pati, bahan pencuci rumah, pakaian dan kasut. Pelaksanaan pertanian organik komersial hendaklah dimulakan dengan membuta bererapa fikirkan akan pertimbangan wajar. Contohnya pemilihan tapak amat penting dan ia disarankan pada kawasan luar bandar atau pinggir hutan yang mana ia bebas daripada pencemaran udara dan air di samping kawasan seperti ini lebih kaya dengan biodiversiti daripada hutan berhampiran seperti kehadiran agen pende- bunga banyak. Pertanian Organik memanglah ia mengutamakan aspek mesra alam dan ekologi, maka tapak seumpama ini tentu lebih sesuai untuk dibangunakan untuk tujuan pertanian organik kerana kesuburan tanah dan biodiversiti yang lebih tinggi. Bagaimanapun, ini tidak bermaksud kawasan berdekatan bandar tidak sesuai langsung selagi tempat tersebut tetap mempunyai sumber air yang bersih, tanah kurang tercemar tercemar ataupun mempunyai tempat pemasaran produk yang strategik tetap boleh dipertimbangkan. Dalam keadaan ini, zon penampan amat penting iaitu penggunaan pokok buah-buahan umpamanya, sebagai penampan akan dapat menarik kedatangan burung dan kelawar seterusnya mengawal serangga di ladang organik. Keperluan jenis penampan lain yang harus sesuai ia digalakkan seperti pokok Sesbania yang mampu mengikat nitrogen daripada udara dan kandungan daunnya juga kaya dengan elemen ini selanjutnya baik untuk sungkupan dan kompos. Pokok sesbania mudah di tanam dan sangat berfaedah (Sila lihat foto disebelah). Ia juga dapat menarik kedatangan burung dan serangga. Serai wangi digunakan sebagai tumbuhan penghalau serangga dan juga boleh bertindak sebagai penampan yang mana ia memainkan peranan menguatkan tanah supaya mengurangkan kadar hakisan tanah, kehilangan nutrien dan bahan organik tanah. Bahan penampan ‘bukan hidup’ seperti pagar batu-batan, kepingan zink malahan plastik juga boleh digunakan dalam pertanian organik dan ia akan meningkatkan kesan biodiversiti sekiranya dihiasi dengan tumbuhan menjalar bagi menarik kedatangan serangga. Umpamanya kacang botor adalah satu pilihan yang baik. Panampan lain termasuk juga pokok pisang, ubi kayu dan banyak lagi iaitu merangkumi segala tumbuhan yang tidak mendatangkan kesan negatif terhadap tanaman di ladang organik. Sebaiknnya bagi kawasan pertanian konvesional, ia juga boleh diiktirafkan sebagai kawasan sayuran organik selagi syarat tempoh 12 bulan pelan peralihan diikuti sebagaimana ditetapkan oleh Piawaian Malaysian (SIRIM 2001) dan piawaian organik lain (IFOAM 2000) iaitu piawaian keperluan organik dipatuhi sekurang-kurangnya 12 bulan. Dalam tempoh masa peralihan ini, pengeluaran hasil pertanian mesti mengikut kaedah organik sepenuhnya tetapi hasil itu hanya boleh diakui sebagai produk organik selepas tamat tempoh peralihan. Hasil pertanian yang dikeluarkan dalam tempoh masa ini bagaimanapun boleh dilabelkan sebagai ‘peralihan kepada organik’. Aspek lain yang perlu diketahui ialah sifat tanah pertanian yang akan digunakan untuk pengusahaan tersebut. Penulis blog dapati ramai petani konvensional yang tidak mahu berubah kepada pertanian organik diatas faktur pulangan ekonomik.


Dalam portal bharian.com dilaporkan '
Pertanian organik komuniti mampu atasi isu bekalan makanan' sesuai dirujuk dan di tulis semula. Dilaporkan dimana krisis rantaian bekalan melanda dunia mula memberi impak kepada negara. Pengguna melaporkan kesukaran mendapatkan bekalan bahan makanan seperti telur ayam dan sayur-sayuran. Harga bahan makanan seperti ayam juga selalu melambung tinggi kesan krisis inflasi yang pernah berlaku berpunca situasi seperti bencana alam, peperangan dan pandemik COVID-19. Selalunya akan ada peluang dan rahmat di sebalik sesuatu musibah dimana satu daripadanya ramai dalam kalangan kita memupuk hobi baharu semasa duduk dirumah akibat pandemik covid19 iaitu hobi menanam sayur-sayuran secara organik di kediaman masing-masing. Ada yang memulakannya bagi memanfaatkan masa lapang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Ada pula menjadikannya sebagai pelampiasan untuk mengurangkan tekanan dan masalah kesihatan mental mereka. Dilaporkan juga memang tidak kurang juga mula menanam secara organik untuk penjagaan kesihatan lebih baik. Bahan makanan ditanam sendiri pasti bebas daripada bahan kimia berbahaya. Mereka hanya menggunakan bahan diperoleh secara organik sebagai baja, terutama daripada sisa domestik rumah sendiri seperti air basuhan ikan, lebihan makanan dan kulit telur. Ini bukan sahaja menjanjikan kesihatan lebih baik menerusi sayur-sayuran lebih segar dan mempunyai rasa asli yang lazat, malah dapat menjimatkan perbelanjaan untuk membeli bahan makanan. Ini sudah tentu sangat membantu ketika negara terbelenggu krisis inflasi. Apa yang menarik dimana ada pula meneruskan hobi pertanian organik ini walaupun selepas tempoh PKP berakhir. Apa yang bermula sebagai hobi namun kini berkembang pula sebagai kemahiran. Adalah menjadi kerugian jika kemahiran ini tidak digunakan, dipertingkat dan disebar luas untuk mengatasi isu bekalan bahan makanan masa kini. Sesuatu mekanisme tertentu perlu dirancang pihak berkenaan bagi mengambil manfaat perkara ini. Bagi menggalakkan lebih ramai menyertai kegiatan dalam pertanian organik, mungkin kursus jangka pendek boleh dianjurkan secara fleksibel bagi mendedahkan mereka kepada kegiatan ini. Ramai berminat, namun tidak tahu bagaimana memulakannya. Memang ada banyak kursus seumpamanya dianjurkan pihak Jabatan Pertanian dan jabatan lain serta NGO yang fokus kepada mereka yang ingin melakukannya dalam skala tertentu sebagai usaha menjadikan sumber pendapatan. Di internet melalui youtube juba ada banyak  video mengenai aktiviti penanaman organik boleh dilayari dalam talian dan ramai sudah memulakan hobi baharu ini dengan menontonnya. Apa pun aspek praktikal diterap ketika kursus secara bersemuka pasti lebih berkesan dan lebih bermanfaat terutama kepada mereka yang baru berjinak dengan aktiviti menanam. Apa yang penting dimana aktiviti pertanian organik bermula dari rumah boleh menjadi ikhtiar bagi mengatasi isu bekalan bahan makanan dengan memperluaskannya ke peringkat komuniti. Pemimpin kawasan setempat contohnya boleh berbincang untuk membuat perancangan jenis tanaman bahan makanan yang boleh mereka hasilkan di rumah masing-masing supaya lebih banyak jenis hasil pertanian organik dapat dikeluarkan. Kalangan kumpulan kemudian dapat pula bertukar hasil pertanian ini sesama jiran tetangga. Ini mengukuhkan ikatan silaturahim dalam sesebuah komuniti tanpa mengira status, agama atau bangsa. Menerusi kerjasama setiap ahli komuniti untuk melaksanakan pertanian organik ini maka pengguna dan masyarakat dapat berkongsi buah fikiran, perspektif, kreativiti serta praktis terbaik bagi memastikan kejayaan berkat usaha mereka ini. Dalam pada itu kini mereka dapat melupakan tekanan kerja dan kehidupan apabila melihat hasil penanaman ini. Mereka juga dapat mendekatkan diri dengan komuniti serta tidak perlu lagi merasa keseorangan. Apa pun selalunya konsep pertanian organik sebagai sebuah komuniti akan berikan pengaruh lebih kuat bagi mendapatkan bantuan daripada kerajaan. Jabatan Pertanian mampu tawarkan aakan khidmat nasihat serta bantuan biji benih, baja, tanah, sistem pengairan dan pelbagai lagi. Aktiviti pertanian organik yang dimulakan sebagai hobi ketika PKP boleh diperkembangkan ke peringkat komuniti, seterusnya dapat serba sedikit mengatasi isu kekurangan bahan makanan dan seterusnya menjamin kelangsungan bekalan bahan makanan bagi komuniti setempat pada masa hadapan. Aktiviti ini akan juga  menyatukan komuniti setempat melalui hasil yang bebas racun kimia, tanah subur, pokok yang sihat serta menjamin persekitaran yang bersih. Komuniti pertanian organik ini juga akan memulihkan keadaan sosial dan kelestarian ekologi di kawasan setempat melalui hubungan sesama manusia serta alam sekitar. Cuba bayangkan pula jika ratusan kejiranan dan kawasan perumahan di seluruh negara menyertai aktiviti pertanian organik ini. Pasti impak ekonomi daripada hal ini dapat dirasakan dan harga bahan makanan ini mampu distabilkan, selain mengurangkan pergantungan negara kepada hasil pertanian import. Kerajan memang tidak boleh mengawal ekonomi dan rantaian bekalan global dan biar pihak lebih pakar melakukannya. Bagaimana pun rakyat boleh cuba mengawal kehidupan dengan berusaha dan mengambil tindakan kerana perubahan hanya berlaku menerusi tindakan, bukannya alasan. Tindakan ini pula tidak perlu terlalu besar atau drastik. Ia boleh dimulakan dengan hanya menyemai biji benih untuk memulakan aktiviti pertanian organik di rumah sendiri. Walau [un ia dilihat nampak kecil tetapi jika di lakukan dengan baik boleh berikan imak besar.


Akhbar sama paparkan kisah bertajuk '
Didik pelajar kaedah pertanian organik di sekolah - CAP' amat selari dengan tajuk kali ini. BH laporkan dimana seramai 90 murid dan 40 guru sekitar daerah Kuala Langat berjaya menanam sayuran ketika Bengkel Latihan Pertanian Organik di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pulau Carey Timur, Selangor. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan memberi penekanan terhadap pendidikan pertanian di sekolah, universiti dan maktab perguruan. Pegawai Pendidikan CAP NV Subbarow nyatakan dimana sekiranya pelajar sekolah diajar mengenai kaedah pertanian organik maka mereka boleh menjadi petani yang baik pada masa hadapan. Sekolah boleh menjadi pusat yang tepat dan sihat bagi melahirkan lebih ramai petani, justeru, kaedah pertanian organik itu boleh dimulakan di kawasan tanah kosong yang tidak digunakan di sekolah. Ada banyak tanah berhampiran sekolah tidak digunakan bagi sebarang tujuan dan pendidikan taman hijau boleh diajar kepada pelajar. Pendidikan pertanian di sekolah mampu mengurangkan beban ekonomi keluarga mereka. Pelajar boleh menyampaikan mesej mengenai penanaman sayur kepada ibu bapa supaya mereka boleh menanam sendiri sayur-sayuran di sekitar kawasan rumah. CAP turut menyarankan masyarakat supaya menanam sayur-sayuran sendiri susulan harga bahan itu yang berubah di pasaran pada masa ini. Bagi yang mempunyai tanah sendiri boleh menanam sayur-sayuran kegemaran, sekali gus dapat menyelesaikan masalah kewangan keluarga mereka. Kebun hijau boleh membantu golongan B40 kerana harga sayur sangat tinggi pada masa ini dan keluarga berkenaan boleh berjimat dengan makan sayur-sayuran yang ditanam. Malah masyarakat juga tidak perlu ragu dengan keselamatan makanan," katanya yang juga jurulatih pertanian semula jadi CAP. Peserta diberi pengetahuan mengenai penggalak pertumbuhan tanaman dan cara membuat penggalak tumbuhan dengan kos sifar. Ia termasuk penjelasan penyediaan vermikompos, penghalau serangga, kepentingan penternakan cacing tanah dan kaedah penggunaan tahi lembu. Peserta turut diberi peluang menanam pelbagai jenis sayur seperti bendi, cili, bayam, terung, labu air, tomato dan bunga matahari. Menerusi pengalaman CAP dimana ada ramai dalam kalangan pelajar dan guru masih tidak tahu menanam sayur-sayuran, cara melindungi tanaman dan menangani perosak. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang mana ia sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIA ORGANIK... PERKARA LAMA...
KONSEP DI GUNA... RAMAI PETANI LUPA...
TIDAK GUNAKAN... BANYAK BAHAN KIMIA...
HASILNYA DIJAMIN... KESIHATAN DIJAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia,
(7 Zulkaedah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.