Wednesday, July 24, 2024

SORGUM - KAJIAN TANAM DI TANAH MINERAL (PT 2)

TANAMAN SORGUM
(Sorghum bicolor) merupakan tanaman yang berasal dari Afrika dan tergolong daripada keluarga kumpulan rumput daun tirus dari keluarga Gramineae. Pada penulis blog mendapati dimana tanamanmemang tidak popular di Malaysia sama ada untuk makanan atau pun untuk foraj (sektor ternakan). Pokok Sorghum dapat dibahagikan kepada beberapa jenis dimana ia bergantung kepada produk yang dihasilkan seperti produk Sorghum Bijirin (grain), Sorghum Biomas (biomass), Sorghum Manis (sweet) dan juga produk Sorghum Foraj (forage). Tanaman sorghum yang dulu ianya disenaraikan sebagai tanaman bijian yang kelima paling banyak ditanam di dunia dimana penulis blog dapati ia selalu popular digunakan secara meluas dalam penghasilan bijirin, etanol dan foraj. Berbanding dengan sorghum biomas dan sorghum manis dimana selalunya jenis sorghum foraj mempunyai kualiti yang sesuai sebagai makanan ternakan seperti kandungan berat kering yang tinggi, protein yang tinggi, lignin yang rendah dan keterhadaman bahan organik yang tinggi. Sorghum foraj sesuai untuk ia dituai sebelum tanaman ini berbunga iaitu 45 - 50 hari selepas tanam. Tanaman ini juga mempunyai keupayaan untuk ianya tumbuh semula selepas dipotong pada pangkalnya (ratoon) dan boleh dipotong 2 - 3 kali dimana ia bergantung kepada hibrid yang digunakan. Memandangkan tanaman sorghum foraj ini adalah masih baharu di Malaysia beberapa penyelidikan awalan yang dijalankan oleh MARDI pada tahun 2020 telah merekodkan data-data awal untuk kaedah penyediaan kawasan tanaman, penanaman, penyelenggaraan tanaman, penuaian dan juga penilaian kualiti sorghum foraj yang ditanam di tanah mineral. Dengan kaedah yang digunakan ini, hasil tanaman yang direkodkan ialah 70 t/ha (berat basah) untuk dua kali tuaian. Laporan kajian MARDI yang di ketuai oleh Najib Osman dan rakan-rakannya dijadikan rujukan didalam penulisn kali ini. Ini kerana tanaman sorgum sesuai di majukan di Malaysia walau pun sehingga kini belum ada pihak yang menanam dan berminat terhadap tanaman ini. Kini apabila kos bahan inout dan makanan dunia meningkat dimana tanaman ini dihatrap akan mengukuhkan isu jaminan makanan negara dengan mengurangkan kebergantungan kepada sumber import. Salah satu daripada usaha kerajaan adalah dengan meningkatkan pengeluaran ruminan dan ternakan poultry (ayam). Kini penulis blog dalam banyak artikel membincangkan bagaimana kos makanan ternakan merupakan penyumbang utama (60-70%) bagi kos pengeluaran haiwan ternakan yang mania kos ini sudah mempengaruhi harga ayam dan ruminan. Makanan ternakan perlu dipelbagaikan untuk memperkayakan sumber nutrisi. Jagung bijian, sorghum dan soya adalah antara sumber utama makanan ternakan poltri dan ruminan. Jagung bijian sebagai sumber tenaga utama (40-60%) dan soya sebagai penyumbang penting kepada keperluan sumber protein (25-30%) merupakan bahan utama dalam kandungan formulasi makanan ternakan di Malaysia. Sorghum merupakan tanaman baharu berpotensi untuk menambah variasi tanaman makanan ternakan di Malaysia. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis semula kajian oleh MARDI untuk di kongsikan maklumatnya sebagai bahan rujukkan dan bacaan semua. Artikel ini di tulis selepas tinjauan teknologi tanaman sorgum di Indonesia di lakukan bersama pasukan pakar dari JBiotec.


Amalan agronomi tanaman sorgum apa yang penulis blog tahu ianya adalah tidak jauh berbeza dengan amalan agronomi tanaman jagung dimana aspek pembajaan secara manual sebaiknya ia dilakukan dengan membaja di dalam alur pada setiap barisan tanaman yang kemudiannya ditimbus dengan tanah. Pembajaan secara mekanisasi sesuai untuk ia dilakukan dengan menggunakan jentera pembajaan (jika ada kelengkapan tersebut) atau secara manual. Pembajaan kali pertama sebaiknya ia diberikan selepas 14 hari penanaman, dengan kadar 50 kg/ha untuk baja NPK hijau dengan formulasi iaitu N:P:K (15:15:15) dan 50 kg/ha untuk baja urea (46% nitrogen). Sehari selepas penuaian pertama adalah disyorkan agar kadar pembajaan ditingkatkan kepada 75 kg/ha untuk setiap baja NPK hijau dan urea. Amalah penting pada tanaman sorgum adalah kaedah kawalan ancaman oleh penyakit dan kawalannya. MARDI dapati dimana berdasarkan tiga hibrid yang dinilai iaitu Brown Midrib (BMR), Mega Sweet (MS) dan Sugar Graze (SG) mendapati penyakit utama yang dikenal pasti pada ketiga-tiga hibrid ini adalah disebabkan oleh kulat yang mana jenis penyakit dan simptom serangan penyakit dapat dilihat. Antara penyakit sorgum khususnya daun adalah Penyakit Bintik Merah, Karah Daun, Daun Bintik Hitam, Kulat Bijian Kompleks (KBK), Kulapok Downy (Downy Mildew) dan Antraknos. 
Peratus insiden penyakit pada peringkat berbeza dimana bagi mengawal perebakan penyakit kulat daun pada sorghum, penggunaan fungisida yang mana ia mengandungi bahan aktif seperti carbendazime, azoxystrobin dan propiconazole amat sesuai digunakan kerana berspektrum luas dengan tindakan pelindung dan penyembuhan tanaman. Fungisida dengan metalaxyl pula sesuai digunakan untuk kulapuk downi. Aplikasi fungisida yang bertindak merencat dan memperlahan pertumbuhan kulat ini sebaiknya dipraktikkan bersama amalan kultur lain seperti penggunaan tanaman selingan. Penanaman di kawasan air bertakung harus dielakkan kerana keadaan ini akan menghasilkan keadaan yang kondusif untuk tujuan pertumbuhan kulat. Selain itu, pemilihan biji benih hibrid yang berkualiti tinggi dan rintang penyakit sangat digalakkan.


Penuaian tanaman ssorgum pelu di fahami dahulu sebelum menanam. Apa pun dilaporkan dimana potensi hasil saangat bergantung kepada amalan agronomi dan varieiti itu sendiri. Kematangan yang sesuai amat penting dalam penuaian sorghum bagi memastikan foraj untuk dituai mestilah ianya berkualiti dan juga selamat untuk dimakan haiwan ternakan. Pada peringkat awal pertumbuhan sorghum kajian mendapati dimana ada kandungan asid prusik dilaporkan pada kadar sangat tinggi dan beracun jika diberikan kepada haiwan ternakan ruminan terus. Jika dituai lewat pula isu berkaitan kadar kandungan lignin pada tanaman sorghum akan meningkat dan keadaan ini akan menyukarkan aktiviti pencernaan haiwan ternakan. Adalah disyorkan dimana kadar kematangan tanaman sorghum yang sesuai untuk dituai adalah pada 45 - 50 hari selepas tanam (booting stage) iaitu tahap dimana sebelum pokok mula berbunga. Pada peringkat ini dilaporkan dimana kadar kandungan asid prusik adalah rendah dan ia selamat untuk diberikan kepada haiwan ternakan manakala kandungan lignin juga masih rendah. Aktiviti penuaian dilakukan dengan memotong pada bahagian atas nod pertama batang sorghum dimana kemudian proses tunas baharu akan mula kelihatan keluar pada nod tersebut selepas lima hari tanaman dipotong (Sila lihat foto disebelah). Apa pun hasil penilaian hasil tanaman sorgum yang telah dilakukan menggunakan kaedah Crop Cutting Test (CCT) menarik di kongsikan. Kaedah ini boleh dilakukan dengan cara membahagikan setiap kawasan plot tanaman sorgum yang berukuran 5 m x 5 m kepada dua bahagian iaitu ada CCT Luar dan CCT Dalam. 'CCT Luar' ianya merangkumi jarak dua barisan pokok pada kiri dan kanan petak berserta jarak tiga pokok pada hadapan dan belakang petak manakala 'CCT Dalam' merangkumi kawasan selebihnya di dalam petak seluas 8.64 meter persegi. Apa pun sebaiknya dengan menggunakan pengiraan  tersebut maka akan mendapat purata jumlah hasil CCT dalam (kg/luas CCT dalam) ditukarkan kepada jumlah hasil (t/ha). Kajian juga ada mendapati dimana d
aripada tiga hibird yang dinilai, hibrid Mega Sweet (MS) merekodkan jumlah hasil tertinggi untuk dua kali tuaian iaitu sebanyak 71.58 t/ha, hibrid Brown Midrib (BMR) sebanyak 67.1 mt/ha dan hibrid Sugar Graze (SG) sebanyak 40.56 mt/ha. Kemudian akan berlaku situasi trend penurunan hasil direkodkan pada penuaian kedua untuk semua hibrid sorgam yang di kaji.


Dalam menilai sesuatu tanaman selalunya dilakukan a
nalisis daya maju projek berdasarkan prestasi hasil tanaman tersebut. Apa pun dilaporkan dimana ia mampu menunjukkan parameter teknikal tanaman sorghum secara mekanisasi penuh. Pengiraan ini perlu dilakukan iaitu menggunakan varieti MS (Mega Sweet) kerana varieti ini dilaporkan mampu untuk mencatatkan hasil tanaman tertinggi berbanding dengan dua varieti lain yang diuji. Keluasan ujian bagi penanaman sorghum secara mekanisasi penuh ialah 1 hektar. Tanaman sorghum boleh ditanam sebanyak tiga pusingan dalam setahun dan boleh dituai sebanyak dua kali dalam satu pusingan. Hasil analisa menunjukkan penyata pendapatan tanaman sorghum secara mekanisasi penuh bagi tahun berakhir 2020 dimana hasil penuaian tanaman sorghum adalah sebanyak 71.58 mt/ha satu pusingan dengan kepadatan tanaman 143,000 pokok sehektar.Bilangan pusingan tanaman setahun sebanyak 3 kali, bilangan penuaian sepusingan 2 kali semusim, bilangan penuaian sorgum adalah 6 kali setahun dan purata tinggi pokok adalah 2 meter. Dalam tempoh setahun setelah dianalisa dimana hasil penuaian tanaman sorghum adalah sebanyak 214.74 t/ha. Hasil jualan sorghum direkodkan sebanyak RM53,685/ha manakala jumlah kos berubah sebanyak RM13,066/ ha. Dengan ini analisa menunjukkan dimana jumlah keuntungan bersih yang diterima adalah sebanyak RM20,619/ha. Ini menunjukkan tanaman sorghum secara mekanisasi penuh dilihat berdaya maju untuk diusahakan secara komersial. Analisa ini menunjukkan dimana analisis kos pengeluaran, keuntungan bersih dan titik pulang modal bagi tanaman sorghum secara mekanisasi penuh. Hasil penuaian tanaman sorghum secara tiga pusingan setahun adalah sebanyak 214.74 t/ha. Harga jualan ladang bagi sorghum segar ialah RM250/tan. Kos pengeluaran adalah sebanyak RM153.73/tan manakala yang selebihnya pula adalah keuntungan bersih sebanyak RM96.02/tan. Titik Pulang Modal (TPM) adalah sebanyak 105.73 t/ha setahun. Apa pun tanaman sorgum ini boleh di simpulkan dimana tanaman sorghum foraj walau pun ia masih baharu di perkenalkan di Malaysia dan hasil kajian mendapati dimana ia amat berpotensi sebagai makanan ternakan yang berkualiti. Dengan kaedah penyediaan tanah dan amalan agronomi tepat maka pengeluaran sorghum foraj di tanah mineral secara mekanisasi adalah berdaya maju untuk diusahakan secara komersial. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN SORGUM... KURANG DI MALAYSIA...
KAJIAN OLEH MARDI... LAPORAN SUDAH ADA...
TULIS SEMULA... MENJADI RUJUKAN SEMUA...
SEMUA BERMANAFAAT.... TERIMAKASIH BACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Jun 2024)
Bersamaan 18 Zulhijjah 1445H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.