Sunday, June 23, 2024

POKOK PINANG DAN FAKTA MENARIK

BUAH PINANG
(Areca catechu) merupakan buah pinang  dihasilkan dari pokok pinang yang semakin dilupakan. Apa pun buah pinang matang dengan buah pinang muda masih menjadi bahan yang masih relevan dengan masyarakat tertentu. Buah pinang muda selalunya ada bijinya masih lembut dan ia mengandungi banyak air. Lazimnya hasil penelitian penulis blog mendapati dimana penghasilan pokok pinang memang banyak bergantung kepada kesuburan pokok dan kadar kerosakan akibat penyakiy dan perosak. Sebanyak 6-7 tandan buah mampu dihasilkan dalam setahun sepokok dengan setiap tandan mempunyai 50 - 400 biji buah pinang. Bilangan buah pinang yang bersaiz kecil dan besar banyak bergantung kepada cuaca dan pembajaan. Buah yang banyak lazimbya bersaiz kecil dan buah yang sedikit bersaiz besar. Tahun ke 10-15 merupakan puncak penghasilan buah pinang sehingga ia optima ketika berumur 40 tahun. Buah pinang masak (berwarna oren kemerahan dengan bijinya yang keras) sering dihidangkan dengan dibelah menggunakan kacip dan dimakan bersama sirih dan seberapa barang lain setepak termasuk gambir dan kapur. Dilaporkan juga dimana air dari buah pinang muda dipercayai mampu mengubati darah dalam air kencing serta mengurangkan rabun bila dititik pada kornea. Abu buahnya yang dibakar boleh digunakan untuk tujuan membersihkan gigi secara kadar sederhana. Pinang muda dan benzoin disapukan pada luka berkhatan zaman dulu dikawasan masyarakat tradisional. Pokok pinang merupakan tumbuhan daripada famili Arecaceae adalah pokok dikawasan tropika yang mana ia ditanam untuk mendapatkan buahnya dan sbagai tanaman landskap. Pokok ini memang tinggi dimana ia selalunya tumbuh diantara 10 - 30 meter dan meruncing dibahagian pucuk. Lazimnya pokok pinang yang telah matang mempunyai ukuran melintang batang pokok 15 cm sehingga sekitar 20cm. Dibahagian jemala (crown) pokok pinang lazimnya ia berbentuk bulat dan berwarna hijau semasa muda dan apabila masak ia menjadi kuning dan merah apa bila masak buahnya. Dalam bahasa Hindi buah pinang ini dipanggil 'Supari' dan 'Pan-supari' digunalan bersama sirih pinang. Dalam bahasa Thai sebagai 'Mak' dan di kalangan masyarakat Cina pula memanggilnya hampir sama dengan Melayu iaitu "Pin-lang". Umumnya pokok pinang akan membiak dengan cara menanam biji yang sudah cukup masak. Penulis blog pernag beberapa kali membuat tinjauan dan pemantauan dikawasan kebun pinang di beberapa lokasi termasuk terbaru di Labis, Segamat, Johor mendapati banyak anakbenih pinang yang tumbuh dibawah barisan pokok pinang dengan banyak. Biasanya biji itu disemai dulu dan kemudian ditanam di dalam pasu atau beg plastik. Semasa kecil pokok ini sesuai dijadikan pokok hiasan pasu. Apabila sudah besar, elok ditanam di luar. Usahawan yang menanam seluas 2 hektar pokok pinang di ZPM Bukit Mambai, Segamat ini dilihat mendapati memang hasil buah pinang yang masak banyak sepanjang tahun. Kebanyakan hasil ini dituai dan diproses sebelum dihantar kepada pemborong di Pulau Pinang dan Singapura. Potensi tanaman pokok pinang agak kurang dil\lihat di Malaysia dimana tanaman ini dilaporkan memang ada tumbuh dibeberapa kampung sebagai tanaman tradisi dahulu sahaja. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai akan kehebatan buah pinang yang masih banyak ditanam di Indonesia untuk dijadikan bahan rujukkan anda.


Dalam portal kompasiana.com ada dilaporkan dimana 'Alasan Harga Buah Pinang tetap Stabil di NTT' menarik dikongsikan kisahnya. Ada dilaporkan dimana b
agi orang NTT (Nusa Tenggara Timur) buah pinang itu boleh dibilang sudah menjadi salah satu keperluan yang sifatnya dasariah, seiring dengan 'keperluan menyirih pinang' dalam ritual-ritual adat dan pada saat upacara seremonial lainnya. Pada asasnya masyarakat NTT menanam dan memanfaatkan buah pinang (termasuk juga daun sirih dan kapur sebagai bahan pokok "menyirih") utamanya untuk keperluan adat dan juga selebihnya untuk tujuan kesihatan. Keberadaan buah pinang di tengah warga komuniti dirasakan sentiasa perlu dan selalu digunakan. Baik pinang yang diperolehi dari tanaman sendiri ataupun yang dibeli dari orang lain dengan harga berapa pun. Ia berkait dengan sebuah ritual adat akan terasa kurang dan/atau tidak berjalan sebagaimana mestinya jika tiada buah pinang disana. Selain sering dihadirkan dalam ritual-ritual adat dilaporkan buah pinang (yang dikunyah bersama daun sirih dan kapur) merupakan bagian daripada gaya hidup warga tempatan. Memang dalam hal ini tidak semua suku-suku di NTT melakukan aktiviti 'menyirih' setiap hari akan tetapi ada sebahagian suku di  wilayah seperti Sumba, Flores Timur dan Kupang dimana kegiatan menyirih sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup dan mereka melakukannya hampir setiap hari. Walau bagaimanapun rasa sirih pinang adalah kelat (sepat) dengan sensasi hangat. Selebihnya ia memberikan rasa nyaman (khayal) dan ketagihan tersendiri di lidah ramai penggunannya. Kalau di Manggarai, kegiatan menyirih baru dilakukan tatkala melaksanakan ritual adat, atau semasa ada menerima tetamu, semasa ada perbincangan penting akan tetapi terkini kegiatan menyirih hanya dilakukan oleh para orang-orang tua dan sesepuh kampung. Dakwaan dimana 'buah pinang adalah untuk tujuan kesihatan' dimana isu ini bukan barang baru lagi jikalau buah pinang bermanfaat untuk kesehatan, utamanya kesihatan gigi dan menurunkan tekanan darah tinggi. 


Seterusnya merujuk kepada portal liputan6.com pula menarik kisah bertajuk '
8 Manfaat Buah Pinang Muda, Ketahui Risiko Efek Sampingnya' berkaitan dengan tajuk kali ini. Di Indonesia dilaporkan dimana manfaat buah pinang muda sudah lama digunakan dalam tradisi di kalangan masyarakat tempatan. Buah Pinang juga merupakan tumbuhan yang termasuk dalam jenis palma dimana biji tanaman ini di gunakan dalam tradisi menginang atau menyirih. Manfaat buah pinang muda telah lama dikenal dalam herbal nusantara. Buah ini biasanya di gunakan dalam bentuk ekstrak, jus atau air rebusan. Manfaat buah pinang muda juga popular digunakan untuk kegiatan menyirih. Apa pun dilaporkan manfaat buah pinang muda diyakini mampu untuk memberikan sejumlah faedah untuk kesihatan. Salah satu manfaat buah pinang muda yang paling terkenal adalah untuk kesehatan gigi dan kesuburan. Meski buah pinang ini diyakini bermanfaat tetapi sudah ada bukti akan khasiat buah pinang masih memerlukan kajian dengan lebih lanjut. Bahkan sejumlah kajian juga mendapati dimana perbuatan menginang dapat meningkatkan risiko kanser mulut. Bagi kegunaan buah pinang muda dilaporkan dimana ia mampu meningkatkan lagi nafsu makan. Buah pinang diyakini dapat meningkatkan nafsu makan. Gangguan nafsu makan boleh menyebabkan kekurangan nutrisi dan tenaga seseorang yang diperlukan tubuhbadan. Dilaporkan Buah Pinang dapat meningkatkan energi dan merangsang nafsu makan yang baik. Ada bermacam-macam keadaan yang boleh menyebabkan selera makan berkurang. Kurangnya nafsu makan boleh disebabkan antarananya seperti berlaku gangguan mental dan fizikal. Selain buahnya didakwa dimana bahagian daun pinang juga kerap digunakan sebagai ramuan penambah nafsu makan. Khasiat kedua dilaporkan dimana buah pinang mampu menyihatkan rahim apabila dilaporkan kalangan masyarakat Biak dan Serui (di Papua) menggunakan biji pinang muda sebagai sejenis ubat untuk mengecilkan rahim setelah melahirkan. Manfaat buah pinang muda ini didapati dengan cara merebus buah pinang muda dan meminum airnya selama satu minggu. Buah pinang muda dipercaya dapat mencegah pendarahan usai melahirkan. Air rebusan buah pinang juga dipercaya bisa merapatkan vagina bagi wanita. Bagaimana pun testimoni ini belum disahkan secara klinikal.


Kegunaan buah pinang yang paling terkait adalah khasiat buah 
pinang muda untuk kesehatan mulut dan gigi. Antaranya dimdakwa ia mampu mencegah gigi berlubangBuah pinang muda dikenal dapat mecegah gigi berlubang. Biji dan kulit biji bagian dalam juga dapat digunakan untuk menguatkan gigi rapuh bersama-sama dengan sirih. Buah pinang mengandung tanin yang berkhasiat untuk menguatkan gusi dan menghentikan perdarahan. Buah pinang juga didakwa mengandung sifat anti-bakteri yang dapat menyingkirkan bakteri berbahaya di mulut. Buah pinang didakwa boleh mencegah mulut kering. Kalangan orang yang mengunyah buah pinang cenderung menghasilkan air liur dalam jumlah besar. Kesan ini dapat mencegah mulut kering yang ia juga sering dikaitkan dengan masalah bau mulut dan masaalah gigi berlubang. Buah pinang didakwa mampu meningkatkan energi kerana ada ramai orang mengunyah buah pinang untuk meningkatkan energi dan stamina. Ini diyakini apabila kandungan alkaloid yang dapat melepaskan adrenalin dalam tubuh. Efek ini juga boleh menghasilkan perasaan euforia dan ketenangan. Menurut Alcohol and Drug Foundation dimana  buah pinang mampu membuat seseorang lebih waspada. Buah pinang mampu mengatasi masalah cacing dimana  bahan Arekolin yang terdapat dalam buah pinang mampu atasi masaalah sebagai ubat cacing terutama cacing pita bagi kanak-lanak dan orang dewasa. Paling suka didengar dimana buah pinang muda mampu meningkatkan gairah seksual dimana ia cukup terkenal untuk meningkatkan gairah seksual. Ini diyakini berkat kandungan alkaloid berupa senyawa arekolin dalam buah pinang. Meminum air rebusan maupun ekstrak buah pinang dapat meningkatkan gairah seksual dan menjaga stamina tubuh. Ia juga dilaporkan yang ia mampu mengatasi bau mulut disebabkan oleh makanan, produk tembakau, kebersihan gigi yang buruk, masalah kesihatan, mulut kering, infeksi mulut, masalah gigi, atau ubat-ubatan tertentu. Sifat anti-bakteria pada buah pinang dilapor dapat membunuh kuman penyebab bau mulut. Bau mulut juga disebabkan oleh mulut kering. mengambil buah pinang muda dapat mengatasi mulut kering yang secara langsung juga mencegah bau mulut. Bagaimana pun ada risiko dan kesan negatif mengambil buah pinang. Ini kerana kehebatan khasian buah pinang masih belum dapat dibuktikan luas secara klinikal melalui penyelidikkan. Walau pun ia menjadi budaya akan tetapi mengunyah pinang secara teratur telah dikaitkan isu dengan kanker mulut, kanser kerongkong, fibrosis submukosa oral dan kerosakan gigi. Kajian awal yang diterbitkan di USA iaitu American Society for Clinical Nutrition mendapati dimana ada hubungan yang kuat antara pinang dan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular, sindrom metabolik dan obesiti.  Buah  Pinang juga dapat berinteraksi dengan ubatam jenis lain atau suplemen herbal dan berlaku reaksi toksik dalam tubuh atau mengurangkan lagi keberkesanan ubat digunakan. Paling mengerikan apabila pinang dikaitkan dengan masaalah Kanser Mulut. Laporan kajian telah mendapati yang ada beberapa risiko kesihatan yang serius dari buah pinang. WHO mengklasifikasikan pinang sebagai karsinogen. Sebuah penelitian dalam Journal of American Dental Association melaporkan bahawa penggunyah pinang berisiko lebih tinggi terkena fibrosis submukosa oral dan kanser mulut. Kandungan arecoline, arecaidine, guvacine dan guvacoline memiliki sifat karsinogenik jika dikunyah langsung. Proses pengunyahan menyebabkan lepasnya empat zat karsinogenik tersebut iaitu di kawasan rongga mulut memang ada terdapat enzim yang mungkin memicu reaksi pelepasan bahan ini. Semuga artikel ini mmemberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA BUAH PINANG... BANYAK DI GUNA....
DI INDINESIA PULA... ADA SUKU ADATNYA...
BANYAK KEBAIKAN... RISIKO PUN ADA JUGA...
MEMBACA ARTIKEL INI... TAHU APA BAHAYA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rabiulakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.