Monday, June 24, 2024

LIST VARIETI KELAPA DI DAFTAR DI MALAYSIA (Pt 1)

TANAMAN KELAPA (Cocos nucifera) iaitu tumbuhan dari keluarga Arecaceae di Malaysia merupakan komoditi yang keempat terpenting selepas tanaman Kelapa Sawit, Getah dan Padi. Merujuk kepada statistik dimana pada tahun 2022 ada seluas 81,898 hektar tanaman kelapa mampu menghasilkan sebanyak 561,780 metrik tan kelapa. Penulis blog dapati kawasan tanaman kelapa yang paling luas berada di Sabah iaitu seluas 12,258 hektar diikuti oleh Johor seluas 12,381 hektar, Kelantan (10,340 ha), Selangor (9,120 ha) dan Perak (7,568 ha) dimana negeri-negeri lain kurang keluasannya (Sumber: Booklet Statistik Keluasan tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Hasil penelitian penulis blog dimana Kelapa Tinggi Malayan Tall (CN1) adalah varieti kelapa yang paling luas di tanam terutama semasa Program Pembangunan Semula Kawasan Kelapa oleh Jabatan Pertanian Malaysia yang di tamatkan program tersebut pada awal tahun 1980'an dahulu. Varieti kedua yang popular dan luas di tanam adalah kelapa hibrid Kelapa Matag (CN13, CN14 dan CN15) yang mana ia dipromosikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia semenjak tahun 2005 dahulu. Jenis ketiga adalah Kelapa Pandan (CN6) yang meluas di tanam di merata tempat sama ada oleh sektor perladangan atau pun oleh pekebun kecil. Jabatan Pertanian selaku pandarfar varieti tanaman di Malaysia sudah menjalankan kerja-kerja pendaftaran banyak jenis tanaman di Malaysia termasuk Kelapa. Sehingga artikel ini ditulis sudah ada sebanyak 29 varieti kelapa yang berjaya didaftarkan didalam senarai ini dimana maklumat ini boleh diakses dalam website yang sesuai iaitu http://pvpbkkt.doa.gov.my/NationalList/. Apa pun pihak urusetia masih sentiasa kemaskini senarai ini saban tahun untuk mendaftarkan varieti tanaman di negara ini dengan baik. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan semua 28 varieti kelapa untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(1) KELAPA TINGGI MALAYA (CN1)

Varieti Kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall) telah didaftarkan lama dulu oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan ia adalah varieti public domain dimana ia boleh hidup selama 80 hingga 90 tahun. Pokok bersaiz besar dan tinggi dimana ia mencapai ketinggian boleh mencapai 15-18 meter. Buah bersaiz besar, berbentuk bulat, berbiku tiga, leper di bahagian bawah serta mengandungi air yang banyak. Purata buah setandan ialah 3-5 biji. Varieti Kelapa Tinggi Malaya merupakan paling popular semenjak dulu kala kerana ia tumbuhan semulajadi dan natif di negara kita. Kelapa ini tumbuh banyak dipersisir pantai, kawasan pulau-pulau dan di tanam dikeliling kampong tradsional semenjak dahulu lagi. Kelapa ini juga yang dijadikan tanaman pemulihan kawasan kelapa dibawah Rancangan Pemulihan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) sekitar tahun 1970'an hingga 1980'an oleh kerajaan melalui Jabatan Pertanian. Projek ini berjaya memulihkan beribu-ribu hektar tanaman kelapa tradisional dengan tanaman kelapa secara bersistem yang kita nampak sekarang di sekitar kawasan pesisir pantai di Johor, Perak dan Selangor serta negeri-negeri lain diseluruh negara. Kelapa ini mempunyai potensi hasil sederhana dan mudah ditanam serta tahan lama dengan pengurusan yang baik. Tanaman kelapa Malayan Tall ini adalah yang paling meluas di seleuruh negara dimana ia di tanam semenjak Program Rancangan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Kelapa ini menjadi sumber utama buah kelapa di seluruh negara dan ia di laporkan paling sesuai di gunakan sebagai santan, air kelapa muda dan pelbagai produk lain berasaskan kelapa.


(2) VARIETI WEST AFRICAN TALL GREEN
      West African Tall Green (CN2) 

Varieti Kelapa WATG ini adalah public domain yang mana sekarang agak jarang dujumpai di Malaysia. Kelapa tinggi ini ciri asasnya mempunyai lebar petiole (pelepah) sekitar 10.36 cm, ukuran panjang Rachis: 394.9 cm dengan jumlah anak daun sebanyak 284 helai. Ukuran panjang anak daun adalah132.2 cm dimana lebar anak daun berukuran 5.1 cm. Lazimnya warna bahagian atas lai daun adalah Yellow Green Group 147A dengan panjang tangkai bunga (peduncle) adalah 34.2 cm. Ukuran panjang central axis adalah 32 cm dengan jumlah spikelet yang memiliki bunga betina adalah 24.8 unit dimana jumlah tangkai bunga tanpa bunga betina. Itu sahaja maklumat didalam sistem. Kelapa varieti ini sudah kurang pokok yang masih ada di Malaysia kerana ia sudah tidak di promosikan sejak sekian lama. Bagaimana pun mungkin masih ada beberapa pokok di kawasan kebun petani walau pun ramai yang tidan mencarinya lagi.


(3) VARIETI MAWA (CN3)

Varieti Kelapa MAWA adalah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat. Varieti ini didaftarkan dengan no daftar CN3 lama dahulu. Ketinggian pokok kelapa MAWA boleh mencapai sehingga 15 meter. Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk (Pokok Kelapa Rendah Malaya). Bilangan buah setandan ialah 14-16 biji. Dahulu anakbenih kelapa MAWA dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia melalui stesyen di Pagoh dan Kongkong serta beberapa stesyen swasta lain. Bagaimana pun walau kualiti santan amat baik akan tetapi disebabkan saiz buahnya yang kecil maka petani tidak mahu menanmnya kemudian disebabkan harga pasaran adalah rendah. kelapa MAWA dewasa masih ada di tanam secara tidak komersial di beberapa kebun petani dan juga pusat-pusat pertanian di Malaysia. Bagaimana pun anakbenih kelapa MAWA ini boleh dikatakan ia tidak ada di keluarkan lagi kerana pokok ingsunya sudah sudar di dapatkan untuk pokok beina dan kesukaran kemdapatkan debunga jantan bagi proses kacukan tersebut. Penulis blog cadangkan agar pihak berwajib seperti Jabatan Pertanian, MARDI dan pihak swasta menaktifkan semua pengeluaran anakbenih kelapa MAWA ini untuk industri kelapa Malaysia terus berkembang.


(4) VARIETI MALAYAN RED DWARF (CN4)

Varieti kelapa Renek Merah Malaya atau Malayan Red Dwarf (MRD) merupakan varieti public domain yang sangat penting untuk menghasilkan kelapa hibrid Matag. Kelapa ini banyak di tanam di stesyen pertanian dan juga bbeberapa estet kelapa serta petani biasa. Ciri asas pokok kelapa MRD ini dimana ia mempunyai panjang petiol berukuran 98.0 cm, lebar petiole iaitu 8.0 cm dan ukuran panjang rachis iaitu330 cm.  Jumlah anak daun sebanyak 206 helai dengan ukuran panjang anak daun adalah 115 cm serta mempunyai ukuran lebar anak daun adalah 4.0 cm. Warna bahagian atas lai daun adalah hujau kekuningan (Yellow Green Group 147A) dengan ukuran panjang central axis: 27.0 cm dan mempunyai ukuran diameter tangkai bunga pada bahagian tengah iaitu 83.0 cm. Semua boleh membaca akan kelapa MRD ini dalam tulisan saya dengan pautam (Sila Klik DIsini). Pokok kelapa ini masih meluas di tanam di kawasan Pusat-pusat Pertanian milik Jabatan Pertanian, MARDI, pihak swasta dan juga kalangan pekebun kecil di seluruh negara. Ada ramai petani yang menanam kelapa varieti ini di kawasan keliling rumah dan dijadikan sebagai pokok hiasan sahaja. 


(5) VARIETI MALAYAN YELLOW DWARF (CN5)

Varieti Kelapa ReneK Kuning atau Malaysan Yellow Dwarf (MYD) adalah varieti public domain dengan pendaftaran CN5. Kelapa renek ini juga dijadikan pokok induk penyediaan benih kelapa hibrid Matag. Ciri dijelaskan dalam su=istem ini menyatakan ukuran p
etiol: 98.0 cm, Lebar Petiole: 7.0 cm, Panjang Rachis: 324.2 cm, Jumlah anak daun: 182 helai, Panjang anak daun 109 cm, Lebar anak daun: 4.0 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 28.0 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 55.0 cm. Sila baca artikel saya dengan pautan (Sila klik disini). Kelapa MYD merupakan jenis Kelapa Renek yang mudah ditanam dan cepat berhasil. Lazimnya dengan penjagaan baik pokok kelapa MYD akan berbuah dalam masa 3 tahun sahaja. Pokoknya setinggi 2-3 kaki tinggi akan berbunga dan mengeluarkan buah pada tandan. Lazimnya bilangan buah pada pokok muda sekitar 3 - 7 biji setandan tetapi boleh mencecah sehingga 10 - 15 biji setandan jika pokok telah matang dan dibaja dengan baik serta dikawal seragan perosak dan penyakit. Kebanyakan buah kelapa MYD yang kecil ini tidak dijual dikedai runcit kerana pengguna tidak berapa suka akan saiz yang kecil ini. Bagaimana pun kalau kita ada pokok kepala MYD sendiri dirumah boleh dibuang kulit sabutnya dan diambil santannya. Isinya mampu menghasilkan santan yang baik walau pun saiznya kecil sahaja. Bagaimana pun untuk diambil sebagai kelapa muda untuk minuman tidak jadi masaalah. Pokok kelapa MYD ini masih mudah di dapatkan di kawasan pusat-pusat pertanian Jabatan Pertanian, MARDI, pihak ladang swasta dan ada di tanam di kalangan pekebun kecil serta di tanam di sekeliling rumah. Pokok ini juga dijaikan sebagai tanaman hiasan di kawasan Taman Rekreasi, Hotel, Tepi jalanraya (avenue planting) dan dimana sahaja.

Artikel ini di tulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang sesuai ianya dibaca semuanya. Semuga artikel ini menjadi bahan rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN KELAPA... PENTING DI MALAYSIA...
BANYAK VARIETI.. 29 JUMLAH SEMUANYA...
DARI CN 1 KE CN29...PELBAGAI CIRINYA...
BOLEH DI RUJUK... BLOG INI SUMBERNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.