Tuesday, June 25, 2024

LIST VARIETI KELAPA DI DAFTAR DI MALAYSIA (Pt 2)

TANAMAN KELAPA
(Cocos nucifera) iaitu tumbuhan dari keluarga Arecaceae di Malaysia merupakan komoditi yang keempat terpenting selepas tanaman Kelapa Sawit, Getah dan Padi. Merujuk kepada statistik dimana pada tahun 2022 ada seluas 81,898 hektar tanaman kelapa mampu dalam ia menghasilkan sebanyak 561,780 metrik tan kelapa. Penulis blog dapati kawasan tanaman kelapa yang paling luas berada di Sabah iaitu seluas 12,258 hektar diikuti oleh Johor seluas 12,381 hektar, Kelantan (10,340 ha), Selangor (9,120 ha) dan Perak (7,568 ha) dimana negeri-negeri lain dilaporkan kurang  keluasannya (Sumber: Booklet Statistik Keluasan tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Hasil penelitian penulis blog dimana Kelapa Tinggi Malayan Tall (CN1) adalah varieti kelapa yang paling luas di tanam terutama semasa Program Pembangunan Semula Kawasan Kelapa oleh Jabatan Pertanian Malaysia yang di tamatkan program tersebut pada awal tahun 1980'an dahulu. Varieti kedua yang popular dan luas di tanam adalah kelapa hibrid Kelapa Matag (CN13, CN14 dan CN15) yang mana ia dipromosikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia semenjak tahun 2005 dahulu. Jenis ketiga adalah Kelapa Pandan (CN6) yang meluas di tanam di merata tempat sama ada oleh sektor perladangan atau pun oleh pekebun kecil. Jabatan Pertanian selaku pandarfar varieti tanaman di Malaysia sudah menjalankan kerja-kerja pendaftaran banyak jenis tanaman di Malaysia termasuk Kelapa. Sehingga artikel ini ditulis sudah ada sebanyak 29 varieti kelapa yang berjaya didaftarkan didalam senarai ini dimana maklumat ini boleh diakses dalam website yang sesuai iaitu http://pvpbkkt.doa.gov.my/NationalList/. Apa pun pihak urusetia masih sentiasa kemaskini senarai ini saban tahun untuk mendaftarkan varieti tanaman di negara ini dengan baik. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan semua 28 varieti kelapa untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(6) VARIETI PANDAN (CN6)

Varieti Kelapa Pandan diberikan nombor daftar CN6 adalah paling popular kerana airnya ada aroma pandan untuk dijadikan minuman. Kelapa adalah varieti pandan public domain dnan adalah kelapa jenis rendah. Isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Bilangan buah setandan di antara 10-22 biji. Berpelepah pendek dan mempunyai cebis kapas dipangkal pelepah. Anak pokok Kelapa Pandan boleh dikenali melalui bau wangi pandan pada hujung akar yang dihancurkan dan melayur bahagian bawah lai daun. Sila baca beberapa artikel kelapa pandan dalam blog Anim Agro Technology dengan pautan berikut (Sila Klik DIsini)
Penuaian Kelapa Pandan apa yang saya kaji hendaklah di petik dan dipilih dari kedudukan tandan yang paling bawah sekali dimana terletak pada kedudukan selari dengan tandan buah diatasnya apabila saiz buah itu telah sebesar 'gengaman tangan'. Buah kelapa matang akan di petik dengan cara menggunakan sabit dengan galah aluminium yang tajam. Lazimnya dengan ketinggian sekarang antara 15-20 kaki dari paras tanah, maka satu teknik baru di praktikkan di kebun ini. Sebelum memetik hasil tandan kelapa, pekerja mahir (Indonesian worker) akan memotong dulu satu pelepah daun tua dahulu. Pelepah tersebut akan dijadikan 'laluan turun' bagi tandan buah yang dipotong tadi dengan jatuh melorot pada pelepah tadi dan sampai ketanah agar tidak rosak atau pecah. Kaedah menggunakan tangga dan tali kini sudah tidak praktikal lagi untuk memetik tandan kelapa pandan dikebun Ah Tee kerana ianya adalah lambat dan kurang praktikal. Bagaimana pun tangga masih perlu digunakan jika pokok kelapa pandan tersebut sudah kekurangan pelepah untuk dipotong bagi melorotkan tandan kelapa kebawah. Tanaman kelapa pandan adalah tersebar meluas di seluruh negara sama ada ia ditanam secara sepokok dua di keliling rumah atau di tanam secara komersial sehingga puluhan malah ratusan hektar di seluruh negara. Jabatan Pertanian adalah diantara sumber pembekal anakbenih kelapa pandan yang disahkan tulin seperti di Pusat Pertanian Parit Botak, Johor, Pusat Pertanian Teluk Baru di Perak dan banyak nurseri swasta yang ada menanam dan menjual benih kelapa pandan diseluruh negara.


(7) VARIETI TAGNANAN GREEN (CN7) 

Varieti Kelapa Tahnanan Hijau (Tagnanan Green) mempunyai no daftar CN7 yang merupakan varieti public domain. Kelapa ini menjadi salah satu pokok induk untuk menghasilkan kelapa hibrid MATAG. Dalam pencirian dilaporkan ukuran panjang Petiol: 144.8 cm, Lebar Petiole: 11.4 cm, Panjang Rachis: 282.8 cm, Jumlah anak daun: 234 helai, Panjang anak daun 129.2 cm, Lebar anak daun: 4.82 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 42.6 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 81.2 cm. Pokok kelapa tagnanan ini dipercayai ia masih ada di tanam di beberapa pusat Jabatan Pertanian, MARDI dan juga pihak swasta.


(8) VARIETI TAGNANAN OREN (CN8)

Varieti Kelapa Tagnanan Oren atau Tagnanan green juga merupakan salah satu varieti untuk penyediaan benih hibrid kelapa Matag. Ia diadftarkan dengan no CN8. N8KelapaCocos nucifera L.Tagnanan OrangeMac-13Public domainPanjang Petiol: 140.2 cm, Lebar Petiole: 10.6 cm, Panjang Rachis: 418 cm, Jumlah anak daun: 224 helai, Panjang anak daun 124.7 cm, Lebar anak daun: 5.22 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 33.2 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 75.8 cm. Pokok induk ini masih ada di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat, Johor untuk dijadikan pokok induk didalam membuat kacukan kelapa Matag oleh Jabtan Pertanian dan dipercayai ada di beberapa ladang kelapa swasta. Penulis blog percaya pokok iTagnanan Green ini ada di tanam di beberapa Pusat Pertanian Jabtan Pertanian, MARDI, Ladang Kelapa Estet swasta dan ditanam oleh beberapa punduduk kampong yang telah berumur di Malaysia.


(9) VARIETI TAGNANAN GOLD (CN9)

Varieti Tagnanan Gold atau CN9 juga salah satu pokok kelapa tinggi untuk penyediaan kalepa hibrid Matag. Kelapa ini adalah jenis public domain yang tidak banyak di tanam masa kini. Debunga kelapa ini dikutip bagi dikacukandengan kelapa MRD atau MYD. Dalam sistem dijeklaskan ciri pokok ini dimanan ukuran panjang Petiol: 145.16 cm, Lebar Petiole: 11.31 cm, Panjang Rachis: 423.33 cm, Jumlah anak daun: 230 helai, Panjang anak daun 130.5 cm, Lebar anak daun: 4.77 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 41.67 cm, tangkai bunga pada bahagian tengah adalah 89.83 cm. Pokok Tagnanan ini masih boleh id cari di beberapa kebun petani dan pusat pertanian di Jabatan Pertanian.


(10)  VARIETI RENNAL TALL GREEN (CN10)

Varieti kelapa Rennal Tall Green dikenali dengan CN10 adalah varieti public domain yang kini agar sukar didapati di Malaysia. Cirinya dimana ukuran panjang Petiol: 144.2 cm, Lebar Petiole: 10.3 cm, Panjang Rachis: 395.16 cm, Jumlah anak daun: 217 helai, Panjang anak daun 124.08 cm, Lebar anak daun: 6.17 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 38.83 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 106.33 cm. Bagaimana pun dipercayai pokok kelapa jenis ini mungkin masih ada di dalam Steysen Pertanian. Penulis blog dapati varieti kelapa ini sudah kurang di tanam dan kurang dikenali dikalangan petani di Malaysia. Bagaimana pun masih ada beberapa pusat pertanian Jabatan Pertanian dan MARDI serta pihak swasta yang dipercayai masih ada pokok kelapa varieti ini.
Artikel ini di tulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini menjadi bahan rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN KELAPA... PENTING DI MALAYSIA...
BANYAK VARIETI.. 29 JUMLAH SEMUANYA...
DARI CN 1 KE CN29...PELBAGAI CURUNYA...
BOLEH DI RUJUK... BLOG INI SUMBERNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Jamadilawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.