Saturday, June 22, 2024

ISU PEROSAK SAWIT DAN KAWALAN BERKESAN

TANAMAN KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) merupakan sejenis tanaman ladang yang paling luas di usahakan di Malaysia dan menyumbang KDNK yang signifikan kepada Malaysia. Keluasan tanaman kelapa sawit di Malaysia ialah 5,865,297 hektar. Negeri Sarawak mempunyai keluasan tanaman kelapa sawit terbesar iaitu 1,584,520 hektar diikuti Sabah dengan jumlah keluasan iaitu1,543,054 hektar. Data menunjukkan dimana dengan keluasan hampir 5.9 juta hektar itu dimana Malaysia menjadi pengeksport minyak sawit kedua terbesar di dunia selepas Indonesia. Keluasan tanaman sawit di Indonesia adalah signifikan dalam sepuluh tahun terakhir. Berdasarkan data Kementerian Pertanian dilaporkan pada 2023 luas tanaman kelapa sawit mereka sudah mencapai sejumlah 16.8 juta hektar iaitu bertambah sekitar 6 juta hektar setahun. Di Malaysia sejumlah 4.94 juta hektar atau 87.4% daripada keluasan tanaman sawit dan sebanyak 407 daripada 446 kilang sawit telah dipersijilkan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) setakat April 2024. Dilaporkan juga seramai 151,152 pekebun kecil (66%) merangkumi 542,215 hektar tnaman sawit juga telah mendapatkan pensijilan MSPO dalam tempoh yang sama. Ini merupakan antara hasil usaha pihak kerajaan dan pemain industri dalam meningkatkan taraf kemampanan industri ini dalam tempoh penubuhan MSPO selama 10 tahun. Slain itu, MSPO telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pemegang taruh di negara-negara pembeli seperti Jepun, China, India, Mongolia dan Filipina. “MSPO juga telah menandatangani MoU bersama Halal Development Centre (HDC) bagi mempromosi hasil sawit negara ke pasaran halal di seluruh dunia. Di nyatakan dimana dalam perbincangan dua hala iaitu diantara pihak Malaysia dengan pihak Kesatuan Eropah (EU) berkenaan isu European Union Deforestation-free Regulation (EUDR) dan MSPO, respon positif telah diterima berkaitan usaha Malaysia untuk mengurangkan kadar penebangan hutan. Bagaimana pun artikel pada kesunyian subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis menegnai isu perosak tanaman sawit dan cara kawalan berkesan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Sebenarnya pada peringkat awal menanam sawit biasanya terdapat pelbagai jenis masaalah serangan penyakit dan perosak yang menyerang tanaman tersebut. Serangan yang mungkin boleh berlaku di kawasan yang baru dibangunkan iaitu di tanah baru dibuka dan juga di kawasan tanam semula pokok sawit menggantikan pokok lama. Kerosakan tanaman ini adalah disebabkan oleh dua jenis kategoori perosak iaitu Jenis Perosak Serangga dan jenis Perosak Haiwan Mamalia. Bagi penulis blog mendapati dilama lazimnya jenis serangga perosak utama termasuklah Serangga di kenalis sebagai Kumbang Koboi, Kumbang Badak, Anai-anai dan juga  Belalang, manakala perosak haiwan mamalia pula adalah Tikus, Landak, Babi Hutan, Monyet dan Gajah. Kawasan tanah baru terutama yang di buka bersempadanan dengan hutan paling kerap di serang oleh haiwan seperti babi hutan dan gajah sementara kawasan tanam semua paling lazim adalah serangan oleh tikus. Bagaimana pun terkini populasi tikus sudah boleh dikawal dengan teknologi menggunakan burung hantu (Tyto alba) yang memangsa tikus terutama dengan membuat sarangnya yang di huni oleh burung tersebut di ladang sawit. Kepada pemilik ladang yang luas atau pekebun keil sawit dimana pengawalan perosak ini adalah penting dan sekiranya tidak dikawal dari peringkat awal maka kesannya ia akan menyebabkan kerugian yang besar kerana melambatkan pertumbuhan dan mengurangkan hasil. Apa pun jika berlaku kadar serangan yang teruk dimana ia akan menyebabkan kematian kepada tanaman yang baru ditanam dan amat merugikan. Pemantauan kehadiran perosak ini di ladang sawit perlu dijalankan sepanjang masa dengan melakukan 'surveilance' mengikut SOP yang betul. Adalah malang jika sudah berlaku serangan yang teruk baru hendak di lakukan pengawalan kerana ia melibatkan kos dan tahap keberkesnan yang kurang memuaskan serta menjejaskan hasil.


Serangga KUMBANG KOBOI merupakan sejenis serangga perosak utama anak sawit di tapak semaian dan anak sawit yang baru ditanam di ladang. Terdapat dua spesis kumbang kaboi yang menyebabkan kerosakan iaitu kumbang Apogonia dan Adoretus. Kumbang Apogonia (Apogonia sp.) berwarna hitam manakala kumbang Adoretus (Adoretus compresus) berwarna perang dan berbulu halus di badannya. Lazimnya jenis kumbang dewasa berukuran di antara 10 mm hingga 12 mm panjang dan hanya aktif pada waktu malam sahaja. Pada waktu siang, kumbang dewasa ini bersembunyi di dalam tanah. Telur perosak ini boleh ditemui di dalam tanah berhampiran pangkal pokok. Larva kumbang hidup dengan memakan bahan yang mereput serta akar-akar rumpai. Apa pun lazimnya jenis kerosakan daun oleh kumbang kaboi dimana tanda serangan ini dapat dilihat di lubang-lubang yang terdapat pada daun sawit (Sila lihat foto disebelah). Kumbang Apogonia memakan daun dengan lebih luas bermula dari tepi daun manakala kumbang Adoretus memakan bahagian tengah daun dan menyebabkan daun berlubang-lubang dalam bentuk yang lebih kecil. Apa pun cara kawalan yang berkesan untuk mengawal perosak ini adalah dengan menyembur racun trichlorfon atau cypermethrin pada daun sawit. Kehadiran serangga ini lebih ketara jika tiada pengawasan dilakukan di kawasan tanaman kelapa sawit.


Serangga kedua adalah KUMBANG BADAK (Oryctes rhinoceros) dimana kumbang ini juga adalah perosak utama tanaman sawit pada peringkat awal menanam anakbenih sawit. Serangan kumbang ini berlaku dengan teruk sekiranya kawasan tersebut mempunyai tempat pembiakannya seperti tunggul mereput dan bahan organik yang mereput seperti habuk papan, tahi lembu dan tandan buah kosong. Apa pun disyorkan kaedah penanaman semula tanpa pembakaran boleh juga menimbulkan masalah kerana batang sawit yang ditumbang, diracik dan dibiarkan mereput menarik perhatian perosak ini untuk dijadikan tempat pembiakannya. Sebaiknya penanaman semula secara tanam bawahan (penanaman semula di bawah pokok sawit tua yang kemudiannya diracun) juga menggalakkan pembiakan serangga perosak ini. Bagi kumbang badak dewasa bolej ia dapat dikenali dengan mana ada kehadiran tanduknya seperti badak. Peredaran hidup kumbang badak adalah di antara lima ke tujuh bulan. Tempoh hidup kumbang dewasa betina adalah sembilan bulan dan yang jantannya sehingga enam bulan. Kumbang badak jantan dapat dibezakan dengan kumbang badak betina melalui kehadiran tanduknya yang lebih panjang. Peringkat larva kumbang ini tidak membayakan pokok sawit. Larva ini hidup dalam bahan organik yang mereput. Lazimnya kumbang dewasa akan menyerang pucuk sawit memnyebabkan lubang yang berbentuk baji. Bahagian pucuk yang telah diserang ini akan mereput dan akhirnya patah. Kesan daripada serangan ini menyebabkan daun muda yang keluar akan berbentuk seperti kipas pada bahagian hujungya. Serangan yang teruk akan menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut manakala serangan yang sangat teruk akan menyebabkan kematian. Boleh berlaku situasi kerosakan serius anak sawit oleh kumbang badak dimana cara untuk mengelakkan serangan kumbang badak ini dengan pastikan semua tempat-tempat pembiakannya hendaklah dimusnahkan. Penanaman kekacang penutup bumi dapat membantu menutup tempat-tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan seperti tunggul kayu dan batang sawit yang tidak boleh dibakar. Kaedah kawalan kimia serangga perosak ini adalah dengan menyembur racun Cypermethrin atau pun Lambda cyhalothrin pada bahagian pangkal pucuk sawit. Butiran racun carbofuran didapati berkesan untuk mengawal serangan kubang ini sekiranya diletakkan pada bahagian yang sama. Apa pun kaedah lain yang boleh digunakan untuk mengawal kumbang badak ini adalah dengan mengguna perangkap feromon. Feromon adalah sejenis formulasi yang mengeluarkan bau yang menarik kumbang dewasa untuk berkumpul. Feromon ini boleh dibeli secara komersil dan diletakkan di tengah perangkap yang mempunyai plat zink yang digantung pada ketinggian 2.5 m hingga 3meter daripada paras tanah. Periksa dimana kumbang dewasa akan tertarik pada bau ini pada waktu malam dan teperangkap di dalam baldi, dikumpul dan dibunuh. Perangkap ini dipasang antara satu hingga dua tahun atau pun sehingga bilangan tangkapan kurang daripada lima kumbang dewasa atau dalam minggu atau dalam satu perangkap. Kadar penggunaan perangkap ini adalah satu perangkap bagi setiap 2 hektar atau lebih dan feromon ini boleh tahan selama dua bulan di ladang. Aktiviti pemantauan perlu dilakukan secara rutin.


Serangan ANAI-ANAI (Termite) idkawasan tanaman kelapa sawit mengancam pertumbuhan dimana anai-anai adalah serangga perosak yang terdapat di kawasan hutan yang baru dibuka untuk penanaman sawit. Masalah ini menjadi lebih rumit di kawasan tanah gambut kerana tunggul-tunggul kayu mengalami proses pereputan yang perlahan. Pembakaran tidak boleh dilakukan kerana ia akan menyebabkan kebakaran kawasan yang teruk dan malah menyahahi peraturan Jabatan Alam Sekitar. Anai-anai akan menyerang pokok sawit apabila tunggul-tunggul kayu menjadi kering kerana paras air di kawasan tanah gambut menurun. Serangan dilakukan oleh anai-anai pekerja serta askar dan ia boleh berlaku pada pokok muda dan matang. N+Biasanya serangan anai-anai pada pokok muda dapat dikenalpasti dengan terdapatnya longgokan tanah pada bahagian pangkal pucuk pokok sawit yang baru ditanam. Pada peringkat awal, tanah ini kelihatan basah dan akan menjadi kering dari hari ke sehari sehingga keseluruhan pucuk dan batang pokok akan diselaputi dengan lapisan tanah. Kesan daripada serangan ini menyebabkan pucuk daun mereput manakala daun-daun muda bertukar menjadi kuning sedangkan daun-daun tua masih hijau. Serangan biasanya berlaku selepas 12 bulan anak sawit ditanam di ladang atau kira-kira bunga pertama mula muncul. Pada peringkat ini serangan yang teruk akan menyebabkan kematian kepada pokok dalam tempoh dua minggu. Seranagan anai-anai pada pokok matang adalah melalui dalam tanah dan memasuki batang sawit melalui bahagian pangkal batang berhampiran tanah. Pada bahagian pangkal batang, perosak ini masuk melalui terowong-terowong yang dibina secara menegak. Kawasan pembiakan perosak ini amat sukar ditemui kerana ia terletak di dalam tanah di kayu mati, lembab dan hampir reput. Pada bahagian batang pokok, laluan perosak masuk ini akan diselaputi lapisan tanah yang masih basah. Kesan daripada serangan ini akan menyebabkan pelepah bahagian bawah menjadi kuning manakala tandan tidak menjadi buah. Apa pun pengawalan serangga perosak ini adalah dengan kaedah iaitu menggunakan racun seperti chlorpyrifos dengan cara menyiram larutan tersebut pada pangkal batang pokok tersebut. Sebanyak 1 hingga 3 liter larutan racun pada kadar 0.2% bahan aktif diperlukan pada setiap pokok. Kawalan ini berkesan pada peringkat awal serangan sahaja. Pemusnahan sarang pembiakan perosak ini adalah perlu untuk menghentikan serangan kerana ratu anai-anai bertelur dengan kadar yang agak tinggi sehari dalam masa setahun dan ini akan menyebabkan kemusnahan yang teruk di kawasan tanaman tersebut. Sarang pembiakan perosak ini perlulah dimusnahkan dengan memecahkannya dan menyiram dengan larutan racun chlorpyrifos pada kadar 2 g bahan aktif dalam 1 liter air.


Serangan BELALANG dimana ia menjadi perosak utama dalam keadaan cuaca yang sesuai di mana populasi perosak ini meningkat. Serangan perosak ini bermula dengan kerosakan pada tanaman penutup bumi dan kemudiannya memakan daun sawit yang masih muda. Belalang kunyit (Valanga nigricornis) didapati merosakkan tanaman sawit. Ia bertelur dalam kelompok di antara 70-100 biji yang ditanam dalam tanah dengan kedalaman 5 mm hingga 8 mm. Telur ini akan menetas dalam temph dua bulan dan melalui enam peringkat nimpa sebelum menjadi dewasa dalam tempoh 80 hari. Apa pun cara kawalan yang berkesan untuk perosak ini adalah dengan menanam kekacang penutup bumi untuk tujuan mengurangkan kawasan pembiakannya. Perosak ini akan bertelur di kawasan yang terbuka dan berpasir. Sekiranya serangan telah berlaku racun trichlorfon dan chlorpyrifos hendaklah disembur pada daun. Semasa penyediaan larutan ini, gula boleh juga ditambah di dalam larutan tersebut untuk menarik minat belalang tersebut memakan daun dan seterusnya memakan racun-racun yang telah disembur. Jenis haiwan mamalia lain seperti serangan babi hutan dan tikus di tulis dalam artikel uang berlainan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN SAWIT... ADA PEROSAKNYA...
JENIS SERANGGA... KUMBANG KETARA...
ADA ANAI-ANAI... POKOK DI MAKANNYA..
MEMBACA ARTIKEL.. FAHAM ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Desaru Utama, Bandar Penawar,
Kota Tinggi, 
Johor,
Malaysia.
(14 Dzulhijjah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.