Friday, June 21, 2024

DAUN PANDAN - APA INGIN TAHU

DAUN PANDAN
(Pandanus amaryllifolius Roxb syn Pandanus odorus) merupakan sejeniS tumbuhan daripada keluarga Pandanaceae yang tumbuh di Malaysia dan beberapa negara lain di Asia Tenggara. Keluarga Pandan mempunyai banyak spesis dan terdapat pandan biasa dan pandan wangi. Nama lain bagi pandan adalah Pandan bau ; Pandan jelingkeh ; Pandan Rampeh ; Pandan Wangi ; Pandan Rampai (Melayu), Qi Yi Lan (China), Kenr (Hindi), Nioi Tako No Ki (Jepun), Pandanasu (Korea), Bai Toei ; Bao Toey Hom (Thailand) dan Dura Thom (Vietnam). Pandan ditanam di kawasan rumah khususnya orang-orang Melayu sebagai satu tanaman penting yang mesti ada setiap rumah sama ditanam dalam pasu atau daiatas tanah. Tidak ada laporan rasmi mengenai keluasan tanaman pandan di Malaysia dicatitkan akan tetapi penulis telah membuat anggaran sekitar 500 -600 hektar CHE jika diambilkira tanaman monokrop dan tanaman keliling rumah. Pandan wangi mempunyai saiz daun dan tumbuhan lebih kecil dari pandan biasa. Pandan Wangi digunakan untuk buat sirap yang memberikan aroma dan rasa lazat minuman sirap tersebut. DAUN PANDAN ni dah sinonim dengan masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu. Apa boleh buat dengan daun pandan ni? Banyak sangat kegunaannya dengan daun pandan ni. Daun pandan juga dikenali sebagai "VANILLA OF THE EAST" yang telah digunakan secara tradisional sebagai pewarna dan perisa makanan seperti buat nasi lemak, kuih muih yang memerlukan warna hijau pandan dan ia juga dijadikan sebagai herba tradisional. Paa penulis blog dimana tumbuhan Pandan adalah jenis monokot yang mempunyai lebih dari 600 spesis. Hanya pandan wangi yang banyak ditanam untuk digunakan dalam masakan dan ekstrak pati minyaknya. Pandan jenis lain digunakan untuk membuat anyaman tikar, pokok hiasan ornamental dan juga dalam industri lain yang berkaitan. Pokok pandan tidak mempunyai batang kayu keras tetapi mempunyai akar udara yang mudah tumbuh dalam semua keadaan jenis tanah. Daunnya keluar dari pangkal rumpun menegak keatas berwarna hijau gelap. Lebar daun sekitar 2-3 cm dan panjang daun 30-60 cm bergantung kepada kesuburan pokok. Ketinggian pokok pandan wangi dalam 0.5 -1.5 meter. Pandan boleh hidup subur diatas tanah lapang atau dikawasan yang agak bernaung dari cahaya matahari. Ramai menanam pandan didalam pasu dan diletakkan dikeliling rumah walau pun mereka yang tinggal dirumah pangsa. Ramai kalangan orang kenal akan pokok pandan di mana ia mudah di tanam di sekeliling rumah atau di beli dipasar untuk pelbagai kegunaan termasuk memasak, majlis-majlis tertentu dan juga dijadikan pelbagai produk. Artikel pagi Raya Qurban 1445H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai apa yang ingin tahu berkaitan daun pandan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Apa yang menarik di laporkan media tempatan dimana ada '
Produk tanpa bahan kimia' di Malaysia yang dihasilkan saintis muda. PRODUK EKSTRAK daun pandan untuk menghalau lipas berjaya membantu ramai dalam isu ini. Apa pun manfaat daun pandan cukup besar dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu sejak dulu lagi dan banyak digunakan dalam masakan kerana baunya yang harum. Daun pandan atau nama saintifiknya Pandanus amaryllifolious juga digunakan sebagai pembalut makanan, pewarna, pewangi bedak sejuk dan pewangi asli bunga rampai. Daun pandan boleh digunakan sebagai ubat pencegah lipas. Ada usaha dan daya kreatif masyarakat dulu menggunakan daun pandan untuk menghalau lipas menarik minat sekumpulan saintis muda sehingga terciptanya produk inovasi dinaakan sebagai 'Pandanus-Cockra'. Ia dibangunkan sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan, Segamat, Johor. Mereka ialah Nursyamimi Safura, 16, Nur Alia Kamal Din, 16, dan Nurhanani Nor, 16. Ia mendapat bimbingan guru penasihat, Saodah Ramli. Idea itu melayakkan mereka memenangi tiga anugerah dalam tiga pertandingan berbeza iaitu naib johan dalam pertandingan reka cipta dan inovasi Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan, pingat Perak dalam Pameran Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi Universiti Putra Malaysia serta pingat emas dalam Pertandingan Invention, Innovation and Design (IID) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Segamat. Apa pun produk inovasi itu dipersembahkan sempena Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI 2014), Universiti Putra Malaysia (UPM) dimana pproduk Pandanus-Cockra adalah satu produk berbentuk gel yang dibangunkan daripada daun pandan. Ramuan asasnya membabitkan daun pandan, garam, gel dan antikulat yang diadun ke dalam sebuah bekas. Fungsi bahan ini untuk menghalau lipas dengan dua kelebihan iaitu tahan lama dan produk semula jadi dimana poduk ini dijadikan sebagai alternatif kepada penggunaan ubat gegat dan semburan aerosol. Penggunaan aerosol dapat menipiskan lapisan ozon di atmosfera. Ia tidak memberi kesan atau bahaya kepada kanak-kanak jika terpegang dan termakan secara tidak sengaja. Dilaporkan dimana ia terbukti berdasarkan eksperimen dilakukan di lapangan dimana dalam masa tujuh hari, lipas lari daripada menghampiri produk kami. Hail kajian itu membahagikan tiga petak iaitu A (mengandungi makanan dan produk), B (mengandungi produk saja) dan C (makanan). Sepanjang tempoh itu didapati lipas lari daripada kotak B ke A dan C dimana dilaporkan produk dibangunkan sesuai untuk premis kediaman dan restoran. Apa pun dinyatakan jika guna bahan kimia, ia memberi kesan kepada makanan dan pelanggan.  Produk itu berpotensi untuk dikomersialkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kesesuaian persekitaran.


Manarik apa yang semua ingin tahu bagaimana h.metro.com laporkan daun pandan ampu '
Mencegah diabetes' yang agak kurang di katahui pembaca. Portal tersebut laporkn dimana bahan seperti Biji Labu, Daun pandan, Soya, Halia serta Pisang mentah berpotensi merendahkan gula dalam darah. Kini dilaporkan yang penyakit diabetes atau kencing manis berlaku apabila fungsi pankreas terjejas dan tidak dapat menghasilkan insulin secukupnya untuk mengawal glukos dalam darah. Ia dikatakan sejenis penyakit seumur hidup yang mengancam kesihatan masyarakat di Malaysia da juga di peringkat global. Hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati, satu daripada lima individu berumur 18 tahun ke atas menghidap kencing manis. Ada terdapat tiga jenis penyakit kencing manis dihidapi rakyat Malaysia iaitu kencing manis jenis satu, kencing manis jenis dua dan kencing manis melitus (masalah kencing manis semasa hamil). Menurut kajian oleh pakar Antioksidan Dr Suri Roowi berkongsi makanan dan bahan bersifat antikencing manis yang boleh mencegah penyakit kencing manis. Dakwanya makanan pertama ialah biji labu. Selain untuk dimakan, biji labu juga digunakan sebagai 'ubat'. Dalam pada itu didakwa minyak biji labu boleh menjadi sumber minyak yang boleh dimakan. Isi labu juga bersifat antikencing manis. Kajian menunjukkan, kanji yang 'terikat' dengan protein pada isi labu, dapat meningkatkan tahap insulin dan menurunkan paras gula dalam darah tikus kencing manis. Dalam eksperimen lain, tikus kencing manis turut diberi biji labu dan ia dapat menurunkan gula darah, trigliserida dan kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang juga dikenali sebagai kolesterola jahat. Dakwa D Suri dimana di kedua ialah daun pandan yang sering digunakan untuk membuat kuih-muih atau untuk memberikan aroma kepada masakan. Aroma pandan terhasil daripada bahan '2-acetyl-1-pyrroline' (2AP). Bahan ini juga dijumpai dalam beras wangi, beras basmati dan bunga kesidang. Bahan ini bermanfaat untuk mengurangkan tekanan dan bertindak sebagai antibarah hati. Bahan aroma terdapat dalam daun pandan pada kadar 10 peratus dan mudah hilang akibat proses pemanasan. Oleh itu, untuk mengurangkan kehilangan aroma pandan, sebaiknya masukkan daun pandan di akhir proses memasak. Daun pandan juga mengandungi protein bioaktif dipanggil pandanin. Bahan ini bertindak sebagai antivirus. Contoh, antivirus influenza (H1N1). Kajian ini mendapati dimana daun pandan juga mempunyai pelbagai manfaat lain, antaranya sebagai antioksidan dan antikencing manis. Apabila dibuat pengambilan ekstrak air daun pandan selama enam minggu boleh menurunkan gula dalam darah dan memperbaiki kekebalan insulin (insulin resistance). Apa pun ekstrak air daun digunakan ketika memasak nasi (guna beras basmati) untuk bantu kawal gula dalam darah. Ekstrak daun pandan pada kepekatan 15 peratus pula boleh digunakan sebagai bahan awet untuk elakkan pertumbuhan kulat. Oleh itu untuk menjadikan kuih lebih tahan, lebihkan sedikit ekstrak air daun pandan dalam kuih. Kajian juga menunjukkan, ekstrak air daun pandan boleh menghalang pertumbuhan bakteria 'shigella dysentriae'. Bakteria ini berbahaya dan boleh menyebabkan penyakit disentri (menyebabkan luka dalam usus). Dilaporkan makanan ketiga bersifat antikencing manis adalah soya. Air soya yang ditambah sedikit madu boleh menurunkan gula darah. Kajian diterbitkan dalam jurnal 'Asia Pacific Journal on Clinical Nutrition' pada 2008 mendapati, pengambilan produk soya dapat mengurangkan risiko kencing manis jenis dua, terutama dalam kalangan wanita yang mempunyai berat badan berlebihan. 


Kacang soya
yang direndam kemudian bercambah menjadi tauge (soy bean sprout) boleh menurunkan gula dalam darah. Ia dikatakan lebih baik berbanding kacang soya tidak bercambah. K
ajian yang diterbitkan dalam 'International Food Research Journal' pada 2018 menunjukkan, kacang soya yang bercampah selama 36 jam, dapat meningkatkan asid amino bebas. Asid amino ini dapat merangsang pengeluaran insulin yang diperlukan pesakit kencing manis. Caranya ialah celurkan tauge kacang soya dengan air panas atau kukus sebelum dimakan. Pengambilan protein soya juga membantu mengurangkan kolesterol yang ketara dalam darah. Bahan seterusnya ialah Halia dimana ada sifat antikencing manis pada herba ini lebih baik berbanding bawang putih. Hasil kajian klinikal mendapati, penggunaan serbuk halia sebanyak tiga gram (g) sehari selama 30 hari dimana ia dapat menurunkan gula dalam darah. Ia juga dilaporkan mampu menurunkan kolesterol dan trigliserida dalam kalangan pesakit kencing manis jenis du. Halia segar juga boleh digunakan, cuma biasanya jumlah yang digunakan adalah berganda daripada dos biasa iaitu enam gram. Dalam pada itu hasil kajian yang diterbitkan dalam 'Asian Journal Experimental Science' pada 2009 juga mendapati, halia berpotensi merendahkan gula dalam darah dan kadar protein dalam air kencing, sesuai untuk pesakit buah pinggang.  Bahan khasiat dalam halia dikenali sebagai 'gingerol' dan 'shogaol'. Halia bentong lebih tinggi khasiatnya berbanding halia biasa. Cuma harga halia bentong biasanya lebih mahal.Apa pun selain itu, Dr Suri turut berkongsi khasiat pisang mentah (hijau) rebus yang bagus untuk pesakit kencing manis dan mengawal berat badan. Tambahnya lagi, pisang hijau yang direbus mengandungi kanji rintang antara 70 hingga 80 peratus. "Kanji rintang tidak dicerna dan bertindak seperti serat. Ia membuatkan kita berasa kenyang serta bagus kepada mereka yang hendak berdiet atau kurus. Pisang hijau rebus lebih enak dimakan bersama kelapa parut. Kajian menunjukkan pisang hijau rebus membantu mengawal gula dalam darah. Pisang hijau rebus mempunyai nilai indeks glisemik (GI) 30 berbanding pisang masak iaitu GI 60. Ia sesuai untuk pesakit kencing manis. Bagaimanapun sesiapa memakan pisang hijau rebus dalam kuantiti banyak boleh menyebabkan kembung perut.


Merujuk kepada apa yang ingin tahu daripada portal liputan6.com daripada Indonesia amat sesuai di rujuk yang bertajuk '
Manfaat Daun Pandan dengan Aromanya yang Khas, Salah Satunya Menangkal Darah Tinggi' dimana ia bukan hanya makanan akan tetapi ia digunakan dalam makanan, daun pandan juga punya sejuta manfaat untuk kesehatan. Kisah dari Jakarta menyatakan dimana daun pandan tidak hanya berperan dalam ranah kuliner. Umumnya, daun pandan digunakan sebagai pewarna semulajadi dan memberikan aroma khas pada aneka hidangan. Meskipun begitu ada daun pandan juga menyimpan beragam khasiat dalam mendukung kesihatan. Dalam sejumlah kajian ada terungkap bahwa daun pandan mengandungI zat aktif yang memberikan dampak positif pada kesihatan manusia. Salah satu kegunaan utama daun pandan adalah kemampuannya dalam menanggulangi masalah gula darah. Bahan yang terdapat dalam daun pandan mampu mengawal kadar gula darah. Bukan hanya berperanan dalam menyelesaikan isu dan persoalan gula darah namun daun pandan juga memiliki kemampuan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Bahkan ada manfaat lain dari daun pandan untuk kesihatan masih sangat banyak. Pertama dimana daun pandan Menjaga Kadar Gula Darah Tetap Stabil apabila  Flavonoid yang ada dalam daun pandan memiliki peran penting dalam mengatur tingkat glukosa dalam darah. Bahan ini mampu meningkatkan respons insulin dan memperlambat penyerapan glukosa, sehingga kestabilan kadar gula darah dapat dipertahankan. Ia juga dilaporkan akan Menurunkan Darah Tinggi apabila bahan Flavonoid yang terdapat dalam daun pandan memiliki sifat sebagai antioksidan dan antiinflamasi. Flavonoid ini memiliki peran penting dalam melindungi pembuluh darah dari kerusakan akibat oksidasi dan peradangan, yang dapat berkontribusi pada penurunan tekanan darah tinggi. Ketiha dimana ia mampu untuk Merawat Kulit dimana kemampuan antibakteri dan antijamur yang dimiliki oleh daun pandan terbukti efektif dalam penanganan berbagai masalah kulit, seperti eksim, jerawat, dan infeksi jamur. Penggunaan daun pandan untuk perawatan kulit bukanlah hal baru dan sudah dilakukan secara tradisional. Daun pandan dengan kandungan senyawa alkaloid dan flavonoidnya, memiliki peran signifikan dalam mengurangi risiko infeksi dan peradangan pada kulit. Ia juga mampu untuk meredakanrasa ngilui pada sendi kerana daun pandan dapat digunakan sebagai bahan merawat rasa ngilu dengan cara menekan lokasi terasa sakit dimana sebaiknya dijadikan minuman teh untuk di minum. Daun pandan juga boleh mengatasi masaalah crit birit dimana  ia diketahui mengandung bahan Tanin yang mempunyai ciri atau sifat anti-cirit. Caranya dengan merebus beberapa helai daun pandan dalam air dan minum air rebusannya. Dalam bidang kuliner juga dimana daun pandan memiliki beragam kegunaan. Selain berperan sebagai pewarna makanan alami, daun pandan juga memainkan peranan sebagai penyedap makanan semulajadi, mampu mengusir serangga, diguna sebagai pembungkus makanan dan diguna dalam aromaterapiKeunikan aroma daun pandan telah membuatnya menjadi pilihan umum sebagai pewarna asli dalam berbagai masakan. Daun pandan juga memberikan sumbangan signifikan pada kesihatan dari mengurangkan rasa tidak selesa pada sendi sehingga potensi pencegahan penyakit kanser. Soalan yang mungkin tidak mudah dijawab adalah apakah sebenarnya 'rasa' sebenar daun pandan?. Pada penulis blog mendapati ramai kalangan pembaca suka aroma harum yang dihasilkan oleh daun pandanakan tetapi kajian mendapati dimana daun pandan juga mempunyai cita rasa yang manis. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
DAUN PANDAN ... HIJAU WARNANYA...
MUDAH DI TANAM... DIMANA SAHAJA...
KALAU MEMBELI... ORANG KETAWA....
BANYAK FAKTA... SERONOK MEMBACA..

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Dzulhijjah 1445H).
Posted from:
Tamam Desaru Utama, 
Bandar Penawar,
Kota Tinggi , Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.